SAHABAT BAIK.

Saturday, November 13, 2010

KETIKA SAHABAT MENJADI PENGKHIANAT!!!

emm..smalam baru je chat dengan seseorang dari FB..dia meluah pasal kawan yg dia sanjung dulu n skrg berubah..berubah menjadi seseorang yg dia tak suka..dulu dia membenci seseorang kerana termakan hasutan orang itu dan skrg dia sedar bahawa orang yang dia anggap sahabat sebelum ini rupanya hanya bersandiwara...emmmm
       Kawan..kawan..kawan..bila aku buka facebook ramai status korang berkisar tentang perhubungan ini..pasal dikhianati, ditipu, disayangi or dicintai..rasa bahagia,rasa gembira,rasa duka or rasa sedih??..semua menyentuh ttg hati dan perasaan korang dan aku jg tidak terkeculi merasakannya..kenapa ya??
      Ketika sahabat menjadi pengkhinat..aku selalu berkata "sahabat adalah org yang duduk diberanda bersama-sama denganmu tanpa berbicara walau satu perkataan pun dan akhirnya apabila ia berlalu pergi kamu merasakan seolah-olah telah berbicara 1000 satu bahasa dengannya"..Bila kita bercerita tentang sahabat dan kawan..kawan hanya berbentuk perhubungan hati yang kadang2 ada perkara yang kita tidak mampu dan tidak mahu berkongsi dengannya tp sahabat?..segala2nya kita akan bercerita..dari hal baik atau buruk semuanya akan dikongsikan sebab dari dalam diri kita dia boleh dipercayai..dia boleh diharap untuk menyimpan semua cerita itu walaupun sekiranya pada suatu hari nanti anda ditakdirkan untuk berjauhan..dengannya anda rasa bahagia sekali tapi apa berlaku bila gelaran sahabat itu akhirnya bertukar menjadi pengkhianat??mengapa dan kenapa ia berlaku?
        kenapa ya..bila kita telah serahkan seluruh hati kita kepada seseorang dengan kita mempercayainya bukan setakat sebagai sahabat malah sebagai adik beradik dia tegah menyakitkan hati kita..melukakan hati kita dengan menukar persahabatan itu menjadi pengkhianatan..menukar semua kepercayaan itu menjadi khianat..Ya Allah..sakitkan..sesakit ujung pedang menusuk sedikit demi sedikit ke dada yg akhirnya bisa membunuh jiwa..
emm..aku secara jujurnya hanya mampu utk menulis perasaan ini di sini mewakili semua insan diluar sana yang merasakan apa yang aku rsa kerana apa yg aku coretkan di sini keluar dari dalam lubuk hatiku..kita tau akan ada insan2 yang tidak menyukainya dan menganggap semua perkataan dan ayat ini membela diri dengan kata-kata manis..inilah aku..inilah kita..semua kata2 itu bukan kata2 manis yang dikarang oleh bijaknya minda dan luhurnya hati tetapi setiap inci dan butiran itu keluar dari benarnya perasaan hati masing2...
pernahkah terjadi apabila anda telah mempercayai seseorang dan menganggapnya lebih daripada family anda akan menceritakan segalanya kepadanya..semuanya..tapi apa berlaku bila perkara itu disampaikan kepada orang lain..ingat ya, di dunia ini tidak ada manusia yang mampu untuk menanggung semua kesakitannya..kita memerlukan orang lain untuk meluahkannya..bukan niat kita untuk memburuk tapi kita percaya pada sahabat itu dan kita tahu dia tidak akan membenci insan yg dimaksudkan kerana sesungguhnya niat anda adalah untuk berkongsi duka dan meluahkan apa yang anda tanggung di hati..tapi..apa anda rasa sekiranya semua yg anda luahkan sampai kepada yang empunya badan??anda pernah laluinya???...
KINI..akhirnya aku sedar bahawa bukan semua orang yang kita kenal boleh menjadi sahabat..bukan semua hal yang pada mulanya manis akan kekal manis selamanya..ia pasti akan menemui jalan kepahitan dan tika saat itu muncul barulah kita akan terhantuk untuk mengetahui siapa kawan dan siapa lawan...untuk diriku sendiri juga...janganlah kerana satu kesalahan kita menghukum dan membiarkan semua kebaikan yang orang lain telah lakukan kepada kita...serahkan semuanya kepaeda ALLAH dan yang paling penting kita kena menjadi sahabat yg baik dahulu sebelum kita mengharapkan seseorang menjadi sahabat didalam hidup kita...sentiasalah bersabar dan ingat umur kita tidak tahu dimana kesudahannya..kita tidak tahu maybe akan hadir waktu dimana org yang kita benci skrg akan menjadi orang pertama yg akan menolong anda tika anda dalam kesusahan dan tidak mustahil sekiranya satu hari nanti anda akan menjadi insan yg paling akrab semula..oleh itu, sayang dan benci seseorang jangan 100% kerana tidak mustahil ia akan berlaku sebaliknya 5 or 10 tahun akan datang..hihihih..sekian..nak makan bubur dan kuih pisang dulu..wah....YANG PASTI..AKU SUDAH TIDAK ADA SAHABAT..hanya kawan semuanya kerana aku tidak mau sakit lagi..melainkan seorang iaitu si kamera canon..hihi..harap ko kekal begini selamanya dan sentiasa membahagiakan aku..ok..

SUDIRMAN
"sentiasa membuka hati untuk berkawan dengan sesiapa"

13 comments:

umi said...

no komen lah sudir....aku merasa apa yg ko ceta nie.....tp tak apa biar tuhan yg mengadili... kita pulak kena pastikan diri kita dan keluarga hidup bahagia.....

sudirman said...

amin..betul tu...

Qarl said...

nak bubur & kuih pisang!!!

sudirman said...

mcm kamu ke genting tak bagitau pun...

El Syifa said...
This comment has been removed by the author.
zaza ismail said...

ya allah zaza pon dah kena mcm neh..owg yg kita anggap sahabat rupanya ada udang di sebalik mee kuah...musuh dlm selimut....xtau la mcmna nak maafkan dia coz luka dia mmg tersgt2 dlm..wa mcm sesi luah perasaan plak

najah hijriah said...

kdg2 bila dikelilingi org ramai pn, kita masih berase keseorangan..

ana juga pernah rase sangat down sebab sahabat sendiri memperlekehkan tentang diri kita... ttg mse depan kita.. seperti kita tidak boleh jadi ape2...sgt sdh time tu! tp skali lagi perlu menjaga hati...=(

papepun yang penting, apabila nak tegur orang mengenai sesuatu isu yg dikira sensetif, kita perlu slow talk ngan die...

toezs said...

yang anda tulis, seperti yang saya rasakan !!!

Anonymous said...

Right here is the perfect webpage for anyone who wishes to understand this topic.
You realize so much its almost hard to argue with you (not that I really would want to…HaHa).
You certainly put a fresh spin on a subject which has been written about for years.
Great stuff, just excellent!

Visit my weblog: washer and dryer appliance repair Wesley Chapel Florida Florida

chenlili said...

fitflops
canada goose sale
canada goose jackets
ralph lauren
michael kors
ugg outlet
ugg australia
ugg outlet
los angeles clippers jerseys
louboutin shoes
hzx20161220

Unknown said...

www1020

converse trainer
canada goose outlet
coach handbags
giuseppe zanotti
ralph lauren polo
true religion
hogan shoes
coach outlet
canada goose
jordan 4

yanmaneee said...

adidas zx flux
moncler
lebron 15
vapormax
yeezy boost 350
golden goose
vans outlet
nike air max 270
nike basketball shoes
nike react

Unknown said...

why not look here www.dolabuy.ru navigate to these guys dolabuy home https://www.dolabuy.ru/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...