SAHABAT BAIK.

Saturday, October 9, 2010

MENJAGA HATI MILIK SIAPA??

salam dan selamat berhari minggu semua..uwekkk..aduh..menguap pula..hehe..awal pagi 5.30 dah tersedar dari tidor..aduh..kacau daun lah baru sja mimpi tadi jumpa beyonce....(ada manusia perasaan sendiri di sini yer)..ok3x..seawal pagi aku bangun sbb dah terbiasa bangun jam2 begini bila ke sekolah (hey!!aku kan budak sekolah jd awal je bangun utk dimandikan, dipakaikan baju dan dipakaikan kasut selepas tu minum susu cap junjung..hahaha)teringat zaman-zaman kecil dulu selalu je buat2 manja sama mak agar dibagi duit belanja lebih ke sekolah..tapi skrg??jangan harap..dah kerja kan so tak ble minta duit sama beliau(bahasa sabah untuk mak bapa)..kita yang kena bagi mereka duit pula..huhhu..(tengok dompet sekejap ada berapa lagi duit aku nie)..hihihihi..hari ni tiba2 terbuka minda nak berkongsi pasal MENJAGA HATI sbb tu aku pasang lagu yang ada kaitan dengan hati ni.. ni khas untuk korang semua...
serius sikit ye..tak boleh ketawa2 sudah..emm..bercerita tentang menjaga hati..aku telah jumpa ramai orang yang menangis di depanku dan bercerita tentang kesengsaraan dan penderitaannya menjaga hati dan cinta yang dia telah berikan kepada orang lain..cinta yang baginya harus dibalas dengan kebahagian dan senyuman tapi sebaliknya yang diperolehi..derita, kecewa dan tumpahan air mata...melihat titisan ait mata itu aku tahu hatinya begitu sakit menangung semuanya...kehidupan tidak pernah menjanjikan kepada kita apa yang kita inginkan..kdg2 lain yang kita harapkan lain yang kita dapat..kita inginkan kebahagiaan berpanjangan namun yang berlaku hujan di tengah hari..titisan hujan itu menyebabkan hati kita sebak dan terluka umpama kelopak bunga yang gugur sedikit demi sedikit dan seterusnya merosakkan pemandangan bunga itu untuk sang rama-rama hinggap semula..aku tahu bagaimana sakitnya sekiranya diri kita sahaja yang menjaga hati..aku juga tahu bagaimana peritnya bila kasih sayang yang kita berikan dibalas dengan kesengsaraan....aku juga tahu bagaimana rasanya bila bunga yang kita berikan tapi batu yang dikembalikan...sakit..sakit..sakit..dan sangat sakit untuk kita hadapi sendiri...hanya Tuhan menjadi saksi bagaimana cekalnya hati dan perasaan kita tika itu..ketawa diluar namun di dalam hati..YA ALLAH..kau lebih mengetahui segalanya..kesakitan dan kekecewaan yang aku hadapi ini..beri aku kekuatan Ya Allah..mungkin..itu doa dan tangisan dalaman yang sering aku dan anda ucapkan...tapi sedarlah kawan2..dunia ni memang begini..kasih sayang dan cinta yang kita perolehi dan peluk skrg tidak semestiinya akan kekal selamanya melainkan kasih sayang kita kepadaNya..bila berlaku situasi seperti ini ingatlah pasti ada jalan lain untuk anda yang telah Allah sediakan tetapi ia belum muncul lagi..percayalah juga bahawa ketika anda menangis dan kecewa kerana sang mentari yang bersinar indah hilang angkara gerimis ada sesuatu yang lebih indah menanti anda iaitu sang pelangi..sang pelangi yang muncul setelah hujan..sang pelangi yang mampu memberikan sejuta keceriaan dan pemandangan yang indah kepada seisi alam..itulah kehidupan..disebalik kedukaan pasti ada nikmat di depannya..amin...(sekadar perkongsian)...aku sayang semua orang yang sayang aku....
                                                                       SUDIRMAN
"Segalanya berbicara dan mendengar dari HATI"

2 comments:

Ihsan إحسان said...

huhuhu...mmg perit kan apabila susu di balas tuba.
mcm mau gila ni...tp tu suma perlu, utk menguatkan kita kan...

sudirman said...

sedihkannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...