SAHABAT BAIK.

Wednesday, January 4, 2012

KES NUR AMALIANA (PELAJAR 17A SPM) vs KES PELAJAR UPSI (BAKAL GURU)

Hai..moga sihat hendaknya..emmm..semalam time aku baring2 sambil baca isu semasa tentang kes Nur amalina yang sibuk memanjang di perkatakan sama ada di blogger mahupun di FB sampai kadang2 rasa rimas aku dibuatnya dengan komen2 positif dan negatif masyarakat tentang dia heboh pula kes pelajar UPSI yang buat hal dekat UPSI tue...aduhhh...UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) adalah merupakan Ibu Kandung Suluh Budiman ku..disinilah aku di didik untuk menjadi guru dan untuk menjadi seorang pemimpin ...haiya..belum selesai kes pelajar Nur Amalina tu muncul pula kes Guru...nah....sesuailah tu sebab kedua-duanya berkaitan dengan PENDIDIKAN...kan..kan..kan....(malu aku wei sebagai warga Pendidik)

ok...entri kali ini akan merangkumkan dua hal nie..namun sebelum aku disaman oleh mana2 pihak ingin aku perkatakan disini bahawa semua ini adalah pendapat peribadi..bukan sebab diasut oleh mana2 pihak yang berkepentingan ataupun kena ugut untuk menulisnya..kakakakkaka....korang tgk kat atas tu ke??aku menulis bukan kerna nama so..faham2 lah yer...aku bantai je tulis apa yang aku nak tulis sama ada korang suka atau tidak terserahlah...huhuhuhuhuhuhu....

Nur Amalina -satu ketika dulu Malaysia digemparkan dengan keputusan cemerlang awek ini dengan memperolehi 17A dalam SPM..fuh..aku kalau dijemput bagi ceramah motivasi di mana2 sekolah pasti aku akan sebut nama Minah ni untuk dijadikan contoh..tapi sekarang korang rasa aku akan sebut lagi tak???heheheh...itu kena tunggulah bila aku abis entri nie...

kes ni menjadi satu perbualan hangat di FB..sana sini aku tgk status orang pasal Nur Amalina yang da berubah dan macam2 lah...tidak kurang juga blogger macam aku ni siap buat entri lagi n tunjukkan gambar2 si Amalina tue..emm..maaflah ya..aku tidak suka nak cemarkan blog aku dengan gambar2 mcm tu..hehehhe..cukuplah simpan elok2 dalam FB dia tue ..kalau simpan sini pun aku pasti korang da tgk pun semua gambar2 tu..takut nanti kalau letak sini aku dan korang sama2 tanggung dosa yang sama...kan dalam Islam tu walaupun perkara tu benar kalau mengAIBkan orang lain akan berdosa..aku tidak lah sempurna tapi untuk tahun 2012 ni aku rasa sudah tiba masa untuk aku ubah semua tu dan korang juga sama2 lah aku untuk kita baiki apa yang lemah di tahun2 sebelumnya  ...boleh kan??...

dijadikan cerita..aku ada juga tengok gambar2 Amalina tu dan semalam dia sempat masukkan dalam youtube kata maafnya dan pesanannya kepada kita semua mengenai gambar tu..maybe ada yang sudah tengok dan bagi yang belum tengok nanti aku bagi link tu untuk korang.tapi satu persoalan yang bermain difikiranku sebagai warga Pendidik kenapa nak heboh sangat kes Amalina tu??adakah sebab dia tu ikon Malaysia atau pelajar pandai??maybe lah itu yang korang akan katakan dan aku akui juga aku pun akan cakap macam tu juga...hah..pelikkan sebab aku pun sama2 setuju...emmm...tapi satu hal yang aku tidak setuju bila mana ramai orang melihat kepada keburukan dan perubahan besar yang berlaku kepada Nur Amalina tanpa mereka melihat mengapa minah tu jadi begitu dan apa sebab2 yang membawa seorang yang pada mulanya bertudung manis kini menunjukkan aurat yang tidak sepatutnya...ada terfikir tak??hah..cuba fikir balik..

itulah dunia sekarang..dan itulah sistem pendidikan kita sekarang..aku bukan nak burukkan pendidikan tapi sebagai guru itulah cabaran yang harus dipikul untuk mendidik anak bangsa bukan setakat dibidang akademik tapi juga dibidang sahsiah sampaikan PM kita yang lalu seringkali melaungkan "melahirkan pelajar kelas minda pertama" yang membawa maksud lahirkan pelajar pandai dan pada masa yang sama pelajar itu mempunyai sahsiah yang terpuji...hah...jikalau anda sebagai GURU atau IBU BAPA itulah keadaan anak2 muda sekarang..di sekolah bukan main bertudung menutup semuanya tapi diluar bagaimana??disekolah bukan main cantik perilakunya tapi diluar bagaimana??ia umpama satu lakonan bila mereka berada di sekolah dan apa tanggungjawab kita sebagai guru dan Ibu Bapa??adakah tugas kita hanya memPOST di FB akan kesalahan orang lain sampai lupa untuk melihat anak sendiri bagaimana tingkah laku dan personalitinya..adakah didepan kita ia umpama malaikat tapi dibelakang tiada sapa yang tahu??dari kes Amalina ni itulah yang seharusnya kita pandang..itulah yang seharusnya kita fikirkan dan paling penting itulah yang seharusnya kita renungkan adakah dalam keluarga ku situasi ini wujud??adakah adik2 ku yang keluar rumah ke sekolah cantik ayu tapi diluar daripada sekolah bagaimana keadaannya???...daripada kita terus2 memburukkan Amalina yang sah2 memang dah pandai baik kita masukkan minda kita ke dalam diri dan keluarga kita untuk memikirkan apa yang seharusnya kita buat agar kesilapan amalina ni menjadi pengajaran kepada kita semua??aku akui dia memang silap tapi aku berterima kasih kepada ALLAH dan juga kepada Amalina sebab apa yang dia buat tu membuka minda aku untuk aku tahu satu hal iaitu "apa yang aku harus lakukan sebagai guru untuk mengelakkan anak2 muridku selepas ini tidak berlaku seperti itu??..apa yang harus aku lakukan sebagai abang agar adik2 ku tidak jadi seperti itu dan apa yang harus aku lakukan sebagai ayah suatu hari nanti agar anak2 ku tidak mengulangi kesilapan Amalina tu..TQ to Amalina sebab dari dosa yang kau lakukan kau telah memberi aku pengajaran yang besar..Tuhan itu Maha Adil dan aku yakin pasti ada pahala disebalik semua dosa2 ini..hanya ALLAH yang mengetahui semuanya kita hanya mampu menilai tapi semuanya bergantung kepada NYA..

klik ni untuk tengok pengakuan Nur Amalina tu KLIK dan INI


KES PELAJAR UPSI
emm...korang tahu ke apa yang berlaku di UPSI tu...kecoh habis satu negara angkara bakal2 pendidik tu melakukan demontrasi kan..untuk kes diUPSI ni aku ambik huraian dari MYNEWHUB

So korang baca lah nie..namun sebelum tu korang baca artikel kenyataan media nie yang mereka buat..aduhhh...keterlaluan aku rasa permintaan mereka nie..sumber ni dapat dari UPSIkiniblog....

(Ringkasan)

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan keganasan semasa perhimpunan mahasiswa di UPSI. Kes tersebut menunjukkan sikap pegawai polis yang tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

Kami menuntut pembelaan terhadap keganasan yang dilakukan terhadap Muhammad Safwan bin Anang, Timbalan Presiden Gamis khususnya dan umumnya kepada semua mahasiswa yang terlibat dalam himpunan tersebut.

Kami juga memberi amaran keras kepada media arus perdana khususnya, agar tidak sesekali menyelewengkan maklumat sebenar insiden. Kami mengharapkan pihak media berlaku telus dalam menyampaikan berita dan informasi kepada rakyat. Kami secara tegas akan terus bersama-sama Gerakan Menuntut Kebebasan Berakademik (BEBAS) sehingga mencapai matlamat.

Tindakan

Kami akan menyerahkan laporan kepada SUHAKAM dan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan membawa 3 Tuntutan :


1) Mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka kepada semua mahasiswa yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis.


2) Mendesak agar surahanjaya siasatan khas ditubuhkan bagi meneliti semua keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.


3) Mendesak agar Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara meletak jawatan dengan segera atas kegagalan mengawal dan mengambil tindakan terhadap kekejaman pihak polis

Kami tidak teragak-agak melanjutkan perkara ini ke peringkat antarabangsa sekiranya tiada sebarang tindakan yang segera yang diambil oleh pihak terbabit.


Meluat dan jijik. Begitulah dua perkataan terbaik yang patut dilemparkan kepada sekumpulan mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan malam tadi kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Setelah kita ‘didodoikan’ kononnya mereka dianiaya, dikasari dan dizalimi, rupanya baru kita tahu semua itu fitnah dan taktik untuk mendapatkan simpati semata-mata!
Hakikatnya yang berlaku jauh panggang dari api.

Allah maha adil. Kebetulan seorang pelajar UPSI berada di tempat demonstrasi itu berlangsung dan dia akhirnya membongkar segala penipuan Adam Adli dan konco-konconya.
Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI  di dalam laman facebooknya  menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.
Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis.
Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.
Lihat gambar di bawah sebagai bukti :
(GAMBAR: Mesej apa agaknya yang hendak disampaikan dengan menterbalikan gambar Perdana Menteri? Puak Adam Adli kata mereka bukan alat pembangkang, kalau iye mengapa asyik bertindak begini? Bukankah Najib sudah berjanji akan mengkaji AUKU untuk membolehkan mahasiswa berpolitik.Sabarlah sedikit dan tengoklah apa yang hendak diubah tu dulu)
(GAMBAR: Panjat pagar – Ada rupa macam mahasiswa ke? Lebih kepada perangai Hindraf masa kecoh di Batu Caves dahulu.)
 
(GAMBAR: Tolong jangan kata FRU yang pecahkan klinik ni. Buat apa diaorang nak tambah keje camni kan.)
Sayang sekali, golongan siswa yang diharapkan dapat memberi contoh dan tauladan yang baik ini rupanya lebih teruk perangai dan sikap mereka.
Hanya kerana mahu dilihat sebagai hero, golongan pelajar ini telah membuat sesuatu yang cukup memalukan.
Ia sekali gus menunjukkan yang otak mereka bukan terletak di kepala, tetapi di lutut!
Percayalah, golongan seperti ini tidak layak langsung untuk kita angkat sebagai pemimpin masa depan kerana mereka membenarkan emosi menguasai diri hingga lupa untuk menggunakan pemikiran yang dikurniakan Tuhan.
Yang mereka tahu, matlamat menghalalkan cara, salah atau tidak belakang cerita.

hah...ni copy saja dari web tu...korang nilai sendiri lah ya...
SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

6 comments:

Ayuni said...

mahasiswa2 tersebut sudah lupa apa motif mereka ke universiti...mereka juga sudah lupa yang beribu-ribu Hamba Allah yang lain yang mahu belajar di UPSI tetapi ketiadaan tempat jadi mereka perlu bersyukur yang sesungguhnya Allah memberikan mereka tempat untuk belajar disana. Sesungguhnya saya sungguh kecewa kerana dahulu tidak mendapat tempat di UPSI untuk jurusan Ijazah Sarjana TESL tetapi sekarang saya sungguh bersyukur kerana saya sudah di tahun akhir di jurusan Bahasa Inggeris walaupun di bukan universiti pilihan nombor 1 saya!

sudirman said...

itulah anak2 muda sekarang..tak berfikir panjang...harap mereka berubah lah cepat...

shima said...

terkadang bila kita fikir dan renungkan, seorang bakal pendidik seharusnya menggunakan laluan yang betul untuk melempiaskan hujah2nya, bukan berdemonstrasi dijalanan. sehinggakan masyarakat hilang penghormatan dan menimbulkan kebimbangan di kalanganibu bapa yang akan menghantar anak2 ke sekolah untuk dididik oleh para guru bertauliah. sebagai seorang bakal guru, saya dapat merasakan tanggungjawab seorang guru akan lebih berat selepas ini iaitu untuk membetulkan minda anak didik kita dan ibu bapa mereka dan menzahirkan bahawa, guru adalah seorang insan yang akan membimbing anak2 mereka ke arah yang lebih baik.

hawiz said...

ermm....adehh...keje dulu..bru tau cmner..belajar pon belom habis..ish3...

Anonymous said...

Its like you read my mind! You appear to know so much about
this, like you wrote the book in it or something. I think that you could
do with some pics to drive the message home a bit, but other than that, this is excellent blog.
A great read. I will certainly be back.

My weblog washer repair Lutz - www.youtube.com
-

Anonymous said...

moncler, moncler, thomas sabo, ugg pas cher, moncler outlet, moncler, canada goose uk, louis vuitton, marc jacobs, doudoune canada goose, canada goose, links of london, pandora charms, hollister, louis vuitton, pandora jewelry, toms shoes, moncler, coach outlet, ugg,ugg australia,ugg italia, bottes ugg, louis vuitton, moncler, replica watches, moncler, louis vuitton, pandora jewelry, juicy couture outlet, juicy couture outlet, montre pas cher, canada goose outlet, ugg boots uk, karen millen, canada goose outlet, canada goose, supra shoes, swarovski, sac louis vuitton pas cher, pandora charms, ugg,uggs,uggs canada, wedding dresses, swarovski crystal, canada goose, moncler, canada goose

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...