SAHABAT BAIK.

Monday, October 24, 2011

ANDA TU BINATANG OR TAK LAYAK DI SAMAKAN DENGAN BINATANG??

hy..tiba2 pagi ni mood marah aku memuncak bila menyaksikan satu gambar dan ia tambah lagi kemuncak klimaks ku bila melihat video klip seekor anjing mengeret kawannya yang telah dilanggar lari ke tepi jalan..begitu juga dengan video klip tentang seekor kucing yang membantu rakannya yang telah dilanggar lari...aduhhh..mulia sungguh binatang tu terhadap rakan2nya walaupun pada hakikatnya mereka tetap binatang..

seringkali aku dengar sebagai guru ungkapan begini dilontarkan kepada murid or di luar sana sesama rakan2 or ibu bapa kepada anak2 mereka...heyyy..ko tu binatang...hey..ko tu sama taraf dengan binatang....kalau aku jmpa org cakap mcm ni dengan aku..siaplah..aku gigit kaki dia sampai putus pastu aku jawablah aku kan binatang..padan muka ko...rasa kan..kakakakkakakakak....ala..biasalah binatangkan tiada fikiran so mereka bertindak mengikut emosi mereka (betul ke ni)..kalau mereka rasa terancam maka jadi jahatlah mereka...kalau rasa tenang maka jadi manja lah mereka...yeyeyyeye..betul lah tu kan..kasi iya je..

korang ada dengar or tengok tak video di Youtube yang hangat sekarang ni pasal seorang girl umur 2 tahun di langgar lari  di Beijing china tu...mula2 tgk tu aku ingatkan kena edit je video tu sebab aku mcm tak percayalah situasi mcm tu wujud..tapi makin lama aku tgk video tu betul lah...nah..apa lagi aku jdi geram dan rasa nak masuk je dalam video tu mcm cerita doraemon n betulkan apa yang tak betul....

mcm2 alasan yang aku dengar mengenai video tu..ada cakap kat china mmg macam tu..bila ada apa2 eksiden tiada sapa nak tlg sebab kalau tolong walaupun hanya sentuh sikit pastu ada orang lain tgk maka yang berniat nak tolong tu yang akan tanggung semuanya termasuk kos perubatannya seumur hidup...betul ke tidak....takkan aku nak tanya binatang pula kan..kena tanya fakta tu lah betul ke tidak..tapi..sama ada betul or tidak ada aku kesah....??aku tak kisahlah yang aku kesah adalah apa perasaan insan2 yang lalu lalang kat situ menyaksikan budak kecik macam tu yang berlumuran darah???/aduiii..tiada perasaan ke abg oiiii...

aku selalu bercerita pasal hati dan perasaan dalam blog ni...aku selalu mengungkit tentang parasaan dalaman terutamanya yang melibatkan orang lain..tapi..bila anda lihat balik video tu..anda rasa mcm mana??ada rasa mahu menangis ataupun tiada apa2 perasaan???or dalam lubuk hati korang mengatakan "ada aku kesah..padan muka org cina sapa suruh mengamalkan budaya mcm tu..nak tlg skit kena tanggung semuanya?""itukah yang ada dalam fikiran korang..kalau ada..itu membawa maksud anda juga telah mula mendidik hati korang untuk menjadi sebahagian daripada mereka...percaya atau tidak..kalau itu yang ada dalam hati anda...dalam bberapa tahun lagi perkara seperti ini akan berlaku di Malaysia tapi tahukah korang sedar atau tidak..mmg perkara ini telah berlaku pun...tidak percaya cuba anda tanya diri sendiri..

-anda memandu..tiba2 melihat eksiden di tepi jalan...anda nampak kerera terbalik n ramai orang sedang membantu di situ..dalam diam anda berkata.."ahh..tak perlu turunlah sebab ramai juga orang kat situ sedang menolong"..

- anda sedang melihat video sedih di TV dan meminta sumbangan anda..anda pun berkata "biarlah orang2 kaya saja menderma...lagipun mesti ramai yang bagi derma ni???

- anda sedang melihat peminta sedekah tepi jalan yang sangat tua..anda pun bercakap "ehh...nampak sempurna tapi mau juga minta sedekah..kerja lah wei..

hah..kalau ungkapan ini ada dalam hati korang itu maknanya anda juga sedang mendidik diri dan perasaan korang untuk menjadi seperti apa yang anda lihat di video tu..jgn sesekali wahai kawan2 membiarkan perasaan seperti itu wujud walau sedikit dalam diri anda...teruskan turun dan membantu tidak kira lah disitu tu ramai orang atau tidak...mendermalah tanpa memikirkan ada orang lain yang akan menderma...bagi saja lah derma anda walaupun orang tu nampak sempurna kalau anda betul2 ikhlas dalam hati berniat unutk menderma..tidak salah kan...

so..kalau anda menunding jari menyalahkan orang yang melanggar budak tu dan orang yg lalu lalang tanpa bantu budak tu..bagus renungkan pasal diri sendiri..mereka memang bersalah dan saya juga sangat sedih melihat video itu tapi yang pasti saya yakin mereka ada alasan yang tersendiri....

mari bandingkan diri kita dengan berfikir dan merenung gambar2 ini....semoga ia dapat memberikan kita walau sedikit kesedaran...amin..

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Monday, October 17, 2011

ADAKAH DIAM ITU PERLU ATAU AKAN MEMBUNUH DIRI???

emmm...hari ni seawal pagi aku gerak ke sekolah namun pelbagai persoalan bermain di fikiran...persoalan yang kadang2 menjadikan diri ini tekanan, kecewa dan sebagainya..namun...bak kata drama "bawaku ke syurga" hari tu..anggap semua masalah yang datang itu sebagai ujian sebab kalau kita anggap ia sebagai ujian kita akan sentiasa redha dan sentiasa berusaha untuk membaiki diri"..tapi adakah kita semua bisa merungkai setiap apa yang berlaku itu dan menggapnya sebagai ujian???emmm....TEPUK DADA DAN TANYA IMAN...

sebagai manusia kita sememangnya tidak boleh lari daripada berdepan dengan karenah manusia..sama ada manusia itu kawan2..adik beradik, ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling..dan..kadang2 masalah yang berpunca daripada orang lain itu terutamanya masalah yang datang daripada keluarga or darah daging sendiri kita sentiasa memilih untuk diam daripada meluahkan apa yg kita rasa kepada mereka..kita memilih untuk diam..diam..diam..diam..dan akhirnya kita sendiri yang menangis ...berdiam itu bukan bermakna kita kalah..bukan juga bermakna kita takut tapi apa yang terbit dari hati mengatakan kita memilih diam kerana kita berkorban untuk insan2 yang kita sayang itu..kita memilih berdiam dan menjaga hati sendiri tanpa sapa2 tahu..kita memilih diam sambil hati merintih untuk mencari seseorang yang mampu mendengar semua keluhan itu tapi kita gagal..bukan kerana kita tiada kawan atau tiada insan yang kita ble percaya di dunia ini tapi kerana itulah kita...itulah diri kita yang memilih untuk diam demi kebaikan semua orang...emmm...iya demi kebaikan semua orang tapi untuk kebaikan kita siapa yang ingin berikan....iya juga demi untuk kesenangan dan kegembiraan orang lain tapi kesenangan dan kegembiraan kita siapa yang ingin berikan???...

kita hanya manusia..kita juga ada perasaan yang ingin rasa dihargai...kita juga sekujur tubuh yang ada air mata dan ada nafas segar yang sering masuk dan keluar melalui rongga hidung bagi memberikan gerak bebas kepada tubuh badan..tapi...seringkali manusia lupa satu perkara yang semua kita miliki...seringkali manusia lain lupa kita dan mereka ada satu yang sama2 ingin dijaga...iaitu hati...kita menjaga hati mereka dan kita tidak pernah lupa untuk memberikan kebahagiaan kepada hati mereka tapi mengapa mereka seringkali lupa yang kita juga ada hati..kita juga inginkan mereka memberikan kebahagiaan kepada hati kita..adakah mereka lupa ataupun mereka hanya pura2 tidak tahu ataupun dari lubuk hati mereka berkata "aku tidak kesah pun ttg apa yang kau rasa"...

kepada anda di luar sana...aku faham..ada diantara kalian yang sentiasa memilih untuk diam daripada berkata-kata..bagi anda..biarlah aku yang sakit..biarlah aku yang menderita..biarlah aku yang kecewa..biarlah aku yang menangis yang penting dia bahagia dan dia sentiasa ada untuk aku....emmm...kecian sungguh bila aku terjumpa dengan insan2 seperti ini tapi apa boleh buat itu pilihan mereka..memang di dunia ini anda jangan terperanjat bila terjumpa dengan seseorang yang sanggup memberikan kebahagiaannya kepada orang lain tanpa memikirkan tentang dirinya..itulah kuasa kasih sayang sebenarnya..itulah kuasa satu sifat yang ALLAH taburkan di dunia ini untuk semua makhluknya....itulah kasih sayang yang dapat membuatkan manusia rasa dunianya sangat2 sempurna dan tidak kurang juga yang membuatkan manusia merasa dunianya adalah neraka...sakit..disakiti..menyakiti dan tersakiti..semuanya terhimpun dalam satu kata dan semuanya disebabkan oleh 2 kata iaitu "kasih sayang"..besarkan kuasanya....

namun...tanya diri anda sendiri..sampai bila anda ingin terus memilih untuk diam..memilih untuk membentuk diri anda mengikut acuannya..bukan acuan yang ada dalam diri anda sendiri...emmm...sampai bila anda mau begitu??sampailah dia tunjukkan kasih sayangnya???sampailah dia mahu katakan yang andalah pujaan hatinya??sampai dia mahu katakan yang andalah satu2 nya orang yang sentiasa berkorban untuknya tapi selama ini dia tidak menyedarinya??...sampai kiamat pun kalau tidak terjadi..ia tidak akan berlaku...so...teruskanlah hidup...TAPI..kalau anda memilih jalan hidup itu..anda memilih untuk diam dan membunuh diri anda dari dalam...itu pilihan anda...teruskanlah andai itu yang anda pilih tapi hayati madah ini ..

KITA HIDUP HANYA SEKETIKA..JIKA ADA KEGEMBIRAAN KENAPA MAHU MEMILIH YANG SEDIH2..KITA ADA PILIHAN UNTUK KETAWA SO KENAPA MAHU PILIH MENANGIS..KITA ADA PILIHAN UNTUK MEMILIH KEBAHAGIAN SO KENAPA MAHU MEMILIH PENDERITAAN...
mau senyum kah tidak??hehehhehe...

hati di badan anda..otak di badan anda..perasaan dalam diri anda...semuanya ada dalam badan or diri sendiri tapi mengapa seringkali kita membiarkan otak..hati dan perasaan yang ada dalam diri dikuasai oleh orang lain...orang lain pula yang mengawal hati dan perasaan kita????fikir2 kan...

SUDIRMAN 
aku menulis bukan kerna nama

Sunday, October 16, 2011

HUKUM KAHWIN aNAK LUAR NIKAH

Assalamualaikum

Salam semua.. Hurmm.. Entri kali ni sekadar perkongsian untuk renungan bersama.. Jika berlaku sesuatu kes dalam sesebuah keluarga dimana anak perempuan mengandungkan anak luar nikah, antara jalan penyelesaian adalah dengan mempercepatkan perkahwinan anak itu demi untuk menutup malu.. Tapi? Persoalannya adakah pernikahan seperti itu sah? Jika tidak sah, maka ini bermakna pasangan tersebut hidup dalam zina? Untuk menjawab persoalan ni sila teruskan membaca artikel ini.. Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?

Jangan pandang remeh soal hukum.. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA.. HIDUPLAH SEBAGAI UMAT YANG MEMPRAKTISKAN ISLAM DAN TIDAK HANYA SEBAGAI ISLAM BAKA'

Sesungguhnya, permasalahan ini berat.. Baca dengan teliti soalan-soalan di bawah ini..

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila..

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH.. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidaksah taraf.

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
 sumber: gempak.org

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Tuesday, October 11, 2011

LARANGAN SEMASA TIDUR

Terdapat 5 Larangan Dalam Tidur yang harus anda ikuti:

1. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR BERSAMA EARPHONE
Gelombang medan magnet pada earphone boleh mnyebabkan telinga kita menjadi sakit dan boleh mnyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak.

3. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita.

4. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.

5. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR DENGAN SUAMI/ISTERI ORANG
Jangan nak cari pasal haaaa.... Ini kerana anda mungkin akan tidur selama-lamanya...hehehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...