SAHABAT BAIK.

Sunday, July 31, 2011

JANGAN MENGHARAP ORANG MEMAHAMI KITA..

memahami itu sesuatu yang sangat dibutuhkan oleh semua orang...sila angkat tangan jika anda tidak bersetuju bahawa dalam mana2 perhubungan sama ada melibatkan kekeluargaan..persahabatan atau sebagainya semua memerlukan elemen ini untuk menghidupkan setiap jalan cerita yang dicipta...dengan persefahaman apa pun akan dapat direalisasikan...dunia yang dibentuk akan tercipta begitu indah jika persafahaman itu hadir bersama...tapi...seringkali terdengar di cuping telinga mengenai kesalafahaman yang akhirnya memusnahkan semua kebahagian yang diharapkan..mengapa dan kenapa ia berlaku ?

harus diingat..setiap yang dinamakan manusia itu memerlukan orang lain untuk melengkapkan hidupnya..dalam konteks ini ia bukan hanya melibatkan pasangan yang bercinta tapi juga sebaliknya..hubungan kekeluargaan dan persahabatan sesama manusia juga saling memerlukan..tanpa manusia lain dunia ini akan sepi, tanpa suara dan tiada sapa yang memahami erti saling memerlukan...sebab itu apa pun alasan..apa pun sebab adalah satu penipuan andai seseorang itu berkata ia tidak memerlukan sesiapa untuk hidup...dusta semata-mata....

dalam kontest persafahaman seringkali terkeluar dari mulut.."ko tak faham aku mcm mana"..."ko tak faham apa yang aku lalui"..."ko tak faham siapa aku"...."ko tak faham kehidupanku" dan bermacam-macam lagi alasan yang terkeluar...tapi tahukah anda..semua itu sebenarnya adalah alasan untuk menutup kelemahan diri...namun kita kadang2 tidak sedar bahawa kita sangat lemah sampaikan kita ciptakan ayat2 tertentu untuk menutup setiap kelemahan itu...

pernah anda melihat filem kung fu panda 2??dalam cerita itu,,,master kepada panda ada berkata "kuasa dalaman adalah kunci kepada peyatuan sekeliling..apabila kita dapat mengawal kuasa dalaman maka apa pun kita dapat lakukan"...kalau anda lihat cerita itu banyak tersirat yang ingin disampaikan..ia berkenaan dengan hati..ia berkenaan dengan perasaan diri kita sendiri..ia berkenaan dengan pemikiran dan penafsiran diri....ia berkenaan dengan APA YANG KITA ANGGAP PADA DIRI KITA SENDIRI...semua berpunca dari dalam diri kita,,,

berbalik kepada proses untuk memahami..kenapa seringkali wujud persoalan "ko tidak tahu apa yg aku alami".ko tidak faham dan bermacam-macam lagi..seharusnya kita jangan bertanya kepada orang lain tentang apa yang dia faham..seharusnya kita yang melatih diri untuk faham apa yang berlaku....kita yang harus mengerti tentang apa yang berlaku kepada kita dan berlaku kepada orang lain..tak perlu untuk kita mengharapkan orang lain memahami kita kerana ia tidak akan berlaku sampai dunia ni kiamat..tidak akan berlaku..sebab itu dalam cerita kungfu Panda..apabila Panda telah memahami tentang keadaan dirinya sendiri barulah dia dapat mencari kuasa sebenar dan barulah dia dapat mengawal dirinya sendiri.itulah yang dimaksudkan kita kena cari dimana titik persafahaman dalam diri kita..jgn mengharapkan orang lain yang faham...kalau anda mengharapkan orang lain memahami anda maka konflik akan wujud..anda akan tertekan dan lama2 ia akan memakan diri anda sendiri....fahami apa yg berlaku dari kaca mata sendiri...

sekadar perkongsian hari ini..selamat menyambut bulan ramadhan...bersihkan diri dan juga hati....
SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Saturday, July 16, 2011

JATUH AIR MATAKU DIIRINGI RENUP DALAM HATIKU..

esok aku akan jalan ke KK...AKU BUNTU UNTUK MENGARANG..SEDANGKAN AKU INGIN MELUAHKAN SESUATU DI SINI....AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...
sedih betul aku rasa...sangat2 sedih....

sedihnya aku rasa ....sangat2 sedih.....MENGHARAPKAN MALAM INI IA ADA TAPI TERNYATA IA TIADA....ahhhhhhhhhhhh......

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Friday, July 1, 2011

FENOMENA MENJAGA TEPI KAIN ORG LAIN...?

Assalam...yeh...mesti gempakkan tajuk entri ni..hehehhehe..ok2...

huhu..entri panas..mesti korang pernah melalui pengalaman seperti ini kan...jaga kain orang lain atau pun dalam bahasa kasarnya..menyibuk menguruskan apa yg orang lain tengah buat..minah or mamat celupar...semua nak komen dan kritik..bagus daftar diri masuk AF sebagai pengkritik tetap..lagi bagus dapat duit..hahahahha

dalam kita hidup ni..kelibat manusia mcm ni lah yang biasa kita lihat merata-rata..di tempat kerja, ditepi2 bandar, di dalam bandar maybe dalam lokap pun ada...mereka tak bosan2 melihat sekeliling umpama pungguk yang setia memerhati bulan dilangit..bila mereka melihat sesuatu yang bisa dijadikan bahan untuk dikoyak or dipijak-pijak hah..mula lah mereka mengatur langkah untuk menjayakan misi dan visi mereka..OIII..fikir cincai ke hey..kakakkakakak...maybe mereka tidak ada kerja lain yg lagi penting so bagi mereka menyusun bibir sambil menyegetkannya adalah yang terbaik dilakukan...haiyaaa...best ke bercerita pasal kehidupan orang lain ni????ada rasa mcm makan KFC hingga menjilat jari ke??ataupun dalam mata "makhluk halus" korang sebenarnya tengah menjilat ulat2 dan bangkai2..ihhh....tuabat2...

mengikut pengalaman manusia jenis mcm ni adalah jenis manusia yang tidak tahu membuat kerja...so..bila mereka melihat hasil kerja orang lain mereka akan dengki dan cara terbaik untuk menjatuhnya adalah dengan mencari aib nya orang itu...pastu mula disebarkan kepada orang lain tanpa usul periksa hal tu betul ke tidak...
wahai kawan2 semua..mari kita sama2 renungkan diri..jika hal ini ada dalam diri kita adalah lebih baik andai dibuang jauh2.nasihat ni jg untuk diri saya sendiri..menjaga tepi kain orang itu adalah dosa besar namanya apa lagi apabila bercerita sesuatu yang pasti2nya anda sendiri tidak tahu kebenaranya..mengaibkan tu namanya dan dalam Islam mengaibkan orang lain itu adalah satu perbuatan yang CELAKA....dengan perbuatan menceritakan sesuatu hal itu ia akan menyebabkan nama baik seseorang itu tercemar dan jika ia tercemar bila masa si pendengar itu masih memandang negatif pada simangsa anda sebagai penyampai akan menanggung semuanya...kalau seumur hidup si pendengar menyangka buruk kepada sipemangsa maka seumur hidup jugalah anda tanggung semua dosa-dosa itu..mahu kah anda???
kita ni hidup bermasyarakat...masing2 ada karaktor atau watak tersendiri...sebelum kita mengenali seseorang itu janganlah terus membuat kesimpulan awal..adalah lebih baik andai anda dekatkan diri dan mengenali dia dengan lebih mendalam...mana tau dengan cara itu anda dapat lihat kebaikan dari dalam dirinya..mana tahu dengan cara itu anda bisa menjadi sahabat yang baik kepadanya...setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangannya maybe dengan cara mendekatinya anda dapat menjadi pelengkap kepada kehidupannya...
paling penting dalam mana2 perhubungan...selidik terlebih dahulu mengapa dan kenapa manusia itu berkelakuan begitu..anda melihat dia lebih mesra kepada pelajar contohnya maybe dia ada alasan tersendiri yang tersembunyi setelah dia mengetahui kehidupan susah yang dilalui pelajar itu..niat untuk membantu menyebabkan dia berkelakuan begitu..bukan sebab ada faktor lain...seorang bos lebih mendekati pekerja bawahannya contohnya mencuci tandas maybe dia ada alasan tersendiri mengapa dia berkelakuan begitu..mungkin saja ingin merubah sesuatu pengurusan itu bermula daripada orang yang paling bawah disesuatu organisasi atau mungkin juga kerana dia ingin melihat pendapat dari mata seorang pekerja yang tiada kaitan dengan pengurusan pentadbirannya..itu semua pandangan2 positif yang harus kita fikirkan..bukannya terus memberikan label yang buruk2 kepada mereka.bertanyalah kepadanya bukannya terus membuat kenyataan lain...dalam Agama juga diwajibkan kita bertanya andai tidak tahu ttg sesuatu perkara itu.....renungkan ya...

nasihat ini juga kepada diri sendiri..bukan ditujukan kepada orang-orang tertentu..ia hanya berupa satu coretan untuk dikongsikan kepada semua insan yang bergelar manusia...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Monday, June 27, 2011

BILA DITIPU KENAPA TETAP MEMAAFKAN??

assalam..jutaan terima kasih kepada anda yang sudi singgah diblog ku ini.....aku yakin persinggahan anda disini mesti ingin melihat apa yang aku tinggalkan untuk anda..walaupun kadang2 aku merapuh tapi semua itu aku karang dari sudut hatiku...dengan blog inilah aku dapat tunjukkan diri sendiriku..dengan blog inilah aku mampu untuk merungkaikan semua persoalan yang bermain dihatiku dan dengan blog inilah aku mampu untuk berkata-kata sesuatu yang di dunia nyata aku tidak mampu untuk luahkan...aku harap dengan perkongsian tulus ini akan memberi anda semua walau sebutir pasir besarnya tentang erti kehidupan masing2...aminn...

tika aku duduk mengelamun diberanda sekolah tiba2 aku teringatkan seseorang..seseorang yang bagi aku terlalu banyak penipuan yang dia lakukan padaku...penipuan demi penipuan yang aku tahu tapi aku tidak mahu untuk ungkapkan semua kepadanya...mesti anda bertanya-tanya mengapa dan kenapa aku begitu???alasanku..kerana aku tidak mahu melukakan hatinya..kerana aku mahu dia sendiri sedar tentang kesilapannya dan terus berubah...namun....adakah aku berjaya???...jawapannya akan dapat dilihat bukan hari ini tetapi suatu ketika nanti..kalau bukan esok mungkin bulan depan, tahun depan ataupun ketika aku telah menutup mata...emmmm..namun disebalik semua harapan ini aku letakkan segunung impian agar aku dapat lihat semuanya dalam tahun ini...ya..tahun ini..

rakan2 semua..aku percaya anda juga ada mengalami apa yang aku coretkan disini.. anda tahu seseorang itu menipu anda..anda tahu seseorang itu slalu menyakitkan hati anda....anda tahu seseorang yang anda sayang itu seringkali memutarkan fakta demi untuk menyelamatkan dirinya...semua anda tahu..TAPI anda tetap rela..anda tetap membiarkan perasaan anda terguris..bagi anda...dialah segalanya..bagi anda biarlah anda yang terluka yg penting dia tetap bersama anda...kasih sayang apa itu???berikan aku definisi kasih sayang yang begitu???kasih sayang yang hanya dilakukan oleh satu belah tangan saja...yang satu lagi?????...ntah dimana disembunyikan...
aku akui mengetahui sesuatu kebenaran itu adalah sangat pahit apa lagi jika kebenaran itu melibatkan seseorang yang anda letak tinggi dalam diri anda..seseorang yang anda terlalu sayang...kedukaan itu tiada sapa dapat mengukurnya walaupun ia tampak diwajah kegelisaan dan kemurungan namun didalam hati..hanya ALLAH yang tahu betapa perit melaluinya...kesakitan dan mungkin juga membawa hadirnya titisan air mata ...kita harus pasrah dan merelakannya kerana itulah yang kita harapkan..kebahagiaan dalam kedukaan...

menyanyangi seseorang itu sangat sakit...dulu ada seseorang pernah berkata kepada ku "orang yang paling kita sayang adalah orang yang PALING banyak akan melukakan hati kita"..ya...aku akui semua itu dan aku yakin kalian semua juga begitu...renungkan sebentar siapa insan yang selalu menguris perasaan anda??siapa insan yang seringkali membuatkan anda menangis??siapa insan yang tika dia tidak menunjukkan kasih sayangnya kepada anda..anda akan rasa terabai???siapa orang itu dikotak fikiran anda...hah..itulah jawapan kepada persoalan ini..orang itulah yang paling banyak menyakitkan hati anda...dan adakah dia orang yang anda paling sayang??????.....tepuk dada tanya selera....


menyanyangi dan diselitkan dengan ketidakjujuran itu banyak dan sukar untuk diungkapkan semuanya...tapi kadang2 orang berkata "andai kita jujur orang lain juga akan jujur kepada kita"..emm..bagi aku itu tidak berapa betul...bukan semua orang boleh bersikap jujur dan mungkin alasan yang diberikan setelah penipuan itu terbongkar adalah semata-mata untuk menjaga hati KITA..dia risau andai kita mengetahui kebenaran maka kita akan terluka atau akan memarahinya...tapi tidak kah terlintas difikiranya bila semua itu terbongkar maka kepercayaan dan mungkin kasih sayang kita kepadanya akan berkurangan?????....emm..mcm2 bermain difikiranku...manusia..manusia..manusia....dimana harus aku cari jawapannya...situasi ini jg banyak aku perolehi hasil daripada pemerhatianku dengan sekeliling...

cuma satu saja harapan dihati..walau sebesar manapun kesilapan walau setinggi manapun anda ingin menjaga hatinya jangan sesekali menipu...aku dulu juga begitu tapi lama2 aku belajar daripada setiap coretan kehidupanku dan aku cuba untuk tidak mengulanginya lagi..jadi..anda semua mulakanlah langkah dari sekarang..jangan ditunggu sehingga saat orang itu berlalu  tanpa dia menoleh sedikitpun dari memerhatikan anda barulah anda rasa menyesal..hargai apa yang ada didepan mata dan tunjukkanlah kasih sayang kepadanya kerana banyak kajian telah membuktikan bila kita selalu mengungkapkan rasa rindu dan sayang kita kepada orang yang MENYAYANGI kita tidak kiralah dia lelaki atau wanita maka ikatan antara kalian akan semakin akrab..jangan malu untuk mengungkapnya dan buatlah dia rasa bahawa dalam diri anda ada ayat ini 'AKU BUTUH KAMU"...

ku berikan beberapa tips dalam perhubungan agar kita sama2 baiki diri
1. Jangan biarkan sidia merasakan bahawa dia tidak dipedulilkan.
2. walau sesibuk manapun anda ambillah masa untuk bersama dengannya kerana baginya saat berdua itu adalah saat2 yang dia harapkan dan pasti akan membuatnya bahagia.
3. Tunjukkan rasa ambil berat anda kepadanya. Selitkan nota2 kecil disetiap perjumpaan dengannya berupa ayat yang menunjukkan anda menghargai apa yg dia lakukan kepada anda.maybe nota itu anda boleh letakkan didompetnya, kereta ataupun dimana2 yang boleh dilihat olehnya selalu..aku percaya..dia akan selalu tersenyum dan mengigati anda ketika dia melihatnya.
4. jangan sesekali menduakan dirinya.
5. sekiranya dia timbulkan persoalan tentang cemburu atau curiganya kepada anda..cepat2 lah anda jelaskan kepadanya agar dia mengerti bahawa anda betul2 memBUTUHkannya..
maybe adalah lebih baik andai aku tinggalkan semua ini..lupakan dia dan mulakan hidup baru...terlalu sakit perasaan serta hati dan sudah tiba masanya untuk aku MENJAGA HATI ku sendiri sebelum ia semakin terluka... SELAMAT TINGGAL KENANGAN...

setakat ini sahaja untuk hari ini..semoga entri ini dapat memberi sedikit perkongsian kepada anda...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Sunday, June 26, 2011

TERIMA KASIH buat aku terharu..

assalam..wah...tajuk entri bukan main banyak persoalan..rasa terharu sebab ap???heheheh..
oh ya...nak kongsikan dengan korang semua..aku baru pulang dari bandar bercuti sakan untuk menenangkan fikiran bersama adik kesayangan ku...emmm...gila ko tak sawan bila aku stay hotel taraf2 4 Bintang yang ala2 stor tu..hahahaha...mahal giler last2 masuk bilik terus bermain-main dikepala hotak aku "bilik aku kat rumah lagi indah dari hotel ni...free lagi..tak payah bayar lagi..siap full siaran astro only dalam bilik aku"...wei hotel 2 inn 1 sandakan cuba baiki sikit bilik tu..huhuhuhu..tapi boleh lah..puas hati dengan layanan pekerja di sana semua baik2 belaka dan paling penting dapat tidur dalam keadaan yang sejuk...bila sejuk tu best lah berselimut macam tengiling kat atas katil sambil berebut2 selimut dengan adik aku..hahahha...rien...abg tetap menang ya..hehehhe

oh ya...hari ini entri yang serba ringkas ni sebelum aku masuk bilik mandi membuangkan semua bau2 hamster kat badan aku ni (baru je main2 dengan 6 ekor hamster comel2 kat bilik ni) aku nak kongsikan korang sesuatu yang mengembirakan..aku kan suka berkongsi so apa salahnya aku post kat sini kan...huhuhuhu..

begini..baru2 ni sambutan hari guru kat sekolah aku...mcm biasa...kalau kapal terbang ratu segala delay adalah AIRASIA but kalau kat sekolah..Ratunya disandang oleh sekolah aku..sebabnya selalu je buat sambutan hari guru sebulan selepas tamatnya sambutan hari guru di Malaysia..16 Jun..orang berarak sakan pada 16 mei kami kat sini 16 jun barulah diraihkan..huhuhuhuhu..

yang unik nya kat skolah ni time sambutan hari guru bukan pelajar yang buat persembahan tapi guru2...AJK Hadiah GURU...ajk pentas GURU semua diuruskan oleh Guru..pelajar???hanya menonton melihat guru2nya menyanyikan lagu sekolah..negaraku..warisan dan ada juga yang bersajak..hahahha...sempat aku dengar budak2 bercakap "ko tgk cikgu tu buat persembahan mcm budak2..."hahahhahhaha...no komen....

hah...yang aku nak kongsikan hari ini adalah hadiah2 yang aku dapat sempena sambutan hari guru..hehehehhe...tapi sebelum tu terima kasih kepada pelajar2 yang mengundi sdiri ini sehingga mendapat anugerah Khas daripada pelajar tentang kategori berikut

ANUGERAH GURU PALING SPORTING KATEGORI PILIHAN PELAJAR
ANUGERAH GURU PALING BERGAYA KETEGORI PILIHAN PELAJAR
ANUGERAH GURU PALING POPULAR KETEGORI PILIHAN PELAJAR

hah..yang sebenarnya mengikut undian aku dapat ketiga-tiga ni tapi tak baik balun semua so bagi2 kat kawan2.lagi pula markah sama kan so semua kami dikira pemenang..yeh..bagi aku semua guru2 adalah pemenang di hati pelajar..cuma anugerah ni dibuat  pengiktirafan sebagai KENANGAN guru itu sampai ke tua..terima kasih murid2 tersayang kerana mengundi cikgu kamu nie..haiya,.,bangga aku sekejap..senyum sampai air liur meleleh pun tak disedar..jijikkkk..insya ALLAH cikgu akan cuba buat yg terbaik utk kebaikan anda semua...biarlah kita saja tahu..heheheheh...

ni antara hadiah yang aku perolehi semasa hari guru tu..
 gambar aku mesti pelajar ambik di FB dan dijadikan mcm ni..wah..malunya..siap tampal di papan kenyataan lagi..tq icul...
 koleksi2 pelajar ..tq korang semua...
 ni paling cantik...kreatif pelajar tu buat..terima kasih sebab bagi cikgu kad ni...sampai mati cikgu simpan...
 kau hado dapat tali leher mcm nie..hehehehe..tq Hamid Chan
 tq lagi..tali leher lagiii
 patung..heheheheh....
lukisan...tq...wah..siap tulis cikgu ensem lagi yer..kakakkakaka
hadiah special dari adik....terima kasih adikku...
terima kasih kepada adik abg (nazreen) sebab bagi hadiah special ni....belajar baik2 ya...terima kasih juga sebab selalu buat abgmu ni gembira...heheheehehe...satu saja soalan "kenapakah anda kuat makan"??hahahhahaha....
 kau umpama waktu yang tidak akan lekang dari ingatanku..

aishiteru..lagu ni aku minat bila cinta melody main..hahahahha..yehhh

hah..tu saja perkongsian untuk hari ini...jom mandiiiiiiiiiiiiiiii

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Thursday, June 23, 2011

MENANG ATAU KALAH?

Assalam..agak lama baru dapat update blog..aku tak tahu kenapa??kdg2 masa itu ada utk aku update tapi keinginan untuk mengarang entri tidak wujud..adakah kerana aku sudah tidak berminat utk menulis lagi???hahahahha..kalau itu kejadiannya bermakna aku bukan sudirman yang korang kenal..itu klon tu sebab sudirman yang ada sekarang ni adalah manusia yang suka menulis..kalau tidak diblog..hah..diari lah menjadi mangsa..huhuhuh...but..mcm biasa..bila blog tidak diupdate ada beberapa kemungkinan sahaja

1. bz tahap power rangers nak selamatkan dunia dengan latihan kepada pelajar.
2. broadband kena potong angkara malas nak ke bandar bayar
3. tiada idea nak tulis apa
4. byk sgt masa dengan awek so leptop diabaikan...hehehehhe

tapi..now..aku nak kongsikan dengan korangpasal pertandingan yang unit aku join baru2 ni..mak dato..bukan main bz tahap power rangers sebab kena bekerja sampai ke subuh utk siapkan semuanya..but alhamdulillah..dari 7 pencalonan kami menang 5 kategori...yeh...2 je yg tak angkat..yg lain semua angkat..amin....jom saksikan gambar2 kami di sana...

 hah..ni dia tulang belakang utk pertandingan ni...bertungkus lumus menyiapkan kapal dan sebagainya....
 hahahahhaha..kepenatan agaknya sampai tertidur
 media maklumat yang mendapat tempat pertama
 folio kerjaya..juga menjadi johan begitu juga dengan EAK
 pihak lawan..segak bergaya mereka di atas pentas...
 kau mampu nak naikkan kapal TLDM atas pentas..hahahaha..JOHAN sketsa...juga dibawah bimbingan aku..hehehehe

wajah2 manis semua peserta khas dari SMKBG2..kemenangan besar dan akan beraksi diperingkat negeri nanti..doakan kami berjaya...OK..aku terselindung disebalik senapang tu..hahahahha

yeh..sambung kerja lagi...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Tuesday, June 7, 2011

APA ERTI MERINDUI BAGI INSAN YG MENYANYANGI??

As salam...moga kalian semua dalam keadaan yg baik2 sayang sahaja...emm..ni kali kedua aku cuba untuk bukak blog akhirnya berjaya..semalam buka tak dapat pula..gila ke apa blogspot ni...nasip bukan orang..kalau org siaplah aku bagi motivasi free...hahahahha...tau lah guru kaunseling..haiya....

korang tengok tajuk tu dan cuba fikirkan sejenak beberapa soalan yang aku utarakan ni??
1. pernah tak korang dalam 24 jam asik memikirkan seseorang..maybe dalam tidur je anda tidak memikirkan kelibat dirinya??
2. bila korang makan..selalu je terfikir dia da makan ke tu??dia sihat ke tu??
3. Bila dia minta tlg..anda tanpa memikirkan diri sendiri anda sanggup lakukan apa sahaja untuknya walaupun terpaksa mengorbankan tugas yang lebih penting?
4. anda selalu melihat HP dengan harapan dia sms anda??
5. Time bangun tidur anda rasa anda mahu jadi orang pertama yang ucapan "morning" kepadanya walaupun hanya dalam bentuk SMS
6. Anda tidak sabar2 untuk melihatnya
7. Bila anda didepannya..anda tidak dapat melihat matanya..anda pula yang malu..hehehe

kalau anda alami semua ni..bagi aku itulah definisi rindu namanya...rindu yang bisa membuatkan kita rasa terseksa..rindu yang bisa membuatkan kita rasa tertekan..rindu yang bisa membuatkan kita yang normal menjadi seperti tidak siuman..rindu yang membuatkan kita marah bila setiap sms yang kita berikan tidak dijawab sepatutnya...ahhh..mengapa kuasa rindu itu begitu kuat??masing2 ada jawapanya....

aku tahu..bagi anda rindu itu banyak..ada rindu untuk keluarga dan sebagainya tapi jika anda betul2 hayati maksud setiap persoalan di atas aku yakin anda akan tahu itu rindu yang ditujukan kepada seseorang yang kita cintai...betul atau tidak..anda sendiri tahu untuk menilainya kerana aku percaya..setiap dari kita pasti ada melaluinya...kan???

walau sebesar manapun rindu itu..walau kesemua persoalan itu anda alami satu perkara yang harus anda pastikan ialah DIRINYA JUGA MERASAI APA YANG ANDA LALUI..jika tidak...itulah dinamakan rindu yang hanya bertepuk sebelah tangan...bagaimana caranya untuk membuatkan dia mengalami hal yang sama??kuberikan kepada anda berdasarkan kepada pengalaman2 yang aku lalui...
1. jangan sesekali memberikan si dia tekanan ...biasanya dalam bercinta ni...ada sahaja persoalan yang boleh menyebabkan konflik...sms lambat di balas pun boleh menyebabkan pergaduhan....so..anda haruslah memahaminya...
2. cuba untuk meletakkan diri anda di tempatnya..jika si dia melakukan hal yang sama kepada anda...adakah anda akan berasa bahagia??jika tidak..begitu jugalah dengan dirinya...
3. jangan selalu bertanyakan kepadanya "adakah kau benar2 mencintaiku"???kalau anda selalu mengulanginya dalam sehari sampai 3-5 kali lama2 dia akan mula bosan dan merasa rimas..tapi tunjukkan kasih sayang anda melalui tindakan....

emmm...apa pun perasaan kita kepada seseorang bagi aku..itu adalah normal..tapi pastikan perasaan itu disalurkan kearah yang baik....jangan sesekali melukakannya dan sekiranya anda terlanjur melakukannya tebuslah ia melalui tindakan yang menunjukkan bahawa anda betul2 menyanyanginya....take care...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...