SAHABAT BAIK.

Monday, December 20, 2010

bagaimana 2 org berbeza pendapat utk sentiasa bersama selamanya?

dah lama tak pasang entri yang berkaitan hati...so..jom layan...

tadi sempat jalan2 dan pada masa jalan2 tu ternampaklah dua orang pasangan kekasih bergaduh..emm..man yang sedang duduk membelakangkan pasangan tu sempatlah kan pasang telinga dan mendengar semuanya..bila dibuat kesimpulan rupa2nya kedua-dua insan itu bertekak satu hal yang begitu menarik..nak tahu apa???"perbezaan pendapat"..terus man terdiam sekejap dan man bertanya pada diri sendiri "bagaimana ya 2 orang yang berbeza pendapat tetapi saling menyanyangi dapat kekal selamanya..asik bergaduh sebab dua2 tak nak mengalah"...emm..terdiam dan terpaku seketika memikirkannya...

perbezaan pendapat, ego yang berlainan dan prinsip yang berbeza seringkali menjadi isu dalam mana2 hubungan di dunia tidak kiranya hubungan suami isteri, anak2, adik beradik atau pasangan kekasih..berbezaan yang bisa menjadikan sesuatu perhubungan itu konflik dan mungkin akan menyebabkan keretakan..perbezaan yang sebenarnya menjadi jarum yang mencucuk sedikit demi sedikit untuk merosakkan daging andai kedua-duanya tidak tahu cara untuk mengatasinya...ya betul..walaupun jarum itu kecil tetapi sekiranya ia mencucuk perlahan-lahan tanpa henti ia akan menyebabkan satu lubang besar terbentuk dan lubang itulah yang akan menjadi jurang diantara dua insan..lubang itulah yang akan menyebabkan air mata menitis tanpa henti.natijahnya...mungkinkah kalian berdua akan berpisah selamanya??.cuba tanya diri sendiri dan jawab secara jujur...adakah anda dan pasangan anda seringkali berkoflik ekoran daripada perbezaan pendapat?setiap seorang daripada anda masing2 mengatakan apa yang diperkatakannya adalah betul..itu betul dan ini pun betul yang seorang pula akan membetulkan bhawa apa yang anda fikirkan itu salah..dia yang betul..
jika ya..apakah yang berlaku selepas itu..siapakah yang mengalah..mesti anda akan berkata "saya yang mengalah"...emm..pernahkah anda bertanya kepada pasangan anda itu adakah dia juga tidak mengalah seperti anda..adakah disebalik setiap senyuman dan disetiap gurau sendanya serta disetiap diamnya dan bisingnya itu menunjukkan bahawa dia tidak mengalah...anda tidak tahukan??sebab..yang tahu hanya dia dan ALLAH..hanya dia yang tahu ada apa dihati dan perasaannya...

kawan2..dari apa yang man belajar..setiap orang itu ada ego masing2..setiap orang ada prinsipnya sendiri..dan..apabila ego dan prinsipnya itu dicabar ia akan memberontak dan pastinya yang menunjukkan pemberontakkan itu adalah percakapannya.satu je pesanan man..apabila anda menghadapi situasi seperti ini bersabarlah..tiada perhubungan di dunia ini yang tidak bergaduh..tapi setelah anda bergaduh cukuplah setakat disitu sahaja jgn lagi dibiarkan berterusan dan jangan dibincangkan lagi..andai kasih sayang anda mengatasi segala-galanya semua konflik dan perbezaan pendapat itu akan terkubur disitu juga..andai anda sayangkan dirinya teruskan untuk memerhatikannya dan belajarlah dari situ apa yang dia suka dan tidak suka..belajarlah juga untuk menerima baik dan buruknya..ya aku akui..ia memang akan mengambil masa tapi percayalah ia akan berbaloi andai anda dan pasangan anda masing2 belajar untuk melihat personaliti masing2 dan cubalah untuk mengabungkannya menjadi SATU.

satu yang aku belajar hari ini apabila kita menyanyangi seseorang janganlah sembunyikan apa2 kepadanya walaupun perkara itu adalah hal kecil bagi anda..pahit pun hal itu beritahulah dia dan percayalah andai cintanya kepada anda adalah tulus dia pasti akan dapat menerimanya...aku rasa aku nak cari cinta yang aku dan dia sama2 dapat terima diri sendiri, dapat terima perbezaan masing2 dan jadikan setiap perbezaan itu sebagai pelengkap dalam kehidupan dan akan mewarna warnikan lagi destinasi cinta kami..amin...

hihayyy jiwang...hahahhaha

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

8 comments:

Farah Awang said...

hehe
i like entry ni
kita mmg xboleh lari dari perbezaan
itu lah warna warni dlm relationship
yg penting must respect each other
itu yg penting
:)

Cikgu Akim said...

yup must respect eACh other..wahh ni guru le[asan upsi ka..saya upsi gak..sem 4..dok KAB!

JOM BERKENALAN! http://loqkimagri.blogspot.com/2010/12/segmen-jom-berkenalan.html

me suya said...

Suka entry ni.
Serius, Suya pun selalu berbeza pendapat
But still we can make it kan. LOve just like spell, the most important to Suya. I Need to live my live well.. Arguing for sometimes, but later baik balik.. Biasa cam tu la kan dalam berpasangan :P

Cikgu Echa said...

entry yg mnarik... ngeee~~~

Cikgu Armiza said...

perbezaan akan timbulkan kepelbagaian dalm sesuatu hubungan...tapi adakalanya...jika perselisihan pndpat sering trjadi...mungkin kebahagian tu nak dipupuk akan ada sedikit cabaran.....
sesungguhnya..DIA lebih tau mana yang terbaik..kan..kan..kan..peace..^_^

sudirman said...

yeh..betul tu...kalau kta sayangkan org tu..jgn biarkan perbezaan pendapat menjadi faktor hubungan tu berkecai...

Ain Zulaikha said...

kalau dah jodoh, gado-gado pun tak kan berpisah.. :)

bertentangan pendapat, dua-dua tak nak mengalah, tapi nanti esok lusa mesti dah baik balik. sebab salah seorang mesti ada tahap ego dia tak tinggi mana. kalau dua2 ego mmg tak leh bawa ke mana lah.

sumaiyah mokhtar said...

entry sangat best, ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...