SAHABAT BAIK.

Sunday, December 12, 2010

Kenangan Lama "berputik" kembali..

hai..emm..tak payah tanya kbar le yer sbb baru je update blog baru2 ni tp hari ni sama ada korang nak baca or tidak..aku nak update juga...

kalau korang follow FB man tu..korang tahulah yang man skrg ada kat tanah Semenanjung..emm..semalam (sabtu) man ke UPSI..mak dato..tempat aku belajar dulu..dah 4 tahun tak ke sini tiba2 kena jemput oleh JMK (TQ ye) untuk program Sirih Pulang Ke Gagang...nak nangis pun ada mengimbau kenangan2 lama..ok..ku serikan semua pic2...malas nak ulas sebab nak tido awal lah.hehe

 bangunan SITC

kawan2 lama yang dah lama tak jumpa..akhirnya dipertemukan

 ehem-ehem...JMK baru nie..(Pemimpin baru UPSI)

 perubahan demi perubaha..dlu kurus skrg hah..ambik kau..hahahhaha
 ni lah minah yang aku suka kutuk dulu..heheheh

 ihh..ada apa kat atas tu..???
 hah..lucu..apa kau buat nie..hahahhaha
 hehay..joget mari..hahahahha
 apa lah mamat ni buat?hahha..mula2 aku ingat anak Felo rupanya student UPSI..pendek bebenor..hahha..sory ye
 sasi..hahaha..nak senamrobik but badan keras sangat..hah...apa jadi nie hah
 eh..minah mana nie..mcm nak terpatah pun ada..hahahaha..best jadi MC nie...
 jogetttt
 makcik ni penonton n tiba2 dia join senamrobik...
 adik2 baru ...best lah korang....

 pandang siapa paling hensem>???baju putih kan..hahaha
 semua kontrol ayu ni apasal??

 main DAM..but orang yang jadi permainan..mmg kelakar
 adik2 baru dalam UPSI...tq korang anjurkan program hebat nie
lontar belon

belon pecah..n jadi mcm ni pic...cantik tak...

ni dia orang yg banyak aku kutuk2 n main2kan dlu..but mereka lah paling rapat dengan aku nie..
paling mengembirakan bila terjumpa semula adik angkat yang dah 5 tahun tak jumpa..dulu time raya tak dapat pulang sabah beraya kat rumah dia nie..amin..terjumpa juga kat sini..hah..ni dia....

kepada semua adik2 Jawatankausa Mahasiswa Kolej..abg kau ni nak ucapkan terima kasih banyak2 atas layanan baik dan atas semua program yang telah dirancang nie..sesungguhnya ia hari yang penuh kenangan untuk kami semua
teruskan usaha korang..KHAR harus tetap gemilang..amin

hah..kesempatan tu..sama seperti entri tempoh hari man nak ingatkan semua..untuk RM200 tu masih terbuka ..bila2 masa sahaja man akan mulakan so..cepat..cepat...cepat

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Friday, December 10, 2010

Tanda2 anda dilanda kebosanan tahap melampau

salam sejahtera dan salam satu Malaysia (terskema pula)..emm..sejak akhir2 ni selalu je aku update entri dalam blog ni kan?mesti korang cakap "apalah mamat tinggi lampai ni asik nak update blog je..bukan tercalon dalam blog pilihan malaysia pun ..hey!!mati2 aku letak link mencalonkan diri sendiri (gelak dlu..hahahha) but dari 400 lebih senarai yg keluar satu pun tak da nama blog aku..darilah no 1 sampai no 438 aku eja satu2 tulisan rumi tu tak da juga nama sudirman..tak pa lah..bukan rezeki aku kan..namun, bagi hati dan perasaan ku ini blog aku tetap juara untuk diri ku sendiri..hehayyy!!!
Hah..korang tengok besar2 tajuk entri tu..bosan tak korang baca blog aku??hahahah..kalau bosan baik blah cepat nanti ada yg mati kebosanan pula..emm..aku saja nak tulis entri ni sebab td time aku mandi terfikir tentang kebosanan yg aku alami hari ni sampaikan kat FB..ble2 aku post status "selamat hari jadi untuk diri sendiri"..gila apa aku ni??hari jadi dah lama berlalu ni hari jadi apa pula?..18 sept..hah..cepat pasang reminder kat hp..18 Sept yer...yg best ramai ni msej kat FB n ucap selamat hari jadi..tergelak besar aku huhayyy..

TANDA2 anda dilanda kebosanan tahap melampaU
1. korang akan sentiasa duduk sampai sakit punggung mengadap leptop dan FB segala..tanpa ada apa2 tujuan tiba2 korang akan tukar status yang merepek dan bukan2..kadang2 sampai ada yang menjerit-jerit dan meminta tlg kat FB.Bagi yang suka berjiwang tu hah mula lah tu tulis yg romantik2 dan jiwang2 berkarat..huhayyy.yg ada Blog mulalah jampi serapah dikeluarkan..macam aku skrg..(kantoi tgh bosan)

2. tanpa ada apa2 tujuan korang tiba2 melayan perasaan mendengar lagu kegemaran korang..tanpa disedari korang akan feeling habis sampai ada yang menangis meleleh-leleh air mata dan air liur..korang akan dapati perasaan lama korang bersama insan2 tersayang akan datang..fuh...lentok abis korang time nie...haha..jumpa dukun cepat2...

3. korang akan memasang lagu kuat2 pastu pegi depan cermin dan menari membodohkan diri sendiri..tgk gerak tari yang korang cipta sendiri ntah dari negara mana dan tanpa segan malunya korang menari dan terus melompat-lompat keriangan..hahahha..sesekali korang akan ketawakan jenis tari yang korang sendiri tak tahu apa yg korang tgh tarikan...betul tak..hah..jgn nak menipu..hehe

4. mula lah korang sms kawan2 ajak ke mana2..tak pedulilah tgk wayang ke apa ke yg penting dapat keluar dari rumah.tapi bagi anda yang tak da kenderaan hah..mula lah berfikir siapa mangsa nak dikerjakan nie..segala ayat manis fullamak korang keluarkan untuk memujuk bakal2 mangsa korang..hah...

5. bila semua usaha ni tak menjadi dan kawan2 fb tak melayan chat..korang akan stay depan TV melihat apa2 saja wayang yang ada..bila dah iklan korang akan bangun menuju ke leptop dan melihat-lihat kalau2 ada yang membawa anda untuk bersembang...huhayyy..naya tahap kebosanan korang kan...

6. ni lagi best..korang akan kelihatan kusut masai..rambut tak berminyak..bagi lelaki hanya memakai boxer ke sana dan kemari..makan tak henti dan lepas tu bekangkang depan tv tak ingat dunia..hahaha..girl pula..mula lah tu nak betulkan bedak dan tgk2 muka kalau2 ada yg perludi tacap segala..hahhahaha

ok2..rasanya korang perlukan tips ni kan bagaimana cara untuk mengatasi boring..aku ada belajar ni dalam bidang psikologi..tapi..tunggulah di entri lain yer..hehehe
mat malam semuanya..esok nak ke UPSI nie..wah..wah..dah 3 tahun tak ke sana nie..emm

P/S -untuk tawaran RM200 dan hadiah misteri lain..penyertaan masih dibuka..sila daftar cepat..cara nak daftar sila baca entri di bawah..


SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Wednesday, December 8, 2010

SUMBANGAN IKHLAS KEPADA PENGUNJUNG BLOG TERSAYANG.

 
senangkan...ok2..jgn salah faham yer..ni bukan skim cepat kaya (ble kaya ke dengan RM200) tapi sekadar nak berikan hadiah kepada pengunjung2 blog ku nie..aku tahu..blog aku ni tak lah seramai mana pun pengunjungnya cuma sekadar untuk menghargai jasa2 korang yg tak jemu2 menjenguk..hihi
ok apa lagi ditunggu..teruskan daftar sana..hihihi..kalau tak tahu buat..mesej je kat FB gue..

p/s-kalau tak percaya n tak mahu..keluar je dari sini..berambus cepat.
kalau permulaan ni ada kemajuan akan diusahakan untuk mencari sponser besar-besaran..mana tahu ble bagi korang rm500 ke, rm1000 or maybe lebih lagi lepas ni...(da ada niat ni)..hehehe 
see ya...

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Tuesday, December 7, 2010

mana sifat kemanusiaan??

kehadapan sahabatku yang dirindui selalu.ketika kau membaca warkah ini aku masih dalam keadaan sihat2 walafiat.Semoga kau dan keluarga juga begitu..hahaha..teringat zaman2 sekolah dlu bila tulis surat kepada kawan2..skema bebenor..

emm..sebelum tu nak bagitau korang..skrg demam blog pilihan Malaysia kategori blog yang dibuat tahun 2010 telah bermula..aku rasa mcm nak ikut je tapi tak yakin lah blog aku ni ble tercalon ke tak..hehehe..

klik HERE untuk ke link blog pilihan Malaysia.

skrg ni aku kat perak angkara minat sangat nak blogger ni..aku sanggup naik motor ke pekan (CC) yang aku tgk ramai pelajar berbaju sekolah ni sedang main games..hey!!mcm aku nak berceramah motivasi je kat sini agar mereka semua boring n terus pulang rumah study..SPM dik OIIII..tak reti2 nak pulang study ke oii..nanti gagal baru lah korang nak pegi bertapa kat kuburanlah, jumpa bomohlah..pak guard lah, mak guard lah dan sewaktu dengannya untuk minta di luluskan..kepada hotak hang!!..gerenti tak dapat punya wei..(ko tgk bila Guru Kaunseling ni mula merapu)..hahaha..ko mampu!!main2 je ye..kalau aku berceramah motivasi gerenti korang nangis tak henti2 dan terus bertaubat nasuha..huhayyy

ok2..aku cuma nak kongsi korang apa yang aku dapat time bercuti nie..ni hah..kalau korang prihatin dan ada sifat kemanusiaan korang tolong aku cari budak2 nie..aku rasa nak nangis lah time tgk iklan ni..aku dapat rasakan apa yang mak bapa dia rasa..sedih lah..
NI lah anak2 yg dah lama hilang..harapanku dia tetap selamat dan mendapat perlindungan dariNYA..amin...
kita semua sibuk berblog..merapu sana sani n apa katanya sekali skala kita lahirkan sifat kemanusiaan kita untuk saling membantu masyarakat diluar sana..maybe kita ada kelebihan dan gunakanlah kelebihan itu untuk membantu insan2 lain..biar apa yang kita lakukan itu mendapat berkat..amin..

aku sertakan sedkit pic2 aku time jalan2 nie..hihihihi
 taman botani, ipoh perak..best giler sini..bawa awek dating lepas tu campak ke kolam..hahahahah..
 bila sudirman buat hal..hahahha..hampir2 aku terjatuh nak ambik poss nie..
 angah..anak mak angkat..
 ni dia..anak2 family angkat..dah 4 tahun tak jmpa..besar2 semuanya...terima kasih atas segala layanan baik selama ni yer..cantik tak tempat ni??
korang dapat bezakan tak mana sudirman dan mana beruk....jgn nak gelak yer..hahahah

Taman Malawati..sejarah bugis banyak di sini..
 pemandangan petang si Ipoh..cantikkann

ok..setakat tu je untuk kali nie..
pesanan untuk semua kawan2..bila kita rasa diri kita gembira adalah lebih baik kita kongsikan kegembiraan itu kepada orang lain..biar mereka juga mampu mengukir senyuman indah dibibir tanda kebahagiaan..tapi..sekiranya anda berduka dan bersedih..simpanlah ia didalam hati..jgn biarkan orang lain juga berduka dan bersedih kerana anda..salam awal Muharam..jadikan diri kita sentiasa penuh dengan sifat kemanusiaan menurut erti kata MANUSIA yang sebenarnya..amin


SUDIRMAN
"Aku Menulis Bukan Kerna Nama"

Saturday, December 4, 2010

hey!!Betul Ke Pemenang Blog2 Pilihan Malaysia Tu Gempak?

Salam Sejahtera, Namaste, Sawadikap, ikan siakap, bersikap-sikap dan semua jenis salam in the world (Kata si Botak Mawi tu lah)..tak kesahlah!!botak ke berambut ke yg penting hari ni mr.sudirman korang nak bercerita pasal pemenang-pemenang blog2 pilihan Malaysia (katanya lah pilihan Malaysia)..ye ke Malaysia..so yg aku dok mati2 promosi ke Ibu2 dan Bapak2 kat Indonesia tu nak kata apa ye??blog pilihan SiaSia ke(gabungan MalaySIA dan IndoneSIA)..huhayyy..lepas ni mati aku kena tangkap oleh si ISA tu..ehh..tiba2 teringat kata Mohd Haikal semalam "aku ni Kementerian Luar Negara"..hal2 dalam Negara aku tak masuk campur sambil2 tu aku menjeling khusuk tgk dia promot kulit muka dia yang halus angkara Jambu Batu katanya..eh..Jambu batu ke bedak batu tu..lupalah..mana2 lah..(Adikku jgn marah ye)...

hah..demam Undi Blog Pilihan Malaysia dah berakhir..emm..mcm nak gila aku dibuat undian blog ni terutamanya untuk blog personal wanita pilihan si Irine Nadia Marcello dan Fatin Liyana tu..sah2 lah kan aku sokong adik beradik Marcello tu sbb blog2 depa baik2 belaka mcm orangnya juga..(gila ape tak cakap baik)..Fatin tu blog dia best juga but kena buat satu undian je kan so kenalah undi satu je..kalau ble dua2 nak undi nie...dua minah rempit ni merempit kat blog pilihan tu seiring dan sejalan..aku rasalah kan dua2 minah ni mesti tak tido malam, tak mandi, tak cuci muka, tak lap taik mata sebab risau tgk bursa saham mereka nie..selang seminit mesti depa klik refresh nak tgk untung ke tak, mendatar or menegak ke carta saham mereka tu..hahahah..jgn tipu..jgn tipu..agak2 korang lah kan..si kiut miut Irine tu tak selalu ke call abg dia si "photograher Canon" tu untuk bagitau kerisauannya dan menyuruh semua konco2 abg dia undi cepat2...emm..jom kita bayangkan.!!!..hahahha

YANG BLOG LAIN TU TAK PAYAH ULAS LE KAN SBB TAK SENGIT SANGAT MCM DUA MINAH NI..TAPI..TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN..blog korang semua mmg gempak segempak gempaknya..

hah..ni dia blog2 yang menang setiap kategori tu..

ANUGERAH BLOG PERSONAL WANITA PILIHAN

NAK TGK BLOG MINAH NI?SILA KLIK IRINE


ANUGERAH BLOG PERSONAL LELAKI PILIHAN

ni abang kepada Irine..gila kau..dua2 adik beradik ni power BerBlog.
NAK TGK BLOG MAMAT NI? SILA KLIK AIZUL


ANUGERAH BLOG ISTERI PILIHAN
ni dia..emm..sejuk laki dia memandang bini menang kan??..hihihi
sila Klik NADIA


ANUGERAH PERSONAL SUAMI PILIHAN
 Sapa tak kenal kan bro nie..mula2 aku ingat dia ni laki Nadia tu rupanya bukan..hehe
aku agak kelakar sedikit dengan blog dia ni pasal "dapur" tu..hihihi..nak tahu apa?
klik ni BEN

BLOG LAWAK PILIHAN
 hah..sapa yang rasa nak ketawa tu baca blog ni..memang lucu.aku suka baca nie..huhayyy..
nak tgk ke? sila Klik LAWAK

ok2..korang dah tgk kan..emm...itulah blog2 pilihan Malaysia.best blog depa sebab banyak sangat pengunjung..blog aku ni pula sekadar dipinggiran je..hahah..tak pe..blog ni aku buat untuk luahan rasa sebab dari blog ni aku rasa aku jumpa dunia sebenarku..dengan blog ni aku tak perlu selindung2 apa yang aku rasa dan alami..ia umpama kawan baik bagi aku yg selalu mendengar tanpa merungut apa2..yang selalu menerima apa pun yang ingin di luahkan bila aku sedih, gembira dan sebagainya...sebab ia adalah tempat untuk aku bergantung emosi tatkala aku tiada sapa2 untuk dikongsikan suka dan duka...i love my blog yang tak seberapa nie...insya ALLAH best friendmu ini akan sentiasa belajar untuk mencantikan dan memberikan hadiah untuk mu..

SUDIRMAN
"Aku Menulis Bukan Kerna Nama"

Thursday, December 2, 2010

Peluk cium itu penting..

Hah..mesti ada yg fkir bkn2 ni kan bl tgk tajuk entri kali ni..ngaku cepat spa yg time baca tajuk ni terus terfikir wajah boy or girlfriend depan mata peluk n cium dia..emm..tu senyum2 tu betul lah tu kan..hahahah..kantoi..jgn nak mengatal pl erk..ok2..kali ni nak berikan satu tips bagaimana nak hilangkan rasa sedih..bl korang buka2 muka buku (bahasa lain facebook) ada je dijeling-jeling status sedihlah,air mata berlinanganlah..mcm2 lah dan tak terkecuali adalah aku..hehehe
 
Tahu kah korang bahawa memeluk seseorg dgn erat mampu utk mengatasi rasa sedih??mesti korang prnh tgk org bl sedih je mesti peluk org lain..smpikan ada istilah "ble tak pinjam bahu ko aku nak nangis ni"kan..kan..klu kta tgk kat tv pn byk story2 bgini..nangis or sedih je mesti nak peluk mak or family or kekasih..tak kisahlah kan sapa yg pntg status manusia bknnya org utan or sewaktu dgnnya..

Tahukah korang kaedah yg plg baik utk mengatasi rasa sedih dan sepi yg berpanjangan ialah dgn memeluk org yg plg rapat dgn kita seperti ibu dan rakan2..ehh..jgn nak peluk anak dara or anak teruna jiran ye nnt korang terpaksa terima tamparan wanita dr mak mreka sapa susah anda juga dan lepas tu bl d tanya mna dapat idea tu korang sebut nama aku..mampus aku weiii..ok2..ada pndapat mgatakan bhawa sentuhan ni mempunyai kuasa tatapeutik(aku kan ambik bidang psikologi so adalah aku akui skit kenyataan ni)ia mampu kurangkan tahap hormon kortisol stress dan merendahkan tekanan darah.hah..sapa2 mak bapa ada tekanan darah tinggi tu selalulah peluk mereka ya kerana ia akan membantu mengurangkan hormon itu...(rujukan Remaja)..
 
lagi satu, dalam Islam juga kita digalakkan untuk bersalam dan mencium atau menghidu tangan orang yang lebih tua dari kita..semua tu ada sebabnya..ingat suka2 je kah di suruh buat mcm tu..sbb..mengikut kajian daripada James fallon beliau mendapati bahawa dengan memegang tangan or bahu orang yang sedih ia akan mampu mengurangkan hormon penyebab stress or sedih ...so..jgn malu2 ye..peluk n peganglah tangan orang yang anda sayang tp pastikan yang halal k..

sewaktu anda menanti petang dengan sinaran matahari yang begitu indah diawal pagi anda begitu gembira dan ceria namun ditengah hari turun gerimis menyebabkan anda marah dan sedih kerana gerimis itu merosakkan pandangan indah anda...tapi selepas gerimis itu hilang..perlahan-lahan Allah berikan anda pelangi yang begitu indah..lebih indah daripada sinaran mentari di awal pagi..renungan bersama..

mesti ada juga pic aku kan...walaupun tak hensem tapi macam biasa..aku menulis bukan kerna nama...gitu..


SUDIRMAN
"Aku Menulis Bukan Kerna Nama"

Wednesday, December 1, 2010

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

ok2..pendekkan cerita..aku hanya nak post ni je sebenarnya...

BILA KITA RASA NAK MENANGIS MENANGISLAH DALAM HUJAN AGAR TIADA SAPA DAPAT MELIHAT TITISAN AIR MATA ITU..SEANDAINYA ANDA RASA INGIN BERSEDIH..BERSEDIHLAH DALAM TAWA AGAR TIADA SAPA MAMPU MENGESANNYA.. TETAPI..JIKA ANDA RASA INGIN TERTAWA..TERTAWA DAN TERSENYUMLAH DENGAN SEKUATNYA AGAR INSAN2 LAIN MAMPU BERKONGSI KEBAHAGIAAN ITU BERSAMA ANDA

last sekali SEBUAH CERITA
Dahulu kala, ada seorang Raja yang baik hati..dia akan berjalan sepanjang malam dengan menyamar sebagai seorang tua untuk melihat rakyat jelatanya..tiba2 time berjalan (ala2 model baju pengantin ye)..dirinya terjumpa 2 biji mangga dan tanpa membuang masa Raja berkenaan membawa mangga itu ke istana. 
"dayang, sila tanam dua biji mangga ini di halaman istana"
2 tahun berlalu..dayang mengadap dan memaklumkana bahawa dua benih itu telah membesar dan sangat subur..Raja ke halaman istana dan baginda agak terperanjat kerana kedua2nya menghasilkan buah yang sangat cantik..daun yang subur..buah rapat mencecah ke tanah..baginda berkata "wah..beta tak pernah melihat pokok mangga sesubur dan selebat ini buahnya"
baginda lalu memetik dan memakan buah mangga sebelah kanan.."em..manis sungguh"..sebelah kiri pula "wow..masamnya..tak pernah rasa mangga semasam ini" sebelum beredar..Baginda menyuruh agar seluruh rakyat datang untuk merasa buah mangga tersebut..setelah 2 jam berlalu..Baginda ke pohon mangga itu semula...baginda terkejut..mangga sebelah kanan yg pada mulanya begitu indah dan cantik mata memandang dengan buah yang manis telah rosak segala dahan dan rantingnya angkara si rakyat berebut-rebut untuk merasanya..tapi..mangga sebelah kiri yang pada mulanya juga cantik dan subur namun mempunyai buah yang masam tetap cantik seperti asalnya tanpa ada dahan dan daun serta buah yang rosak..

ok2..sekiranya anda ditakdirkan menjadi pokok mangga ini..anda mau jadi pokok mangga yang mana satu..adakah yang manis yang dipandang oleh semua orang yang dipuji dan disanjung tetapi akhirnya ia rosak ataupun mangga yang masam tanpa ada sesiapa mempedulikannya tetapi ia sentiasa indah dan cantik..renung2 kan..


ok..da....

SUDIRMAN
"Aku Menulis Bukan Kerna Nama"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...