SAHABAT BAIK.

Monday, October 24, 2011

ANDA TU BINATANG OR TAK LAYAK DI SAMAKAN DENGAN BINATANG??

hy..tiba2 pagi ni mood marah aku memuncak bila menyaksikan satu gambar dan ia tambah lagi kemuncak klimaks ku bila melihat video klip seekor anjing mengeret kawannya yang telah dilanggar lari ke tepi jalan..begitu juga dengan video klip tentang seekor kucing yang membantu rakannya yang telah dilanggar lari...aduhhh..mulia sungguh binatang tu terhadap rakan2nya walaupun pada hakikatnya mereka tetap binatang..

seringkali aku dengar sebagai guru ungkapan begini dilontarkan kepada murid or di luar sana sesama rakan2 or ibu bapa kepada anak2 mereka...heyyy..ko tu binatang...hey..ko tu sama taraf dengan binatang....kalau aku jmpa org cakap mcm ni dengan aku..siaplah..aku gigit kaki dia sampai putus pastu aku jawablah aku kan binatang..padan muka ko...rasa kan..kakakakkakakakak....ala..biasalah binatangkan tiada fikiran so mereka bertindak mengikut emosi mereka (betul ke ni)..kalau mereka rasa terancam maka jadi jahatlah mereka...kalau rasa tenang maka jadi manja lah mereka...yeyeyyeye..betul lah tu kan..kasi iya je..

korang ada dengar or tengok tak video di Youtube yang hangat sekarang ni pasal seorang girl umur 2 tahun di langgar lari  di Beijing china tu...mula2 tgk tu aku ingatkan kena edit je video tu sebab aku mcm tak percayalah situasi mcm tu wujud..tapi makin lama aku tgk video tu betul lah...nah..apa lagi aku jdi geram dan rasa nak masuk je dalam video tu mcm cerita doraemon n betulkan apa yang tak betul....

mcm2 alasan yang aku dengar mengenai video tu..ada cakap kat china mmg macam tu..bila ada apa2 eksiden tiada sapa nak tlg sebab kalau tolong walaupun hanya sentuh sikit pastu ada orang lain tgk maka yang berniat nak tolong tu yang akan tanggung semuanya termasuk kos perubatannya seumur hidup...betul ke tidak....takkan aku nak tanya binatang pula kan..kena tanya fakta tu lah betul ke tidak..tapi..sama ada betul or tidak ada aku kesah....??aku tak kisahlah yang aku kesah adalah apa perasaan insan2 yang lalu lalang kat situ menyaksikan budak kecik macam tu yang berlumuran darah???/aduiii..tiada perasaan ke abg oiiii...

aku selalu bercerita pasal hati dan perasaan dalam blog ni...aku selalu mengungkit tentang parasaan dalaman terutamanya yang melibatkan orang lain..tapi..bila anda lihat balik video tu..anda rasa mcm mana??ada rasa mahu menangis ataupun tiada apa2 perasaan???or dalam lubuk hati korang mengatakan "ada aku kesah..padan muka org cina sapa suruh mengamalkan budaya mcm tu..nak tlg skit kena tanggung semuanya?""itukah yang ada dalam fikiran korang..kalau ada..itu membawa maksud anda juga telah mula mendidik hati korang untuk menjadi sebahagian daripada mereka...percaya atau tidak..kalau itu yang ada dalam hati anda...dalam bberapa tahun lagi perkara seperti ini akan berlaku di Malaysia tapi tahukah korang sedar atau tidak..mmg perkara ini telah berlaku pun...tidak percaya cuba anda tanya diri sendiri..

-anda memandu..tiba2 melihat eksiden di tepi jalan...anda nampak kerera terbalik n ramai orang sedang membantu di situ..dalam diam anda berkata.."ahh..tak perlu turunlah sebab ramai juga orang kat situ sedang menolong"..

- anda sedang melihat video sedih di TV dan meminta sumbangan anda..anda pun berkata "biarlah orang2 kaya saja menderma...lagipun mesti ramai yang bagi derma ni???

- anda sedang melihat peminta sedekah tepi jalan yang sangat tua..anda pun bercakap "ehh...nampak sempurna tapi mau juga minta sedekah..kerja lah wei..

hah..kalau ungkapan ini ada dalam hati korang itu maknanya anda juga sedang mendidik diri dan perasaan korang untuk menjadi seperti apa yang anda lihat di video tu..jgn sesekali wahai kawan2 membiarkan perasaan seperti itu wujud walau sedikit dalam diri anda...teruskan turun dan membantu tidak kira lah disitu tu ramai orang atau tidak...mendermalah tanpa memikirkan ada orang lain yang akan menderma...bagi saja lah derma anda walaupun orang tu nampak sempurna kalau anda betul2 ikhlas dalam hati berniat unutk menderma..tidak salah kan...

so..kalau anda menunding jari menyalahkan orang yang melanggar budak tu dan orang yg lalu lalang tanpa bantu budak tu..bagus renungkan pasal diri sendiri..mereka memang bersalah dan saya juga sangat sedih melihat video itu tapi yang pasti saya yakin mereka ada alasan yang tersendiri....

mari bandingkan diri kita dengan berfikir dan merenung gambar2 ini....semoga ia dapat memberikan kita walau sedikit kesedaran...amin..

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Monday, October 17, 2011

ADAKAH DIAM ITU PERLU ATAU AKAN MEMBUNUH DIRI???

emmm...hari ni seawal pagi aku gerak ke sekolah namun pelbagai persoalan bermain di fikiran...persoalan yang kadang2 menjadikan diri ini tekanan, kecewa dan sebagainya..namun...bak kata drama "bawaku ke syurga" hari tu..anggap semua masalah yang datang itu sebagai ujian sebab kalau kita anggap ia sebagai ujian kita akan sentiasa redha dan sentiasa berusaha untuk membaiki diri"..tapi adakah kita semua bisa merungkai setiap apa yang berlaku itu dan menggapnya sebagai ujian???emmm....TEPUK DADA DAN TANYA IMAN...

sebagai manusia kita sememangnya tidak boleh lari daripada berdepan dengan karenah manusia..sama ada manusia itu kawan2..adik beradik, ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling..dan..kadang2 masalah yang berpunca daripada orang lain itu terutamanya masalah yang datang daripada keluarga or darah daging sendiri kita sentiasa memilih untuk diam daripada meluahkan apa yg kita rasa kepada mereka..kita memilih untuk diam..diam..diam..diam..dan akhirnya kita sendiri yang menangis ...berdiam itu bukan bermakna kita kalah..bukan juga bermakna kita takut tapi apa yang terbit dari hati mengatakan kita memilih diam kerana kita berkorban untuk insan2 yang kita sayang itu..kita memilih berdiam dan menjaga hati sendiri tanpa sapa2 tahu..kita memilih diam sambil hati merintih untuk mencari seseorang yang mampu mendengar semua keluhan itu tapi kita gagal..bukan kerana kita tiada kawan atau tiada insan yang kita ble percaya di dunia ini tapi kerana itulah kita...itulah diri kita yang memilih untuk diam demi kebaikan semua orang...emmm...iya demi kebaikan semua orang tapi untuk kebaikan kita siapa yang ingin berikan....iya juga demi untuk kesenangan dan kegembiraan orang lain tapi kesenangan dan kegembiraan kita siapa yang ingin berikan???...

kita hanya manusia..kita juga ada perasaan yang ingin rasa dihargai...kita juga sekujur tubuh yang ada air mata dan ada nafas segar yang sering masuk dan keluar melalui rongga hidung bagi memberikan gerak bebas kepada tubuh badan..tapi...seringkali manusia lupa satu perkara yang semua kita miliki...seringkali manusia lain lupa kita dan mereka ada satu yang sama2 ingin dijaga...iaitu hati...kita menjaga hati mereka dan kita tidak pernah lupa untuk memberikan kebahagiaan kepada hati mereka tapi mengapa mereka seringkali lupa yang kita juga ada hati..kita juga inginkan mereka memberikan kebahagiaan kepada hati kita..adakah mereka lupa ataupun mereka hanya pura2 tidak tahu ataupun dari lubuk hati mereka berkata "aku tidak kesah pun ttg apa yang kau rasa"...

kepada anda di luar sana...aku faham..ada diantara kalian yang sentiasa memilih untuk diam daripada berkata-kata..bagi anda..biarlah aku yang sakit..biarlah aku yang menderita..biarlah aku yang kecewa..biarlah aku yang menangis yang penting dia bahagia dan dia sentiasa ada untuk aku....emmm...kecian sungguh bila aku terjumpa dengan insan2 seperti ini tapi apa boleh buat itu pilihan mereka..memang di dunia ini anda jangan terperanjat bila terjumpa dengan seseorang yang sanggup memberikan kebahagiaannya kepada orang lain tanpa memikirkan tentang dirinya..itulah kuasa kasih sayang sebenarnya..itulah kuasa satu sifat yang ALLAH taburkan di dunia ini untuk semua makhluknya....itulah kasih sayang yang dapat membuatkan manusia rasa dunianya sangat2 sempurna dan tidak kurang juga yang membuatkan manusia merasa dunianya adalah neraka...sakit..disakiti..menyakiti dan tersakiti..semuanya terhimpun dalam satu kata dan semuanya disebabkan oleh 2 kata iaitu "kasih sayang"..besarkan kuasanya....

namun...tanya diri anda sendiri..sampai bila anda ingin terus memilih untuk diam..memilih untuk membentuk diri anda mengikut acuannya..bukan acuan yang ada dalam diri anda sendiri...emmm...sampai bila anda mau begitu??sampailah dia tunjukkan kasih sayangnya???sampailah dia mahu katakan yang andalah pujaan hatinya??sampai dia mahu katakan yang andalah satu2 nya orang yang sentiasa berkorban untuknya tapi selama ini dia tidak menyedarinya??...sampai kiamat pun kalau tidak terjadi..ia tidak akan berlaku...so...teruskanlah hidup...TAPI..kalau anda memilih jalan hidup itu..anda memilih untuk diam dan membunuh diri anda dari dalam...itu pilihan anda...teruskanlah andai itu yang anda pilih tapi hayati madah ini ..

KITA HIDUP HANYA SEKETIKA..JIKA ADA KEGEMBIRAAN KENAPA MAHU MEMILIH YANG SEDIH2..KITA ADA PILIHAN UNTUK KETAWA SO KENAPA MAHU PILIH MENANGIS..KITA ADA PILIHAN UNTUK MEMILIH KEBAHAGIAN SO KENAPA MAHU MEMILIH PENDERITAAN...
mau senyum kah tidak??hehehhehe...

hati di badan anda..otak di badan anda..perasaan dalam diri anda...semuanya ada dalam badan or diri sendiri tapi mengapa seringkali kita membiarkan otak..hati dan perasaan yang ada dalam diri dikuasai oleh orang lain...orang lain pula yang mengawal hati dan perasaan kita????fikir2 kan...

SUDIRMAN 
aku menulis bukan kerna nama

Sunday, October 16, 2011

HUKUM KAHWIN aNAK LUAR NIKAH

Assalamualaikum

Salam semua.. Hurmm.. Entri kali ni sekadar perkongsian untuk renungan bersama.. Jika berlaku sesuatu kes dalam sesebuah keluarga dimana anak perempuan mengandungkan anak luar nikah, antara jalan penyelesaian adalah dengan mempercepatkan perkahwinan anak itu demi untuk menutup malu.. Tapi? Persoalannya adakah pernikahan seperti itu sah? Jika tidak sah, maka ini bermakna pasangan tersebut hidup dalam zina? Untuk menjawab persoalan ni sila teruskan membaca artikel ini.. Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?

Jangan pandang remeh soal hukum.. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA.. HIDUPLAH SEBAGAI UMAT YANG MEMPRAKTISKAN ISLAM DAN TIDAK HANYA SEBAGAI ISLAM BAKA'

Sesungguhnya, permasalahan ini berat.. Baca dengan teliti soalan-soalan di bawah ini..

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila..

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH.. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidaksah taraf.

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
 sumber: gempak.org

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Tuesday, October 11, 2011

LARANGAN SEMASA TIDUR

Terdapat 5 Larangan Dalam Tidur yang harus anda ikuti:

1. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR BERSAMA EARPHONE
Gelombang medan magnet pada earphone boleh mnyebabkan telinga kita menjadi sakit dan boleh mnyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak.

3. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita.

4. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.

5. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR DENGAN SUAMI/ISTERI ORANG
Jangan nak cari pasal haaaa.... Ini kerana anda mungkin akan tidur selama-lamanya...hehehehehe...

Sunday, September 25, 2011

PERCAYA ATAU TIDAK DENGAN RM5 BOLEH DAPAT RM200 SEHARI..AKU TAK PERCAYA???

ok..kalau anda tgk status aku kat FB itulah yang aku utarakan sekarang nie..sesuatu yang nampak bodoh kan..adakah RM5 boleh dapat RM200 sehari..aduiii..tidak masuk akal kan....tapi...jujur nie...hari ini aku rasa kebodohan aku tu SILAP besar..sebab aku telah mempercayai benda nie..memang betullah dengan RM5 bleh dapat RM200 sebulan malah boleh dapat lebih lagi..,aduiii...aku tertampar abis petang ni bila benda ni berlaku kat aku...AMIN,..syukur...

bercerita pasal duit ni..tipulah kalau anda sendiri tiada masalah kewangan...masalah kewanganlah yang banyak memberi dugaan dan pemikiran kepada setiap manusia..aku pun tidak terkecuali dari masalah ini dan disebabkan itulah pelbagai cara aku lakukan skrg untuk mengumpul aset...mcm2..tak perlu aku cerita disini..namun..betullah ALLAH SWT itu penuh dengan kasih sayang..diberikan kepada ku satu kertas yang menunjukkan bagaimana RM5 boleh menjadi banyak...mula2 tu aku simpan je kertas tu dalam laci..agak2 ada 4 tahun kat situ..but..sebulan lalu aku tiba2 terlihat smula dan ketika membacanya aku mcm nak cuba2 pula buat...emm..aku buatlah apa yg diarah..tak susah pun..lepas tu aku duduk diam. dari bulan lalu..time jumaat baru2 ni masya ALLAH...betul2 berlaku lah...bukan duit kat akaun bank ya..but ...emmm...nak tahu ke apa???betul ke nak tahu apa???hehehehhehehe..nanti aku bagitau...sabar...aku dalam proses mencuba lagi..kalau ok..nanti aku ajar korang semuanya..
p/s   :ni blog aku..so terserah aku nak buat entri apa ye..jangan sibuk

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Friday, September 23, 2011

Pemandu sekalian ni aku nak warning weiii..

Emmm..tgh geram ni..cerita bermula saat smalam aku ke bandar untuk membeli hamper sempena sambutan hari raya dan merdeka.masa pulang tu mmg dah larut malam dalam jam 11 gitu..emm..biasalah kan bila tak da kereta smua org pun akan meninggikan lampu utk melihat dengan jelas apa yg tersedia di hadapan..emm..lumrah manusia lah bila da pasang lampu tinggi ni kdg2 kita terlupa bila ada kereta nak turunkan smula lampu tu...tapi yg aku tak puashati bila da jmpa org lain meninggikan lampu janganlah anda pula meninggikan lampu yg sama n akhirnya hampir membawa eksiden kepada org lain...kan bgs andai anda bagi isyarat sekali je naikkan lampu lepas tu buatlah mcm biasa..ni tak...terus dinaikkan lama2 smpi aku sndiri hampir2 melanggar hadapan kereta tu..

Hah..kpd anda smua...harap lepas ni kalau jmpa sapa2 lampu tinggi di jalan bg isarat je lah jgn nak melawan arus pula nanti korang dua yg merana..k..

Yehhhaaaaa

Friday, September 2, 2011

HARI RAYA KE NI?

hari raya?biasa hari raya semua orang akan meraung kesukaan terutamanya kanak-kanak..emm..dlu aku pn mcm tu jga..tiba saja hari raya akulah orang pertama dalam rumah yang tidak ble duduk diam...satu kg tiada satu rumah pun yg tidak dinaiki..hah...siapa tidak kenal sudirman masa kanak2 dulu..bila naik rumah orang mesti menanya "makcik..ada buat ayam lengkuas kah",,hahahha.,.sampaikan tahun lalu aku naik rumah orang aku tak cakap apa2 pun (sebab da besar kan takkan nak minta ayam lengkuas lagi)..orang tetap akan bercerita perihal aku masa kecil2 dulu siap ada yang menyindir "cikgu sudi...ada lengkuas di dalam tu hah..masuklah makan semua..hahahahha..siut je ko kan menyindir aku..kang aku ambik lengkuas tu sapu kat muka baru padan muka...

kalau tahun2 dulu..best je raya sebab ada semua family dirumah kecuali mak lah...sebab mak da meninggal takkan dia nak bangkit dari kubur balik rumah beraya pula..nanti anak2 dia pelik semacam..(astagafirullahulazim..apa aku cakap ni)...ehh..baru teringat belum ziarah kubur lagi..kenapa tak ziarah lagi??nanti korang tahulah..teruskan membaca..huhuhhuhu....tahun dulu..aku..adik aku yg perempuan yg dah kawin n yang tak kawin lagi..serta adik bongsu ku yang ala2 rock tu..ayah...semua ada di rumah..buat lemang..masak buras dan mcm2....sangat2 best ya...aku lah manusia pelik yang akan hias rumah sampai abis satu rumah penuh dengan lampu...malam raya tu abislah karoeke kat rumah..sampai jiran datang ye nak tumpang semangkuk...but...sangat2 best...

tahun ini..aduiii...hari ni raya ketiga..untuk ketiga harilah juga aku tidak berjalan ke mana2...duduk rumah saja..bukan sebab aku tiada kereta..depan rumah ni pilih je mau bawak yg mana..huhuhuu..tp tiada mood....adik di semenanjung yang da kawin tak pulang..adik lagi seorang di shah alam juga tak pulang..dua2 pula tu perempuan..semua tak pulang last minit..cancel smua tiket kapal...tinggal aku..adik lelaki bongsu dan ayah aku je kat rumah....cian kan...but...sebagai seorang anak sulung dan abang dalam keluarga..aku tidak mahu ayah dan adik bongsuku merasa kekurangan raya nie..so..walaupun tidak dapat buat kuih raya..aku ke bandar membeli kuih2 raya...walaupun tidak dapat buat lemang aku menumpang rumah jiran dengan membawa beras pulut untuk sama2 mereka membakar lemang...walaupun aku tidak pandai sangat masak ayam..aku bukak resepi dekat internet n malam raya tu aku seorang-seorang masak di dapur sampai jam 2am...hahahhah..agak kelakar ya..seorang-seorang potong bawang dan sebagainya..ayah n adik dah tidur masa tu..saja buat masa mereka tidur so pagi2 bangun sebelum solat semua dah terhidang..sebab mcm tu tahun2 sebelumnya....kena makan dulu baru ke masjid..so walaupun adik girl tiada..aku akan jadikan suasana rumah ni sama mcm tahun2 lalu....seronok jg buat kerja ni kalau diselitkan dengan perasaan kasih sayang...

Bulan 8..banyak perkara berlaku pada bulan ini..kalau tahun lalu bulan 8 ada kenangan indah yang tercipta..but tahun ini...bulan 8 memberikan 1001 rasa perit ...sedih..kecewa dan seumpamanya...biarlah...kehidupan harus diteruskan juga walaupun pada hakikatnya sangat sukar untuk menerima setiap keputusan yang telah dibuat...kdg2 rasa diri lemah untuk menghadapinya tapi bila difikirkan ia memberi kebahagian dan kegembiraan kepada orang lain biarkan saja ia berlalu pergi...pasti akan tiba saat2 indah yang lain....

yang pasti.bulan 8 tahun ini tidak memberi apa2 senyuman..ia hanya terukir indah di bibir tapi ukiran yang dibuat-buat...ukiran yang dilakarkan untuk menutup sesuatu yang terbuku didalam...siapa yang memahami dan siapa yang difahami??emmm...ntahlah..masing2 ada jawapan tersendiri....

but...sungguh2 pasti...raya tahun ini jatuh bulan 8 n dicantumkan semuanya menjadi satu cerita di bulan ogos..kadang2 aku binggung...begitu senang manusia mcm kita mengungkapkan kata sayang tapi mengapa perilaku or tingkahlaku itu tidak menampakkan kebenaran yang diperkatakan....wahai insan2 diluar sana...belajarlah untuk menSAMAkan apa yang diungkapkan dengan apa yang ditunjukkan..bagi aku..kata2 itu tidak boleh mengambarkan apa yang ada di hati kerana manusia bisa merungkai 1001 bahasa dan puisi yang indah tapi yang mengambarkan hati itu adalah CARA LAYANAN YANG ANDA TERIMA...

selamat hari raya kepada semua..walaupun aku still duduk rumah saja tapi aku tetap mau ucapkan selamat hari raya kepada semua..maaf zahir dan batin...
p/s  : adan..ko pun salah satu cerita yang ada di bulan 8 nie..huhuhu..sampai hati ko bt si panjang ini begini...hahahahhaha..penjaat kaw sama aku kan...kesiang betul aku oh,,,

p.s : kepada insan2 yang pernah terluka atau menglukai..jalani hidup dengan gembira...di doakan yang terbaik untuk kalian semua...salam ramadhan

SUDIRMAN ABDUL RAHMAN

yang

MENULIS BUKAN KERNA NAMA

so kerna apa ya??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...