SAHABAT BAIK.

Wednesday, February 2, 2011

KEMISKINAN VS KEKAYAAN siapa menang??

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (ihhh...skemanya)..
ok2..pagi tadi time memandu kereta hitam kesayangan Man tu tiba2 teringat mimpi semalam..Man tgk diri Man menarik satu beg besar dan didalamnya penuh dengan duit..emmm..adakah ini semua pengaruh dari alam sedar lalu terbawa ke alam tidak sedar sebab sejak beberapa bulan ni Man asik fikir je mcm mana cara nak tambahkan pendapatan sampingan...emm..bukan nak kata mata duitan ya tapi kadang2 Man fikir adalah elok kalau bergantung lebih dari satu pendapatan..barulah income tu dapat lebih sikit..betul tak??

hari ni Man nak kongsikan dekat korang semua pasal satu keluarga nie..mereka ni pada mulanya hanya penjaja kecilan..menjual barang2 runcit, pergi ke rumah2 menjual ikan...rumah mereka pada masa itu adalah ini..
kehidupan mereka pada masa itu sangat susah tapi satu yang membuatkan man bangga sebab ayah mereka langsung tidak mengenal erti putus asa..berusaha dan terus berusaha..walaupun hanya bersekolah rendah dia sentiasa berfikiran YAKIN BOLEH..bagi dia..diri sendirilah penentu kepada kejayaan diri..bukan sejauh mana anda belajar atau setinggi mana ijazah yang anda pegang...namun,hasil daripada usaha akhirnya kini..mereka telah menetap di rumah ini dan mereka telah mempunya banyak income darilah kelapa sawit, kedai runcit dan borong, kontraktor dan sebagainya..kini mereka bukan hanya ada satu kereta malah ada 6 kereta tidak termasuk lori ya..(moga ia menjadi suntikan motivasi kepada kita)


man ingin kongsikan di sini sebab ramai kawan2 atau murid2 yang hanya bersekolah sampai SPM selalu mengalah pada situasi..selalu berkata kepada diri "aku ni hanya bersekolah sampai SPM..aku tak ble jadi mcm korang semua yang dah masuk U...aku ni hanya orang kampung..aku tak tahu apa2"...tapi bagi Man..bukan darjat..bukan pangkat dan bukan sejauh mana kita melangkah untuk mengejar ijazah yang membolehkan kita berjaya tetapi disebabkan keyakinan dan kemahuan diri..jika kita mahu maka jalan akan terbuka di hadapan..harus berani mencuba dan jangan takut gagal..sekiranya kita telah melangkah masuk ke tempat yang kita ingin jadi walaupun tanpa apa2 kita akan diajar sedikit demi sedikit dari pengalaman itu..dari sedikit lama2 akan banyak yg kita ketahui...

sebagai contoh..adakah anda pada mula2nya tahu cara membuat blog??tidak bukan..mula2 buat blog hancur sana sini.design pun bertabur tapi disebabkan anda hari2 berdepan dengan blog buka sana sini akhirnya anda tahu sedikit sedikit cara untuk mencantikkan blog dan mcm2 lagi anda akan tahu..sebab itulah man katakan..mesti berani..masuk dulu lepas tu belajar di situ n insya ALLAH anda akan dapat banyak...

sekadar perkongsian semoga ia dapat memberi motivasi kepada kita..
jom kongsikan apa impian anda...
SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

11 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

like dis entry...insaf jap!!!!

Ayuni said...

btul! ari2 repair blog, lamer2 jd cantik...

AmirFX said...

Tokey balak ker tu cikgu? Uishhh... Memang da bom lah org tu...

||aLeaSaRa|| said...

wah tabik spring sampai terjuling mata ni!wah ni mmg betul2 penaik smgt utk semua!tq 4 this n3 cikgu..suka..suka..

.izzatul.hazwani. said...

suke post nie.CIKGU MEMANG TERBAEK la.ehe.
betol3.tanpa usaha takkan berjaya.ye dok?
hehe:)

sudirman said...

pojie-sekejap je ke insaf nya..hahaha
ayuni-betul kan kata saya..
amir-dia toke mcm2...
aleasara-ya..semangat sampai mati
izza-betul2...usaha penentunya

fatim M said...

wah,hebatnya pakcik tu..nk jd kaya mcm tu jugak..

Adzrien Shoppe said...

mungkin tak de rezeki ke universiti, tapi Allah tetapkan di bahagian lain pula. Jgn give up.

sudirman said...

fatin-yeh..usahalah..sebab tanpa usaha takkan dapat semua tu
Adzrien-yups..sebab tu man buat entri ni agar2 kawan2 semua tahu..semua yg berlaku di dunia ni adalah ditentukan oleh sikap kita sendiri..paling penting iringi dengan doa...

hot flare said...

usaha itu tngga kjayaan..walo xpndai sekalipn..kita da cra lain yg blhh uat...x semestinya Allah nk bgsusah selamnya..bak org kata susah dlu dan senang2 kemudian..walo pegang segulung ijazah,xsemestinya kita blhh dapat mcm ni..tp dgn usaha doa n tawakal pada Allah...bnyak pengajaran ntry ni..=)

Nur Dhofwatul'aisy said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...