SAHABAT BAIK.

Sunday, May 1, 2011

IBUKU

as salam....
TQ kepada anda yg singgah membaca diblog yg tidak seberapa ini..sesungguhnya inilah dunia kedua ku.dunia maya yang dapat menceritakan semua yang aku alami dan semua yang aku rasakan...yg aku pendam dan yang aku tersiratkan dalam sanubariku kerana disinilah aku menjadi diri sendiri tanpa aku mengenal erti malu dan erti cacian insan lain...Aku menulis bukan kerna nama..bukan jga kerana populariti tapi sekadar ingin berkongsi sesuatu yg jauh dari sudut hatiku ada insan lain yg mendapat iktibar setelah membacanya, mendapat semangat dan suntikan motivasi utknya meneruskan hidup...aminnn

suatu ketika dahulu aku ada membuat contest pasal IBU..itu percubaan pertamaku untuk aku berikan sumbangan sempena kemenangan adik perempuanku melahirkan seorang baby lelaki..ramai yang menyuruhku untuk membuat entri pasal IBU ku..kini..ku sajikan kepada ANDA...

ramai dari korang semua meletakkan entri dan gambar2 menarik pasal IBU .aku gembira membacanya dan tidak kurang juga yang menyebabkan mata berkaca dan rasa sedikit tangisan ingin merundum dijiwa..cemburu pun kadang2 wujud bila melihatnya kerana apa???kerana....aku hanya ada gambar IBUku seperti ini.....
secara jujurnya kadang2 aku cuba untuk memejamkan mata mengigati bagaimana rupa ibuku namun aku selalu tidak berjaya untuk mengigatinya...aku gagal..aku tiada apa2 simpanan gambar utk aku merenung mata dan tubuhnya bagi aku merasakan kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu...yang aku mampu lakukan hanya mengeluarkan kata dan mengucapkan "mak..aku sayang mak..mak..aku rindu mak..mak...mak dan mak" tapi..untuk aku merasa pelukannya aku sudah tidak mampu...semuanya bermula pada tahun 1995..

18 september 1995 tarikh lahirku yang ke 12 yang dicadangkan untuk disambut setelah aku berkeras ingin diraihkan memandangkan dari kecil sampailah saat ini aku langsung tidak pernah diraihkan.Mak dan ayahku adalah dua insan yang dibesarkan dengan fikiran orang dulu2..di Kg terpencil nun jauh di Indonesia..Sumatera...perkahwinan hasil persetujuan dan perbincangan IBU BAPA sahaja tanpa bersua muka namun ia tetap bahagia..tarikh 18 ini benar2 memberi tamparan hebat buatku..tidak disangka dengan semua bahan2 untuk dijadikan juadah menyambut hari jadi bertukar kepada juadah KEMATIAN untuk tetamu yang datang...apa yang memilukan hatiku apabila hasrat Ibu untuk bertemu dengan kedua-dua ibu dan bapanya di indonesia tidak kesampaian...bermula awal 1980 ibu berjanji kepada Ibunya di kg akan kembali untuk berjumpanya dalam tempoh 3 tahun diterima dengan khabar pemerigiannya kepangkuan Illahi..janji yang diberikan selama 3 tahun di Malaysia berlarutan ke 15 tahun dan akhirnya semua hasrat tidak kesampaian..Ibuku menhembuskan nafas terakhirnya di Malaysia dan disaat ibu telah merancang untuk membuatkan diriku kek coklat...ibu ku pergi setelah lama menanggung sakit..ketumbuhan di lututnya telah meragut nyawa ibu..ibu yang selama ini sentiasa senyum apabila ditimpa masalah..sentiasa menangis bersama jiran-jiran tika sahabat2nya ditampah masalah...Ibu yang aku tidak pernah melihatnya meninggikan suara kepada suaminy..ibu yang setiap hari jumaat selepas ayah pulang dari solat jumaat dia akan mendapat lelaki tua itu sambil mencium pipinya dan memohon ampun atas segala salah silapnya dalam minggu itu..itulah ibu ku ...air mataku menitis membuat entri ini...semasa ibu pergi aku dalam beberapa hari lagi akan mengambil UPSR..atas semangat dari IBU aku berjay memperolehi 3A , 1B dalam UPSR...aku bersykurrr

Ibuku adalah seorang Ibu, isteri dan kawan yang soleh..sejak dari kecil kami sentiasa dididik untuk menghormati orang lain..hasil dari didiknya percaya atau tidak aku dan 3 orang adik beradikku tidak pernah bergaduh..tidak pernah bertumbuk..tidak pernah melontarkan kata2 kesat sesama sendiri..kami harmoni sebagai 4 orang adik beradik..tiada yang dilebihkan dan tiada yang dikurangkan..semuanya di sama ratakan dengan nilai kasih sayang yang sama..disebabkan itulah mungkin tika ini dalam diriku jauh atau dekat pun adik beradikku aku tetap menyanyangi mereka sepenuh hatiku...aku tetap sentiasa mencintai mereka sebagaimana ibuku mencintai anak2nya...

satu perkara yang aku selalu buat ketika ibu masih hidup adalah berpura-pura tidur di ruang tamu ketika sedang asik menonton television...apa tujuan aku buat begitu??sebab..aku suka bila mak mengangkat aku ke katil dengan tangannya yang halus sambil dia mengangkat ku..mak akan berkata "besar sudah anak lelaki ku nie nanti besar jadi orang berguna ya".....apabila sampai dikatil aku akan berpusing dan terus tersenyum tanpa disedari oleh ibuku...saat ini..tika melihat sesiapa sahaja yang mengangkat anaknya ke katil aku akan teringat peristiwa ini...

tika ini..apa yang aku akan lakukan apabila aku merindui ibu...aku akan melihat baju2 lamanya yang masih indah dijaga di almari..kadang2 adik perempuanku akan memakai baju itu tika raya utk solat di masjid..ketika semua orang memakai baju seragam melambangkan tema masing2 adik2 perempuanku pula akan memakai baju kurung itu...hanya aku yang tahu bahawa itu adalah baju ibuku...sayu rasanya melihat baju itu yang satu ketika dlu di kenakan di badan ibu kini ia ditubuh anak2nya...
 kepada anda di luar sana..sekiranya anda ada ibu..layan dan jagalah dia dengan baik..jangan sesekali meninggikan suara dan jangan sesekali meninggalkan rumah membiarkan ibu2 bersedih..sebab tika dia tiada nanti..anda pasti akan menyesal dan anda pasti akan merindui semua kasih dan sayangnya....

setelah 17 tahun pemergianmu..kini anak2 mu telah dewasa..aku telah berjaya mendidik kesemua anak2mu untuk menjadi insan berguna..aku telah berjaya untuk memegang amanahmu IBU agar aku mendidik adik2 ku menjadi manusia yang mempunyai tempat di mana2..aku berjaya mak...aku telah tunaikan semua janjiku utk memberikan apa sahaja yang adik2 ku minta..aku telah tunaikan segalanya mak..cuma satu sahaja yang aku tidak dapat tunaikan..janjiku kepada mak suatu ketika dulu untuk membelikan tudung hijau kepada mu...maafkan aku...khas untukmu ibu..aku sayang ibu selamanya...moga ROh Ibu dirahmati ALLAH SWT..aminnn

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

13 comments:

Ayuni said...

sedih bc nie....

aizul marcello said...

cikgu, jujurnya, ini 1st time aizul baca ntry smbil mengalirkan air mata...yeah, aizul sgt kedekut air mata, tp ntry kali nih benar2 menyentuh hati dan perasaan...

aizul janji aizul akan jg mama ayah dan adik bradik aizul sebaiknya..

trima kasih kerna kongsikan pengalaman ini...=(

Qarl said...

tahniah ye cikgu kerana telah menjadi insan berguna. pemergianNYA nyata memberikan kekuatan jiwa walau sukar dan payah menerpa.

DanieL AdiE said...

Alhamdulillah...dan tahniah!

Entry yang indah... thanx 4 sharing..

ko paham! said...

uina, sedih bha -_-
tabah nya kamu ne.. huhu..
semoga ibumu bersama dgn org2 yg beriman. Amin2 yarabbal Alamin.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

gulp...
terima kasih atas ingtan yg cikgu bg..tersentuh hati dan menitis air mata seorang lelaki bila membaca entry cikgu ni...sedih!!! insyallah akan patik jg mak ayah patik sperti depa dh jg patik....

ajiep aries said...

tahniah abg man...walaupun ibu abg man dh lamer pergi tetapi abg man dh berjy menjd seorg abg yg berguna..menjd conth kpd adik2...entri ni btl2 membuat sesiape shje mengalirkn air mate...kasih seorg ibu mmng tiade tandingan...al-fatihah....

erika nuris said...

sedih..

Jerul said...

karya ceritera hidup yang sebenar benarnya .

adan said...

salam...
man.. bertuah sungguh adek2mu punya abang sepertimu..

airmataku still mengalir ketika menaip komnen ini.. insyaALLAH aku akan lebih menghormati dan menyayangi mak aku..

sangat tersentuh man..

aku sayang mak aku..
jahat entri kau ni..!!!!

Khairiz said...

setiap manusia di beri ujian, dan ujian tu berlainan pada setiap orang, syabas anda begitu tabah dalam menghadapi semua itu, pemergian ibunda tercitan, bukan salah sapa2, masa nya sudah tiba..

Ibu mu pasti bangga melihat kamu dah berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna kepada adik beradik dan masyarakat...

Al-fatihah aku sedekahkan untuk ibu mu, semoga rohnya di cucuri rahmat serta di tempat dikalangan org yg beriman amin....

hassudi morshidi said...

hati ku tersentuh teringat kat ayah dan bonda d kpg halaman....

nice n3 teachers.....

fiq. said...

tahniah sebab berjaya jadi anak yang sentiasa mengingati arwa ibu,
dan tak hanyut sebab kekurangan kasih sayang ibu.
semoga terus tabah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...