SAHABAT BAIK.

Sunday, January 30, 2011

Benci dengan orang yang tak pandai melayan..benci..........

salam..sebelum tu nak menjerit....YAHOOOO..rasa happy yang sangat2 sebab berjaya dalam perjuangan untuk membantu pelajar mengubah sistem yang sebelum ini lain..alhamdulillah berkat pertolongan yang ESA..

ok2..korang apa kbar??wei..jawab lah wei..jangan asik membaca je..emm..tak best lah mcm nie...aik..senyum kambing pula..baik jawab cepat SIHAT ke or TIDAK??....hahahaha...(woi SUdirman..ko ingat orang yg tengah baca ni nak ke becakap depan komputer durang..silap2 nanti orang ingat gila ..hahahahha)

tadi masuk beberapa kelas untuk bagi motivasi tentang "diriku yang kau benci"..emm..ada ala2 tajuk novel tak?or..tajuk jiwang2..bila man cakap je tajuk ni budak2 semua ketawa dan tak kurang hebatnya pelajar2 lelaki yang bajet hensem tu bersiul "piiwwittt"..kenapa agaknya budak2 sekolah skrg ni kalau citer pasal "heart" semua suka..dasar otak cintan cantun semuanya..ni maybe sebab banyak makan mee cintan nie..tapi kalau bercakap pasal sejarah melaka, faktor imperialisma, nasionalisma terus mereka seolah-olah manusia alim yang berpuasa 2 hari tak makan2..menguap dan terus menguap sampai lalat masuk pun tak perasan..hahahaha...tapi bila tukar topik "cara mengenali pasangan"..teknik bercinta yang baik"..terbeliat semua mata memandang cikgunya yang juga bajet hensem tanpa sempat nak lap air liur di bibir..ih...jijikkkkkkkkkkkkkkkkkk...hahahha..apa pun itulah ragam pelajar2 kesayanganku (ayat cover ni).

diriku yang kau benci..itu cuma tajuk semata-mata..yg sebenarnya man nak ajar pelajar2 bagaimana cara melayan insan2 lain agar hati dan perasaan orang itu senang melihat kita..lebih kepada komunikasilah kan..untuk menyenangkan dan membuatkan pelajar suka man telah gunakan gambar2 ini...hah..korang tengok lah ya..(pic ni ubahsuai sikit dari pic2 yang man ambil dari google)..ikut kreativiti lah kan..

1. MELAYAN SAPA2 PUN DENGAN SENYUMAN.
maksud di sini..sapa pun orang yang berdepan tak kiralah dia tu menggunakan nada yang tinggi, marah2..anda haruslah cool saja..ia sama mcm api berjumpa api..akan makin membara lah..so..kita bagi airlah kan...jangan pula korang menngada-ngada time mak bapa marah korang terus ambik air n simpah kat muka dia..pastu korang cakap "mak..aku belajar dari blog sudirman..mati aku wei...
2. HORMATI ORANG LAIN
 hah..ni memang lah wajib..biarpun kita berada dikedudukan or darjat yg tinggi adalah wajib kita menghormati sapa2..tak kiralah dia tu muda or tua..kenalah saling hormat..jgn pula korang terlebih hormat..jumpa je sapa2 terus bongkok kan badan n tangan kanan turun ke bawa..kat bandar pun korang buat begitu.."tumpang lalu"..hahaha..sah2 man akan gelakkan korang juga..opsss...
3. JANGAN TUNJUKKAN YANG ANDA TAK SUKA DIA
hah..ni lah paling ramai manusia yang seringkali buat..bila tak suka seseorang tu mulalah dia bergedik sana sani menunjukkan yang dia tak suka orang tu..bercakap pun menghadap ke dinding.kalau man jmpa org macam ni senang je..man akan cakap gini kat dia "wah..makin bertamadun manusia sekarang..dah ble bercakap dengan dinding"..hahahha
 4.JANGAN MELENTING TAK TENTU PASAL.
emm..kes macam ni biasa berlaku kat sekolah..anak yang salah mak bapa yang datang bergaduh dengan guru..guru pun siap keluarkan langkah silatnya..si bapa pula keluarkan jurus segala jurus nya..si anak pula..diam2 menyaksikan semuanya..hehehe..jgnlah melenting walaupun anda tahu orang tu salah..cakap baik2 lah kan..paling penting jangan cakap depan2 orang ramai.bawa lah ke mana2 berdua n luahkan semuanya..maybe cara begitu lebih baik n dia dapat terima..
5.BERIKAN KATA2 PUJIAN / PENGHARGAAN
emm..sama ada ibu bapa..guru2 or kita pun agak berat hati nak lontarkan kata2 pujian pada sapa2..bukannya kena bayar pun kan kalau nak puji orang "hensemlah awak hari ni"..emm.."awak ni baiklah"..kan bagus kalau ramai org mcm awak ni"..."kau lah kawan tebaikku"..tapi..kdg2 kita lupa untuk cakap hal macam ni sedangkan kata2 itulah yang paling penting dan pasti akan memberikan semangat pada sang pendengar..ni tidak..seringkali berlaku..kata2 hinaan dan sindiran yang diberikan..emmm...jom kita sama2 ubah diri k
6. SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
kawan2 semua kenalah selalu ingat..setiap orang itu ALLAH telah berikan sifat lebih dan kurang..bila berlaku pertelingkahan n kawan2 lakukan kesalahan tanamkan dalam diri "itulah kelemahanya or kekurangannya"..kita yang ada kelebihan ni bantulah dia..kan..kan..kan..
yeh..ni lah pengajaran yang man bagi kat pelajar2 hari nie..so saja nak kongsikan dengan kawan2..mana tau ada sesuatu yang anda boleh ikut kan...hey..kepada anda yang rajin komen entri man tq sgt2 diucapkan..dari komen tu man akan buka blog korang n terus follow n komen balas entri kamu pula...so...anda bagi bunga saya bagi balik bunga..jom ke kantin melantak bubur...

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Friday, January 28, 2011

true beauty

yeh..1 Malaysia..tiba2 pula kan..hehehe..apa kbar semua pembaca blog ni..?
sebelum tu Man nak bagitau lah..kalau Man buat entri Man tak suka buat entri panjang2 sebab Man tahu bukan ramai kawan2 di sana yang suka baca entri panjang2 ni kan...Man lagi suka buat yg simple n sedikit gambar (walaupun kadang2 gambar tu tak berkaitan langsung dengan entri).. 

sebelum tu...tanyalah diri pernahkah anda berkata begini
"tengok orang tu..cantik, hensem tapi perangai macam syaitan??
dan ini
"tengok orang tu..hodoh, miskin tapi terlalu baik hati??..
jika ada..teruskan membaca jika tiada..terserah dari korang
emm..sejak beberapa minggu ni man tak pernah ketinggalan untuk menyaksikan rancangan realiti TV di 711 astro iaitu "True Beauty"..segmen ni betul2 meninggalkan kesan mendalam untuk diri Man..sesuatu yang selama ini Man tidak tahu dan Man ambil ringan rupanya itulah kecantikkan yang sebenar..kalau korang ada tengok segmen ni mesti korang akan setuju.."true beauty" menyingkap kecantikkan wanita dan kehenseman jejaka yang terpilih mengikutinya. Dengan sesi photoshoot untuk melihat siapa yang cantik, latihan fizikal dan sebagainya rupanya itu hanya luaran. Ada sesuatu yang peserta sendiri tidak tahu dan ia diambil sebagai penilaian iaitu "kecantikkan dalaman"..

semua peserta mengigatkan "true beauty" itu seolah-olah pertandingan siapa yang lebih cantik dan lebih photogenik bila depan kamera..pertandingan untuk melihat siapa yang mempunyai tubuh badan yang cantik, menawan dan seksi..tetapi disebalik semua itu telah dipasang kamera tersembunyi dan kru2 yang berlakon sebagai warga miskin, orang bermasalah, orang tua, lelaki hodoh dan sebagainya untuk melihat adakah semua peserta ini mempunyai satu yang mana2 agama akan katakan penting untuk kehidupan di dunia dan akhirat iaitu "HATI"..sehinggalah mereka tersingkir keluar barulah peserta ini akan dimaklumkan tentang penilaian dalaman dan semua rakaman tersembunyi ini akan ditunjukkan sebab bagi mereka "Darjat dan pangkat bukan ukurannya"


berbalik kepada kehidupan kita seharian..kita seringkali mengambil berat akan kecantikkan luaran..memandang cermin beberapa kali untuk melihat adakah muka ok..adakah tiada jerawat..adakah bedak sekata, adakah mata tiada tahi mata..adakah lipstik tak merekah..peralatan untuk muka dibeli bila sampai waktunya sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak tetapi kita lupa untuk MEMBELI sesuatu..iaitu..masa untuk kita mendidik hati..masa untuk kita mencantikan kecantikkan dalaman itu..masa untuk kita merenung dan berfikir akan masalah orang lain yang memerlukan bantuan kita..masa untuk kita menyelami perasaan orang lain yang mungkin pada masa ini amat memerlukan kita..masa untuk ibu bapa..masa untuk anak2..masa untuk keluarga dan sebagainya...fikirkan disitu ya..

jika ingin menjadi cantik..cantikkanlah yang diluar dan cantikkanlah juga yang di dalam..kerana kecantikkan dalaman adalah "true beauty" yang sebenar..
tapi..mereka ni mmg true beauty ya..
hahahahha...aku telah dipaksa oleh pelajar untuk masukkan pic mereka..hahahha

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Wednesday, January 26, 2011

Blog bagaimana yang menanggung dosa besar??

salam..hari ni Man tiba2 terbuka salah satu blog yang man minat n mmg mat selalu buka blog tu..but..tiba2 agak terperanjat sedikit bila Man buka blog tu tengah hari tadi terlihat susuk badan seorang artis..emm...Ya ALLAH..salah tu wahai sahabatku..itu kira dosa juga tau..dosa tu dipanggil dosa atas dosa..maybe dia tidak tahu apa yang dikatakan dosa di atas dosa orang lain...so..jom kita sama2 terokai sambil menambah ilmu..(yeh..jadi Ustaz malam ni ye)

Dosa di atas dosa orang lain bermakna orang lain melakukan kemungkaran dan dosa but kita terlibat sama menanggung dosa itu..bukan bermaksud kita lakukan hal yang sama seperti orang itu lakukan but kita mencipta satu kelainan yang natijah kepada dosanya adalah sama dengan insan itu.(harap faham di situ ya)

sekadar gambar hiasan..cuba renungkan kalau yang di bawah itu adalah anda??

Blog bagaimanakah yang menanggung dosa sama besar dengan dosa orang yang melakukannya?
1. Blog yang mendedahkan gambar aurat seorang wanita or lelaki sambil membuka aib si pemilik gambar.bayangkan setiap orang yang singgah di blog korang n mereka melihat aurat itu..siapa yg letak pic itu di situ?pemilih blog bukan..so..adakah dia berdosa?hah..fikir sendiri k...lagi satu, Pengetua saya ada berkata kalau dalam FB/blog seorang anak meletakkan gambar dirinya yang menunjukkan aurat..bukan setakat anak itu yang menanggungnya bahkan kedua ibu bapa kepada anak itu juga akan menanggung dosa yang sama...sehelai rambut yg dilihat (contoh rambut je ye) maka satu dosa yang dipikul oleh si anak, ayah dan ibunya..kiralah ada berapa banyak helai rambut korang..

2. Blog yang apabila pembaca membacanya ia mengundang rasa ghairah ke arah sex atau ingin melakukan kejahatan.

3. Blog yang membaur hasutan atau niat menghantam seseorang atau sebahagian masyarakat.Maybe mmg orang tu melakukan kesalahan tapi sekiranya kita menulis semata-mata untuk mengaibkan dia maka kita juga dikira berdosa..kalau nak tulis pun boleh but jangan letak gambar n nama orang itu...tulis dengan niat untuk memberi pengajaran...

emm...peringatan ini bukan untuk korang semata-mata tapi untuk diri Man juga..oleh itu, sebelum meletak apa2 pic tengok dulu andai pic2 itu memenuhi kriteria or tidak..jangan semata-mata nak orang ramai mengunjungi blog anda..sama2 lah kita baiki diri ya..amin... 

Untuk anda yang join contest Man pasal ibu..Man akan umumkan pemenang awal februari..sekarang ni man tengah baca semua entri lagipun bz melatih pelajar kawat kaki...hihihi

p/s : Man ni bukanlah alim ulama n man tak layak untuk menegur sapa2 but apa yang man lakarkan di sini hanya untuk perkongsian dan peringatan kepada diri Man sendiri.andai ia ada memberi kesan baik kepada anda..alhamdulillah syukur YA ALLAH..amin..kalau tiada..abaikan saja ya..

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Monday, January 24, 2011

Sedih tgk Dia...emmm...

salam..aduiii..tlg lah..hari ni begitu bz disekolah ya..banyak proposal kena disiapkan but alhamdulillah sebelum pulang selesai semuanya..time diam2 tiba2 bunyi Iphone (lagu maher zain k)..murid yang kemalangan masa hari ahad tu call...hah..
tiba2 dapat idea nak buat entri pasal dia nie hah.. 

emm..untuk pengetahuan semua, semalam (isnin) man tak balik rumah sebab menemani dan menjaga student kat hospital yang patah kaki dan tangan ekoran motor yang dinaiki terjatuh di lereng bukit...dia ni kebetulan satu kg dengan Man so..dah alang2 ke sana tu so Man ambiklah masa melawat n berborak2 dengan dia untuk bagi semangat agar mengambil semua ujian ALLAH ini sebagai pengajaran kepadanya..semasa kemalangan ini berlaku bukan setakat pelajar ni jatuh motor patah tangan dan kaki tetapi sebuah kancil yang lalu sempat memijak tangan sebelah kirinya..so..korang faham2 lah apa berlaku k...maybe semua ini ada hikmahnya..

 kaki ni akan dimasukkan besi sebab tulang yang ada di dalam telah mengalami retakkan yang teruk..time datang melawat ni pun ada 6kg besi digantung untuk menarik semula tulang2 tu..
 kalau korang lihat di paha ada bungkusan putih tu...hah..kat situlah tulang tu terkeluar..betul2 terkeluar tulang tu..retak n keluar melimpasi kulit dan terlihat diluar sepanjang 5inci...hihhhh
 tangan ni yang digilis kancil..tulang2 juga telah retak dan memerlukan simen dan besi..emm..tak boleh gerak...
hah..ni lah keadaannya..asik menangis je..kecian juga..(man dapat izin ye untuk letak muka dia kat sini)..korang jangan nakal tgk kat tengah2 tu ya..dia pakai spender juga tu..hahaha
 Man sempat jumpa doktor yang bertugas dan Dr telah menerangkan kepada Man berpandukan pic di atas bahawa pelajar ini akan dimasukkan simen dan besi seperti gambar ini...lihat tak besi tengah2 tu..tulang digergaji dan dimasukkan besi kat dalamnya..aduiiii
hah..ni jg contoh tulang untuk pelajar ni..

emmm..kepada korang dan diri Man sendiri..hati2 lah bila memandu or membawa motor ya..sebelum keluar tu bacalah doa banyak2..jangan laju2...nanti jadi lain pula..tak pasal2 Mak Bapa sedih ...emm..semasa Man melawat ni orang sebelah pelajar ni lagi teruk..kaki mamat tu telah digilis lori dan tempurung lutut hancur beserta kaki..mmg agar suka untuk diselamatkan tulang2nya..maybe akan dipotong kot...doakan saja untuk mereka ya...

P/S peringatan untuk kita semua..jangan memandu laju.

korang bagilah kata2 semangat ya..sebab nanti Man akan print komen2 tu n bagi pelajar nie..

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Sunday, January 23, 2011

JOM TENGOK HASIL KERJA PELAJAR

salam..ehh..sejak akhir2 ni suka sangat update blog kan..sebab..kesian kat kawan2 yang buka Blog ni kalau tak de apa2 yang baru..so..jom kita ketawa ramai2 menyaksikan gelagat pelajar menyiapkan kerja rumahnya..hahahhaha...sebagai cikgu mmg seronok jumpa kerja rumah macam nie..time2 mengantuk semak hasil kerja pelajar macam ni mesti terus menjerit ketawa..hahahhaha

 hahahahhaha....takantut dia geng..matilah....(ehsan FB)
boleh kah mcm ni kalau kerja rumah tak siap....hahahahhahaha

Kepada anda, cuba sesekali periksa kerja rumah adik2 anda..mesti dapat sesuatu yang melucukan tu...
(ehsan daripada FB)

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Jom Jalan2 Di Sandakan, Sabah

salam...yeh..yeh..hujan lebat di Kg Man nie..tak tahu nak buat apa bila hujan2 nie...tiba2 (seolah-olah muncul lampu kat atas kepala) teringat pasal janji Man nak buat entri pasal tempat2 menarik di area sandakan..so Man ambik Masa lah buat entri nie...

tapi sebelum tu nak terangkanlah..Sandakan tempat Man ni adalah bandar yang terletak di tengah2 negeri Sabah...ia bermula di KK - Sandakan - Tawau...dari Kota Kinabalu mengambil masa selama lebih kurang 5 Jam manakala dari Tawau ke Sandakan juga mengambil masa 5 Jam..Dari KL ke Sandakan pula hanya 2jam 50 minit.(panas punggung di kapal ya) Sandakan ni adalah bandaraya berkonsepkan ALAM SEMULAJADI so mmg tenang kalau datang sini....jadi..sapa2 nak datang sini..Man alu2 kan..datang je..pasal penginapan dan pengangkutan insya ALLAH Man boleh sediakan..Free ye..hehehhe...

kebetulan semalam Man ke salah satu tempat pelancongan di Sandakan n..Man kongsikan kat korang cerita ini..
 bagi yang tak pernah datang ke sandakan..ni pemandangan bandar sandakan dari atas yer..
 Sandakan walaupun tak lah sebesar KL but ia tetap mempunyai keunikkannya yang tersendiri
ini adalah tempat yang Man sempat pergi semalam..datang sini semata-mata nak tunaikan janji kat korang tau..nak buat entri pasal tempat menarik di sandakan..ni Pintu masuk ke tokong cina..tempat ni memang menarik kerana untuk ke sini perlu mendaki ala2 nak ke genting Highland tu..

 setibanya di sana..anda akan dapat melihat ribuan tanglung bergantungan di merata-mata tempat
masuk sahaja di pintu utama anda akan disambut dengan pemandangan ini

 apa yang menariknya di sini..anda dapat melihat pemandangan bandaraya sandakan dari atas..laut terbentang luas dan rumah2 setinggan pun dapat anda lihat dengan jelas.
 dari atas tempat ni anda dapat lihat perumahan yang majoritinya orang2 Bugis, suluk dan bajau...semua rumah ini dibina di atas air laut.(ada haram n halal penginapan sini bila ada polis ramai yang berlarian n terjun laut terus..hahahahaha)
anda juga dibenarkan untuk masuk ke dalam..but..jangan mengada-ngada nak solat asar kat sini ya...hahahha
 hah..ni dua orang murid yang ikut..hahahhaha..apa lah nak jadi dengan mereka nie...korang tengok lah sendiri..now..tengok gelagat man pula hehehehe
terbang.........

 cantiknya pasu bunga
 yeh...ada tangga seribu di atas nie..naik n kira sendiri
untuk entri akan datang..Man akan sediakan untuk korang apa yang ada di Sepilok..

ok..rasa nak goreng roti sanwich lah..sapa2 nak meh datang sandakan...hihayyy

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Friday, January 21, 2011

MASA TELAH TAMAT...

Salam..terpaksa bangun awal pagi walaupun cuti sekolah sebab nak bagitau penyertaan contest yang Man anjurkan telah tamat tempohnya pada 21hb Jan 2011 tepat jam 1159pm..yang man paling suka sebab masa entri ni di tutup ada 111 komen..suka nombor tu.


Anda boleh lihat senarai blogger2 yang join contest ni disebelah kanan..

Jutaan terima Kasih diucapkan kepada semua kawan2 yang join..

Keputusan Pemenang Man akan maklumkan sebelum atau pada awal Februari 2011 sebab Man agak sibuk kebelakangan ni mengajar pelajar kawat dan latihan olahraga untuk sukan sekolah(sampai jam 6pm kat sekolah ya)lagipun kena baca satu2 hasil nukilan kawan2 tu..

Suka Man nak ingatkan Pemenang akan menerima SUMBANGAN IKHLAS berupa
1. Wang Tunai RM200 (Pemenang Utama)
2.Top up RM30.00 untuk 5 orang yang bertuah.
3. T-Shirt From SABAH
4. Hadiah Misteri (akan anda lihat bila Man dah umumkan Pemenangnya)

Man nak ulang ya...Man anjurkan contest ni bertujuan untuk lebih mengenali dan memperingatkan kawan2  bahawa terdapat seorang Insan yang seharusnya kita abadikan di dalam penulisan agar suatu hati nanti anak2 kita or maybe sapa2 saja dapat melihat betapa hebatnya insan yang bergelar IBU kepada ayah.ibu atau sahabat mereka..

Sebahagian daripada hadiah ini adalah sumbangan daripada Pemilik Resort Sukau Di Kota Kinabatangan, Sabah.Terima Kasih diucapkan kepada sahabat saya En Hadrin b Alias.Nanti Man ugut lagi ya bagi sponser lebih sikit..hahahahah

Berita baik kepada anda..setakat ni Man telah kumpul sponser yang lebih tinggi daripada hadiah di atas ni...Man akan berikan untuk contest yang akan datang..Tunggu..

ramai kawan mesej kat FB nak Man buat entri pasal Ibu Man..
ok2..nanti ada feeling Man buat ya..

kalau nak tengoh entri contest ni sila klik HERE 
 
 ambillah masa walau seminit untuk merenung apa yang telah kita berikan kepada ibu..bukannya kita berdiam dan berfikir apa yang telah ibu berikan kepada kita.
fikirkan sejenak.


SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...