SAHABAT BAIK.

Wednesday, January 18, 2012

ALASAN MURID KEPADA GURU YANG LAWAK

Murid-murid yang sanggup berkorban untuk cikgunya.

1. PONTENG SEKOLAH:-Cuma mahu kurangkan beban cikgu.kalau kami semua datang ke sekolah nanti cikgu makin teruk kena jaga kami dan paling teruk makin banyak kerja cikgu untuk tanda-tanda buku soalan tu so kami ponteng untuk bantu ringankan kerja cikgu. Kesian cikgu banyak kerja...

2. MERAYAU DI LUAR KELAS:-Mahu tolong cikgu tengok ada kah org yang bgduh. selama ni bila orang bergaduh cikgu tidak tahu apa sebabnya jadi kalau kami jalan2 dapatlah kami tolong cikgu tengok2 kan kalau ada pergaduhan yang berlaku dan kami terus report sama cikgu.

3.MENIRU KETIKA PEPERIKSAAN:-untuk myenangkan kerja cikgu menanda krtas jwp supaya cikgu tidak sakit tangan dan supaya dakwat pen cikgu tdak habis dengan menanda yang salah2. Kalau meniru pasti banyak betul jadi kami nak tolong cikgu supaya tidak stress masa menanda kertas jawapan tu..

4. CONTENG MEJA:-Memupuk bakat terpendam.itu cara kami memupuk bakat terpendam kami sebab tu kami rasa patut untuk conteng meja agar bakat kami tu dapat dilihat oleh pelajar2 lain yang akan masuk kelas ini.

5. TIDAK SIAP HOMEWORK:-Untuk meguji kesabaran cikgu..haha
 
hahahhhaha..ni msej yang saya dapat di FB dari student..kelakar giler alasan mereka..hehehehhe
minggu orientasi sekolah so bz sikit

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Wednesday, January 11, 2012

APA KAITAN HATI DAN ISI BELON...MOTIVASI UNTUK KITA..

Hai...sekadar ingin berkongsi satu cerita motivasi yang aku rasakan amat mendalam maksudnya..ketika aku membacanya bagaikan ada sesuatu motivasi muncul dalam diriku..sesuatu yang aku rasakan hati itu sememangnya punca untuk segala-galanya yang berlaku...dalam maksud lainnya kuasa dalaman itu mampu untuk merungkai semua persoalan yang timbul...kalau anda tak percaya baca cerita ini dan fikir-fikirkan...
"Di satu kampung tinggal seorang penjual belon yang sangat miskin.Penjual itu hanya tinggal bersama ibu nya yang telah tua dan dengan hasil jualan belonlah dia menampung kehidupan mereka berdua. apa yang menjadi tarikan kepada semua penduduk kampung termasuk kanak-kanak si penjual belon ini apabila matahari telah mula menyinari dia akan melepaskan 1 belon ke udara. Ada belon yang terbang tinggi, ada belon yang terbang rendah dan ada juga yang terbang hanya jatuh di bumbung rumah jiran.setiap hari akan berlainan warna belon yang dilepaskan.ada hitam, biru, hijau,putih dan sebagainya. Apabila belon yang dilepaskan ke udara itu terlihat oleh kanak-kanak maka kanak-kanak akan menangis dan menyuruh ibu bapa nya untuk membelikannya belon.sangat cerdik si penjual belon itu. 

dijadikan cerita suatu hari datanglah seorang kanak-kanak perempuan bertanya kepada si penjual belon.
Kanak-kanak : pakcik, warna belon yang mana satu kalau dilepaskan akan terbang tinggi. ketika mendengar pertanyaan kanak-kanak itu, si penjual belon hanya tersenyum.Sekali lagi kanak-kanak itu bertanya dan terus bertanya. akhirnya penjual belon itu duduk dan memegang bahu kanak-kanak tersebut dan berkata
penjual belon : "nak..warna dan kecantikkan belon itu bukan penentu setinggi mana ia mampu terbang tapi kandungan angin yang ada dalam belon itulah yang menentukan sama ada belon itu akan terbang di awam tinggi atau hanya sekadar terbang lalu tersangkut di pokok atau bumbung rumah"...

hah..korang faham tak maksud cerita ni..kalau tidak faham baca semula dan cuba fahamkan..ia ada kaitan dengan kuasa dalaman, kekuatan hati dan kecekalan kita serta ketabahan kita untuk menerima apa2 yang berlaku dalam hidup. Apa yang ada dalam diri dan hati kitalah yang akan menentukan sejauh mana kita mampu terbang ...fikir-fikirkan..

selamat bekerja dan selamat belajar kepada yang masi belajar...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Tuesday, January 10, 2012

KEHILANGAN BARU DIRASA??

Hai...makin rajin aku update blog akhir2 nie..keghairahan datang balik setelah tahun baru 2013 menterjah..banyak persoalan dan banyak huraian yang ingin dirungkai bukan hanya untuk pembaca tapi juga untuk tatapan diri sendiri sebab 100% aku yakin dan percaya bila kita menulis itu sebenarnya terbit dari dalam diri..dari sudut hati yang paling dalam berbanding bila bibir yang diberi tugas untuk berbicara..mungkinkah kerana tidak berdaya atau sekadar ingin memendam perasaann...hehehhe...kamu tahulah tu kan apa jawapannya......

sejak dua menjak ni telinga aku dibosankan dengan lagu FIRMAN KEHILANGAN..sampaikan masuk K-BOX nyanyi mesti akan cari lagu nie..sampai naik jenuh telinga ni mendengar dan menyanyi lagu tu..hahahha...kalau korang hayati setiap baik lirik lagu tu korang akan faham apa yang aku maksudkan..tajuk pun korang mesti akan tertanya-tanya apakah jadah sudirman ni merapuh membuat entri pasal kehilangan...

emm..cuba tanya diri..anda pernah kehilangan??tipulah kalau tiada kan??..jangan nak mengada-ngada kata YA aku pernah kehilangan pensil 2B..aku juga pernah kehilangan duit 2 sen..2 ribu or 2Juta..bukan itu jawapan yang aku mahu ye...maksud aku kehilangan seseorang..maybe ahli keluarga..kawan2 or kekasih hati...jika ada teruskan pembacaan jika tiada teruskan bergerak ke rumah sakit jiwa sebab anda bukan manusia normal kalau tidak pernah merasa kehilangan..mungkin jga pada masa ini anda bukan duduk di BUMI maybe planet lain sebab semua orang dalam dunia anda tu tidak ada yang akan pergi..sama ada mati or pergi meninggalkan anda..hihayyyy..suhh..suh..pergi sana main jauh2...(teringat kata2 Ibu masa kecil..suka sangat cakap macam ni lepas bagi sebatang gula2 lalipop).hahahha

dulu masa sekolah selalu terdengar atau terbaca orang tentang "emm..kau akan sedar bila dah kehilangan tu"..suatu hari nnt bila ko rasa kehilangan ko akan sedar betapa orang tu penting dalam hidup mu:...hahahha..aku gelak je pada masa tu sebab aku tidak tahu apa maksud semua tu..bagi aku lantak ko lah mau kehilangan kah mau apa kah ada aku kesah...tapi kini...aku yakin anda akan bersetuju andai aku katakan "bila seseorang itu telah tiada barulah kita akan sedar betapa dia begitu penting dalam hidup kita"..

ku mulakan dengan kisah IBU..semasa arwah IBU masih hidup sejujurnya aku buat2 tidak tahu saja sebab masa tu aku kecil lagi kan..baru sekolah darjah...pada masa itu kadang2 aku sakiti hati ibu sebabnya saja mahu ambil perhatian..(jahatkan)..ibu selalu menyuruhku untuk meramas-ramas rambutnya tapi aku tidak peduli..dan baru2 ini seorang ibu rakan sekerjaku telah kembali ke rahmatullah..apa yang buat aku berfikir kawan itu sempat melepaskan dari mulutnya "aku puas hati walaupun ibu meninggal sebab baru2 ni cuti sebulan lebih aku luangkan masa bersamanya dan apa pun dia minta aku tunaikan..aku cuci kakinya..bawak dia berjalan dan semuanya..walaupun aku tidak sempat melihat arwah ibu sebab sabah ke kelantan agak jauh tapi aku tetap berpuas hati"..fuh...terfikir aku seketika mesti layanan dia kepada IBU nya sangat2 baik ..dan pada masa itu barulah aku terfikir kalaulah ibu ku masih ada aku akan melayannya lebih baik daripada kawan aku ni layan ibunya..barulah kehilangan itu dirasa..barulah semua kemungkinan dan semua KALAULAH akan muncul...emm..semua itu da terlambat sebab ibu dah pergi hanya doa mampu diberikan..tapi aku yakin aku ni anak yang baik...heheheheh

kehilangan kawan or sahabat..masa dia ada kita seringkali menyakitkan hati dia..bergurau yang keterlaluan tapi semua tu bila dia tiada akan menjadi satu kenangan dan memori indah kepada kita..bukan setakat bila dia tiada tapi bila dia berada jauh dari kita..rindu dan semua memori indah itu akan datang...kita tertawa sendiri mengenangnya tapi apakan daya mereka jauh diperantauan ataupun mungkin kita telah kehilangan dia....percaya atau tidak ada segelintir insan boleh menitiskan air mata bila mengenangkan kawan2 nya ..merenung dan terus merenung untuk berjumpa dengannya tapi bila dan dimana tidak pasti waktunya..hanya menunggu dan terus menunggu...

so..sebelum kehilangan dan merasa akan bahang kehilangan itu hargailah apa yg ada didepan mata..seandainya kehilangan itu tetap juga berlaku sekurang-kurangnya anda tidak menyesal atas segala kebaikan yang telah anda lakukan..orang bilang "bila peluang ada depan mata hargai ia..jangan disia-siakan sebab sekiranya peluang itu berlalu pergi nah..barulah anda akan merasa kehilangan"...
 tapi kadang2 dalam beberapa situasi kehilangan itu sebenarnya perlu..perlu untuk kegembiraan orang lain..perlu utk kebaikan orang lain...so...fikir2kan mana baik dan mana buruknya...masing2 ada jawapan yang tersendiri..andai mampu??lakukan lah apa pun yang terbaik untuk diri sendiri..k..

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Sunday, January 8, 2012

BETUL KE KORANG KALAU NAK KAWIN CARI YANG BAIK HATI SAJA??

hai...salam semuanya..baru balik dari perhimpunan pagi ni..ambik masa sedikit dalam 5 minint untuk rilekskan kepala sambil menaip entri ni..emm..tadi masa perhinpunan adalah seorang guru tu cakap kat aku..kalau ko mau kawin kan dir ko carilah yang baik..yang pandai masak dan pandai layan suami..muka tu tak kisahlah sebab nanti kalau tua buruk juga semua tu..hehehhe...selepas je aku dengar ungkapan tu terus aku terfikir pasal entri ni lagipun perkara ni aku ada nampak dalam salah satu pages Sandakan baru2 ni..so korang fikirlah ya n bagi jawapan mana yang korang mahu pilih..hati ke rupa..hahahhahaha

KEPADA KAUM LELAKI
andai korang diberi pilihan untuk memilih wanita cantik dan memang sangatlah cantik tapi kurang ajar, busuk hati,pengumpat,hati seburuk ikan busuk tapi memang cantik sangat, body tersangatlah cantik orang kata memang dialah paling cantik tapi kerja malas, pengotor kat rumah tapi kalau keluar rumah memang cantik dan semua orang akan kagum kepada anda sebab ada isteri secantik itu...dan pilihan kedua seorang wanita yang tidak cantik tapi hati punyalah baik, betul2 terbaiklah dia nie..hati sewangi kasturi seakan perfume Gucci....soalannya yang mana satu akan menjadi pilihan anda...ni gambar2 untuk rujukan korang...yang cantik dan yang kurang cantik..yang manalah menjadi pilihan anda wahai lelaki2 diluar sana..hehehhe

 kredit to warga 1 Sandakan

KEPADA KAUM WANITA
andai korang diberi pilihan untuk memilih lelaki tampan dan memang sangatlah tampan tapi kurang ajar, busuk hati,pengumpat,hati seburuk ikan busuk tapi memang tampan sangat, body tersangatlah cantik orang kata memang dialah paling tampan tapi kerja malas, pengotor kat rumah tapi kalau keluar rumah memang kacak bergaya dan semua orang akan kagum kepada anda sebab ada suami seperti itu...dan pilihan kedua seorang lelaki yang tidak tampan kira hodohlah tapi hati punyalah baik, betul2 terbaiklah dia nie..hati sewangi kasturi seakan perfume Gucci....soalannya yang mana satu akan menjadi pilihan anda...ni gambar2 untuk rujukan korang...yang tampan dan kurang tampan..yang manalah menjadi pilihan anda wahai wanita  diluar sana..hehehhe

kredit to warga 1 sandakan

hah..pilih jangan tak pilih...hehehhe..sekadar suka2 ya..

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Wednesday, January 4, 2012

KES NUR AMALIANA (PELAJAR 17A SPM) vs KES PELAJAR UPSI (BAKAL GURU)

Hai..moga sihat hendaknya..emmm..semalam time aku baring2 sambil baca isu semasa tentang kes Nur amalina yang sibuk memanjang di perkatakan sama ada di blogger mahupun di FB sampai kadang2 rasa rimas aku dibuatnya dengan komen2 positif dan negatif masyarakat tentang dia heboh pula kes pelajar UPSI yang buat hal dekat UPSI tue...aduhhh...UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) adalah merupakan Ibu Kandung Suluh Budiman ku..disinilah aku di didik untuk menjadi guru dan untuk menjadi seorang pemimpin ...haiya..belum selesai kes pelajar Nur Amalina tu muncul pula kes Guru...nah....sesuailah tu sebab kedua-duanya berkaitan dengan PENDIDIKAN...kan..kan..kan....(malu aku wei sebagai warga Pendidik)

ok...entri kali ini akan merangkumkan dua hal nie..namun sebelum aku disaman oleh mana2 pihak ingin aku perkatakan disini bahawa semua ini adalah pendapat peribadi..bukan sebab diasut oleh mana2 pihak yang berkepentingan ataupun kena ugut untuk menulisnya..kakakakkaka....korang tgk kat atas tu ke??aku menulis bukan kerna nama so..faham2 lah yer...aku bantai je tulis apa yang aku nak tulis sama ada korang suka atau tidak terserahlah...huhuhuhuhuhuhu....

Nur Amalina -satu ketika dulu Malaysia digemparkan dengan keputusan cemerlang awek ini dengan memperolehi 17A dalam SPM..fuh..aku kalau dijemput bagi ceramah motivasi di mana2 sekolah pasti aku akan sebut nama Minah ni untuk dijadikan contoh..tapi sekarang korang rasa aku akan sebut lagi tak???heheheh...itu kena tunggulah bila aku abis entri nie...

kes ni menjadi satu perbualan hangat di FB..sana sini aku tgk status orang pasal Nur Amalina yang da berubah dan macam2 lah...tidak kurang juga blogger macam aku ni siap buat entri lagi n tunjukkan gambar2 si Amalina tue..emm..maaflah ya..aku tidak suka nak cemarkan blog aku dengan gambar2 mcm tu..hehehhe..cukuplah simpan elok2 dalam FB dia tue ..kalau simpan sini pun aku pasti korang da tgk pun semua gambar2 tu..takut nanti kalau letak sini aku dan korang sama2 tanggung dosa yang sama...kan dalam Islam tu walaupun perkara tu benar kalau mengAIBkan orang lain akan berdosa..aku tidak lah sempurna tapi untuk tahun 2012 ni aku rasa sudah tiba masa untuk aku ubah semua tu dan korang juga sama2 lah aku untuk kita baiki apa yang lemah di tahun2 sebelumnya  ...boleh kan??...

dijadikan cerita..aku ada juga tengok gambar2 Amalina tu dan semalam dia sempat masukkan dalam youtube kata maafnya dan pesanannya kepada kita semua mengenai gambar tu..maybe ada yang sudah tengok dan bagi yang belum tengok nanti aku bagi link tu untuk korang.tapi satu persoalan yang bermain difikiranku sebagai warga Pendidik kenapa nak heboh sangat kes Amalina tu??adakah sebab dia tu ikon Malaysia atau pelajar pandai??maybe lah itu yang korang akan katakan dan aku akui juga aku pun akan cakap macam tu juga...hah..pelikkan sebab aku pun sama2 setuju...emmm...tapi satu hal yang aku tidak setuju bila mana ramai orang melihat kepada keburukan dan perubahan besar yang berlaku kepada Nur Amalina tanpa mereka melihat mengapa minah tu jadi begitu dan apa sebab2 yang membawa seorang yang pada mulanya bertudung manis kini menunjukkan aurat yang tidak sepatutnya...ada terfikir tak??hah..cuba fikir balik..

itulah dunia sekarang..dan itulah sistem pendidikan kita sekarang..aku bukan nak burukkan pendidikan tapi sebagai guru itulah cabaran yang harus dipikul untuk mendidik anak bangsa bukan setakat dibidang akademik tapi juga dibidang sahsiah sampaikan PM kita yang lalu seringkali melaungkan "melahirkan pelajar kelas minda pertama" yang membawa maksud lahirkan pelajar pandai dan pada masa yang sama pelajar itu mempunyai sahsiah yang terpuji...hah...jikalau anda sebagai GURU atau IBU BAPA itulah keadaan anak2 muda sekarang..di sekolah bukan main bertudung menutup semuanya tapi diluar bagaimana??disekolah bukan main cantik perilakunya tapi diluar bagaimana??ia umpama satu lakonan bila mereka berada di sekolah dan apa tanggungjawab kita sebagai guru dan Ibu Bapa??adakah tugas kita hanya memPOST di FB akan kesalahan orang lain sampai lupa untuk melihat anak sendiri bagaimana tingkah laku dan personalitinya..adakah didepan kita ia umpama malaikat tapi dibelakang tiada sapa yang tahu??dari kes Amalina ni itulah yang seharusnya kita pandang..itulah yang seharusnya kita fikirkan dan paling penting itulah yang seharusnya kita renungkan adakah dalam keluarga ku situasi ini wujud??adakah adik2 ku yang keluar rumah ke sekolah cantik ayu tapi diluar daripada sekolah bagaimana keadaannya???...daripada kita terus2 memburukkan Amalina yang sah2 memang dah pandai baik kita masukkan minda kita ke dalam diri dan keluarga kita untuk memikirkan apa yang seharusnya kita buat agar kesilapan amalina ni menjadi pengajaran kepada kita semua??aku akui dia memang silap tapi aku berterima kasih kepada ALLAH dan juga kepada Amalina sebab apa yang dia buat tu membuka minda aku untuk aku tahu satu hal iaitu "apa yang aku harus lakukan sebagai guru untuk mengelakkan anak2 muridku selepas ini tidak berlaku seperti itu??..apa yang harus aku lakukan sebagai abang agar adik2 ku tidak jadi seperti itu dan apa yang harus aku lakukan sebagai ayah suatu hari nanti agar anak2 ku tidak mengulangi kesilapan Amalina tu..TQ to Amalina sebab dari dosa yang kau lakukan kau telah memberi aku pengajaran yang besar..Tuhan itu Maha Adil dan aku yakin pasti ada pahala disebalik semua dosa2 ini..hanya ALLAH yang mengetahui semuanya kita hanya mampu menilai tapi semuanya bergantung kepada NYA..

klik ni untuk tengok pengakuan Nur Amalina tu KLIK dan INI


KES PELAJAR UPSI
emm...korang tahu ke apa yang berlaku di UPSI tu...kecoh habis satu negara angkara bakal2 pendidik tu melakukan demontrasi kan..untuk kes diUPSI ni aku ambik huraian dari MYNEWHUB

So korang baca lah nie..namun sebelum tu korang baca artikel kenyataan media nie yang mereka buat..aduhhh...keterlaluan aku rasa permintaan mereka nie..sumber ni dapat dari UPSIkiniblog....

(Ringkasan)

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan keganasan semasa perhimpunan mahasiswa di UPSI. Kes tersebut menunjukkan sikap pegawai polis yang tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

Kami menuntut pembelaan terhadap keganasan yang dilakukan terhadap Muhammad Safwan bin Anang, Timbalan Presiden Gamis khususnya dan umumnya kepada semua mahasiswa yang terlibat dalam himpunan tersebut.

Kami juga memberi amaran keras kepada media arus perdana khususnya, agar tidak sesekali menyelewengkan maklumat sebenar insiden. Kami mengharapkan pihak media berlaku telus dalam menyampaikan berita dan informasi kepada rakyat. Kami secara tegas akan terus bersama-sama Gerakan Menuntut Kebebasan Berakademik (BEBAS) sehingga mencapai matlamat.

Tindakan

Kami akan menyerahkan laporan kepada SUHAKAM dan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan membawa 3 Tuntutan :


1) Mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka kepada semua mahasiswa yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis.


2) Mendesak agar surahanjaya siasatan khas ditubuhkan bagi meneliti semua keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.


3) Mendesak agar Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara meletak jawatan dengan segera atas kegagalan mengawal dan mengambil tindakan terhadap kekejaman pihak polis

Kami tidak teragak-agak melanjutkan perkara ini ke peringkat antarabangsa sekiranya tiada sebarang tindakan yang segera yang diambil oleh pihak terbabit.


Meluat dan jijik. Begitulah dua perkataan terbaik yang patut dilemparkan kepada sekumpulan mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan malam tadi kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Setelah kita ‘didodoikan’ kononnya mereka dianiaya, dikasari dan dizalimi, rupanya baru kita tahu semua itu fitnah dan taktik untuk mendapatkan simpati semata-mata!
Hakikatnya yang berlaku jauh panggang dari api.

Allah maha adil. Kebetulan seorang pelajar UPSI berada di tempat demonstrasi itu berlangsung dan dia akhirnya membongkar segala penipuan Adam Adli dan konco-konconya.
Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI  di dalam laman facebooknya  menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.
Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis.
Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.
Lihat gambar di bawah sebagai bukti :
(GAMBAR: Mesej apa agaknya yang hendak disampaikan dengan menterbalikan gambar Perdana Menteri? Puak Adam Adli kata mereka bukan alat pembangkang, kalau iye mengapa asyik bertindak begini? Bukankah Najib sudah berjanji akan mengkaji AUKU untuk membolehkan mahasiswa berpolitik.Sabarlah sedikit dan tengoklah apa yang hendak diubah tu dulu)
(GAMBAR: Panjat pagar – Ada rupa macam mahasiswa ke? Lebih kepada perangai Hindraf masa kecoh di Batu Caves dahulu.)
 
(GAMBAR: Tolong jangan kata FRU yang pecahkan klinik ni. Buat apa diaorang nak tambah keje camni kan.)
Sayang sekali, golongan siswa yang diharapkan dapat memberi contoh dan tauladan yang baik ini rupanya lebih teruk perangai dan sikap mereka.
Hanya kerana mahu dilihat sebagai hero, golongan pelajar ini telah membuat sesuatu yang cukup memalukan.
Ia sekali gus menunjukkan yang otak mereka bukan terletak di kepala, tetapi di lutut!
Percayalah, golongan seperti ini tidak layak langsung untuk kita angkat sebagai pemimpin masa depan kerana mereka membenarkan emosi menguasai diri hingga lupa untuk menggunakan pemikiran yang dikurniakan Tuhan.
Yang mereka tahu, matlamat menghalalkan cara, salah atau tidak belakang cerita.

hah...ni copy saja dari web tu...korang nilai sendiri lah ya...
SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Tuesday, January 3, 2012

keluarganya keluarga ku juga....

hai..apa kbar semuanya?maybe belum agak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada blogger2 semua..hihayyy..bercerita pasal tahun baru pasti ada satu hal yang tidak akan lekang dari mulut siapa2..tidak kiralah korang tu mulut longkang kah, paritkan, mulut buayakah atau mulut2 bunga yang manis2 saja...

nak kongsi satu cerita nie..baru2 ni adalah aku pegi cuci rambut dekat salon..biasalah kalau da dalam salon tu mesti ada Mak Nyah..(mak nyah pun tetap baik ya..kelakar je tgk gelagat gedik2 mereka..hahahha)..tgh ramas2 rambut tu aku pun sempatlah tanya dia .."wei..apa azam ko ni tahun?"..korang nak tahu apa dia jawab .."emm...Mak nak jadi pondan2 yang paling meletup di daerah ni..mak nak jadi ratu yang paling digilai ramai dan paling penting tahun ini mak nak rampas balik BF mak yang dirampas oleh sepupu mak hanjing tak guna yang perasaan cantik tu"..aku apa lagi ketawa terbahak-bahak bila dia cakap mcm tu..hahahahhaha...lawak2..boleh pula ada azam macam tu kan...

baru2 ni juga nak dijadikan cerita aku dah terjumpa seorang kawan yang sudah 2 tahun aku kenal di FB dan bertambah erat di Blog...Adan...fuh...agak cuak ya berjumpa dia kali pertama sebab pertemuan itu dibuat di tapak perkahwinan pakciknya..hahahha..adan2..berjumpa juga kita akhirnya kan...setelah 3 kali perancangan berjumpa tidak menjadi akhirnya rezeki kami kali ini dapat berjumpa..bercerita sampai tidak ingat dunia oh...emmm...tq adan sebab jumpa aku n tq juga sebab mengajar aku sesuatu tentang hidup..sesuatu yang selama ini aku lakarkan banyak di blog n akhirnya aku saksikan ia di depan mata ku...betul2 berharga pengalaman itu n ia menjadi azam untuk aku ditahun baru ini..

keluarga??keluarga adalah insan yang paling banyak menghabiskan masa bersama kita..percaya atau tidak keluarga jugalah yang paling banyak memberi tekanan dan kegembiraan kepada kita...keluarga jugalah yang akan sentiasa ada disisi kita sama ada kita susah atau senang..tatkala kawan2 tidak dapat membantu..keluarga jugalah tempat untuk kita menghulurkan tangan dengan harapan mereka menjulurkan tangan untuk mengapai tangan kita itu dan menariknya ke atas lalu sama2 memegang erat jari2 kita..dengan gengamannya itu mungkin akan ada yang menangis sehinggakan pipi dirapatkan dibahu keluarga...

jujurlah..sepanjang aku hidup aku agak susah untuk melihat bagaimana keluarga itu berfungsi sebaiknya..bukan sebab aku tiada keluarga tp semua keluarga dari nenek, pakcik, atok, makcik semua berada diseberang laut di indonesia..hanya kami sebatang kara di sini memulakan hidup baru tanpa ada insan2 yang bergelar keluarga..keluarga hanya wujud dari perhubungan sesama murid2 yang akhirnya bertukar seperti keluarga..perhubungan sesama kawan2 yang akhirnya menjadikan kami umpama keluarga..hah..itulah pertalian keluarga yang aku wujudkan dari dulu...tapi perhubungan itu mmg umpama keluarga sendiri walaupun pada hakikatnya mereka tetap orang asing bagi aku..hehehhehe....

sepanjang aku berkarya di blog..seringkali aku bercerita pasal pengorbanan, kasih sayang dan sebagainya namun jarang sekali aku bercerita pasal family...hahahha..nampak sangat aku ni berjiwa mamat bunga kan..sebab tu awek aku selalu cakap yang dia beruntung ada BF macam aku sebab jiwa aku banyak bunga untuk aku petik2 bagi dia..kakakkaka...tapi terimalah hakikat aku ni memang mamat bunga..sebab tu minat warna hijau..dari bilik..opis di sekolah semua hijau..kakakakkakak.geli wei aku taip macam nie..rasa macam jiwang karat pula...nanti mesti dua minat dalam opis ku ni gelakkan aku n cakap aku nie perasaan..hahahahhaha

ok2..berbalik kepada cerita..dalam kampung aku agak susah untuk melihat keluarga yang berpeluk-pelukkan , menangis dan mencium pipi..aku pun tidak tahu kenapa??aku dibesarkan memang dengan cara kuno..tanpa itu semua..adegan2 mencium pipi ibu bapa..adik beradik tidak wujud dalam kg aku...dalam family apa lagi..hahahha..maybe sebab family aku semua brutal2 kot..baru2 ini aku ada hantar satu kawan ke airport..apa yang berlaku disitu membuka pintu hati aku untuk mencipta keluarga yang seperti itu...tangisan sesama mereka..keakraban mereka dengan memeluk dan mencium pipi membuat kan aku rasa sebak disitu..lain dari yang lain perasaan itu..masa itu jugalah otak aku terus merakam setiap peristiwa yang berlaku dan membuat kesimpulan patotlah kawan aku ni cekal dan baik orangnya sebab dia mempunyai satu ikatan kekeluargaan yang kuat..satu ikatan yang maybe tidak semua orang merasainya..satu ikatan yang maybe bukan semua orang dapat menciptanya dengan sempurna...pada masa ini jga aku mengukir satu azam untuk memperbanyakkan kasih sayang dalam diri untuk membentuk satu ikatan kekeluargaan seperti ini atau mungkin lebih baik dari ini...

keluarga sememangnya akan dapat memberi kita sayap untuk terbang melepasi batasan yang kita ada..dengan keluarga juga kita mampu untuk menjadi seseorang yang sangat hebat sehebat manusia2 lain...apabila ada keluarga di sisi walaupun kita berada jauh diperantauan tapi disebabkan kasih sayang dan keakraban mereka kita seringkali ketawa dan mungkin jga akan ada yang menangis mengenangkan keluarga di rumah apa lagi bila mengigatkan pengorbanan ibu bapa...cuba anda berdiam seketika dan fikirkan rupa ibu bapa..adik2 dan keluarga anda..fikirkan mereka datang kepadamu dan memberikan senyuman sambil memeluk anda...bahagiakan...wah...rinduuuuuuuuuuuu...


disebabkan ibu bapa dan keluarga ramai anak2 sanggup berjauhan dengan ibu bapa mencari rezeki untuk dikongsikan kepada ibu atau bapa mereka..tanpa menghiraukan pun diri mereka tapi yang mereka risaukan adalah ibu bapa mereka..apa yg harus kuberikan kepada mereka hujung bulan ni? kalau aku tidak berikan wang adakah ibu bapa ku ada duit untuk membeli beras dan sebagainya...semua itu bermain difikiran...emmmm...apa pn..tahniah kepada anda yang seringkali memberi senyuman kepada keluarga walaupun anda terpaksa sembunyikan penderitaan yang anda hadapi...tahniahhh

hah..bagi anda yang telah membuat azam tu disini nak bagi korang beberapa tips untuk mencapai dengan jayanya azam tahun baru korang tu janganlah sampai orang cakap hangat2 tahu ayam saja..

1. tulis azam besar2 n kalau boleh bagi cantik2 n letak dalam frame gambar..gantunglah dalam bilik ataupun d mana laluan yang anda seringkali lalu...
2. bagi setiap azam tu tulis perancangan strateginya..bagaimana cara yang harus anda lakukan untuk mencapai azam tersebut..buatlah tarikh ni saya mahu buat ini dan sebagainya.
3. bagitau kawan yang anda boleh percayai tentang maklumat pelan strategik tu dan ingatkan mereka untuk mengigatkan anda tentang perancangan tu agar anda tidak alpa.
4. bila buat azam tu pastikan anda betul2 buatlah jangan hanya sekadar diatas kertas.
5. berdoalah banyak2 agar apa pun azam anda itu tidak ada halangan yang cuba untuk menganggu proses anda mencapainya..
6. jangan putus asa..itu perkara pokok dalam mencapai apa jua matlamat dalam kehidupan dan jangan sesekali menjadi lemah angkara perbuatan atau percakapan orang lain..diri anda..anda yang mengetahui semuanya..pedulikan mulut2 longkang orang lain..k

apa pun..pastikan dimulakan dengan diri sendiri..semua bergantung dengan hati kalau nak berubah..k...selamat tahun baru dan semoga kita semua memperolehi keluarga yang bahagia sampailah kita mati..amin...


p/s peraduan contest sahabat hari tu dah pun ada pemenang dan mereka telah ke KK bersama-sama dengan sahabatnya..nak tahu siapa??tunggukan entri seterusnya setelah kami edit gambar2 itu..hehehehhe

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...