SAHABAT BAIK.

Tuesday, March 12, 2013

PERUBAHAN ITU PERLU

Agak lama aku menyepikan diri dari blog ni..suatu ketika dulu disinilah aku titipkan semua curahan dan luahan dari suka ke duka.Namun, situasi mula berubah bila pendamping setia ini ku abaikan sekian lama..bukan menjauh tapi mengambil waktu untuk berfikir mengubah diri menjadi sesuatu yang baik..bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri juga..aamiinn

Sekarang dibelenggu dengan banyak persoalan di minda dan kadang2 apa yang berdukung di kepala itu menjadi satu beban dalam diri. Sangat sukar untuk dimengertikan tapi tetap mencuba untuk bangkit dan bergerak ..andai diri tidak mampu harus tetap bergerak ke hadapan walaupun dalam keadaan merangkak sekalipun..

ku ingin kongsikan sesuatu perubahan yang ku rasakan positif dalam diri untuk renungan bersama.Andai ia ada kebaikan ambillah tapi andai ada keburukan jauhilah...

dulu, diri umpama kapal kertas di lautan yang dicampakkan oleh anak nelayan tika memancing.Kapal yang tiada hala tuju namun setelah angin meniupnya akhirnya ia terdampar di tepian menanti sama ada muncul insan lain mengambilnya atau mungkin juga akan dibawah arus lalu tengelam di dasar lautan. perumpamaan itu diibaratkan diri yang pada mulanya hanya mengikut tanpa arah..ditiup ke barat ke baratlah..ke timur ke timurlah sambil melihat ke tepian andai ada tangan sudi menghulur mengapai jejari ini untuk di bimbing...kecewa kerana insan yang berada ditepian bukannya menghulurkan tangan malah meniupkan hembusan agar kapal itu makin terdampar jauh ke lautan menunggu untuk basah dan akhirnya tenggelam..menangis merintih keseorangan..

kini, aku mula sedar kapal itu tidak seharusnya mengikut hembusan angin dari orang lain.kapal kertas itu seharusnya membiarkan layarnya terbuka untuk dia melawan arah angin agar ada hala tuju yang ingin diikutnya.begitulah diibaratkan diri kita. seringkali kita mengharapkan orang lain untuk memegang tangan kita agar menarik dan membimbing tapi seringkali kita lupa bahawa ALLAH itu ada. Kenyakinan dan kepercayaan itu adalah kompenan paling penting yang telah dibenamkan di hati kita untuk kita guna tika diri rasa keseorangan dan tidak bermaya. mereka berdua ini akan berikan banyak kekuatan kepada kita..
 sedar atau tidak hanya diri kita sendiri yang mengerti semua keinginan dan naluri dan apa yang terpendam di hati kita, walaupun kita cuba untuk menerangkan kepada insan lain tp ia umpama anda melepaskan batuk di tangga saja.mereka tidak akan tahu apa yang anda sembunyikan..percaya pada kekuatan diri dan melangkahlah dengan penuh gagah dan buktikan kepada semua orang bahawa kita boleh..kita kuat dan kita gagah untuk mencipta kejayaan...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerana nama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...