SAHABAT BAIK.

Monday, September 6, 2010

Perjalanan jauh membawa diri..

tika ini tiba2 aku rasa nak update pula blog nie..perjalanan jauhku dari sandakan ke kota kinabalu..aku ke sana membawa hatiku yang ingin mencari kedamaian ...kedamaian yang sekian lama aku cari dan aku berharap semoga di sana nanti aku jumpa walau sedikit sinaran kedamaian itu untuk aku gunakan dalam sisa2 hidupku selepas ini....di sana aku menjumpai seorang pelajar lama ku..aizul namanya..sempat lagi kami bergambar sebagai kenangan...

tika aku menulis blog ni cuping telingaku telah mendengar dengan jelas lagu yang berbunyi " tak ingin lagi rasanya ku bercinta setelah ku rasa perit kekal dalam ini membuatku tak berdaya"..wah..dalam sungguh lirik lagu ni...kesakitan dan kesengsaraan hati adalah sesuatu yang begitu dashyat dan begitu menyakitkan bagi aku..tak dapat rasanya aku tersenyum setelah hati yang kita sayangi ini kita serahkan kepada sesiapa dan akhirnya kita dapat tahu hati itu tidak dijaga dengan baik...siapa salah...hanya Tuhan saja yang tahu
haiwan dan manusia..haiwan walaupun tidak diberikan akal fikiran untuk berfikir sebagaimana manusia tapi mereka tahu erti kasih sayang sebenar dan mereka akan sentiasa setia dengan pasangan mereka sampailah ke nafas terakhir mereka..emmmm....
Hidup ini kdg2 di rasakan bagai tidak adil..ketidakadilan itu menyebabkan diri ini sentiasa rasa sendiri..kosong walaupun tika itu aku duduk ditengah-tengah pesta dan kosong tatkala tika itu aku berdiri di antara jutaan manusia...kekosongan itu datang saat-saat aku mengigati semua kenangan-kenangan lalu yang sebenarnya aku sendiri tidak tahu sama ada ia adalah kenangan manis atau kenangan pahit dalam liku-liku hidupku...kenangan2 itu sebenarnya membuatkan aku terbentuk bak titisan hujan yang setitik demi setitik akhirnya memenuhi kolam...kolam yang diluarnya nampak indah disinari cahaya mentari pagi tapi di dalamnya penuh dengan lumut dan lurah2 yang gelap...segelap hatiku...iya..mmg kelukaan hati itu bisa disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa tapi yang sebenarnya jauh dari dalam hati semua manusia berharap hadir seseorang yang boleh dijadikan tempat utk berkongsi segalanya..meluah, marah, manja2 dan mendakapnya sentiasa tanpa rasa DUNIA INI HANYA ADA AKU SENDIRI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...