SAHABAT BAIK.

Monday, January 17, 2011

MANUSIA JENIS APA KAU NI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..
Berdirinya Najib kerana Kepimpinannya
Berdirinya pokok kerana akarnya
namun..berdirinya saya disini bukan kerana kepimpinan bukan juga kerana akar..tetapi...
kerana ingin membuat entri baru..hahahha..tiba2 man teringat kenangan2 masa sekolah dlu bila ikut pertandingan Syarahan..di mana2 pun Man pergi ke pertandingan sampailah sekarang ada saja yang masih guna ayat nie..betul tak??hah...jgn nak tipu..betul kan..cepatlah angguk kepala..kalau tak..Man merajuk nie..hah...(sambil hentak2 kan kaki..bole?..hahahahha)

hah sebelum tu..nak kongsikan kepada korang gambar anak buah Man yang dah 2 minggu..tak nampak lagi but ambik kat FB..wah..nak cium pipi..comellll...cepatlah datang sabah...(sampai skrg Ayah aku tak tahu lagi dia dah jadi atok sebab tak pulang2 lagi)
ok...jom kita terjah entri kali ni...
Hey!!. Manusia jenis apa kau ni?...masa Man tengah duduk2 di Bilik Kaunseling tadi telinga ini sempat mendengar ungkapan ini keluar dari seseorang. Tanpa berfikir panjang Man terus keluar dan melihat apa yang sedang berlaku..Emm..rupanya seorang ayah sedang memarahi anaknya..

"kau ni bodoh..sudahlah bodoh lembab lagi tu"..emm..Man yang hanya berdiri di pintu memandang sayu wajah anak itu..rasa nak lari dan terus memeluknya.... walaupun di marah anak itu tetap berdiam diri..Man tidak tahu apa puncanya...Bila keadaan Reda Man beranikan diri mendekati si ayah dan bertanya apakah yang terjadi..
"anu cikgu (korang jgn fikir yang bukan2 ya..anu kat sabah tu adalah permulaan ayat kalau seseorang tu tidak pasti apa yang dia ingin ungkapkan)..Dia ni malas belajar cikgu..baru mau pindah ke sekolah ini...tapi sekali sampai di sini rupanya dia tidak bawa dokumen2 nya...sudahlah datang dari jauh..aduh..."sempat lagi dia menolak kepala anaknya yang sedang duduk sambil tunduk..malu agaknya...
  kawan-kawan semua..sekiranya anda dan Man sendiri dipanjangkan Umur dan kita semua insya ALLAH akan menjadi ayah dan Ibu janganlah sesekali melontarkan kata2 sebegini kepada anak2 bahkan kepada sesiapa sahaja kerana setiap dari kita diberikan hati dan Man yakin..sejahat manapun manusia itu di dalam tubuhnya ada hati mcm kita..pls..jangan lontarkan kata2 itu kerana sesungguhnya apa yang kita lontarkan itu adalah sebuah doa..doa ibu dan ayah kepada anaknya, doa seorang guru kepada muridnya, doa seorang abang kepad adiknya dan mungkin doa seorang kawan kepada kawannya..bagaimana mungkin seorang insan yang setiap harinya disajikan dengan kata2 kesat..disuapkan dengan kata2 hinaan dan dilontarkan dengan kata2 negatif akan mampu membentuk dirinya menjadi insan yang positif..mampu kah ia??atau akan terbit rasa dendam dan akan terkumpul rasa kesedihan yang melampau..Man sampai berfikir adakah anak itu bila pulang ke rumah nanti akan menangis seorang diri di bilik???..atau adakah dia mempunyai teman untuk meluahkan rasa tangisnya???? ataupun ia hanya mampu meluahkan setiap perjalananan hidupnya dalam kertas putih??.kertas yang semestinya tidak mampu untuk membalas setiap luahannya...kertas yang Man yakin tidak akan dapat menaikkan tanganya untuk menLAP setiap titisan air mata yang menitis....emmmmm...semoga DIA memberikan ketenangan kepadamu...

Kepada kawan2 semua..jadilah Manusia yang orang lain boleh bergantung kepada anda..jadilah manusia yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain...biarkan ia tidak banyak kerana sedikit-sedikit itu lama2 akan menjadi bukit..biar Manusia tidak melihatnya yang penting DIA YANG SATU melihat semuanya..mulakan dari HATI...

semasa Man mengarang entri ini tiba2 ada mesej di FB yang masuk..Man terus membukanya dan Man rasa sebak seketika kerana msej itu adalah
salam...
xtau nk bhsakan dri mcm mana... huhuh..
cma nk smpaikn apa yg terbuku di hati...
ska bca blog awak...
nice sgt... apa yg diceritakan... bnyk trjadi kpd saya...
n kdg2 sy sndri x trpk mcm mana awak pk kn...
ska la...
give me a lot of motivation....
thanx... n teruskan menulis yer... (^_^)
sambil mendengar lagu dari blog ni.rasa berkaca di mata..sebab itulah tujuan Man membuat blog ini..untuk perkongsian kepada kawan2 dan Man berharap blog ini mampu memberi motivasi dan semangat kepada orang lain.biar tidak ramai cukup ada seorang pun dah memadai...Terima kasih kepada kawan2 semua dan untuk yang msej ini..teruskan hidup dan ingatlah jika satu pintu telah tertutup jangan anda terpaku begitu lama dipintu itu tanpa anda sedar bahawa telah ada pintu lain yang dibukakan untuk anda.teruskan berjalan ya... 
 Saja nak kongsikan kenangan bersama pelajar yang juga adik,kawan dan sahabat..merentasi kebun mencari durian. Sesungguhnya kenangan itu akan kekal selamanya..selamat berjaya kepada anda semua yang kini mempunyai haluan kerjaya sendiri..ingat, mulut kena jaga ya..hihihi..wei...cuti2 masuklah di rumah lagi..cikgu rindu korangggggggggggggg

p/s : marah anak, kawan2 or sapa2 tak salah but jgn guna perkataan kesat n tak sesuai pada tempatnya...

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

25 comments:

apezs shah said...

salam

man sedih petang2 ni kenapa.. mmg sayup baca tau.. thanks ingatkan.. tp sedih petang xsyiok..:p

eddy syrol said...

ermm...anak itu dilahirkan umpama kain putih.. ibu bapa lah yang menjadi permulaan pada corak dan warna sang anak bila besar kelak... siapalah org lain d sekeliling nak melenturnya sebagaimana berkesannya didikan ibu bapa pd anak... sedih derr...

p/s:- jd contoh pd semua org ..cth baik ye..

cik juja mafia said...

masa kecik2 selalu kena marah..igtkan aboh x sayang, tgk! skg dah besar kan jd manusia beguna ^_^

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

yeszaa...sgt berilmu entry kamu!!!!!

nadzirah aqilah said...

salam..

bagi saya kekerasan dalam menegur tidak akan membuahkan hasil yang diingini. seumpama kita memaksa buah untuk masak ranum, mungkin akan ada cacat celanya.

btw.. sya pun suka baca entry dan tulisan cikgu . sedikit sebanyak ianya mendatangkan motivasi dan ingatan untuk saya sendiri.. thanks..

adan said...

setiap entri kamu memang best..
tak pernah misssss baca entri kamu... hehehe
aku ka orang yang di maksudkan itu? miahahahaha

NURUL NADIAH MAMAT said...

nice entry....
hope anak kecil tu kuat dan tak berdendam....
kesian plak.......

Farhana Sahri said...

sedih je...kate2 sr sorg ayh boleh tmakbul

izzati shahidan said...

ksian ank 2 eak. . msti dia malu sgt2. . mak ayah zaty pown tegas,tapi my parents never scold me in front of other people. . mak pun marah klau zaty marah adik dpn org laen. . skrg niy antara feveret blog zaty ialah blog abg sudirman,sbb mmg bes smua entry. . kwn zaty smpai ckp nk khatam blog niy,haha. . =)

syafiq ariffin said...

manusia baik yg tua mahu pun yg muda mcm2 ragam. masing2 x terlepas drp melakukan kesilapan. tapi kita sebagai sorang ank jgn lah melawan mereka walau pun kata2 kesat dilontarkan. jadilah ank yg penyabar, baik, dan soleh, yang taat kpd ibu bapa.org yg sabar adalah org yg mulia di sisi Allah.

P/S: sekadar renungan bersama..suka baca blog abg man.

Muhammad Alif Bin Bohari said...

nice entri...
smoga kita mampu menjadi insan yg lebih tenang disisinya...penuh dgn kesabaran..insyaallah..:)

AmirFX said...

Kesian budak tu.. Kalau aku mmg dah kena balik bapak budak tu.. Ish3..

hot flare said...

ksian budakk tu...mna da salah dia pn...dhh anak mcm tu..pa salahnya bapak dia tu ambik n perihatin skit hal2 dokumen tu....ambk pa yg patut...tanggungjawab dia jugak tu...anak ni tau pa sgt..klo bnyak kali kata mcm tu,termakbul doa tu..jgn salahkan anak la..salah dr sndri..dah mntak mcm tu..ermm...klo ayah meen uat mcm tu...mesti malu arr...tnggu lg..mcm xda pa la..maruah nak letak mna..ermmm...

daylachan said...

kesian...ayah ngn mak dlu pon sll marah2 cmtu jgk..smpi rase down je...tp lame2 okay dah...

mr.syazwan said...

ayah yag tiada akal je akan ckp mcm tu

benggap

buat anak pandai jaga anak hampeh!

huhu

eh x sudi follow ke??

ngeee

najah hijriah said...

mesti down glr budak tu... yela sbb kene mrh dpn org.. bak kate org, kalo nk puji biar depan org, tp kalo nk mrh@tegur, better bkn dpn org rmai...

fardya said...

entry yang banyak bagi pengajaran. tq..

what the life for said...

salam. cikgu man..
seriously blog cikgu memang best..
keep on typing.haha

Khairul Antasha said...

kdang2 sapa2 yg dlm keadaan tertekan mmg akan mengeluarkan kata2 mcm tu kat org yg rapat dgn dia.. perlu bijak mengawal emosi.. takde mak ayah mendoakan yg tak baik utk anak2nya..

sudirman said...

untuk mengetahui sama ada seseorang itu bijak mengawal emosi dan tekanannya lihat apa perkataan yg akan dikeluarkan semasa dalam keadaan marah...itulah sebaik-baik situasi utk melihat keimanan seseorang..hahahahha..jadi ustaz sudah nie

micah aje said...

kalo dulu, jrang kita dengar mak ayah yg senang2 nak lontarkan kata2 -ve kat anak dowg..
kalo senakal mana pun anak dowg, mesti dia kata "bertuah punya budak"...sbb dowg tau effect kata2 dowg...
setiap kata itu doa...bila dia kata gtu, dia harapkan anak yg nakal tu mmbawa tuah ng kenakalannya... zman skng dah lain...
manusia makin nipis kesabarannya...
~
renung2kan
^_^

Aki said...

hee,..aki sllu TERcakap "anu" d KL pastu smua org x paham,.hahaha..

ha,.btul tuh,..aki xsuka lau org marah budak ckp mcm tuh,..cian! :(

Ayuni said...

hm, sedihnye, naperlh manusia cam tu pun ader....

faiz_nor said...

ade plak bapak dia ckp mcm tu, dah namanya pun anak, bapak la kene tlg remind apa bende yg perlu dibawa..nk ckp tak tau apa benda nak dibawa, tau plak di ckp dkt cikgu pasal anak dia xbawa dokumen2..adoi..

Nor Dila iEla said...

cian budak tu kan.. erm..
pic last tue bila erk?? hihi saja nak tau.. ana kenal manusia2 tu...kwan2 ana di skolah..sekelas,hihi rindu plk dgn dorng tu..long time not see..hihihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...