SAHABAT BAIK.

Sunday, January 30, 2011

Benci dengan orang yang tak pandai melayan..benci..........

salam..sebelum tu nak menjerit....YAHOOOO..rasa happy yang sangat2 sebab berjaya dalam perjuangan untuk membantu pelajar mengubah sistem yang sebelum ini lain..alhamdulillah berkat pertolongan yang ESA..

ok2..korang apa kbar??wei..jawab lah wei..jangan asik membaca je..emm..tak best lah mcm nie...aik..senyum kambing pula..baik jawab cepat SIHAT ke or TIDAK??....hahahaha...(woi SUdirman..ko ingat orang yg tengah baca ni nak ke becakap depan komputer durang..silap2 nanti orang ingat gila ..hahahahha)

tadi masuk beberapa kelas untuk bagi motivasi tentang "diriku yang kau benci"..emm..ada ala2 tajuk novel tak?or..tajuk jiwang2..bila man cakap je tajuk ni budak2 semua ketawa dan tak kurang hebatnya pelajar2 lelaki yang bajet hensem tu bersiul "piiwwittt"..kenapa agaknya budak2 sekolah skrg ni kalau citer pasal "heart" semua suka..dasar otak cintan cantun semuanya..ni maybe sebab banyak makan mee cintan nie..tapi kalau bercakap pasal sejarah melaka, faktor imperialisma, nasionalisma terus mereka seolah-olah manusia alim yang berpuasa 2 hari tak makan2..menguap dan terus menguap sampai lalat masuk pun tak perasan..hahahaha...tapi bila tukar topik "cara mengenali pasangan"..teknik bercinta yang baik"..terbeliat semua mata memandang cikgunya yang juga bajet hensem tanpa sempat nak lap air liur di bibir..ih...jijikkkkkkkkkkkkkkkkkk...hahahha..apa pun itulah ragam pelajar2 kesayanganku (ayat cover ni).

diriku yang kau benci..itu cuma tajuk semata-mata..yg sebenarnya man nak ajar pelajar2 bagaimana cara melayan insan2 lain agar hati dan perasaan orang itu senang melihat kita..lebih kepada komunikasilah kan..untuk menyenangkan dan membuatkan pelajar suka man telah gunakan gambar2 ini...hah..korang tengok lah ya..(pic ni ubahsuai sikit dari pic2 yang man ambil dari google)..ikut kreativiti lah kan..

1. MELAYAN SAPA2 PUN DENGAN SENYUMAN.
maksud di sini..sapa pun orang yang berdepan tak kiralah dia tu menggunakan nada yang tinggi, marah2..anda haruslah cool saja..ia sama mcm api berjumpa api..akan makin membara lah..so..kita bagi airlah kan...jangan pula korang menngada-ngada time mak bapa marah korang terus ambik air n simpah kat muka dia..pastu korang cakap "mak..aku belajar dari blog sudirman..mati aku wei...
2. HORMATI ORANG LAIN
 hah..ni memang lah wajib..biarpun kita berada dikedudukan or darjat yg tinggi adalah wajib kita menghormati sapa2..tak kiralah dia tu muda or tua..kenalah saling hormat..jgn pula korang terlebih hormat..jumpa je sapa2 terus bongkok kan badan n tangan kanan turun ke bawa..kat bandar pun korang buat begitu.."tumpang lalu"..hahaha..sah2 man akan gelakkan korang juga..opsss...
3. JANGAN TUNJUKKAN YANG ANDA TAK SUKA DIA
hah..ni lah paling ramai manusia yang seringkali buat..bila tak suka seseorang tu mulalah dia bergedik sana sani menunjukkan yang dia tak suka orang tu..bercakap pun menghadap ke dinding.kalau man jmpa org macam ni senang je..man akan cakap gini kat dia "wah..makin bertamadun manusia sekarang..dah ble bercakap dengan dinding"..hahahha
 4.JANGAN MELENTING TAK TENTU PASAL.
emm..kes macam ni biasa berlaku kat sekolah..anak yang salah mak bapa yang datang bergaduh dengan guru..guru pun siap keluarkan langkah silatnya..si bapa pula keluarkan jurus segala jurus nya..si anak pula..diam2 menyaksikan semuanya..hehehe..jgnlah melenting walaupun anda tahu orang tu salah..cakap baik2 lah kan..paling penting jangan cakap depan2 orang ramai.bawa lah ke mana2 berdua n luahkan semuanya..maybe cara begitu lebih baik n dia dapat terima..
5.BERIKAN KATA2 PUJIAN / PENGHARGAAN
emm..sama ada ibu bapa..guru2 or kita pun agak berat hati nak lontarkan kata2 pujian pada sapa2..bukannya kena bayar pun kan kalau nak puji orang "hensemlah awak hari ni"..emm.."awak ni baiklah"..kan bagus kalau ramai org mcm awak ni"..."kau lah kawan tebaikku"..tapi..kdg2 kita lupa untuk cakap hal macam ni sedangkan kata2 itulah yang paling penting dan pasti akan memberikan semangat pada sang pendengar..ni tidak..seringkali berlaku..kata2 hinaan dan sindiran yang diberikan..emmm...jom kita sama2 ubah diri k
6. SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
kawan2 semua kenalah selalu ingat..setiap orang itu ALLAH telah berikan sifat lebih dan kurang..bila berlaku pertelingkahan n kawan2 lakukan kesalahan tanamkan dalam diri "itulah kelemahanya or kekurangannya"..kita yang ada kelebihan ni bantulah dia..kan..kan..kan..
yeh..ni lah pengajaran yang man bagi kat pelajar2 hari nie..so saja nak kongsikan dengan kawan2..mana tau ada sesuatu yang anda boleh ikut kan...hey..kepada anda yang rajin komen entri man tq sgt2 diucapkan..dari komen tu man akan buka blog korang n terus follow n komen balas entri kamu pula...so...anda bagi bunga saya bagi balik bunga..jom ke kantin melantak bubur...

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Friday, January 28, 2011

true beauty

yeh..1 Malaysia..tiba2 pula kan..hehehe..apa kbar semua pembaca blog ni..?
sebelum tu Man nak bagitau lah..kalau Man buat entri Man tak suka buat entri panjang2 sebab Man tahu bukan ramai kawan2 di sana yang suka baca entri panjang2 ni kan...Man lagi suka buat yg simple n sedikit gambar (walaupun kadang2 gambar tu tak berkaitan langsung dengan entri).. 

sebelum tu...tanyalah diri pernahkah anda berkata begini
"tengok orang tu..cantik, hensem tapi perangai macam syaitan??
dan ini
"tengok orang tu..hodoh, miskin tapi terlalu baik hati??..
jika ada..teruskan membaca jika tiada..terserah dari korang
emm..sejak beberapa minggu ni man tak pernah ketinggalan untuk menyaksikan rancangan realiti TV di 711 astro iaitu "True Beauty"..segmen ni betul2 meninggalkan kesan mendalam untuk diri Man..sesuatu yang selama ini Man tidak tahu dan Man ambil ringan rupanya itulah kecantikkan yang sebenar..kalau korang ada tengok segmen ni mesti korang akan setuju.."true beauty" menyingkap kecantikkan wanita dan kehenseman jejaka yang terpilih mengikutinya. Dengan sesi photoshoot untuk melihat siapa yang cantik, latihan fizikal dan sebagainya rupanya itu hanya luaran. Ada sesuatu yang peserta sendiri tidak tahu dan ia diambil sebagai penilaian iaitu "kecantikkan dalaman"..

semua peserta mengigatkan "true beauty" itu seolah-olah pertandingan siapa yang lebih cantik dan lebih photogenik bila depan kamera..pertandingan untuk melihat siapa yang mempunyai tubuh badan yang cantik, menawan dan seksi..tetapi disebalik semua itu telah dipasang kamera tersembunyi dan kru2 yang berlakon sebagai warga miskin, orang bermasalah, orang tua, lelaki hodoh dan sebagainya untuk melihat adakah semua peserta ini mempunyai satu yang mana2 agama akan katakan penting untuk kehidupan di dunia dan akhirat iaitu "HATI"..sehinggalah mereka tersingkir keluar barulah peserta ini akan dimaklumkan tentang penilaian dalaman dan semua rakaman tersembunyi ini akan ditunjukkan sebab bagi mereka "Darjat dan pangkat bukan ukurannya"


berbalik kepada kehidupan kita seharian..kita seringkali mengambil berat akan kecantikkan luaran..memandang cermin beberapa kali untuk melihat adakah muka ok..adakah tiada jerawat..adakah bedak sekata, adakah mata tiada tahi mata..adakah lipstik tak merekah..peralatan untuk muka dibeli bila sampai waktunya sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak tetapi kita lupa untuk MEMBELI sesuatu..iaitu..masa untuk kita mendidik hati..masa untuk kita mencantikan kecantikkan dalaman itu..masa untuk kita merenung dan berfikir akan masalah orang lain yang memerlukan bantuan kita..masa untuk kita menyelami perasaan orang lain yang mungkin pada masa ini amat memerlukan kita..masa untuk ibu bapa..masa untuk anak2..masa untuk keluarga dan sebagainya...fikirkan disitu ya..

jika ingin menjadi cantik..cantikkanlah yang diluar dan cantikkanlah juga yang di dalam..kerana kecantikkan dalaman adalah "true beauty" yang sebenar..
tapi..mereka ni mmg true beauty ya..
hahahahha...aku telah dipaksa oleh pelajar untuk masukkan pic mereka..hahahha

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Wednesday, January 26, 2011

Blog bagaimana yang menanggung dosa besar??

salam..hari ni Man tiba2 terbuka salah satu blog yang man minat n mmg mat selalu buka blog tu..but..tiba2 agak terperanjat sedikit bila Man buka blog tu tengah hari tadi terlihat susuk badan seorang artis..emm...Ya ALLAH..salah tu wahai sahabatku..itu kira dosa juga tau..dosa tu dipanggil dosa atas dosa..maybe dia tidak tahu apa yang dikatakan dosa di atas dosa orang lain...so..jom kita sama2 terokai sambil menambah ilmu..(yeh..jadi Ustaz malam ni ye)

Dosa di atas dosa orang lain bermakna orang lain melakukan kemungkaran dan dosa but kita terlibat sama menanggung dosa itu..bukan bermaksud kita lakukan hal yang sama seperti orang itu lakukan but kita mencipta satu kelainan yang natijah kepada dosanya adalah sama dengan insan itu.(harap faham di situ ya)

sekadar gambar hiasan..cuba renungkan kalau yang di bawah itu adalah anda??

Blog bagaimanakah yang menanggung dosa sama besar dengan dosa orang yang melakukannya?
1. Blog yang mendedahkan gambar aurat seorang wanita or lelaki sambil membuka aib si pemilik gambar.bayangkan setiap orang yang singgah di blog korang n mereka melihat aurat itu..siapa yg letak pic itu di situ?pemilih blog bukan..so..adakah dia berdosa?hah..fikir sendiri k...lagi satu, Pengetua saya ada berkata kalau dalam FB/blog seorang anak meletakkan gambar dirinya yang menunjukkan aurat..bukan setakat anak itu yang menanggungnya bahkan kedua ibu bapa kepada anak itu juga akan menanggung dosa yang sama...sehelai rambut yg dilihat (contoh rambut je ye) maka satu dosa yang dipikul oleh si anak, ayah dan ibunya..kiralah ada berapa banyak helai rambut korang..

2. Blog yang apabila pembaca membacanya ia mengundang rasa ghairah ke arah sex atau ingin melakukan kejahatan.

3. Blog yang membaur hasutan atau niat menghantam seseorang atau sebahagian masyarakat.Maybe mmg orang tu melakukan kesalahan tapi sekiranya kita menulis semata-mata untuk mengaibkan dia maka kita juga dikira berdosa..kalau nak tulis pun boleh but jangan letak gambar n nama orang itu...tulis dengan niat untuk memberi pengajaran...

emm...peringatan ini bukan untuk korang semata-mata tapi untuk diri Man juga..oleh itu, sebelum meletak apa2 pic tengok dulu andai pic2 itu memenuhi kriteria or tidak..jangan semata-mata nak orang ramai mengunjungi blog anda..sama2 lah kita baiki diri ya..amin... 

Untuk anda yang join contest Man pasal ibu..Man akan umumkan pemenang awal februari..sekarang ni man tengah baca semua entri lagipun bz melatih pelajar kawat kaki...hihihi

p/s : Man ni bukanlah alim ulama n man tak layak untuk menegur sapa2 but apa yang man lakarkan di sini hanya untuk perkongsian dan peringatan kepada diri Man sendiri.andai ia ada memberi kesan baik kepada anda..alhamdulillah syukur YA ALLAH..amin..kalau tiada..abaikan saja ya..

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Monday, January 24, 2011

Sedih tgk Dia...emmm...

salam..aduiii..tlg lah..hari ni begitu bz disekolah ya..banyak proposal kena disiapkan but alhamdulillah sebelum pulang selesai semuanya..time diam2 tiba2 bunyi Iphone (lagu maher zain k)..murid yang kemalangan masa hari ahad tu call...hah..
tiba2 dapat idea nak buat entri pasal dia nie hah.. 

emm..untuk pengetahuan semua, semalam (isnin) man tak balik rumah sebab menemani dan menjaga student kat hospital yang patah kaki dan tangan ekoran motor yang dinaiki terjatuh di lereng bukit...dia ni kebetulan satu kg dengan Man so..dah alang2 ke sana tu so Man ambiklah masa melawat n berborak2 dengan dia untuk bagi semangat agar mengambil semua ujian ALLAH ini sebagai pengajaran kepadanya..semasa kemalangan ini berlaku bukan setakat pelajar ni jatuh motor patah tangan dan kaki tetapi sebuah kancil yang lalu sempat memijak tangan sebelah kirinya..so..korang faham2 lah apa berlaku k...maybe semua ini ada hikmahnya..

 kaki ni akan dimasukkan besi sebab tulang yang ada di dalam telah mengalami retakkan yang teruk..time datang melawat ni pun ada 6kg besi digantung untuk menarik semula tulang2 tu..
 kalau korang lihat di paha ada bungkusan putih tu...hah..kat situlah tulang tu terkeluar..betul2 terkeluar tulang tu..retak n keluar melimpasi kulit dan terlihat diluar sepanjang 5inci...hihhhh
 tangan ni yang digilis kancil..tulang2 juga telah retak dan memerlukan simen dan besi..emm..tak boleh gerak...
hah..ni lah keadaannya..asik menangis je..kecian juga..(man dapat izin ye untuk letak muka dia kat sini)..korang jangan nakal tgk kat tengah2 tu ya..dia pakai spender juga tu..hahaha
 Man sempat jumpa doktor yang bertugas dan Dr telah menerangkan kepada Man berpandukan pic di atas bahawa pelajar ini akan dimasukkan simen dan besi seperti gambar ini...lihat tak besi tengah2 tu..tulang digergaji dan dimasukkan besi kat dalamnya..aduiiii
hah..ni jg contoh tulang untuk pelajar ni..

emmm..kepada korang dan diri Man sendiri..hati2 lah bila memandu or membawa motor ya..sebelum keluar tu bacalah doa banyak2..jangan laju2...nanti jadi lain pula..tak pasal2 Mak Bapa sedih ...emm..semasa Man melawat ni orang sebelah pelajar ni lagi teruk..kaki mamat tu telah digilis lori dan tempurung lutut hancur beserta kaki..mmg agar suka untuk diselamatkan tulang2nya..maybe akan dipotong kot...doakan saja untuk mereka ya...

P/S peringatan untuk kita semua..jangan memandu laju.

korang bagilah kata2 semangat ya..sebab nanti Man akan print komen2 tu n bagi pelajar nie..

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Sunday, January 23, 2011

JOM TENGOK HASIL KERJA PELAJAR

salam..ehh..sejak akhir2 ni suka sangat update blog kan..sebab..kesian kat kawan2 yang buka Blog ni kalau tak de apa2 yang baru..so..jom kita ketawa ramai2 menyaksikan gelagat pelajar menyiapkan kerja rumahnya..hahahhaha...sebagai cikgu mmg seronok jumpa kerja rumah macam nie..time2 mengantuk semak hasil kerja pelajar macam ni mesti terus menjerit ketawa..hahahhaha

 hahahahhaha....takantut dia geng..matilah....(ehsan FB)
boleh kah mcm ni kalau kerja rumah tak siap....hahahahhahaha

Kepada anda, cuba sesekali periksa kerja rumah adik2 anda..mesti dapat sesuatu yang melucukan tu...
(ehsan daripada FB)

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Jom Jalan2 Di Sandakan, Sabah

salam...yeh..yeh..hujan lebat di Kg Man nie..tak tahu nak buat apa bila hujan2 nie...tiba2 (seolah-olah muncul lampu kat atas kepala) teringat pasal janji Man nak buat entri pasal tempat2 menarik di area sandakan..so Man ambik Masa lah buat entri nie...

tapi sebelum tu nak terangkanlah..Sandakan tempat Man ni adalah bandar yang terletak di tengah2 negeri Sabah...ia bermula di KK - Sandakan - Tawau...dari Kota Kinabalu mengambil masa selama lebih kurang 5 Jam manakala dari Tawau ke Sandakan juga mengambil masa 5 Jam..Dari KL ke Sandakan pula hanya 2jam 50 minit.(panas punggung di kapal ya) Sandakan ni adalah bandaraya berkonsepkan ALAM SEMULAJADI so mmg tenang kalau datang sini....jadi..sapa2 nak datang sini..Man alu2 kan..datang je..pasal penginapan dan pengangkutan insya ALLAH Man boleh sediakan..Free ye..hehehhe...

kebetulan semalam Man ke salah satu tempat pelancongan di Sandakan n..Man kongsikan kat korang cerita ini..
 bagi yang tak pernah datang ke sandakan..ni pemandangan bandar sandakan dari atas yer..
 Sandakan walaupun tak lah sebesar KL but ia tetap mempunyai keunikkannya yang tersendiri
ini adalah tempat yang Man sempat pergi semalam..datang sini semata-mata nak tunaikan janji kat korang tau..nak buat entri pasal tempat menarik di sandakan..ni Pintu masuk ke tokong cina..tempat ni memang menarik kerana untuk ke sini perlu mendaki ala2 nak ke genting Highland tu..

 setibanya di sana..anda akan dapat melihat ribuan tanglung bergantungan di merata-mata tempat
masuk sahaja di pintu utama anda akan disambut dengan pemandangan ini

 apa yang menariknya di sini..anda dapat melihat pemandangan bandaraya sandakan dari atas..laut terbentang luas dan rumah2 setinggan pun dapat anda lihat dengan jelas.
 dari atas tempat ni anda dapat lihat perumahan yang majoritinya orang2 Bugis, suluk dan bajau...semua rumah ini dibina di atas air laut.(ada haram n halal penginapan sini bila ada polis ramai yang berlarian n terjun laut terus..hahahahaha)
anda juga dibenarkan untuk masuk ke dalam..but..jangan mengada-ngada nak solat asar kat sini ya...hahahha
 hah..ni dua orang murid yang ikut..hahahhaha..apa lah nak jadi dengan mereka nie...korang tengok lah sendiri..now..tengok gelagat man pula hehehehe
terbang.........

 cantiknya pasu bunga
 yeh...ada tangga seribu di atas nie..naik n kira sendiri
untuk entri akan datang..Man akan sediakan untuk korang apa yang ada di Sepilok..

ok..rasa nak goreng roti sanwich lah..sapa2 nak meh datang sandakan...hihayyy

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Friday, January 21, 2011

MASA TELAH TAMAT...

Salam..terpaksa bangun awal pagi walaupun cuti sekolah sebab nak bagitau penyertaan contest yang Man anjurkan telah tamat tempohnya pada 21hb Jan 2011 tepat jam 1159pm..yang man paling suka sebab masa entri ni di tutup ada 111 komen..suka nombor tu.


Anda boleh lihat senarai blogger2 yang join contest ni disebelah kanan..

Jutaan terima Kasih diucapkan kepada semua kawan2 yang join..

Keputusan Pemenang Man akan maklumkan sebelum atau pada awal Februari 2011 sebab Man agak sibuk kebelakangan ni mengajar pelajar kawat dan latihan olahraga untuk sukan sekolah(sampai jam 6pm kat sekolah ya)lagipun kena baca satu2 hasil nukilan kawan2 tu..

Suka Man nak ingatkan Pemenang akan menerima SUMBANGAN IKHLAS berupa
1. Wang Tunai RM200 (Pemenang Utama)
2.Top up RM30.00 untuk 5 orang yang bertuah.
3. T-Shirt From SABAH
4. Hadiah Misteri (akan anda lihat bila Man dah umumkan Pemenangnya)

Man nak ulang ya...Man anjurkan contest ni bertujuan untuk lebih mengenali dan memperingatkan kawan2  bahawa terdapat seorang Insan yang seharusnya kita abadikan di dalam penulisan agar suatu hati nanti anak2 kita or maybe sapa2 saja dapat melihat betapa hebatnya insan yang bergelar IBU kepada ayah.ibu atau sahabat mereka..

Sebahagian daripada hadiah ini adalah sumbangan daripada Pemilik Resort Sukau Di Kota Kinabatangan, Sabah.Terima Kasih diucapkan kepada sahabat saya En Hadrin b Alias.Nanti Man ugut lagi ya bagi sponser lebih sikit..hahahahah

Berita baik kepada anda..setakat ni Man telah kumpul sponser yang lebih tinggi daripada hadiah di atas ni...Man akan berikan untuk contest yang akan datang..Tunggu..

ramai kawan mesej kat FB nak Man buat entri pasal Ibu Man..
ok2..nanti ada feeling Man buat ya..

kalau nak tengoh entri contest ni sila klik HERE 
 
 ambillah masa walau seminit untuk merenung apa yang telah kita berikan kepada ibu..bukannya kita berdiam dan berfikir apa yang telah ibu berikan kepada kita.
fikirkan sejenak.


SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Thursday, January 20, 2011

menjaga hati itu menyakitkan!!

salam..dulu Man ada tulis entri pasal menjaga hati itu milik siapa..kali ini Man cuma buka hati dan perasaan Man untuk berkongsi dengan anda pasal menjaga hati juga tapi berkisar pasal kesakitan..kepedihan dan kesengsaraan...iya...sapa disini yang tidak pernah merasa sakit ekoran daripada menjaga hati orang lain apa lagi jika orang itu adalah orang yang anda sayang..orang yang anda ingin menjaga hatinya agar ia sentiasa senyum...gembira dan bahagia kerana bagi anda itulah sebaik-baik tingkahlaku dan pengorbanan yang anda boleh lakukan untuk membuktikan cinta dan kasih sayang anda...emmm...tapi..adakah anda gembira..adakah anda bahagia dengan apa yang anda lakukan...??masing2 ada jawapan tersendiri...

 Bagi Man..menjaga hati itu adalah perkara pertama yang harus wujud dalam apa2 juga perhubungan..Hubungan dengan Ibu bapa, adik2, kawan2 dan mungkin dengan kekasih hati..semua itu memerlukan penjagaan..penjagaan yang harus dimulakan dari sapa??adakah pasangan anda ataupun dari diri sendiri??...mesti ada yang jawab diri sendiri dan ada juga yang akan mengangkat kening dan menjawab pasangan saya lah yang harus mulakan..kalau dia sayang saya..dia lah yang harus mulakan...

Menurut Terapi REBT psikologi (REBT ialah satu terapi yang berbentuk didactic kognitive dan berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai punca masalah peribadi). .jika anda jumpa manusia yang suka menyalahkan orang lain itu maksudnya dia berada pada tahap pemikiran yang tidak rasional..mungkin marah atau mungkin juga dia mmg begitu hasil daripada asuhan semasa kecilnya kerana man nak bagitau.apa yang kita dapat masa kecil itulah sebahagian besar akan membentuk kita pada masa sekarang...antara beberapa contoh yang man nak tunjukkan ayat2 yang biasa digunakan oleh insan2 yang tidak rasional pemikirannya ialah

1.Bila orang tu sayangkan saya.. Dia mesti tunjukkan cinta nya.Dia mesti tunjukkan dari tingkah laku dan personalitinya bahawa dia mmg cintakan saya.
2. Dia yang salah..dia tak pandai nak menjaga hati saya..dia asik nak betul saja...saya ni asik salah saja.
3. Dia harus tumpukan perhatian pada saya..tak boleh kepada orang lain .
4. Kalau dia salah..dia lah yang harus pujuk dan minta maaf dengan saya...

em...menjaga hati itu sesuatu yang abstrak..tiada sapa dapat menjaga hati sapa2..melainkan kita jaga hati kita sendiri..mmg betul..dalam kita menjaga hati orang lain kadang2 kita lupa yg kita telah abaikan satu daging..daging yang seharusnya kita jaga baik2..daging yang punya kuasa untuk menentukan kita gembira atau berduka..kita tersenyum atau menangis..daging itu adalah hati kita sendiri...hati yang boleh membuatkan kita kebal dari segala serangan minda dari orang lain..walaupun dihunus dengan pedang yang tajam ke dalamnya..dilontar dengan batu tomahan yg besar..disumbat dengan kata2 kejian andai hati itu sentiasa tidak mempedulikannya...anda pasti akan bahagia kerana ketahuilah..SEMUA YANG BERLAKU KEPADA KITA BERMULA DARI APA YANG ADA DI HATI...

biarpun seringkali kita mengalah pada orang yang kita sayang tetapi sesekali ingatlah untuk mengalah kepada hati kita sendiri kerana dia juga berhak untuk di jaga..berhak untuk dipimpin ..berhak untuk dibelai..berhak untuk dikasihi dan paling penting berhak untuk dicintai selalu kerana KITALAH YANG LEBIH MENGETAHUI APA YANG ADA DI HATI KITA..

mungkin Man Terlambat mengerti erti kasih sayang..mungkin man akan kehilangan sebelum cahaya itu terbit..mungkin juga man ini bukan tercipta untukmu..atau Man harus melangkah pergi membawa diri dan hati yang harus dijaga..tapi ketahuilah Cahaya Cinta ini biarlah rahsia kerana Man pasti destinasi cinta kita akan terpancar hingga ke ujung dunia...bukan kerana egokah aku atau sebaliknya tapi kerana aku ingin menjaga hati..
sekadar perkongsian kepada semua..
p/s tiada sapa dapat menjaga hati kita melainkan kita sendiri...dekatkan diri kepadaNYA insya ALLAH hati itu akan terjaga selamanya...
SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Wednesday, January 19, 2011

APA KORANG RASA BILA ORG PANGGIL ANDA "KUDA"

Hai..uiii..sebelum tu Man nak cover muka dulu skit..sebab..rasa malu lah buat entri yang bawah nie pasal KOSONG tu..wah..bila dah normal n tak jiwang2 ni Man tgk balik entri tu..tiba2 man rasa yang malu sangat2..hahahahha...kenapa tu ya?...apa pun Man nak ucapkan terima Kasih kepada kawan2 yang bagi semangat time Man down sekejap ..(ihhh..bikin malu lelaki je)..lariiiiiiiiiiiiiiiiii..sembunyi bawah meja jap..

ok..ok..untuk kawan2 yang bagi semangat dan komen entri Man pasal kosong ni..ada sesuatu untuk anda.....Man nak bagi sesuatu untuk korang..kira mcm penghargaan untuk kawan2 yang sapport Man nie...emm..cepat bagi alamat..(msej kat FB ye n bagitau apa nama Blog supaya Man dapat tgk betul ke korang ada komen kat situ)...Man nak pos hadiah tu..tunggu lah apa hadiah tu k...hah..ni lah kelebihan sapa2 yang rajin komen entri Man..hihhihi...

emm..petang2 yang indah ni Man ditemankan dengan pelajar sekolah kat bilik..entah lah mereka nie..bila mereka tgk je blog or status Man yang pelik2 hah..mula lah datang sini tu..(mereka risau agaknya)..yeh..jom nak ceritakan kat korang pasal manusia yang di panggil kuda..

suatu hari..adalah seorang mamat tu sedang memandu dengan angkuhnya..dia ni mmg pantang kena jerit or kena hon kat jalan..kalau ada je yg buat mcm tu terus dia tunjukkan isyarat lucah dan memekik tak tentu pasal...time dia memandu dengan khusuk tu tiba2 lalu kereta kancil dan berlaku lah dialog ini..

Pakcik Kereta Kancil     :..oiii..Kuda...oiii...Kuda...
Mamat angkuh              : sialan kau..kau panggil aku kuda...oiii..sedar diri lah oiii
Pakcik Kereta kancil     : oiii kuda ....(lagi kuat suara pakcik ni melawan suara si mamat tu)
Mamat Angkuh             : Lantak kau lah orang tua....

korang nak tau tak apa berlaku lepas tu..hah..tgk gambar ni...

hahahahha..kesimpulannya..bila ada orang cakap apa2 pasal anda baik selidik dulu..jangan terus salah faham sebab mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan..Pakcik tu nak bagitau kat jalan depan tu ada kuda..but Mamat tu ingat dia yg dipanggil kuda..hihihihi...(sekadar hiburan  dan jalan cerita diubah sedikit agar dapat pengajaran di situ..hihayyyyy)

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Tuesday, January 18, 2011

KOSONG????


salam..secara jujurnya Man rasa terganggu sekarang nie...hati, perasaan dan sanubari tidak tenang..

Dengan keadaan diri yang tidak sihat...Masalah demi masalah datang mengunjung tanpa diundang namun Man terima semua itu sebagai cobaan untuk melatih hati menjadi insan yang lebih tabah..

Bila bercerita pasal perasaan...Cinta dan Kasih sayang...banyak persoalan yang timbul dan yang pastinya Man yakin setiap dari korang mempunyai jawapan yang tersendiri..

Bercinta tpi rasa umpama diri keseorang melalui apa sahaja masalah yg datang??
Berkasih sayang but rasa bagai kekurangan..tpi tak tau di mana kekurangannya
Berdiri di khalayak ramai tpi tetap rasa bagai keseorangan..
selalu rasa diri sendiri..tiada teman dan tiada sapa2..
KOSONG...

adakah anda juga pernah rasa seperti itu?..

emmm....ALLAH tolong bagi kekuatan untuk kami kuat melalui semua dugaan ini..
ALLAH bagi kami semangat yang dapat membangkitkan kami dari kejatuhan ini..
ALLAH bagi kami senyuman agar dunia2 yg kami lalui terang ..
bagi kami cahaya untuk terus bangkit membina hidup baru..
AMIN

ikhlas Dari Sahabat blog Korang

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Monday, January 17, 2011

MANUSIA JENIS APA KAU NI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..
Berdirinya Najib kerana Kepimpinannya
Berdirinya pokok kerana akarnya
namun..berdirinya saya disini bukan kerana kepimpinan bukan juga kerana akar..tetapi...
kerana ingin membuat entri baru..hahahha..tiba2 man teringat kenangan2 masa sekolah dlu bila ikut pertandingan Syarahan..di mana2 pun Man pergi ke pertandingan sampailah sekarang ada saja yang masih guna ayat nie..betul tak??hah...jgn nak tipu..betul kan..cepatlah angguk kepala..kalau tak..Man merajuk nie..hah...(sambil hentak2 kan kaki..bole?..hahahahha)

hah sebelum tu..nak kongsikan kepada korang gambar anak buah Man yang dah 2 minggu..tak nampak lagi but ambik kat FB..wah..nak cium pipi..comellll...cepatlah datang sabah...(sampai skrg Ayah aku tak tahu lagi dia dah jadi atok sebab tak pulang2 lagi)
ok...jom kita terjah entri kali ni...
Hey!!. Manusia jenis apa kau ni?...masa Man tengah duduk2 di Bilik Kaunseling tadi telinga ini sempat mendengar ungkapan ini keluar dari seseorang. Tanpa berfikir panjang Man terus keluar dan melihat apa yang sedang berlaku..Emm..rupanya seorang ayah sedang memarahi anaknya..

"kau ni bodoh..sudahlah bodoh lembab lagi tu"..emm..Man yang hanya berdiri di pintu memandang sayu wajah anak itu..rasa nak lari dan terus memeluknya.... walaupun di marah anak itu tetap berdiam diri..Man tidak tahu apa puncanya...Bila keadaan Reda Man beranikan diri mendekati si ayah dan bertanya apakah yang terjadi..
"anu cikgu (korang jgn fikir yang bukan2 ya..anu kat sabah tu adalah permulaan ayat kalau seseorang tu tidak pasti apa yang dia ingin ungkapkan)..Dia ni malas belajar cikgu..baru mau pindah ke sekolah ini...tapi sekali sampai di sini rupanya dia tidak bawa dokumen2 nya...sudahlah datang dari jauh..aduh..."sempat lagi dia menolak kepala anaknya yang sedang duduk sambil tunduk..malu agaknya...
  kawan-kawan semua..sekiranya anda dan Man sendiri dipanjangkan Umur dan kita semua insya ALLAH akan menjadi ayah dan Ibu janganlah sesekali melontarkan kata2 sebegini kepada anak2 bahkan kepada sesiapa sahaja kerana setiap dari kita diberikan hati dan Man yakin..sejahat manapun manusia itu di dalam tubuhnya ada hati mcm kita..pls..jangan lontarkan kata2 itu kerana sesungguhnya apa yang kita lontarkan itu adalah sebuah doa..doa ibu dan ayah kepada anaknya, doa seorang guru kepada muridnya, doa seorang abang kepad adiknya dan mungkin doa seorang kawan kepada kawannya..bagaimana mungkin seorang insan yang setiap harinya disajikan dengan kata2 kesat..disuapkan dengan kata2 hinaan dan dilontarkan dengan kata2 negatif akan mampu membentuk dirinya menjadi insan yang positif..mampu kah ia??atau akan terbit rasa dendam dan akan terkumpul rasa kesedihan yang melampau..Man sampai berfikir adakah anak itu bila pulang ke rumah nanti akan menangis seorang diri di bilik???..atau adakah dia mempunyai teman untuk meluahkan rasa tangisnya???? ataupun ia hanya mampu meluahkan setiap perjalananan hidupnya dalam kertas putih??.kertas yang semestinya tidak mampu untuk membalas setiap luahannya...kertas yang Man yakin tidak akan dapat menaikkan tanganya untuk menLAP setiap titisan air mata yang menitis....emmmmm...semoga DIA memberikan ketenangan kepadamu...

Kepada kawan2 semua..jadilah Manusia yang orang lain boleh bergantung kepada anda..jadilah manusia yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain...biarkan ia tidak banyak kerana sedikit-sedikit itu lama2 akan menjadi bukit..biar Manusia tidak melihatnya yang penting DIA YANG SATU melihat semuanya..mulakan dari HATI...

semasa Man mengarang entri ini tiba2 ada mesej di FB yang masuk..Man terus membukanya dan Man rasa sebak seketika kerana msej itu adalah
salam...
xtau nk bhsakan dri mcm mana... huhuh..
cma nk smpaikn apa yg terbuku di hati...
ska bca blog awak...
nice sgt... apa yg diceritakan... bnyk trjadi kpd saya...
n kdg2 sy sndri x trpk mcm mana awak pk kn...
ska la...
give me a lot of motivation....
thanx... n teruskan menulis yer... (^_^)
sambil mendengar lagu dari blog ni.rasa berkaca di mata..sebab itulah tujuan Man membuat blog ini..untuk perkongsian kepada kawan2 dan Man berharap blog ini mampu memberi motivasi dan semangat kepada orang lain.biar tidak ramai cukup ada seorang pun dah memadai...Terima kasih kepada kawan2 semua dan untuk yang msej ini..teruskan hidup dan ingatlah jika satu pintu telah tertutup jangan anda terpaku begitu lama dipintu itu tanpa anda sedar bahawa telah ada pintu lain yang dibukakan untuk anda.teruskan berjalan ya... 
 Saja nak kongsikan kenangan bersama pelajar yang juga adik,kawan dan sahabat..merentasi kebun mencari durian. Sesungguhnya kenangan itu akan kekal selamanya..selamat berjaya kepada anda semua yang kini mempunyai haluan kerjaya sendiri..ingat, mulut kena jaga ya..hihihi..wei...cuti2 masuklah di rumah lagi..cikgu rindu korangggggggggggggg

p/s : marah anak, kawan2 or sapa2 tak salah but jgn guna perkataan kesat n tak sesuai pada tempatnya...

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Friday, January 14, 2011

Jom tgk Gelagat Pelajar Sekolah Depan Kamera!!

JOM IMBAS KEMBALI ZAMAN PERSEKOLAHAN.
hah..hari ni abg sudirman korang nak ajak korang ramai2 saksikan gelagat pelajar sekolah bila berada depan kamera..emm..man yakin..kita pun dulu mcm ni kan..depan kemera je mula lah tu buat pelbagai aksi dan tidak kurang hebatnya juga yang berlari tak nak bergambar..hey!!kenapa nak lari?ingat korang cantik sgt ke nak lari2..hahahaha..tu lah Bahasa menyindir n bergurau senda yang Man suka guna bila pelajar2 Man mengelak nak di gambar..dengan sipu2 malunya mereka akan bergegas ke depan kamera semula...Pic ni ambil sebelum aktiviti Kokurikulum dijalankan..datang awal kan so ambil masa beramah mesra dengan pelajar2 dulu..hihayyyyyy..
 Tak tahu apa mimpi baik pelajar2 ni semalam sampaikan pakai tutup mulut segala..nak kata musim Selesema burung tak juga...
 ok2..cikgu nak tgk aksi kreatif..emm..ni lah jadinya..melompat tak ingat dunia..hahahaha..but nice kan..(ayat cover)..hihihi
 apa lagi..tuan punya kamera mestilah nak join sekali...biasa2 je Man ni..tak hensem pun kan..ni kat tapak perhimpunan ke2..sebab sekolah man ada dua tapak perhimpunan..
 ikut je mereka ni apa cikgu dia buat..hahahhahaha
 sekelompok pelajar yang suka duduk di tangga..rasanya tangga tu selesa kot nak duduk...empuk katanya...so..lepak2 sekejap sambil cerita2 masalah pelajar..stail santai2...
 tiba2.."cikgu angkat saya cikgu..baru ambil gambar"..hahhahaha..nasip tak campak turun...
 hah..bila nampak saja Man bawa kamera..ramai lah yang keluar kelas ajak masuk dalam kelas ambik pic mereka...
 ni lagi..Man buat skill apa2 je mesti budak2 akan ikut..hahahahha
 yeh...best bila pelajar suka sama kita..but...kena lah pandai kan jgn sampai kepala dipijak...
 geng2 minah pintu..suka sgt duduk kat pintu..so..Man pun join duduk n mula korek rahsia kenapa suka duduk kat pintu...tak salah rasanya duduk mcm ni..but..kenapa ada guru2 lain marah bila pelajar buat mcm ni?tak faham
hihihihi..hah tu dia..malu2 lagi yer....
tgk tak tanda nama kat dada tu..hah..Man punya kerja tu..hihihihi..pelajar baru kan...

ok..sekadar perkongsian untuk kita imbau kembali zaman2 sekolah dulu..yeh...rindu tak nak sekolah balik?hihihihii


SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...