SAHABAT BAIK.

Tuesday, December 13, 2011

Jangan ketawa di atas penderitaan orang lain!!!!

Ketawa..senyum...mengecilkan bola mata sambil bibir digerakkan manja..lirikkan mata ke kiri dan ke kanan sambil membayangkan perkara-perkara indah ...setiap ukiran bibir itu memberikan satu aspirasi ...memberikan satu definisi dan kesimpulan iaitu si sang pemilik rupa sedang bahagia...iya...bahagia mungkin kerana dirinya mengalami hari2 yg dikelilingi oleh orang2 yang sentiasa melontarkan rasa sayang untuknya...atau...mungkin juga tanpa sesiapa tetapi dibenak fikirannya seringkali terlihat impian nan indah yang bersulam dengan bahagia...impian yang sudah tercapai mungkin atuupun bibit kenangan yang telah lama berlalu menyebabkan bibit2 itu keluar setitik demi setitik menjadikan si sang pemilik juga mengecapi kebahagian...masing2 ada cerita tersendiri... 

Menangis...kecewa..melahirkan rias rupa yang langsung tidak menampakkan lesung pipi...menjeling dengan lirikkan yang tajam umpama burung pungguk yang menantikan bulan jatuh ke ribanya...emm..mungkin itu petanda kepada kita yang si pemilik senyuman itu tidak mampu mengeluarkan rasa bahagianya ke alam nyata..dalam bahasa yang mudah difahami si pemiik sedang derita..menyimpan satu rasa di seketul daging untuk disimpan dengan baik..satu rasa yang tidak ingin dikeluarkan mungkin kerana si pemilik masih mampu untuk menanggungnya seorang diri atau mungkin juga pengorbanan sedang dilakukan untuk seseorang yang disayangnya sehinggakan dirinya sanggup menangis tanpa bunyi..air mata menitik tanpa sapa2 melihat dan jauh sekali untuk menghulurkan tangan menempis air mata di pipi nya itu...mungkinlah kan... 

Prnahkan kalian memikirkan sesuatu yang ada sekarang di benak fikiranku??sesuatu yang beberapa hari ini berligar-ligar mencari jawapan tanpa diluahkan kepada sesiapa ...kita bergembira diatas penderitaan orang lain??kita ketawa..kita senang hati...kita dapat apa yang kita dapat tapi pada masa yang sama untuk kita dapat semua itu ada seseorang yang menderita..atau mungkin juga ada seseorang yang merasakan kehadirannya dalam hidup anda membuatkan anda tidak gembira...dia merasakan bila dia kekal bersama anda ..anda akan semakin tersiksa dan menderita dan disebabkan itu si pemilik hati itu memilih untuk meninggalkan dirimu..bukan kerana tidak sayang tapi kerana pemilik hati itu tidak mahu menjadikan dirinya faktor mata anda mengeluarkan titisan jernih lagi...dia memilih untuk tidak memikirkan hatinya demi untuk hati anda....anda tahu apa itu??itulah yang membawa maksud dan pengertian "anda bergembira tapi diatas penderitaan orqng lain"....iya..itulah.... 

Fikirkan sejenak adakah anda berjumpa orang seperti itu??...fikir sebaiknya kerana jika ada..anda sebenarnya tlah kehilangan seseorang yang sanggup bekorban untuk anda...jika tidak wujud pun orang itu..anda fikirkan dengan memejamkan mata dan tanya diri...adakah saya orang itu??adakah saya lah pemilik hati yang dimaksudkan yang sanggup membiarkan diri tersiksa dan derita dan sanggup untuk memilih tidak gembira demi seseorang??saya kah itu...Ya Allah...iya...sayalah orang itu... Ketahuilah kawan2..jika anda orang itu...aku faham kesakitan yang dialami...penderitaan yang ditanggung kerana sesungguhnya memang sangat menyakitkan jika pengorbanan seperti itu anda sendiri lakukan...aku tabek hormat hati yang ada pada anda...andalah manusia yang diberikan hati oleh sang Pencipta yang mana hati itu tdk ramai yg memilikinya..andalah sang pemilik hati yang tlah diberikan satu hati yang jika bukan didunia diberikan kebahagiaan di akhirat nnt anda akan memperolehinya... Janganlah terlalu kecewa dan bersedih...mmg diakui nangis itu perlu kerana ia dapat memberikan ketenangan tapi janganlah sampai melakukan sesuatu yang tidak baik...dan tahukah anda..manusia yang lakukan hal begitu kepada anda dia sebenarnya rugi besar..Ia ibarat madah ini... ""seseorang yang kecewa telah didatangi sahabatnya dan sahabatnya berkata.."ruginya kamu kerana tidak dapat memperolehi kasih sayang dan cinta daripada dia..amat kasian kamu ini""..lalu si pemilik hati berkata "aku tidak rugi apa2 sebab kini aku tahu dia tak menyanyangi aku tapi ketahuilah dia telah mengalami kerugian besar kerana dia telah kehilangan seseorang yang benar2 menyanyanginya dan sanggup menyerahkan semua hati kepadanya"".... Fikirkan kawan2... Fikirlah bahawa kerugian itu bukan pada anda...tapi pada orang yang buta untuk melihat ada permata depan mata mereka..mereka buta dengan semua kebaikan yang anda lontarkan sehinggakan ada yang menganggapnya sebagai lakonan semata-mata..janganlah bersedih kerana anda tidak layak untuk bersedih..anda layak untuk bergembira kerana sesungguhnya anda mempunyai hati yang tidak sama dengan orang lain....

so..apa lagi..mari bergembira dan carilah kebahagiaan diri...kebaikan yang anda lakukan kalau orang lain tidak dapat melihatnya biarkan saja lah...ikhlaskan dan redha sebab walaupun hadirnya hanya seketika tapi sekurang2nya bersyukurlah sebab pernah juga dia hadir untuk memberi anda senyuman...yehaaaa...
KESAYANGANKU

kegembiraan itu datangnya dari hati..jika seribu halangan datang melanda tapi hati anda tetap kuat untuk melaluinya anda pasti akan kuat...tapi jika anda fikirkan anda adalah lemah maka itulah yg akan hati anda hadapi...

p/s-apa yang aku lakukan ikhlas...bukan lakonan or ada motif..andai itu kau tidak dapat melihatnya....aku hanya mampu berdiam diri.....but..jangan cakap aku ni talam dua muka or hipokrit....sebab apa yang aku lakukan datangnya dari hati....

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Tuesday, November 1, 2011

AKU DI INTERVIEW...ALA2 ARTIS...HAHAHHA

salam guysss...fuh..sory sebab agak lama sikit baru update blog bz memanjang tambahan skrg ni aku sedang tidur di asrama untuk program kecemerlangan SPM...kenalah tlg apa2 yang patut untuk masa depan pelajar2 kesayangan....yeh...ala2 orang tersayang gitu..hahahahhahahahaha

korang tengok tajuk entri tu...gempak kan??gila tak gempak kalau di interview...mula2 tu masa dibagitau nak diinterview aku terus pegi hensemkan muka aku..pakai bedak...lipstik dan mekap tidak dilupa maskara...hahahahah..gila apa lelaki pakai mcm tu ...

yang sebenarnya aku diinterview oleh seorang rakan blogger untuk segmen interviewnya bersama RETIS...korang tahu tak??masa aku mula2 baca tajuk tu aku tersilap pandang aku terbaca BETIS...ni lah kesan bila kurang tidur ni ...sampaikan semalam murid2 aku cakap aku mengigau time tidur dan yang tak tahan tu aku cakap ayat ni "siapa bertugas menyapu'?...tak ke lucu tgh2 malam tiba2 ada orang mengigau cakap mcm tu..hah..pastu habis aku kena sindir murid2 dalam kelas..jumpa aku je terus mereka cakap "siapa bertugas menyapu cikgu?...ohhh tidak....tidak.....aduhhh...tergelak aku sendiri time mandi tadi bila teringat ayat tue....

ok..tuan tanah blog ni nak ucapkan jutaan terima kasih kepada saudaraku eddy yang selalu baca my blog dan meninterview aku untuk segmen dia...korang nak tahu apa yang dia interview...jom tgk di blog dia lah wei...ni blog dia..klik jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

tq ye mr eddy...

aku ni nama je artis...Sudirman kan...plus ayah Perdana Menteri Abdul Rahman...huhuhhuhu...dalam interview tu banyak ditanya tentang diri ini...but ada something yang aku terlupa nak masukkan iaitu orang yang banyak membantu aku untuk membuat blog...dialah yang ajar aku...dialah yang bagi semangat dan dialah juga yang mengajar aku semua selok belok dalam blog dan juga edit2 picture nie...sahabat aku Aizul Marcello...hah..dia baru lah RETIS...tq to aizul sebab banyak bantu aku sebelum ini...kenalkan aku dengan blog dan mengajar aku untuk menulis dari hati.....
 kenangan masa di JB nie

satu lagi..hah..ni merangkap adik aku...blog dia ni mmg best..pasal gambar dan sebagainya..kalau sapa2 yang follow my blog korang tahulah banyak entri aku pasal perasaan...sebabnya RETIS ini yang banyak bantu aku mengarang sesuatu pasal hati...entri dia suatu ketika dulu memberi aku panduan untuk membuat entri2 seterusnya...pojie...jom makan KFC lagi..hahahahha
sekian untuk kali ini...kalau bercerita pasal RETIS...hah..tulah retis2 dijiwa saya....siapa RETIS blogger di jiwa anda???

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama


Monday, October 24, 2011

ANDA TU BINATANG OR TAK LAYAK DI SAMAKAN DENGAN BINATANG??

hy..tiba2 pagi ni mood marah aku memuncak bila menyaksikan satu gambar dan ia tambah lagi kemuncak klimaks ku bila melihat video klip seekor anjing mengeret kawannya yang telah dilanggar lari ke tepi jalan..begitu juga dengan video klip tentang seekor kucing yang membantu rakannya yang telah dilanggar lari...aduhhh..mulia sungguh binatang tu terhadap rakan2nya walaupun pada hakikatnya mereka tetap binatang..

seringkali aku dengar sebagai guru ungkapan begini dilontarkan kepada murid or di luar sana sesama rakan2 or ibu bapa kepada anak2 mereka...heyyy..ko tu binatang...hey..ko tu sama taraf dengan binatang....kalau aku jmpa org cakap mcm ni dengan aku..siaplah..aku gigit kaki dia sampai putus pastu aku jawablah aku kan binatang..padan muka ko...rasa kan..kakakakkakakakak....ala..biasalah binatangkan tiada fikiran so mereka bertindak mengikut emosi mereka (betul ke ni)..kalau mereka rasa terancam maka jadi jahatlah mereka...kalau rasa tenang maka jadi manja lah mereka...yeyeyyeye..betul lah tu kan..kasi iya je..

korang ada dengar or tengok tak video di Youtube yang hangat sekarang ni pasal seorang girl umur 2 tahun di langgar lari  di Beijing china tu...mula2 tgk tu aku ingatkan kena edit je video tu sebab aku mcm tak percayalah situasi mcm tu wujud..tapi makin lama aku tgk video tu betul lah...nah..apa lagi aku jdi geram dan rasa nak masuk je dalam video tu mcm cerita doraemon n betulkan apa yang tak betul....

mcm2 alasan yang aku dengar mengenai video tu..ada cakap kat china mmg macam tu..bila ada apa2 eksiden tiada sapa nak tlg sebab kalau tolong walaupun hanya sentuh sikit pastu ada orang lain tgk maka yang berniat nak tolong tu yang akan tanggung semuanya termasuk kos perubatannya seumur hidup...betul ke tidak....takkan aku nak tanya binatang pula kan..kena tanya fakta tu lah betul ke tidak..tapi..sama ada betul or tidak ada aku kesah....??aku tak kisahlah yang aku kesah adalah apa perasaan insan2 yang lalu lalang kat situ menyaksikan budak kecik macam tu yang berlumuran darah???/aduiii..tiada perasaan ke abg oiiii...

aku selalu bercerita pasal hati dan perasaan dalam blog ni...aku selalu mengungkit tentang parasaan dalaman terutamanya yang melibatkan orang lain..tapi..bila anda lihat balik video tu..anda rasa mcm mana??ada rasa mahu menangis ataupun tiada apa2 perasaan???or dalam lubuk hati korang mengatakan "ada aku kesah..padan muka org cina sapa suruh mengamalkan budaya mcm tu..nak tlg skit kena tanggung semuanya?""itukah yang ada dalam fikiran korang..kalau ada..itu membawa maksud anda juga telah mula mendidik hati korang untuk menjadi sebahagian daripada mereka...percaya atau tidak..kalau itu yang ada dalam hati anda...dalam bberapa tahun lagi perkara seperti ini akan berlaku di Malaysia tapi tahukah korang sedar atau tidak..mmg perkara ini telah berlaku pun...tidak percaya cuba anda tanya diri sendiri..

-anda memandu..tiba2 melihat eksiden di tepi jalan...anda nampak kerera terbalik n ramai orang sedang membantu di situ..dalam diam anda berkata.."ahh..tak perlu turunlah sebab ramai juga orang kat situ sedang menolong"..

- anda sedang melihat video sedih di TV dan meminta sumbangan anda..anda pun berkata "biarlah orang2 kaya saja menderma...lagipun mesti ramai yang bagi derma ni???

- anda sedang melihat peminta sedekah tepi jalan yang sangat tua..anda pun bercakap "ehh...nampak sempurna tapi mau juga minta sedekah..kerja lah wei..

hah..kalau ungkapan ini ada dalam hati korang itu maknanya anda juga sedang mendidik diri dan perasaan korang untuk menjadi seperti apa yang anda lihat di video tu..jgn sesekali wahai kawan2 membiarkan perasaan seperti itu wujud walau sedikit dalam diri anda...teruskan turun dan membantu tidak kira lah disitu tu ramai orang atau tidak...mendermalah tanpa memikirkan ada orang lain yang akan menderma...bagi saja lah derma anda walaupun orang tu nampak sempurna kalau anda betul2 ikhlas dalam hati berniat unutk menderma..tidak salah kan...

so..kalau anda menunding jari menyalahkan orang yang melanggar budak tu dan orang yg lalu lalang tanpa bantu budak tu..bagus renungkan pasal diri sendiri..mereka memang bersalah dan saya juga sangat sedih melihat video itu tapi yang pasti saya yakin mereka ada alasan yang tersendiri....

mari bandingkan diri kita dengan berfikir dan merenung gambar2 ini....semoga ia dapat memberikan kita walau sedikit kesedaran...amin..

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Monday, October 17, 2011

ADAKAH DIAM ITU PERLU ATAU AKAN MEMBUNUH DIRI???

emmm...hari ni seawal pagi aku gerak ke sekolah namun pelbagai persoalan bermain di fikiran...persoalan yang kadang2 menjadikan diri ini tekanan, kecewa dan sebagainya..namun...bak kata drama "bawaku ke syurga" hari tu..anggap semua masalah yang datang itu sebagai ujian sebab kalau kita anggap ia sebagai ujian kita akan sentiasa redha dan sentiasa berusaha untuk membaiki diri"..tapi adakah kita semua bisa merungkai setiap apa yang berlaku itu dan menggapnya sebagai ujian???emmm....TEPUK DADA DAN TANYA IMAN...

sebagai manusia kita sememangnya tidak boleh lari daripada berdepan dengan karenah manusia..sama ada manusia itu kawan2..adik beradik, ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling..dan..kadang2 masalah yang berpunca daripada orang lain itu terutamanya masalah yang datang daripada keluarga or darah daging sendiri kita sentiasa memilih untuk diam daripada meluahkan apa yg kita rasa kepada mereka..kita memilih untuk diam..diam..diam..diam..dan akhirnya kita sendiri yang menangis ...berdiam itu bukan bermakna kita kalah..bukan juga bermakna kita takut tapi apa yang terbit dari hati mengatakan kita memilih diam kerana kita berkorban untuk insan2 yang kita sayang itu..kita memilih berdiam dan menjaga hati sendiri tanpa sapa2 tahu..kita memilih diam sambil hati merintih untuk mencari seseorang yang mampu mendengar semua keluhan itu tapi kita gagal..bukan kerana kita tiada kawan atau tiada insan yang kita ble percaya di dunia ini tapi kerana itulah kita...itulah diri kita yang memilih untuk diam demi kebaikan semua orang...emmm...iya demi kebaikan semua orang tapi untuk kebaikan kita siapa yang ingin berikan....iya juga demi untuk kesenangan dan kegembiraan orang lain tapi kesenangan dan kegembiraan kita siapa yang ingin berikan???...

kita hanya manusia..kita juga ada perasaan yang ingin rasa dihargai...kita juga sekujur tubuh yang ada air mata dan ada nafas segar yang sering masuk dan keluar melalui rongga hidung bagi memberikan gerak bebas kepada tubuh badan..tapi...seringkali manusia lupa satu perkara yang semua kita miliki...seringkali manusia lain lupa kita dan mereka ada satu yang sama2 ingin dijaga...iaitu hati...kita menjaga hati mereka dan kita tidak pernah lupa untuk memberikan kebahagiaan kepada hati mereka tapi mengapa mereka seringkali lupa yang kita juga ada hati..kita juga inginkan mereka memberikan kebahagiaan kepada hati kita..adakah mereka lupa ataupun mereka hanya pura2 tidak tahu ataupun dari lubuk hati mereka berkata "aku tidak kesah pun ttg apa yang kau rasa"...

kepada anda di luar sana...aku faham..ada diantara kalian yang sentiasa memilih untuk diam daripada berkata-kata..bagi anda..biarlah aku yang sakit..biarlah aku yang menderita..biarlah aku yang kecewa..biarlah aku yang menangis yang penting dia bahagia dan dia sentiasa ada untuk aku....emmm...kecian sungguh bila aku terjumpa dengan insan2 seperti ini tapi apa boleh buat itu pilihan mereka..memang di dunia ini anda jangan terperanjat bila terjumpa dengan seseorang yang sanggup memberikan kebahagiaannya kepada orang lain tanpa memikirkan tentang dirinya..itulah kuasa kasih sayang sebenarnya..itulah kuasa satu sifat yang ALLAH taburkan di dunia ini untuk semua makhluknya....itulah kasih sayang yang dapat membuatkan manusia rasa dunianya sangat2 sempurna dan tidak kurang juga yang membuatkan manusia merasa dunianya adalah neraka...sakit..disakiti..menyakiti dan tersakiti..semuanya terhimpun dalam satu kata dan semuanya disebabkan oleh 2 kata iaitu "kasih sayang"..besarkan kuasanya....

namun...tanya diri anda sendiri..sampai bila anda ingin terus memilih untuk diam..memilih untuk membentuk diri anda mengikut acuannya..bukan acuan yang ada dalam diri anda sendiri...emmm...sampai bila anda mau begitu??sampailah dia tunjukkan kasih sayangnya???sampailah dia mahu katakan yang andalah pujaan hatinya??sampai dia mahu katakan yang andalah satu2 nya orang yang sentiasa berkorban untuknya tapi selama ini dia tidak menyedarinya??...sampai kiamat pun kalau tidak terjadi..ia tidak akan berlaku...so...teruskanlah hidup...TAPI..kalau anda memilih jalan hidup itu..anda memilih untuk diam dan membunuh diri anda dari dalam...itu pilihan anda...teruskanlah andai itu yang anda pilih tapi hayati madah ini ..

KITA HIDUP HANYA SEKETIKA..JIKA ADA KEGEMBIRAAN KENAPA MAHU MEMILIH YANG SEDIH2..KITA ADA PILIHAN UNTUK KETAWA SO KENAPA MAHU PILIH MENANGIS..KITA ADA PILIHAN UNTUK MEMILIH KEBAHAGIAN SO KENAPA MAHU MEMILIH PENDERITAAN...
mau senyum kah tidak??hehehhehe...

hati di badan anda..otak di badan anda..perasaan dalam diri anda...semuanya ada dalam badan or diri sendiri tapi mengapa seringkali kita membiarkan otak..hati dan perasaan yang ada dalam diri dikuasai oleh orang lain...orang lain pula yang mengawal hati dan perasaan kita????fikir2 kan...

SUDIRMAN 
aku menulis bukan kerna nama

Sunday, October 16, 2011

HUKUM KAHWIN aNAK LUAR NIKAH

Assalamualaikum

Salam semua.. Hurmm.. Entri kali ni sekadar perkongsian untuk renungan bersama.. Jika berlaku sesuatu kes dalam sesebuah keluarga dimana anak perempuan mengandungkan anak luar nikah, antara jalan penyelesaian adalah dengan mempercepatkan perkahwinan anak itu demi untuk menutup malu.. Tapi? Persoalannya adakah pernikahan seperti itu sah? Jika tidak sah, maka ini bermakna pasangan tersebut hidup dalam zina? Untuk menjawab persoalan ni sila teruskan membaca artikel ini.. Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?

Jangan pandang remeh soal hukum.. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA.. HIDUPLAH SEBAGAI UMAT YANG MEMPRAKTISKAN ISLAM DAN TIDAK HANYA SEBAGAI ISLAM BAKA'

Sesungguhnya, permasalahan ini berat.. Baca dengan teliti soalan-soalan di bawah ini..

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila..

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH.. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidaksah taraf.

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
 sumber: gempak.org

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Tuesday, October 11, 2011

LARANGAN SEMASA TIDUR

Terdapat 5 Larangan Dalam Tidur yang harus anda ikuti:

1. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR BERSAMA EARPHONE
Gelombang medan magnet pada earphone boleh mnyebabkan telinga kita menjadi sakit dan boleh mnyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak.

3. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita.

4. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.

5. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR DENGAN SUAMI/ISTERI ORANG
Jangan nak cari pasal haaaa.... Ini kerana anda mungkin akan tidur selama-lamanya...hehehehehe...

Sunday, September 25, 2011

PERCAYA ATAU TIDAK DENGAN RM5 BOLEH DAPAT RM200 SEHARI..AKU TAK PERCAYA???

ok..kalau anda tgk status aku kat FB itulah yang aku utarakan sekarang nie..sesuatu yang nampak bodoh kan..adakah RM5 boleh dapat RM200 sehari..aduiii..tidak masuk akal kan....tapi...jujur nie...hari ini aku rasa kebodohan aku tu SILAP besar..sebab aku telah mempercayai benda nie..memang betullah dengan RM5 bleh dapat RM200 sebulan malah boleh dapat lebih lagi..,aduiii...aku tertampar abis petang ni bila benda ni berlaku kat aku...AMIN,..syukur...

bercerita pasal duit ni..tipulah kalau anda sendiri tiada masalah kewangan...masalah kewanganlah yang banyak memberi dugaan dan pemikiran kepada setiap manusia..aku pun tidak terkecuali dari masalah ini dan disebabkan itulah pelbagai cara aku lakukan skrg untuk mengumpul aset...mcm2..tak perlu aku cerita disini..namun..betullah ALLAH SWT itu penuh dengan kasih sayang..diberikan kepada ku satu kertas yang menunjukkan bagaimana RM5 boleh menjadi banyak...mula2 tu aku simpan je kertas tu dalam laci..agak2 ada 4 tahun kat situ..but..sebulan lalu aku tiba2 terlihat smula dan ketika membacanya aku mcm nak cuba2 pula buat...emm..aku buatlah apa yg diarah..tak susah pun..lepas tu aku duduk diam. dari bulan lalu..time jumaat baru2 ni masya ALLAH...betul2 berlaku lah...bukan duit kat akaun bank ya..but ...emmm...nak tahu ke apa???betul ke nak tahu apa???hehehehhehehe..nanti aku bagitau...sabar...aku dalam proses mencuba lagi..kalau ok..nanti aku ajar korang semuanya..
p/s   :ni blog aku..so terserah aku nak buat entri apa ye..jangan sibuk

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...