SAHABAT BAIK.

Thursday, January 13, 2011

Contest tentang IBU Untuk Anugerah Sudirman Siapa Juri2nya??..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tepat jam 7.45am..berbekalkan baju melayu hijau dan bersampingkan kain hitam man lakarkan entri ini..entri mengenai contest yang Man anjurkan demi untuk kita mengigati Ibu..Entri tentang Kasih Sayang dan Pengorbanan..entri tentang Peringatan Untuk Insan Yang Banyak memberi Nyawa dan tenaga kepada kita semua..entri tentang satu2 nya insan kehilangannya tidak dapat diganti..Dia lah Ibu..Dialah segalanya..

Jutaan Terima Kasih kepada yang empunya blog ditepi2 kanan blog ini yang sudi meluangkan masa bercerita tentang insan istimewa dalam hidup anda.pelbagai ragam, pelbagai situasi dan pelbagai emosi tatkala Man membaca setiap penulisan dan yang pastinya Man Yakin diwaktu anda melakar entri itu..perasaan rindukan Mak akan terbit..rasa nak peluk..rasa nak cium dan rasa nak bermanja-manja dengan Mak...Bagi yang telah kehilangan Mak untuk selamanya perasaan sebak akan bermain-main dihati dan mata akan berkaca-kaca disinari lingan air mata mengimbau kembali kenangan demi kenangan bersama Insan tersayang itu..iya..kenangan indah yang dijadikan memori bahagia selamanya..hanya kenangan itu yang disimpan rapi untuk diingati sampi mati..

Semua yang ikut contest ini telah Man Ketahui bagaimana kehidupan anda bersama-sama dengan IBU..tapi..ada satu perkara yang anda semua belum ketahui...satu perkara yang Man rasa harus Man kongsikan untuk anda semuanya..KISAH MAN BERSAMA ARWAH MAK MAN..emmm...entri ini Man akan abadikan di blog ini dalam masa terdekat..satu kisah yang Man jadikan cerita untuk pelajar2 sekolah mengarap impian menjadi insan berguna..satu cerita yang Man biasa kongsikan untuk adik2 yang tidak sempat melihat arwah Mak sehinggakan kesemua adik2 Man berjaya hasil daripada Motivasi Cerita itu...YA..Man akan kongsikan kepada anda Kelak..Tunggu ye..
 GAMBAR KENANGAN DI PUSARA IBU BERSAMA PELAJAR2..

baiklah..berbalik kepada Juri kepada Contest ini..emm..Orang2 itu adalah

Saya Sendiri
dan juga Sahabat Baik Man yang memperkenalkan Dunia Blogger ini kepada Man

Man buat contest dan memberi sumbangan ini bukanlah kerana ingin blog ni jadi tumpuan sebab follow pun tak lah seramai si aizul Marcello, Ben Ashari, Fatin Liyana or Irine Nadia Mercello tapi Man fikirkan adalah lebih baik andai kita menulis dan sesekali memberikan cerita tentang pengorbanan seseorang bukan untuk sapa2 pun tetapi untuk diri kita sendiri..agar kita sentiasa beringat bahawa kita ada seorang insan yang istimewa di dunia ini iaitu IBU..

kepada yang belum join tu ada masa lagi sehingga 21hb ini..Jom kongsikan kehebatan Ibu anda kepada semua..yang da join SILA periksa list blog anda ditepi dan sekiranya tiada sila maklumkan segera..

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

23 comments:

apezs shah said...

salam

man sedih ar... tapi takpe its okeh..
saya dah lap air mata ni. mmg betul cakap man tu.. tiap kali nak tulis entry bab my mom pasti ada perasaan itu.. thanks man sudi wat contest ni.

*man saya nak betulkan nama tu.
nama saya apezs shah bukan apezc shah. ;)

dzuziana said...
This comment has been removed by the author.
AmirFX said...

Selamat pagi cikgu motivasi... Nama aku maseh ada dekat list tu.. hehe.. Thanks nway sebab buat contest.. Aku nie jarang nak buat contest p bila tgk contest tu cerita pasal ibu mmg byk kenangan aku dengannya...

deqdeq said...

DeQdEq masih belum sempat nak siapkan entry ni sbb agak perit rasanya bila nak menulis pasal mak skrg ni...harap2 masih sempat lagi nak join...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sadis n terharu bile kte sme2 share perasaan ni kan...

*alamak bile aben jd juri...mihahahaha~~

adan said...

man bila mo cerita pasal aruah mak mu?

aizul marcello said...

huisshhh! nak jadi juri yang kejam bleh? hahahah!

ceritera asni said...

sentiasa ingat dan mengingati.tentunya sedih bila kehilangan org yang telah memberi nyawa pada kita. :(

Si DauN CeRi said...

tu lah, pd sy contest yg mcm ni sgt rare..
biasanya org bt contest yg utk fun kan..
kire idea nak bt contest ni sbnanye suatu yg genius jugak la..
ppsstttt...tu juri agk mencuakkan..

KyêrulL said...

sama²lah kita amik masa 2minit untuk sedekahkan Al-fatehah kepada Ibu Sudirman.. amin, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang² yg beriman.. semoga perjalanan hidup man dipermudahkan.. amin..


ps: ^.^ benjoy jadi juri.. fuyoo best best :D

Awangku Johan said...

Tahniah abg Sudir coz mganjurkan contest ini..
Sebenarnya semasa saya mengarang entry pasal ibu tu memang air mata AK jatuh berlinangan tuk mengimbau kembali kenangan bersama Arwah ibu.. Tatkala rindu yang yang teramat sangat dengan beliau terpaksa dpendamkan.. Setelah 10 tahun pemergiannya, AK masih lagi mengingati dan terbayang gelak tawa, riuh rendah rumah bersama arwah ibu...

~Airieda~ said...

Semoga ibu Man berada didlam lingkungan org2 yg bertakwa...

ameerzzz said...

sayangi ibu bape anda semasa dia hidup......huhu

maryam said...

salam

sedih jugak baca kisah man nie... but its ok

p/s: i da join contest nie,, tapi link i kat senarai tu tak ada pon

sudirman said...

dah masukkan dalam link lah..hehehhe...sedihkan bila tak de mak..apa lagi bila raya

||aLeaSaRa|| said...

yuhuu bro!ngee...br nk join ni.dah siap kite htr link ye..tgu tau yehaaa....

Awangku Johan said...

betul tu abg Sudir.. Masa raya memang betul2 terasa mak takda.. sudah tentu awang dan family akan p pusara mak d awal pagi selepas solat sunat aidilfitri

mr.syazwan said...

21 januari jam berapa tutup saya masih berpeluang lagi ke?? huhu

mr.syazwan said...

salam...

saya join contest ini kerana ia amat bermakna bagi diri ini yg bergelar anak..

pengorbanan ibu sangat besar.. terima lah ini

http://syazwan88.blogspot.com/2011/01/fuuuyooo-kisah-kasih-seorang-ibu.html

DAYANG said...

join di saat akhir...huhuhu
http://dayangnorhazida.blogspot.com/2011/01/kekasih-hatiku-adalah-ibuku.html

miszATIN said...

tarikla sampai ujung bulan nih..
terlambat beberapa jam,
nak sangat join =(

miszATIN said...

just nak berkongsi okeh~

http://dummychic.blogspot.com/2011/01/ibuku-didunia-diakhirat.html

Tulip Kota said...

sy nak join tp dah terlambat.first time menjengah ke sini, hurmm jam menunjukkan 4:47am 22/01/11 terlambat sungguh saya kan? tp sy just nak share pada semua, sy baru 4 bulan bergelar ibu, tapi hari ini sy sangat merindukan mak saya, semasa menaip komen ini air mata sy bergenang sudah. MAK adalah segalanya tentang hidup saya, dunia saya dan akhirat saya...semoga emak saya Allah masukkan dalam syugra tanpa hisab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...