SAHABAT BAIK.

Sunday, August 7, 2011

KISAH HATI

hari ini...aku kembali lagi ingin bercerita pasal hati..bukan hati yang terluka atau kisah hati dari ALYAH tu..but kisah hati yang ada kaitan dengan Ibu Bapa...emmm...story ini terilham tika tadi aku singgah di sebuah rumah warga emas yang hanya duduk berdua di rumah itu..tanpa anak n tanpa sapa2...

ketika aku mula menjejaki kaki dibawah rumah orang tua itu dan melihatnya sedang tidur di atas buaian hatiku terus terusik kerana teringatkan nenek di Kg halaman (indonesia)..apa agaknya kbar nenek ku di sana...rindu rasanya tapi apakan daya Malaysia dan Indonesia terlalu jauh dan aku tidak mampu untuk selalu menjenguknya di sana...aku mula berjalan menuju kearah lelaki tua itu lalu memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dan mencium tangannya...emmm...wajah nenek ini mirip dengan wajah nenekku di kg...kami mula bercerita darilah bawah rumah sampailah ke atas rumah..pelbagai cerita dikongsikan pasal anak..cucuk...kebun dan sebagainya...

aku memerhatikan atok dan nenek itu..begitu baik..senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya ..bercerita denganku umpama telah berkenalan lama...sesekali sambil bercerita aku menjeling setiap foto-foto yang ada didinding rumah...aku terfikir..di mana anak2 mereka sampaikan mereka terabai begini???...emmm..maybe masing2 ada alasan tersendiri kalau2 aku bertanya soalan ini kepada mereka...aku yakin..pasti ada jalan cerita yang dijadikan alasan mengapa mereka tidak duduk sebumbung dengan ibu bapa mereka yang telah tua ini...
(gambar hiasan)
ingin sekali aku mengetahui darimana datangnya sumber kewangan untuk mereka menanpung perbelanjaan harian..akhirnya aku perolehinya disaat2 akhir apabila ketika inign pulang nenek itu bertanya kepada suaminya tentang jualan pisangnya di pasar tadi..hah..aku tergamam seketika...bagaimana dua orang tua itu pergi ke kebun menebang pisang lalu mengangkatnya dan menjualnya di pasar tanpa ada siapa2 bantu dan tanpa ada apa2 kenderaan??mungkin difikiran korang ada orang lain membantunya ataupun mungkin dia memberi gaji kepada orang lain untuk menebang pisang dan mengangkatnya ke pasar...kalau itu anda fikirkan..anda silap??kerana aku jg bertanya hal yang sama dan jawapannya "atok sendiri yang lakukannya nak..kalau tidak apa mau diguna perbelanjaan dirumah..apa lagi sekarang ni dekat raya"..emmm..hatiku sebak seketika..

sesekali orang tua itu menyatakan hasratnya untuk berkumpul bersama-sama dengan semua anak2nya raya nanti...tidak kisahlah andai anak2nya tidak bermalam..cukuplah datang sehari dan berkumpul agar suasana hari raya itu terasa...aduhhhhhh....time ungkapan itu keluar aku cuba untuk alihkan pandangan ke arah lain kerana aku rasa sebak sangat...mungkinkah dalam mataku telah ada air yang berkaca...

aku ke rumah orang tua itu bersama cucuknya...cucuk yang ketika mula2 sampai tadi terus dicium dan dipeluknya..cucuknya seorang yang baik...ceria dan manja dengan atok dan nenek mereka sampaikan neneknya menangis ketika kami ingin pulang...sempat lagi neneknya berpesan "cuk..belajar baik2..nanti kalau sudah berjaya bolehlah belanja nenek..bukan sekarang sebab sekarang cuk masi belajar..nenek tunggu kalau cuk dah kerja nanti"...emm...terus aku bertekad untuk bantu pelajar ini berjaya..apa pun halangan akan aku bantu agar impian warga emas itu tercapai kelak...aminnnn

apa yang mengharukan aku..ketika kami ingin pulang..atok itu ingin menunmpang ke pasar..agaknya untuk apa??,,rupanya sampai dipasar dia mengambil hasil jualan pisangnya yang tidak habis dijual dan memberikan kepada ku 5 ikat...YA ALLAH..betapa murninya hati orang tua ini...dengan tangan yang bergetar dan berjalan yang tidak terlalu lurus dia dan cucuknya mengankat pisang itu ke kenderaan ku...betul2 aku rasa sebak disitu..bagaimana orang tua begitu baik dan sangat2 baik....
 emm..kepada anda diluar sana..sibuk bagaimana pun kehidupan anda...sibuk bagaimanapun anda mengurus keluarga anda sendiri bagi yang sudah berkawin ingatlah dua orang tua di kg halaman..mereka tidak mengharapkan wang ringgit anda..mereka hanya mengharapkan anak2 atau cucuk2 mereka pulang walau seketika untuk mereka melapaskan rindu....jagalah hati mereka semasa mereka masih hidup lagi....

syukur sebab hari ini aku dipertemukan dengan dua orang tua itu..aku tekad selepas ini akan ada hari2 lain aku menjenguk ke rumah itu bersama cucuknya untuk memberikan mereka keceriaan walaupun tidak sama jika anak2 kandungnya yang datang...aku tidak dapat merasa kasih sayang dari seorang atok dan nenek dan dengan mereka aku dapat rasakan bahawa nenek dan atok ku begitu dekat denganku..terima Kasih ALLAH memberikan aku kurniaan ini...
selepas baca entri ini...cubalah untuk anda menelefon atau bersms dengan atok/ nenek / ibu / bapa anda di kampung.berikan mereka berita gembira tentang kepulangan di hari raya ini....

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

6 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

nape x tya mne kesemua ank nye????

*smpi hati betoi anak2 dia buat mak pak dia cm tu...sedih nyeee laaa hai..

**TQ man sbb share cite cm ni...sedihhhh~~ berjaya gak ko GUGUR kan air mata seorang lelaki time cm ni...

adan said...

tak terkata..

DanieL AdiE said...

Terharu baca...

ninest123 said...

louis vuitton, nike free, ugg boots, ralph lauren pas cher, kate spade outlet, louis vuitton, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, louis vuitton, louboutin outlet, longchamp outlet, tory burch outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, nike air max, cheap oakley sunglasses, nike outlet, longchamp, polo ralph lauren outlet, prada handbags, nike free, nike roshe run, ray ban sunglasses, longchamp pas cher, tiffany and co, tiffany jewelry, air jordan pas cher, gucci outlet, louboutin pas cher, replica watches, jordan shoes, michael kors, oakley sunglasses, sac longchamp, polo ralph lauren outlet, nike air max, louboutin, oakley sunglasses, oakley sunglasses, longchamp outlet, oakley sunglasses, air max, burberry, ugg boots, replica watches, christian louboutin outlet, chanel handbags, prada outlet, louboutin shoes

ninest123 said...

nike air max, timberland, michael kors, replica handbags, burberry outlet online, true religion jeans, hermes, michael kors, ralph lauren uk, nike air max, kate spade handbags, nike air max, nike free run uk, sac guess, hollister pas cher, tn pas cher, lacoste pas cher, michael kors outlet, burberry, ray ban uk, hollister, abercrombie and fitch, converse pas cher, true religion outlet, michael kors outlet, north face, oakley pas cher, coach outlet, new balance pas cher, nike roshe, nike blazer, michael kors outlet, ugg boots, ugg boots, hogan, michael kors outlet, coach outlet, north face, air force, lululemon, ray ban pas cher, vans pas cher, coach purses, michael kors outlet, true religion jeans, mulberry, true religion jeans, michael kors, michael kors, vanessa bruno

ninest123 said...

p90x workout, herve leger, new balance, jimmy choo shoes, hollister, nike huarache, north face outlet, converse outlet, gucci, babyliss, insanity workout, bottega veneta, longchamp, iphone cases, mont blanc, ray ban, nike roshe, timberland boots, birkin bag, asics running shoes, vans shoes, hollister, wedding dresses, celine handbags, ghd, baseball bats, north face outlet, nike air max, instyler, converse, lululemon, nfl jerseys, hollister, mac cosmetics, valentino shoes, lancel, ferragamo shoes, vans, abercrombie and fitch, ralph lauren, soccer jerseys, nike air max, chi flat iron, nike trainers, oakley, louboutin, reebok shoes, mcm handbags, soccer shoes, beats by dre

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...