hening pagi..sayup2 kedengaran kanak2 riang sedang asik bermain di bawah..aku bangkit dan memandang ke bawah yg hanya kelihatan puluhan kereta sedang mendiamkan diri..aku berfikir sejenak dimana gerangan kelibat kanak2 itu sedangkan masih terdengar dicuping telinga sorakkan dan pekikkan tanda mereka sedang bermain..emm..ku abaikan lalu aku duduk semula menaip setiap huruf demi huruf..emm..apa yg aku ingin kongsikan untuk entri kali ni ya??
hari ini aku disajikan sarapan dengan HATI..hati yang telah lama memberontak untuk mengatakan sesuatu tapi ia bersembunyi disebalik kulit dan tulang..kadang2 aku terfikir betulkah hati itu berbentuk LOVE seperti yang biasa ku lihat dikaca TV atau di mana2 gambar yang bercerita pasal sekeping daging ini...ahhh...lupakanlah..yang aku tahu hati itu bisa memberikan senyuman dan bisa juga memberikan kedukaan kepada manusia..begitu hebat hati itu kan??
dengan hati..manusia akan tahu sama ada dia dihargai atau tidak...anda bunuhlah saya andai anda tidak mengIYA kan bahawa anda boleh rasa andai pasangan anda itu benar2 cintakan anda atau tidak...iya...mmg benar..tiada apa yang boleh menyangkalkan kuasa hati..ia mampu memberi sejuta rasa kepada pemiliknya...tapi...siapakah yang harus menjaga hati??adakah cinta??atau diri sendiri??..
jawapannya..DIRI SENDIRI...walaupun dalam menjaga hati itu anda terluka tapi demi kasih sayang dan cinta aku yakin..kalian akan sanggup melakukannya sebab itu ramai yang kata cinta itu buta..ia tidak mampu menyuluh jalan yang baik dan jalan yang buruk andai manusia itu benar2 telah mencintai..bila ia telah terjatuh dan terluka barulah ia akan melihat di mana jalan kanan dan kirinya dan pada masa itu barulah perasaan ingin kembali ketempat yang sepatutnya terbit...oleh itu, hargai apa yang didepan mata..cuba fahami apa luahan dan rasanya..andai anda tidak dapat membantu cukuplah anda mengurangkan beban perasaannya dengan mendengar kerana dalam mana2 percintaan dan kehidupan luahan dan perkongsian itu adalah penting..jika ia tidak berlaku...maka..cinta dan kehidupan yang anda wujudkan hanya bersandar pada satu nama iaitu "KAWAN BIASA"...
baru belajar edit2 pic ni so sah2 lah ada sedikit silap..hehehe
Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama