SAHABAT BAIK.

Sunday, October 16, 2011

HUKUM KAHWIN aNAK LUAR NIKAH

Assalamualaikum

Salam semua.. Hurmm.. Entri kali ni sekadar perkongsian untuk renungan bersama.. Jika berlaku sesuatu kes dalam sesebuah keluarga dimana anak perempuan mengandungkan anak luar nikah, antara jalan penyelesaian adalah dengan mempercepatkan perkahwinan anak itu demi untuk menutup malu.. Tapi? Persoalannya adakah pernikahan seperti itu sah? Jika tidak sah, maka ini bermakna pasangan tersebut hidup dalam zina? Untuk menjawab persoalan ni sila teruskan membaca artikel ini.. Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?

Jangan pandang remeh soal hukum.. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA.. HIDUPLAH SEBAGAI UMAT YANG MEMPRAKTISKAN ISLAM DAN TIDAK HANYA SEBAGAI ISLAM BAKA'

Sesungguhnya, permasalahan ini berat.. Baca dengan teliti soalan-soalan di bawah ini..

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila..

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH.. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidaksah taraf.

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
 sumber: gempak.org

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

18 comments:

nuhara said...

entry yg menarik :)

Unknown said...

entry yng bagus untik dikongsikan :)

muhammad said...

assalamualaikum....
hai cikgu sudirman..kin cikgu x knal sngat dgn sia..but sia knal cikgu melalui blog cikgu sudirman..suka baca setiap entry cox semuanya berkisar tentg pngalaman hdup...saya ni baru nak buat blog..cuma x tahu nak mula dri mana..cox kisah cikgu ni lbih kurang dgn ksah hidup sia,,suka mluahkan sgala mlalui pnulisan..harap cikgu dapat mmberi tunjuk ajar sdkit...terima kasih..teruskan berkarya..suka sgat,

aefitbentuah said...

iskh3....

sudirman said...

heheheh..tq all...teruskan menulis k..

Muhamad-lah...ye ke?apa ditulis smua dari hati...dari pengalaman n diterjemahkan dalam penulisan dengan harapan ada seseorang yg mengambil iktibar..aminnn

nurul said...

Assalamualaikum, En. Sudirman mohon maaf kerana entri En ini ada yang tidak benar dan ada yang benarnya, mohon rujuk semula halaqah.net untuk mendapatkan pendapat ulama berkaitan perkara ini sebenar-benar.dan mohon edit semula kerana maklumat ini akan membuatkan orang tersalah faham hukum sebenar...terima kasih

nurul said...

Assalamualaikum En. Sudirman entri En. berkenaan perkara ini kurang tepat hukumnya..ada sesetengahnya tidak betul dan ada sesetengahnya betul..mohon rujuk semula ke halaqah.net mengenai tajuk ini...diharap En. mengedit semula hukum yang telrsilap tersebut untuk mengelak salah faham orang yang membaca..terima kasih

huhu.. said...

ya betol betol..kaji balik mazhab yang ada..tanya pada semua pendapat yg bertauliah..jgn amek pendapat pada satu individu sahaja..hati2 beb.. ni hukum ni..jgn main2 bro..

nurul khatijah said...

assalamualaikum..
bagi hukum ini ada pembetulan sedikit,,
apa yg encik bg ney berdasarkn fatwa dari negara shaja,, ia bkn suatu hukum tpi syarat bg negara kita..iautu ank zina xblh dinasabkn kepada ayh zinanya.. walau ibu bapa zina nya berkahwin..
um.. maaf jika sya perbetulkn ..berkenaan dengan ayh zina dgn ank nya..
jika ayh zina dan ibunya berkahwin ank itu dikira ank tiri.. jdi hukumnya batal wuduk (ank tiri dan ibu bapa tiri tak blh berkahwin)..
ank itu blh dinasabkn kepada bapa zinanya sekiranya usia perkawinan ibu dan bapanya itu melebihi 6 bulan semasa kelahirannya,,(imam syafie)
yang haram adalh jika si ibu tadi berkahwin dengan lelki yg bukan bapa zina kepada ank tadi..
(haram jika menyiram pada bukan tanamannya)-hadis hasan
wallahua'alam..
-selidik dengan sebaiknya

Unknown said...

as salam...kebanyakan jawapan yang dipaparkan kebanyakan mengikut mazhab Maliki dan mazhab Hambali..kita di Malaysia mengikut Mazhab Syafie..mohon pihak tuan rujuk kepada yang pakar dalam perkara ini..sharing is caring...terima kasih

Anonymous said...

cikgu sek agama saya ckp, klu mengandung luar nikah,kemudian berkahwin sebelum smpi 4 bulan boleh bin bapanya..bukannya x blh berkahwin..

Anonymous said...

Boleh rujuk ust zaharuddin punya blog yg mmbincgkn perkara ini. Ads mklumat yg lebih tepat.

Anonymous said...

Suka hati aku lah nak bg harta ke apa ke kat anak aku even dia ank luar nikah, hak aku nak bg. Ape2 pun tu tetap anak aku, so jais takde hak nak tentukan pembahagian harta hnya utk ank sah taraf. Ini tak adil. Mak bapak yg buat salah, jgn kita nak hukum budak tu. Sebelum tulis pkir dulu ar. Even aku ada ank tak sah taraf, aku akn jage dia mcm ank aku sendiri la. Drpd hampe org dok buang2 ank tu tanak lak ambik tindakan. Huh!

Unknown said...

assalamualaikum... sye nk Tanya... seorang ank tu sudah berumur seperti 18+ Dan dye sudah bertunang... sehinggakan suatu hari dye mengatahui ahli keluarganya memberictahu yg dye adalah ank luar nikah .. soalan sye... adekah pasangannya sah mengawini pasangan tunangnya ITU??? plss...tlg balas komen sye ..

Anonymous said...

p90x workout, herve leger, new balance, jimmy choo shoes, hollister, nike huarache, north face outlet, converse outlet, gucci, babyliss, insanity workout, bottega veneta, longchamp, iphone cases, mont blanc, ray ban, nike roshe, timberland boots, birkin bag, asics running shoes, vans shoes, hollister, wedding dresses, celine handbags, ghd, baseball bats, north face outlet, nike air max, instyler, converse, lululemon, nfl jerseys, hollister, mac cosmetics, valentino shoes, lancel, ferragamo shoes, vans, abercrombie and fitch, ralph lauren, soccer jerseys, nike air max, chi flat iron, nike trainers, oakley, louboutin, reebok shoes, mcm handbags, soccer shoes, beats by dre

chenlili said...

canada goose jackets
adidas trainers
toms shoes
oklahoma city thunder jerseys
north face outlet
true religion outlet
coach outlet
nhl jerseys
north face jackets
moncler jackets
hzx20161220

yanmaneee said...

kyrie irving shoes
kyrie shoes
louboutin shoes
cheap jordans
calvin klein underwear
yeezy boost
converse shoes
longchamp handbags
vans shoes
golden goose sneakers

Anonymous said...

about his YOURURL.com find here discover this top article go to this site

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...