yeh..1 Malaysia..tiba2 pula kan..hehehe..apa kbar semua pembaca blog ni..?
sebelum tu Man nak bagitau lah..kalau Man buat entri Man tak suka buat entri panjang2 sebab Man tahu bukan ramai kawan2 di sana yang suka baca entri panjang2 ni kan...Man lagi suka buat yg simple n sedikit gambar (walaupun kadang2 gambar tu tak berkaitan langsung dengan entri)..
sebelum tu...tanyalah diri pernahkah anda berkata begini
"tengok orang tu..cantik, hensem tapi perangai macam syaitan??
dan ini
"tengok orang tu..hodoh, miskin tapi terlalu baik hati??..
jika ada..teruskan membaca jika tiada..terserah dari korang
emm..sejak beberapa minggu ni man tak pernah ketinggalan untuk menyaksikan rancangan realiti TV di 711 astro iaitu "True Beauty"..segmen ni betul2 meninggalkan kesan mendalam untuk diri Man..sesuatu yang selama ini Man tidak tahu dan Man ambil ringan rupanya itulah kecantikkan yang sebenar..kalau korang ada tengok segmen ni mesti korang akan setuju.."true beauty" menyingkap kecantikkan wanita dan kehenseman jejaka yang terpilih mengikutinya. Dengan sesi photoshoot untuk melihat siapa yang cantik, latihan fizikal dan sebagainya rupanya itu hanya luaran. Ada sesuatu yang peserta sendiri tidak tahu dan ia diambil sebagai penilaian iaitu "kecantikkan dalaman"..
semua peserta mengigatkan "true beauty" itu seolah-olah pertandingan siapa yang lebih cantik dan lebih photogenik bila depan kamera..pertandingan untuk melihat siapa yang mempunyai tubuh badan yang cantik, menawan dan seksi..tetapi disebalik semua itu telah dipasang kamera tersembunyi dan kru2 yang berlakon sebagai warga miskin, orang bermasalah, orang tua, lelaki hodoh dan sebagainya untuk melihat adakah semua peserta ini mempunyai satu yang mana2 agama akan katakan penting untuk kehidupan di dunia dan akhirat iaitu "HATI"..sehinggalah mereka tersingkir keluar barulah peserta ini akan dimaklumkan tentang penilaian dalaman dan semua rakaman tersembunyi ini akan ditunjukkan sebab bagi mereka "Darjat dan pangkat bukan ukurannya"
berbalik kepada kehidupan kita seharian..kita seringkali mengambil berat akan kecantikkan luaran..memandang cermin beberapa kali untuk melihat adakah muka ok..adakah tiada jerawat..adakah bedak sekata, adakah mata tiada tahi mata..adakah lipstik tak merekah..peralatan untuk muka dibeli bila sampai waktunya sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak tetapi kita lupa untuk MEMBELI sesuatu..iaitu..masa untuk kita mendidik hati..masa untuk kita mencantikan kecantikkan dalaman itu..masa untuk kita merenung dan berfikir akan masalah orang lain yang memerlukan bantuan kita..masa untuk kita menyelami perasaan orang lain yang mungkin pada masa ini amat memerlukan kita..masa untuk ibu bapa..masa untuk anak2..masa untuk keluarga dan sebagainya...fikirkan disitu ya..
jika ingin menjadi cantik..cantikkanlah yang diluar dan cantikkanlah juga yang di dalam..kerana kecantikkan dalaman adalah "true beauty" yang sebenar..
tapi..mereka ni mmg true beauty ya..
hahahahha...aku telah dipaksa oleh pelajar untuk masukkan pic mereka..hahahha
tapi..mereka ni mmg true beauty ya..
hahahahha...aku telah dipaksa oleh pelajar untuk masukkan pic mereka..hahahha
"aku menulis bukan kerna nama"
16 comments:
kalau amoy jadi anak murid cikgu, nak jugak request masuk blog cikgu man. hahaha
bagi lea kecantikan dalaman tu penting.kalau seimbang keduanya luaran dan dalaman itu bonus.Tapi jika hati kita baik, ikhlas dlm apa jua ia akan terserlah di luaran jugak.walaupun mungkin tak lawa, tak hensem tapi keserian wajah tu akan teserlah.betul tak cikgu? suka baca penulisan awak.
TRUE BEAUTY ni suami suka nengok.lea kadang2x je.dia pun ckp rancangan ni best.
Tak cantik paras rupa tak apa... Yang penting hati mesti cantik...
kerana ku tahu diriku begitu bermakna ^.^ iklan jeR hehe, best entry niE, kalau boleh cantik luar cantik dalam, baru orang sekeliling tengok tersenyum luar tersenyum dalam.. senang² singgahlah kat blog saya yea En Man.. :)
http://kaif-amb.blogspot.com/
segalanya bermula dari hati.Kalau dalam cantik, luar pasti lagi cantik! ^^v
best giler ade cikgu mcm ni....
menjaga hati lebih penting dari menjaga muka..
jika hati bersih pasti ramai kawan yang akan mendekati kita meskipun time susah atau senang..
muke cukup sifat tp prangai nye yang sukar diramal lagi bahaya! kjap2 nak marah.. kang, kejap2 cool.. n kejap2 nak emo! hah, macam mane tu??? payah2... ape2 pn yg penting, kalo kita TAK SUKE ape yg org lain buat kat kite, so jgn lah kite menggatal2 nak buat perkara tu kat org lain pulak... hehehe... sekadar ingatan utk diri sdri jugak! ~ngeee
dipaksa.. ehem. hahah. papepun betul ckp abg man tu. dalam bersahabat pun macam tu. tak semua orang mampu jadi kawan menangis kita. mase tu kita akan nampak siapa yang ada kecantikan dalaman yang sebenar.
sokong anda , cikgu. :D
betul kata encik sudirman...
kita mesti la cantik diluar dan cantik didalam...
saya sokong ...
Setuju dengan cikgu...
i like this very muchh cikgu man...=)
ati,akhlak n pegangan agama tu yg terbaik..jgn sekadar kecntikkan tapi aty busuk perangai x ok xleh jugak...ermm...
wuwuwuuuwwwu.. tu sbb sy suke layan realiti tv drpd drama.. sbb drama ni byk drama, realiti tv ni byk realiti.. eh ape sy cube ckp ni haha.
beauty comes from the inside.. betul tak cegu man?
betul tu semunya..emm..harap2 kita semua dpat kecantikkan dalam dan luar yer..pakej penting utk menjadi model..hahahaha
Post a Comment