SAHABAT BAIK.

Thursday, November 25, 2010

CERITA HATI

mendengar lagu blog ni rasa bersemangat sambil goyang2 kaki yer dan
kdg2 tanpa disedari kepala pun bergoyang..skrg ni da berapa hari tak berada di Sabah..cuti sekolah lah katakan so kenalah bagi hadiah kepada diri sendiri utk rehatkan minda sambil mencari pengalaman di tempat orang lain..ok2..jom nyanyi ramai....

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta
untuk entri kali ni..tak banyak yang ingin dikongsi sbb nya aku rasa kosong sekarang..banyak perkara yang datang dan pergi tanpa diduga..kdg2 timbul rasa dihati kita apa dan siapa yang seharusnya kita persalahkan bila berlakunya perpisahan..ada yang kata salahkan pertemuan dan ada juga yang kata salahkan pada diri sendiri dan paling best "itu semua suratan takdir"..aku bercerita ni jgn pula korang mengada-ngada ingat aku ni putus cinta or berpisah sama sapa2..hey!!!tampar muka korang guna kasut aku yg busuk tu ye..hihi..cuma skadar sedih sebab seorang kawan tu terpaksa putuskan hubungan dengan aweknya angkara awek tu kena paksa kawin..emm...betul ke tu ye bila kita terpaksa mengikut kehendak orang tua untuk berkawin or menyukai seseorang yg pada awalnya sememangnya tiada dalam diri dan hati kita untuknya??kalau ia berlaku kepada anda dan ibu bapa akan mati andai anda tidak mengikut kata2nya..apa korang akan lakukan...untuk hari ini..ku sajikan 2 nasihat lokman kepada anda yang bersahabat...hayati dan fikirkan

Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.


da..da..da...aku sayang semua kawan2ku..aku mmg jiwang dan kdg2 sensetif tpi dalam jiwang dan sensetif itu dalam hati ku paling dalam..aku sayang persahabatan ini...

SUDIRMAN
:Aku Menulis Bukan Kerna Nama:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...