SAHABAT BAIK.

Wednesday, October 13, 2010

kenapa Sudirman Buat Blog??

fuh..time menaip ni tiba2 lagu Negaraku..tanah tumpahnya darahku..rakyat hidup bersatu dan maju..eh..berdiri luruskan badan ala2 patung kejap..hehe..biasalahkan..rutin harian kat sekolah tiap pagi akan ada perhimpunan pagi dan pelajar2 kesayngan ku akan menyanyi membuka mulut sekuat-kuatnya dan ada jg yang manja2 sembunyi bawah tangga sebab takut guru nampak datang lambat..hahahha..biasalah tu kan jiwa remaja but lain kali jgn ulangi yer..ok2...hari ni aku nak kongsi sesuatu pasal blog nie..
  
kenapa aku buat blog ni?/secara jujurnya.dulu aku langsung tak berminat dengan blog2 ni sbb rasa mcm buang masa saja..tapi sejak diperkenalkan oleh seorang mantan murid (aizul marcello) aku terus terbuka minda..murid itu berkata begini "cikgu, blog ni bukan utk menunjuk-nunjuk tpi akan ada sesuatu cerita di dalamnya yang dapat memberi ilham atau pengajaran atau kisah yang bisa menaikkan semangat seseorang tatkala dia jatuh or apa2 saja yang mampu memberi inspirasi" IYA..sejak tu aku mula buat blog..bila blog ni telah siap dan aku curahkan sedikit luahan mengenai kehidupan dan hatiku ramai pelajarku khasnya mendapat sesuatu dari situ sampaikan ada yang berjumpa dan berkata dari blog ku ni dia merasakan kehidupannya yang suram mendapat suntikan motivasi..dari setiap langkah cerita ada sesuatu yang ingin aku tunjukkan..seperti kata2 di atas..BUATLAH SATU KEBAIKAN YANG TERUS HIDUP WALAUPUN SETELAH KITA MATI"..aku mau menjadikan blog ini tempat untuk aku luahkan isi hatiku yang kadang2 aku tidak mampu untuk luahkan kepada sesiapa..aku mau setiap pembaca melihat dan menjadikan setiap inci hidupku sebagai ilham or motivasi kepada mereka..aku jg mau setiap benih kisah itu walaupun SEDIKIT mampu untuk memberi semangat kepada orang yang jatuh..dulu aku ni hidup susah..tapi dengan ilmu aku mampu di terbangkan ke Beijing, Brunei, Indonesia dan sebagainya..semua itu aku abadikan dalam blog ni agar insan2 diluar sana yang merasakan dirinya lemah, miskin dan tidak bermaya untuk bangkit bersama-sama dan yakinkan diri anda bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk kita melakukan sesuatu..kita mampu sebenarnya lakukan andai kita ada usaha dan tekad yang kuat..itulah yang aku mau tunjukkan kepada semua..biar setiap luahan rasa itu memberi walau sedikit ukiran di bibir anda tanda anda gembira...
aku akui dan aku tidak malu untuk mengaku dulu aku byk lakukan kesalahan dan kesilapan..kehidupan aku dulu banyak dipengaruhi oleh kepercayaan kepada orang lain sehinggakan ekoran daripada kepercayaan itu aku boleh menceritakan segala-galanya pada orang..biarlah itu menjadi cerita kepada aku..semua itu memberi aku pengajaran bahawa manusia itu punya hati dan pasti akan sentiasa berubah...so...teruskan kehidupan skrg dengan tenang dan baiki semua kesilapan itu dan mulakan kehidupan baru...yeh..aku mulakan kehidupan baru skrg..sudirman skrg tidak sama seperti sudirman yang dulu.sudirman yg semalam tidak sama sudah dengan yang sekarang.pengalaman mendewasakan...ehehhehe..wah..wah..wah...apa pun...harap coretan dalam blog ni mampu memberi kita semua inspirasi dan yang tidak berkenaan tu abaikan dan maafkan saja yer...yehaaaa...jom kita pegi sarapan udang pagi nie..


                                                                        SUDIRMAN
"Segalanya berbicara dan mendengar dari HATI"

5 comments:

Oyot said...

bagus buat blog ni..bukanlah tujuan untuk menunjuk diri tapi sy setuju ianya merupakan salah satu wadah atau metode untuk mencurahkan segala idea ataupun perkongsian pendapat. hee..teruskan usaha...

sudirman said...

iye...tq yer sapport...

ajiep aries said...

first time baca blog nie...... perhhh memang best giler... tahniah my frenz.....kamu tlah membuke mata org d'sekeliling mu........

najah hijriah said...

entry ni memang banyak membantu saya....dapatkan semula semangat yang semakin lama, semakin hilang~ tq cikgu,,

saya sampai terfikir adalah lebih baik saya membaca blog orang dr membaca buku2 motivasi... sbb pada saya, blog ini seperti benda bernyawa dan terus berkata2 selagi ia masih hidup.. terus bkata2 dan menceritakan tentang segala rencah kehidupan sama ada yang sukar ataupun senang.. ya, sungguh!! dan sememangnya segala nasihat yang diluahkan ikhlas datangnya jauh dari lubuk hati yang tidak mahu lagi orang lain mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan...

apa2 pun cikgu, saya bharap dapt jadi insan yang lebih baik,bertambah2 baik dimasa hadapan... amin~

Norwati Jamaludin said...

niat yang suci murni.. insyaAllah akan terbalas… kalau x hari ini mungkin esok.. selamat berjaya di dunia dan di akhirat…aammiiinnn..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...