SAHABAT BAIK.

Friday, December 31, 2010

coretan percutian ku n selamat tggl 2010.

salam..hai apa kbar semua awek2 cun dan boy2 hensem diluar sana..emm..nak mta tlg skit ble??ble tak skrg korang yg tengah baca ni pandang kanan...ioo...degil..panganglah kanan..hehehe..dah ke?kalau dah..teruskan pembacaan bkn apa saja nak bagi senaman kat korang mna lah tau leher korang terbelit ke or bakal2 tercabut ekoran daripada jeritan sambutan tahun baru semalam.....hahahaha...sebelum mulakan pembacaan tgk pic ini..
 aduh..kalau masuk kat LRT tu tlg lah jgn angkat lengan macam ni kalau ketiak tu bau semacam..ihhh..aku yg duduk jauh ble terbau bau2 itu...plz lah ye..pedoman utk kta semua.
ok2..kalau korang2 semua follow blog or my FB korang tahulah kan ke mana aku membawa diri yang luka ini sepanjang sebulan lebih..dari negeri di bawah bayu aku terbang ke negeri di atas bayu...adakah tu??rasanya negeri yang tak da bayu kot..hahaha...ok2...memandangkan azam aku untuk tahun baru ni nak lebih serius so jom kta serius..tegakkan badan, dahi berkerut sedikit sambil2 membaca dalam nada2 yang terskema..ble??..(rasa nak taip hahahahaha lepas tanda tanya tu tapi dah cakap kena serius so..tak payah taip lah...hey sudirman yg ko taip ni skrg apa ah..hihayyyyy)...

bermula 22hb Novermber 2010..aku membawa diri ke Negeri yang aku cakap tak de bayu tu sebab panas..hehe..perjalanan itu bermula jam 8.30 malam dan tiba dengan agak2 tak selamatnya sebab hujan lebat kat langit..(rasa mcm naik atas lori n lori tu pecut 120KM sejam di jalan masuk ke kg orang asli)..tibanya di KL member jemput dan disebabkan aku ni pekat sangat berbahasa SABAH bah so dengan muka comfident malu aku mendiamkan diri dan cover2 bahasa sabah bila sesekali aku di tanya...but kadang2 terlepas cakap ..iya bah..hahahah..ko ingat apa..babah ko yg cerewet tu ke..opssss....sory bah..

emm..aku kat sana melepakkan diri selama 1 bulan 9 hari..ni sebahagian gambar2 yg aku nak kongsikan kepada anda...yg terpilih je lah..yg agak2 nampak aurat tu di biarkan bertapa dalam folder..sampai masa delete lah nanti..hahaha

 time ni kat mid valley bersama adik dan kawan2..wei..tgk patung tu..aku suka lah sbb ia lagi besar dari aku..wah...ada sapa2 nak hadiahkan??hehehe..
 jalan ke melaka..ni pertama kali aku menjejaki kaki ke tempat ni..fuh...naik kapal ntah apa nama dia..boleh tahan pemandangan kat sini sebab ala2 zaman jepun..hihihi
 jalan2 ke perak..stay umah family angkat..
 jalan2 ke UKM..adik berbaju merah tgh tunggu waktu bersalin..doakan semua selamat ya...
 jalan2 ke pusat kaunseling dan kerjaya UTM skudai...
 Johor Bharu..sempat lagi karaoke...lagu wajib..sebelum cahaya
 member2 sporting ajak jalan2 ke Bukit malawati Kuala Selangor...
pemandangan di bukit Malawati...
 ni..pic2 mengada-ngada skit..hahahah...

kepada semua kawan2 yang melayan warga Indon eh..warga Sabah ini dengan baik semasa berada di sana TQ diucapkan..jasa kalian tetap dalam kenangan dan di ingat sampai mati..nanti datang sabah pula giliran aku menyusahkan korang..heheheh..sebelum mengundur diri renungkan gambar ini..
adakah kasih sayang yang orang lain berikan kepada kita hanyalah ibarat baju dalam?..yg dipakai tetapi disembunyikan??yang hanya dipakai utk menghalang peluh daripada merosakkan dan membasahi pakaian luaran?yg hanya dipakai semata-mata untuk hiasan atau apa??definisikan kasih sayang itu dari dalam hati bkn dari apa yg dinampak...

selamat Tahun baru semuanya..tanam azam baru dan cuba untuk kecapinya..azam aku tahun 2010 alhamdulillah berjaya..

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Sunday, December 26, 2010

filem terbaik 2010 DI jiwaKu...

ok2..dah nak habis tahun 2010..tahun 2010 aku mmg kaki wayang...sekali aku chek tiket2 yang aku dah beli termasuk yang aku belanja kawan2..Ya Allah..ada 214 semuanya..hahahha...betul lah org cakap kalau kta berbelanja sedikit2 tapi kerap kali ia pasti akan menjadi bukit...emm..

aku ni kalau bab nak komen2 pasal wayang tak lah pandai sangat n main ikut kepala sendiri saja..kdg2 orang kata wayang tu best but kepala aku kata.."nehi" yg membawa maksu "tidak"..ada pula kata tak bagus..aku pula kata "hah"..ya lah tu bagus..hahahhaah,,kenapa kah itu?,,adakah aku telah menunjukkan simptom2 tak normal???ya la tu kot...ni dia barisan wayang yang aku tgk n aku puas hati lah...korang yg tak tgk lagi..pegilah tgk yer (beli yang ori)..
 citer ni mmg buat aku banyak berfikir pasal kehidupan apa tah lagi bila aku seorang guru..mmg sesuai utk didikan kepada anak2, ibu bapa dan guru..ia menyindir semua pihak..paling syok..wayang ni aku tonton bersama-sama dengan para pelakonnya sekali ...hahahhaha...best...ia mengisahkan tentang remaja yang seringkali dipersalahkan atas apa yang berlaku contohnya gejala samseng, melawan kata guru dan sebagainya. cerita ni ada unsur2 lawak yg agak tinggi dan sepanjang pernceritaan ia tidak akan memboringkan anda..watak Aeril sebagai seorang anak yang sering dipukul menginsafkan kita bagaimana seorang remaja itu tidak seharusnya diperlakukan begitu..banyak pengajaran dari cerita ini
 ini jgn cakaplah..dari awal sampai akhir aku asik ketawa je..hantu yang ditonjolkan dengan elemen kelakar menjadi dalam cerita ni..watak johan raja lawan dan seorang mamat pondan tu mmg agak kelakar...hantu ni aga2nya seram juga..satu kampung yang dilanda riuk rendah apabila hantu seorang wanita seringkali menganggu penduduk kg..time berak ble pula hantu tu ada di atas kepala..lucu..
 mcm biasa..walaupun jalan cerita kadang2 ada bosan tapi kali ini Harry tidak mengecewakan peminatnya..tahun ini harry memberi sedikit kelainan kerana mereka telah dewasa..melihat wayang ini pada mulanya ada bosan tetapi dalam 20 minit kemudian ia bertukar ke suasana yang best..ia mengisahkan tentang pencarian mereka menuju ke alam dewasa. Harry dan rakan2nya telah melalui satu perjalanan panjang dan sepanjang perjalanan tersebut pelbagai elemen sakti dan aksi ditunjukkan selain daripada mereke bertukar menjadi orang tua...saksikan
 majika..wayang malaysia yang diadapsikan menjadi cerita donggeng..mmg menghiburkan ramai pelakon terkenal berlakon di sini...jalan cerita mengenai dua insan masuk ke alam sakti..saksikan..
 narnia kali ini walaupun hanya membekalkan 2 watak je berbanding sebelum ini ada 4 kanak2 tapi jalan ceritanya agak menarik ...kalau anda yang suka kan elemen2 magik dan suasana yang menarik saksikan cerita ini...ia berkisar tentang kanak2 yang masuk ke alam narnia dimana binatang boleh berbicara dan disana mereka harus mencari 7 bangsawan dan mengalahkan kausa jahat..jalan cerita kalau sebelum ini banyak didalam hutan namun kelainan cerita ini adaptasikan dilautan..kehadiran ikan duyung cermin, naga dan kehadiran seorang lelaki baru iaitu sepupu kepada 2 watak utama sebelum ini menghidupkan jalan ceritanya..yang pasti tikus comel tetap ada ya..
 filem yang menaikkan nama farid kamil..kisah menghayat hati ini betul2 menusuk di hati..sampaikan aku meleleh tgk citer ni...hahahhahha..feeling lah...
 citer ni tgk 2 kali sebab agak kelakar dan suasana pemandangan yang begitu cantik..ia mengisahkan tentang seorang bayi yang ada kuasa sakti pada rambutnya yang mampu untuk membuatkan orang tua menjadi muda. telah diculik dan dijaga di sebuah rumah yang agak tinggi..rambut bukan main panjang...jalan cerita agak menarik kerana banyak elemen kelakar diselitkan
 filem kegemaranku sebab kartunnya pun best...elemen air, batu, angin dan api disatukan dalam cerita nie..banyak menggunakan kuasa2 sakti keempat-empat elemen ni untuk membentuk watak ceritanya...bagi aku ini filem yang terbest lah sbb aku kan minat citer macam nie..tak rugi tgk 4 kali di pawagam..hhahahhaha
aku tak berapa suka citer ni sbb macam banyak sangat elemen sains digunakan tapi kekuatan cerita ada pada kecanggihan alatan dan grafiknya...boleh lah kalau anda suka menyaksikan filem seperti ini..ia mengishakan tentang seorang anak yang berusaha untuk mendapatkan kembali syarikat peninggalan ayahnya dan berusaha untuk menjejaki di mana ayahnya menghilang..selama 20 tahun akhirnya ia mendapai bahawa ayahnya telah membina satu dunia baru dan kehadiran tron di sana dengan elemen2 sains yang tinggi membantunya untuk menentang kuasa jahat.
 ini wayang lama..but..sampai skrg aku tak ble lupa..ia mengisahkan tentang dua adik beradik yang mencari kasutnya..mmg sedih dan menhayat hati..anda pasti menangis melihat kesungguhan anak2 miskin ini...tahun 2010 aku pasang CD balik so kira wayang 2010 lah kan..hahahhaha

 ni jgn cakap lah..mmg best...hahahhaha..kartun but malas nak komen..beli dan tgk sendiri
 sapa tgk citer ni n kata tak best..aku hampap kepala dengan kasut..sangat2 best..5 bintang ku bagi..mengisahkan tentang satu pisau yang dapat melihat kejadian masa depan..banyak elemen aksi di tonjolkan...paling best..watak girl tu kiut sgt..hahahha
filem Hindi the best bagi saya tahun ini...hehehehhe...mengisahkan tentang seorang lelaki yang tak percaya cinta akhirnya apa jadi..lelaki adalah seorang yang ego dengan sifat suka berfoya-foya..wanita yang percaya pada cinta dan telah bertunang dengan seseorang tanpa sengaja telah jatuh hati pada seorang lelaki yang tidak percaya pada cinta..apakah kesudahannya..saksikan

WAYANG TERBAIK BAGIKU

Aku setuju andai wayang ini ditunjukkan kepada anak2 sekolah luar bandar..or dalam bandar..ia betul2 mendidik jiwa kita bahawa dalam susah ada lagi yang lagi susah..betul2 filem ini memberi kesan mendalam terhadap jiwa ku...sedih sangat..belajarlah untuk menerima keadaan kita dengan bersyukur...tq laskar pelangi..ia mengisahkan tentang watak kanak2 miskin yang bersekolah di pondok yang buruk..dengan kemiskinan ini mereka mencipta kemenangan demi kemenangan walaupun guru kesayangan mereka meninggal..saksikan bagaimana sekolah yang hujan akan menembusinya bila hujan..panas akan masuk bila mentari terik berusaha utk mengalahkan sekolah yang kaya2...

SEKADAR PERKONGSIAN
SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Friday, December 24, 2010

kalau aku dan kamu di tanya??

Kalau aku dan kamu ditanya tentang Perasaan..
Maka kita akan nyatakan...Ya kami juga ada perasaan...
Kalau aku dan kamu ditanya tentang perlakuan...
Ya kami juga ada perlakuan...
Kalau aku dan kamu ditanya tentang kebohongan...
...Ya kami juga ada kebohongan...
tapi..jika aku dan kamu ditanya tentang pengkhianatan..apa yang akan aku dan kamu jawab?????
JAWABLAH DARI DALAM HATI

ehsan by my pren Saifullah Jamaluddin

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Monday, December 20, 2010

bagaimana 2 org berbeza pendapat utk sentiasa bersama selamanya?

dah lama tak pasang entri yang berkaitan hati...so..jom layan...

tadi sempat jalan2 dan pada masa jalan2 tu ternampaklah dua orang pasangan kekasih bergaduh..emm..man yang sedang duduk membelakangkan pasangan tu sempatlah kan pasang telinga dan mendengar semuanya..bila dibuat kesimpulan rupa2nya kedua-dua insan itu bertekak satu hal yang begitu menarik..nak tahu apa???"perbezaan pendapat"..terus man terdiam sekejap dan man bertanya pada diri sendiri "bagaimana ya 2 orang yang berbeza pendapat tetapi saling menyanyangi dapat kekal selamanya..asik bergaduh sebab dua2 tak nak mengalah"...emm..terdiam dan terpaku seketika memikirkannya...

perbezaan pendapat, ego yang berlainan dan prinsip yang berbeza seringkali menjadi isu dalam mana2 hubungan di dunia tidak kiranya hubungan suami isteri, anak2, adik beradik atau pasangan kekasih..berbezaan yang bisa menjadikan sesuatu perhubungan itu konflik dan mungkin akan menyebabkan keretakan..perbezaan yang sebenarnya menjadi jarum yang mencucuk sedikit demi sedikit untuk merosakkan daging andai kedua-duanya tidak tahu cara untuk mengatasinya...ya betul..walaupun jarum itu kecil tetapi sekiranya ia mencucuk perlahan-lahan tanpa henti ia akan menyebabkan satu lubang besar terbentuk dan lubang itulah yang akan menjadi jurang diantara dua insan..lubang itulah yang akan menyebabkan air mata menitis tanpa henti.natijahnya...mungkinkah kalian berdua akan berpisah selamanya??.cuba tanya diri sendiri dan jawab secara jujur...adakah anda dan pasangan anda seringkali berkoflik ekoran daripada perbezaan pendapat?setiap seorang daripada anda masing2 mengatakan apa yang diperkatakannya adalah betul..itu betul dan ini pun betul yang seorang pula akan membetulkan bhawa apa yang anda fikirkan itu salah..dia yang betul..
jika ya..apakah yang berlaku selepas itu..siapakah yang mengalah..mesti anda akan berkata "saya yang mengalah"...emm..pernahkah anda bertanya kepada pasangan anda itu adakah dia juga tidak mengalah seperti anda..adakah disebalik setiap senyuman dan disetiap gurau sendanya serta disetiap diamnya dan bisingnya itu menunjukkan bahawa dia tidak mengalah...anda tidak tahukan??sebab..yang tahu hanya dia dan ALLAH..hanya dia yang tahu ada apa dihati dan perasaannya...

kawan2..dari apa yang man belajar..setiap orang itu ada ego masing2..setiap orang ada prinsipnya sendiri..dan..apabila ego dan prinsipnya itu dicabar ia akan memberontak dan pastinya yang menunjukkan pemberontakkan itu adalah percakapannya.satu je pesanan man..apabila anda menghadapi situasi seperti ini bersabarlah..tiada perhubungan di dunia ini yang tidak bergaduh..tapi setelah anda bergaduh cukuplah setakat disitu sahaja jgn lagi dibiarkan berterusan dan jangan dibincangkan lagi..andai kasih sayang anda mengatasi segala-galanya semua konflik dan perbezaan pendapat itu akan terkubur disitu juga..andai anda sayangkan dirinya teruskan untuk memerhatikannya dan belajarlah dari situ apa yang dia suka dan tidak suka..belajarlah juga untuk menerima baik dan buruknya..ya aku akui..ia memang akan mengambil masa tapi percayalah ia akan berbaloi andai anda dan pasangan anda masing2 belajar untuk melihat personaliti masing2 dan cubalah untuk mengabungkannya menjadi SATU.

satu yang aku belajar hari ini apabila kita menyanyangi seseorang janganlah sembunyikan apa2 kepadanya walaupun perkara itu adalah hal kecil bagi anda..pahit pun hal itu beritahulah dia dan percayalah andai cintanya kepada anda adalah tulus dia pasti akan dapat menerimanya...aku rasa aku nak cari cinta yang aku dan dia sama2 dapat terima diri sendiri, dapat terima perbezaan masing2 dan jadikan setiap perbezaan itu sebagai pelengkap dalam kehidupan dan akan mewarna warnikan lagi destinasi cinta kami..amin...

hihayyy jiwang...hahahhaha

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Saturday, December 18, 2010

aku masih dara?

hai..hai..hai...bertemu kita kembali dalam rancangan chef wan memasak ais batu goreng..pada hari ini chef wan ko nak tunjukkan bagaimana ais batu goreng dimasak dengan menggunakan 3 perasa..hahahah..lepas ni abis aku kena saman oleh chef Wan..sory Buk..eh..sory Pak..cuma bercanda aja ya..

aku masih dara??ohh tidak..semalam aku telah dinodai..aku telah diberikan ntah makhluk apa utk ditelan dan bila ku bangunan..eh..bangunan pula..bangun awal pagi tadi aku dapati aku telah kehilangan dara.."Dush"..bapa aku terus pelempang pipi sebelah kanan  dengan nada marahnya dia berkata "oii jantan..ko tu jantan dara apanya yg ada..darah muda ka ba.."(pekat sabah bapa aku ni)..hahahah..ok2..jgn salah faham yer..ni sedikit dialog aku tokok tambah dari citer "AKU MASIH DARA" yg aku sempat tgk semalam bersama dua anak dara..hihay..bangga aku ye..persoalannya "Dara Lagi Ka?..hahahhaha..kelam kabut punya pasal wayang yg sepatutnya start jam 9.20 kami masuk 9.40.hah..tak kira nak tgk juga...sempat dua anak dara tu kenyit2 mata dkt penjual tiket ye semata-mata nak dapatkan tiket walaupun da terlewat 20 minit..akhirnya...yahooo....berjaya teknik korang ye...

  1. Raja Farah (Sofea Pelakon Utama) dan Asyraff
  2. Reanna
  3. Farid Kamil
  4. Dian P.Ramlee
  5. Rahim Jailani
  6. Riezman Khuzaimi
  7. Kuna
Aku Masih Dara..emm...boleh lah...kekuatan cerita ini sesuai utk ditonton bagi golongan2 yang sentimental dan senang nak menangis sbb jalan ceritanya berpadukan muzik yang kira ok lah mampu membuatkan hati insan2 terpilih ni terusik..mcm aku sesuailah kan..angkara tak nak ditengok air mata menitis aku beralih ke tempat duduk yg tak da orang lepas tu aku feeling sendiri di situ..hihayyy..kantoi...

bagi anda yang selalu merasa diri sunyi..selalu merasa untuk mendekatkan diri kepada Agama setelah bertahun bergelumung dengan dosa filem ini sesuai untuk tontonan anda..ia mampu memberik 1001 pengajaran dan mampu untuk membawa kita kembali ke kehidupan yang penuh kesilapan itu..sambil menyaksikan drama demi drama..babak demi babak dalam filem ini akan menyebabkan kita berfikir tentang realiti kehidupan skrg..yang menamakan diri Islam tapi hanya sekadar di Kad Pengenalan dan Nama saja..yang menamakan dirinya KAWAN tetapi hanya sekadar nama..kekuatan jalan cerita ini ada pada Raja Farah...
macam biasa Pelakon ini mampu untuk memberikan kesan air mata kepada wanita-wanita diluar sana yang dahagakan keinsafan..dari watak seorang yang bersosial, seksi, liar dan tidak bertamadun dari sudut agama ia bertukar kepada wanita yang soleh..perjalanan untuk menjadi wanita soleh itu penuh dengan cerita2 mengusik jiwa...
memang betullah kata mak aku dulu..wanita yg cantik bila bertudung akan menampakkan lagi kecantikkannya..hehehehhe..dua watak yang menghidupkan jalan cerita ini adalah kawan kepada Raja Farah..dua2 watak kawan ini membawa kelainan dalam cerita walaupun kadang2 nampak mcm mereka ni seolah-olah baru belajar berlakon...ntahlah kenapa dari pandangan aku seolah-olah dua minah ni tak pakar nak berlakon..hihihihi
hah..dua watak dalam filem ini menjadi faktor Raja farah menjadi liar..emm..ia cuba untuk menunjukkan kepada anda bagaimana pengaruh kawan itu mampu mencorakkan kehidupan ...

mamat ni kira berjayalah membawa contoh yang baik kepada penonton lelaki yang rasa ingin berubah tu.dengan bahasa badan dan cara keislaman mampu menjadi contoh kepada kita semua..paling aku suka walaupun dia membawa watak seorang lelaki yang sentiasa berbaju melayu namun dia jg boleh membawa dirinya masuk ke Kelab Malam..kenapa dan mengapa?.kalau nak tahu..pegilah tgk kat pawagam terdekat yer..

KEKURANGAN FILEM INI

bagi akulah..filem ini tidak setanding filem syurga Cinta yang diarahkan oleh orang yang sama..mungkin kerana aku telah didedahkan dengan filem awal ashari tu menyebabkan aku rasa filem ini tidak mampu untuk memberikan aku klimaks yang lebih tinggi...jalan cerita filem ini ala2 drama kerana sepanjang slot hanya melibatkan beberapa tempat(kalau anda perasaan)..dalam kelab malam, rumah asyraff, genting highland dan tempat parking kereta..tu je..nampak mcm nak jimatkan bajet rasanya...genting highland penuh dengan tempat2 menarik tapi yg ditunjukkan hanya rumah kg dan jg tempat utk memetik strawberi..selain itu, kekurangan filem ini apabila babak yang seharusnya digarap untuk menunjukkan kepada penonton tentang kesilapan demi kesilapan yang remaja lakukan dan kesannya kepada diri sendiri kurang ditonjolkan melainkan merah2 di leher..paling tak suka bila watak yang dirogol dan mendapati dirinya tidak mengandung terus jalan cerita tu stop disitu..persoalannya, tidakkah remaja2 skrg akan belajar dari situ..setelah lakukan seks dan masih datang haid maka dia masih selamat..tak perlu risau lagi..fikir2kan yer...
kekurangannya juga apabila watak asyraff yang tidak boleh memandang wanita seksi..memandang patung seksi terus mengucap..tapi..ble pula watak dia ni masuk ke kelab malam tanpa ada mengucap..emm..pelik bukan...pergilah tgk n buat kesimpulan sendiri yer..
SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Friday, December 17, 2010

bila diri sedih..

 jangan hairan..biasanya bila anda membuka blog ni akan ada lagu tpi kali ini..anda harus mendengar lagu dari video ini..selepas itu barulah anda baca entri di bawah..dengar dan hayati betul2...jgn baca selagi tak tgk dan hayati video ini..

salam..ketika aku melayan satu lagu di youtube tiba2 hatiku berdetik sayu untuk mengerakkan jari jemari melakar satu lagi nukilan untuk perkongsian semua..ya..mungkin ini sesuatu yg aku lahirkan dari perasaanku..sesuatu yg aku tidak mampu luahkan secara berdepan dengan kalian semua tetapi melalui blog yg tidak seberapa ini aku lebarkan setiap kisah hatiku untuk ditatap umum..bukan utk menunjukkan kelemahan diri tetapi sekadar utk perkongsian dan semoga ia dapat memberi semangat atau iktibar kepada anda...ya..iktibar ..kerana diawal blog ini kuhasilkan aku ada menulis tentang "KENAPA SUDIMAN MEMBUAT BLOG"..aku selalu mengharapkan apa yang aku catatkan disini walaupun hanya berbekalkan sebuah leptop usang dan pemikiran yang melayang dengan bunyi2an syahdu dari corong leptop ini dapat memberi biarpun bukan ramai ..biarpun cuma seorang cukup utk aku membantu kalian...cuba anda semua pandang sekeliling dan anda pasti akan belajar sesuatu.

guys..cuba tanya diri sendiri dalam hati..disebalik senyuman yang di tebarkan adakah anda betul2 gembira?adakah setiap perwatakan yang anda tunjukkan kepada dunia adalah diri anda sendiri?adakah kebahagiaan yg anda harapkan telah anda perolehi?jika anda bercinta..adakah cinta itu benar2 mampu memberikan ukiran dibibir anda tanda kebahagiaan??adakah anda dapat semua itu..

ATAUPUN


TIDAK...aku tidak dapat apa yg aku mahu..aku tidak tunjukkan diri sebenarku dengan sapa2..aku tidak segembira sebagaimana anda semua melihat diriku sekarang...aku menanggung beban yang terlalu berat..aku tidak dapat kasih sayang dari orang yang aku sayang..aku manusia yg selalu merasa sunyi..aku manusia yg merasakan bahawa di dunia ni hanya ada aku saja..YA ALLAH..tlg aku..aku sangat memerlukan teman...adakah ini rintihan di dalam diri anda??...kalau tidak..sila keluar dari membaca blog ini kerana anda telah mendapat kebahagiaan sebenar..tpi jika YA..teruskan
 kawan2 semua..lumrah..apa yg anda lalui sekarang pernahkah anda terfikir bahawa orang lain jg melaluinya..kadang2 kita berborak sesama kawan dan bila diceritakan bebanan perasaan yg membelenggu mesti akan ada mulut melontarkan "kisah kita sama"..emm..itulah dunia..apa yg kita lalui akan orang lain lalui juga cuma masing2 tidak sedar semua itu...kita pernah menangis kerana dikhianati...diitipu..kematian orang tersayang..melalui kehidupan yang susah sehingga menitiskan air mata..adakah semua itu menyebabkan anda jatuh..jatuh tersungkur dan tidak bangun2..jatuh tergolek sehingga sukar untuk ditarik semula??..kalau iya..berhenti..berhenti dari membunuh diri anda sendiri..aku mahukan anda bangkit..bangkit dari kejatuhan itu dan buatlah sesuatu yang dapat merubah semuanya..jika anda pernah lakukan kesalahan sehingga orang lain membuang anda..angkat kaki anda untuk bangun dan berjalan seterusnya berlari untuk anda buktikan bahawa anda sudah berubah..mmg akan mengambil masa tapi percayalah ALLAH itu ada dan DIA tidak akan pernah tidur untuk membantu hamba2Nya..bangun kawan2..bina matlamat baru dan hiasi dunia anda selepas ini dengan gelak tawa..dengan senyuman bersama orang2 yang anda sayang...

sebelum mengundur diri..bayangkan rupa ibu dan ayah anda..imbas semula semua penderitaan mereka dan kembalikan semula memori anda bersamanya..ketika dia masih ada sayangilah mereka..cium dan peluklah mereka kerana merekalah anda ada di dunia ini...masa aku cuti2 ni aku lalu dimasjid Jamek dan ini dua gambar yg menyebabkan aku rsa nak menangis..kdg2 terfkir kalau inilah mak dan bapaku..ahhhhh..apa yg aku rasa..sama2 lah kta fikir...jgn kata memberi sedekah itu salah..ia bergantung dengan niat kta sebenarnya...pls..jgn biarkan mak bapa kita jadi begini yer..


ikhlas dari hatiku yang cuba mengerakkan jari jemari membantu dan terus membantu dunia..

it' me

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

jalan2 cuci mata...ble?

salam semua..hari ni abg sudirman korang nak cerita pasal pengalaman pertama ke melaka..emm..ye lah..sepanjang belajar di UPSI dulu ada jg ke melaka but tak lah seenjoy ini..datang atas urusan rasmi saja..skrg..hah..ambik kau...alang2 dah ada kat melaka aku pun membawa diri ke sungai melaka menaiki melaka river cruise..mak dato cantik sgt melaka sbb rasa mcm kembali ke zaman lampau dengan peninggalan sejarah dan mcm2 lagi penemuan bahan2 zaman dahulu..cari2 juga dimana dinasour but tiada..hahahahha...
mcm biasa..bila dah ada kat melaka kenalah bergambar kan..ni pintu masuk ke sungai tu..
tgk kat belakang tu ada apa..monorail katanya

hah..yg ada iklan2 maggi mamee dan segalanya tu adalah kapal yg dimaksudkan...


hah mcm biasa..aku ni kalau da depan kamera akan malu2 kucing dan inilah hasil pic tu...emmm

antara kapal2 yg menunggu penumpang..cuma RM10 sekali jalan yer..but puas hati..
tgk tak bangunan tu..bangunan tu adalah bangunan lama yg berada disepanjang tebing sungai dan kerajaan Negeri telah mengubahsuainya menjadi satu lukisan besar ala2 pahlawan zaman dulu disetiap dinding bangunan ini...
jom melaka maju 2010...hah...salah satu pemandangan di sana...

orang cakap..makin jauh kita berjalan makin luaslah pemandangan dan pengalaman yg kita akan dapat..sebab tu cuti2 sekolah ni ambik masa yg ada utk mencari ilmu sebanyaknya..biarlah ia menjadi satu kenangan indah buat aku untuk tahun 2010...
akhir kata, jaga diri dan hiasi peribadi ..

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Monday, December 13, 2010

UPSI..tempat ku merangkak, berdiri dan berlari..

salam semuanya..hari ini hati ini berdetik untuk mengerakkan jari jemari menulis perjuangan demi perjuangan, kenangan demi kenangan semasa bergelar pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris.Perjuangan ku yang kumulakan tanpa ada apa2..kosong....perjalanan hidupku semasa disabah telah membawa aku merentasi laut cina selatan demi mengejar cita-cita untuk diri sendiri dan keluarga. aku ingat lagi masa itu, ayah yang tidak pernah mengenal erti penat lelah tidak dapat memejamkan matanya untuk mencari dana menanggung perjalananku ke UPSI..iyalah..keluarga tanpa IBU tidak akan sama lengkapnya dengan keluarga yang sempurna..dialah ayah dan dialah ibu..dialah insan yang paginya ke kebun berbekalkan nasi dan ikan senjalah kelibat tubuh tua nya baru kelihatan di rumah..ku ingat lagi kata2 ayah "biarlah ayah yang tidak merasa nasi dalam sehari tapi jgn anak2 ayah"..terasa besar pengorbanan orang tua itu untuk kami...dialah insan yang mengadaikan semua peninggalan arwah ibu untuk memberi ruang kepada anak2nya melanjutkan pelajaran..dialah insan yang tidak pernah mengeluh akan penderitaan dan bebanan perasaan yang dia tanggung selama ini..dialah insan yang mampu mendidik kesemuanya anak2nya menjadi insan yang berguna..terima kasih YA ALLAH atas anugerah yg KAU berikan kepada kami dengan memberikan kami ayah sebaik dan memahami sepertinya..
 
family tersayang..gambar 2008 ni..kurus2 lagi..hehehe...

aku ingat lagi..2001 aku membawa diri ke UPSI..tanpa tahu selok belok Semenanjung aku bersendirian membawa diri dengan harapan baru..harapan untuk mengubah kehidupan keluargaku kelak..aku ditempatkan di Kolej Kediaman Harun Aminurashid..syukur sbb kolej itu berada di dalam kampus..disinilah bermulanya sejarah aku dibentuk dan dialun menjadi insan seperti sekarang..disinilah datangnya kepimpinan yang aku bawa ke sekolah ..kalau ada sesiapa tanya, bagaimana Sudirman mampu menganjurkan pelbagai program disekolah dan mampu untuk berhubung dengan dunia luar..inilah jawapannya..aku diajar bertatih di KHAR..aku diajar menjonggak ke langit dan memandang rumput dibumi di KHAR>..segala-galanya aku diajar disini..KHAR lah ibu dan ayahku semasa di UPSI..
satu ketika dahulu bangunan hijau tu adalah Kolej Kediaman aku..skrg dah jadi fakulti bahasa..

satu ketika dahulu bangunan ini tiada yg ada hanya pokok dan gelanggang bola jaring..skrg?

satu ketika dahulu..sini adalah semak samun berdepan dengan KHAR..skrg??
 dulu di sini pokok2 dan kawasan berhantu..hahaha..skrg hah..ambik...
perjuanganku bermula dengan pelajar biasa..aku bukan ahli jawatankuasa mahasiswa..aku bukan organisasi dalam KHAR..aku bukan sapa2 cuma pelajar biasa yang ingin belajar kerana yang aku fikir adalah jangka masa panjang kelak semasa aku keluar daripad UPSI..tanpa rasa segan, malu...tanpa peduli biar apa orang kata aku mengorak langkah demi langkah belajar memahami selok belok kepimpinan..kdg2 aku jatuh tapi aku tidak peduli kerana aku tahu..BUKAN BERAPA BANYAK KITA JATUH YANG DIPANDANG TETAPI BERAPA KALI KITA BANGKIT DARI KEJATUHAN ITU YANG MENJADI PENENTUNYA. ..ya ..jgn sesekali mengalah hasil dari kegagalan....setelah banyak belajar akhirnya aku mendapat peluang untuk memimpin organisasi ditahun seterusnya dengan memegang Yang dipertua Jawatakuasa Mahasiswa Kolej.

sepanjang semester 1 hingga 3 aku bergerak solo..aku tiada kawan di UPSI..hanya kenalan begitu sahaja..pegi makan seorang, jalan ke sana sini seorang..sbb itu adalah aku..dlu aku sukar untuk bergaul dengan orang lain tapi aku belajar langkah demi langkah untuk bergaul dan akhirnya skrg ini..aku boleh lakukannya...terima kasih YA ALLAH...disini jg aku dipertemukan dengan seseorang..seseorang yang begitu berharga dan berjasa kepada hidupku..seseorang yang dikala aku jatuh dan sendirian dialah yang sentiasa memimpin tanganku untuk terus bangkit...seseorang yang mengajar dan membimbingku seperti anaknya sendiri..Mama Hjh Zainab..Dialah insan yang mengantikan ayah dan mengantikan tempat untuk arwah Ibuku..bila aku dalam kesusahan dia tetap ada..dia tetap menerima aku seadanya walaupun pada hakikatnya aku ini penuh dengan sifat segan dan malu..kadang2 bila dirumah mama, aku sentiasa dibilik sbb aku malu..tidak tahu kenapa hati ini begini..tapi yang pasti..dalam diri dan sanubariku aku menganggap dia IBU dan seluruh keluarganya adalah family kandungku..Dia menjadi idola dan manusia contoh kepadaku sehinggalah aku bergelar guru..semua nasihat dan ajarannya semasa aku bersamanya tetap ku ingat dan kusemadikan dalam hidupku..terima kasi MAMA dan keluarga..
 mama..dia lah mama saya dan mama kepada semua JMK KHAR..
 my family...

kepada kawan2 yang membaca entri ini..ingatlah selalu bahawa diri kita dan masa depan kita..tiada sapa mampu mengubahnya melainkan diri sendiri..iya..diri sendiri ..kitalah penentu kepada kecemerlangan atau kegemilangan ataupun kejatuhan yang berlaku kepada hidup kita..kita yang memilihnya...kehidupan aku dulu penuh dengan liku-liku tetapi aku memilih untuk mengubahnya dan berkat dari ALLAH SWT aku dapat mengubah kehidupan keluargaku sekarang..aku dlu hanyalah pelajar biasa dan berkat pertolongan dari ALLAH aku boleh menjadi YDP...semuanya kerana diri aku sendiri..bukan aku ingin berkata besar atau memuji diri tapi sebagai pengajaran dan contoh kepada anda bahawa kitalah penentu terhadap apa yang kita inginkan..paling penting kunci untuk semua kejayaan adalah kita memandang diri kita sebagai insan yang tidak tahu apa2 dan sentiasa ingin belajar setelah itu apa yang kita ada..turunkan kepada insan lain dalam erti kata yang lain..PANDANGLAH DUNIA DARI SUDUT KASIH SAYANG...insya ALLAH anda akan mendapat kasih sayang yang banyak dari semua orang..


 SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...