hai..salam semuanya..apa kbar??harap2 korang semua sihat dan gembira sampai senyum ke telinga ye..kalau perlu "koyak" mulut tu dipersilakan sahaja...sebelum tu...wah..aku dah jadi pakcik....ni lah anak buah pertama dalam keluarga ku..anak kepada adik aku yang kedua..
SUMBER : MMS dari aizul Mercello ..tq yer..
sayu tak tgk anak buah aku ni...bermula jam 3pm semalam adik aku mengadu sakit perut yg amat sangat..so dibawa ke hospital but bila lama baring menahan sakit doktor sahkan bukaan rahimnya baru 1cm so diarahkan pulang rumah dlu..n pagi tadi jam 3am sekali lagi dibawa ke hospital kerana mengadu sakit sangat..masa itu...aku tidak dapat melihat bagaimana sakitnya adikku sebab....aku berada di Sabah dan adik kesayanganku itu berada di Kajang..emm..ALLAH saja tahu bagaimana perasaanku setelah membaca status adik ketiga aku (yg sekarang berada di sana) berbunyi begini "
macam aku nak berlari ke sana masa tu sebab adikku yang kedua ini adalah adik yang sama2 membesar denganku..umur cuma beza setahun saja..dari kecil kami bermain bersama..tidur sekatil..angkat air sama2 dari perigi ke rumah..sama2 menjual sayur dan buah2an di pasar untuk membeli kasut dan peralatan sekolah dan mcm2 lagi..aku ingat lagi disaat dia mula bersekolah masa itu kg yang aku diami skrg tidak ada kenderaan yang dapat masuk..kami cuma berjalan kaki sejauh 1 jam 30 minit setiap hari untuk ke sekolah..dengan panas teriknya aku akan membawa dua beg iaitu beg aku sendiri dan adik aku nie...sebab,.naluri ku sebagai abg tidak sampai hati melihat adik susah dan aku ingat pesan Arwah Mak agar menjaga adik2ku lebih daripada diriku sendiri....itulah yg aku pegang sampai skrg..dalam diri ini..biarlah aku yang sakit..bukan adik2 aku..biarlah aku yang susah bukan adik2 ku....skrg ini walaupun ia telah berada jauh dari kami kerana tugasan bekerja sebagai guru disemananjung dan tugas sebagai isteri orang dari sana namun sedikit pun aku tak pernah berhenti dari memandangnya sebagai seorang kanak2 perempuan yang aku harus sentiasa jaga dan lindungi.
sampai saat entri ini ku tulis ayahku belum lagi mengetahui bahawa dia telah menjadi seorang atok...semoga ayah selamat pulang untuk lihat gambar ini.
untuk anak buah tersayang..semoga membesar dengan baik dan disemaikan didikan agama dan didikan yang baik..suatu hari nanti bila kau membaca entri ini dan maybe pada masa itu pakcik sudah tidak ada ketahuilah kami sekeluarga sangat menyanyangimu..membesarlah seperti bunga yang mengindahkan bumi dan memberikan manfaat kepada semua hidupan di dunia dengan oksigennya...
kepada semua kawan2 yang banyak bagi semangat sepanjang hari ini kerana melihat aku tidak ketentuan arah sama ada di fb atau disekolah terima kasih diucapkan...biasalah orang sentimental ni biasanya akan jadi begini..hahahahhaha...
semoga anda semua melalui hari2 yang gembira selalu..amin..
SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"
7 comments:
tersentuh hati baca entri ni..
Sila datang sini untuk lihat pasal kamu. Sekadar buat promosi tuk kamu.
http://writetoboy.blogspot.com/2011/01/jom-terjah-mereka.html
Tahniah.... dah bergelar pakcik... mesti sayang sangat tu... anak buah pertama la katakan... ^_^
Don't worry bang Sudir, is a part of our life. Anyway congratulation being uncle :)
touchingnya baca entry nie..
slamat jd babah gak la yeee...
mak aiii..cm nk melalak meraung bca n3 ni..sedih nadanye.huk3..n da moral value..sesenang n semewah mna pn kita skrg..kita kna ingt..kita penah susah..n plg pnting mak ayah kita pernah susah nk jga kita dr kcik smpai la ke besaq... :) bdway..thniah dh jd pkcik.. :)
<< terpanjang lak komen >> hehhehe
Post a Comment