SAHABAT BAIK.

Monday, August 22, 2011

ANDA SELALU MEMPERLIHATKAN RAMBUT??

Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh LELAKI BUKAN MAHRAM dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka,
sehari akhirat = 1000 tahun di dunia,
seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki,
1 - ayah kandung
2 - adik beradik lelaki
3 - suami
4 - anak lelaki kandung
SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.

P/s: buat kaum wanita, bantulah suami/ayah/abang mu dari azab neraka ALLAH YANG AMAT DASYAT ..

renungkan bersama

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Friday, August 19, 2011

DALAM MIHRAB CINTA

 OST DRAMA DALAM MIHRAB CINTA...lagu yang betul2 menusuk dikalbu..dengarkan....

demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati
t
reff:
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya
karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati
repeat reff [2x]
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga 

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Tuesday, August 16, 2011

KENANGAN DI TARIAN INTERNATIONAL..(forklow)

baru2 ni aku telah membawa pelajar2 ku dan juga guru2 lain untuk menyertai satu pertandingan tarian peringkat international...ada 18 negara terlibat untuk program tu dan diMalaysia ada 24 sekolah yang ambil bahagian..emmm...memang sangat best sebab dapat berkenalan dengan kawan2 baru dari Indonesia..thailang..afrika...amerika..jepun..china..taiwan dan mcm2 lagi..pelbagai peristiwa berlaku di sana..darilah pahit manis..semua digabungkan menjadi satu pakej...

Kami adalah sekolah yang julung kalinya menghantar penyertaan..risau juga sebab semua yang masuk adalah sekolah2 berpengalaman..ada yang juara sebelum ini...tapi atas dasar ingin memberi pengalaman dan pendedahan kepada pelajar kami SMK Bukit Garam 2 tetap menyahut cabaran...kalah menang belakang cerita...pengalaman paling manis bila terpaksa menjahit pakaian penari menggunakan tangan sampai jam 5 subuh..hari2 sakit kepala sebab kurang tidur wei...tapi seronok sebab sambil2 menjahit tu ketawa bersama rakan2 dan juga pelajar2..memamg kenangan yang tidak ble dilupakan lah..

yang aku tak puas hati sejujurnya pengacara majlis tu..aduh..macam aku nak lari je tolak dia pastu rampas mikrofon n biar aku yang yg handle semua...bahasa tunggang terbalik sah2lah aku ni cikgu tak mengutuk dari belakang kan..pastu..SMK Bukit Garam II(II Tu disebut dua ya) tapi dia pegi sebut SMK Bukit Garam sebelas ..Semua sekolah yang ada tanda II bermakna 2 disebutnya 11...oiiii...takkan lah satu daerah tu ada 11 sekolah yang sama nama wei..haiya..agak2lah kan....

apa yang menjadi sejarah apabila kami yang pertama kalinya masuk telah menjadi JOHAN keseluruhan...kareografi terbaik..susunan muzik terbaik..penari prempuan terbaik dan johan keseluruhan yang membawa pulang wang tunai hampir RM7 ribu...malam tu kami guru2 betul2 teruja sampai melompat-lompat bila diumumkan juaran.juara bertahan pun tumpas dengan sekolah kami...YA ALLAH..masa tu..negara2 lain ramai yang berdiri memberi tepukan......fuhh...satu kenangan manis ni...


 ANTARA KERATAN AKHBAR YANG MEMUATKAN SEKOLAH KAMI..ASAL DARI KAMPUNG PASTU MASUK PAPER TAK KE TU MELETUP SATU SEKOLAH.HUHUHUH
Baju untuk tarian Kreatif Lagenda Puteri Batu tuluk..untuk anda melihat tarian ini..
sila klik Youtube ini
 tarian kedua adalah tarian Titikas..
sila klik ini untuk melihatnya

semoga kejayaan ini menjadi aspirasi kepada anda semua..tidak semestinya kita dari kampung..kita orang yang paling last join mana2 aktiviti atau pertandingan tanpa ada pengalaman kita tidak boleh mencipta kejayaan..paling penting adalah semangat dan perjuangan kita....

now...gambar2 aku lah kat sana...huhuhuh..mcm bukan cikgu sudah ku tgk..hahahahha
 penari2 dari Filipina....siapa tinggi????
 penari dari rusia...siapa lagi tinggi???
 penari dari khazaztan...siapa tinggi???
 penari dari thailand..siapa lagi tinggi???hahahahaha..semua aku wei...

lagi satu..kalau korang tgk Youtube tarian tu...muzik tu semua live ya...semua dimainkan sendiri oleh pelajar dengan alatan yang dibuat sendiri cuma tidak ditunjukkan dalam video..mereka ada berdiri di tepi pentas bermain alat muzik tu...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Sunday, August 7, 2011

KISAH HATI

hari ini...aku kembali lagi ingin bercerita pasal hati..bukan hati yang terluka atau kisah hati dari ALYAH tu..but kisah hati yang ada kaitan dengan Ibu Bapa...emmm...story ini terilham tika tadi aku singgah di sebuah rumah warga emas yang hanya duduk berdua di rumah itu..tanpa anak n tanpa sapa2...

ketika aku mula menjejaki kaki dibawah rumah orang tua itu dan melihatnya sedang tidur di atas buaian hatiku terus terusik kerana teringatkan nenek di Kg halaman (indonesia)..apa agaknya kbar nenek ku di sana...rindu rasanya tapi apakan daya Malaysia dan Indonesia terlalu jauh dan aku tidak mampu untuk selalu menjenguknya di sana...aku mula berjalan menuju kearah lelaki tua itu lalu memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dan mencium tangannya...emmm...wajah nenek ini mirip dengan wajah nenekku di kg...kami mula bercerita darilah bawah rumah sampailah ke atas rumah..pelbagai cerita dikongsikan pasal anak..cucuk...kebun dan sebagainya...

aku memerhatikan atok dan nenek itu..begitu baik..senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya ..bercerita denganku umpama telah berkenalan lama...sesekali sambil bercerita aku menjeling setiap foto-foto yang ada didinding rumah...aku terfikir..di mana anak2 mereka sampaikan mereka terabai begini???...emmm..maybe masing2 ada alasan tersendiri kalau2 aku bertanya soalan ini kepada mereka...aku yakin..pasti ada jalan cerita yang dijadikan alasan mengapa mereka tidak duduk sebumbung dengan ibu bapa mereka yang telah tua ini...
(gambar hiasan)
ingin sekali aku mengetahui darimana datangnya sumber kewangan untuk mereka menanpung perbelanjaan harian..akhirnya aku perolehinya disaat2 akhir apabila ketika inign pulang nenek itu bertanya kepada suaminya tentang jualan pisangnya di pasar tadi..hah..aku tergamam seketika...bagaimana dua orang tua itu pergi ke kebun menebang pisang lalu mengangkatnya dan menjualnya di pasar tanpa ada siapa2 bantu dan tanpa ada apa2 kenderaan??mungkin difikiran korang ada orang lain membantunya ataupun mungkin dia memberi gaji kepada orang lain untuk menebang pisang dan mengangkatnya ke pasar...kalau itu anda fikirkan..anda silap??kerana aku jg bertanya hal yang sama dan jawapannya "atok sendiri yang lakukannya nak..kalau tidak apa mau diguna perbelanjaan dirumah..apa lagi sekarang ni dekat raya"..emmm..hatiku sebak seketika..

sesekali orang tua itu menyatakan hasratnya untuk berkumpul bersama-sama dengan semua anak2nya raya nanti...tidak kisahlah andai anak2nya tidak bermalam..cukuplah datang sehari dan berkumpul agar suasana hari raya itu terasa...aduhhhhhh....time ungkapan itu keluar aku cuba untuk alihkan pandangan ke arah lain kerana aku rasa sebak sangat...mungkinkah dalam mataku telah ada air yang berkaca...

aku ke rumah orang tua itu bersama cucuknya...cucuk yang ketika mula2 sampai tadi terus dicium dan dipeluknya..cucuknya seorang yang baik...ceria dan manja dengan atok dan nenek mereka sampaikan neneknya menangis ketika kami ingin pulang...sempat lagi neneknya berpesan "cuk..belajar baik2..nanti kalau sudah berjaya bolehlah belanja nenek..bukan sekarang sebab sekarang cuk masi belajar..nenek tunggu kalau cuk dah kerja nanti"...emm...terus aku bertekad untuk bantu pelajar ini berjaya..apa pun halangan akan aku bantu agar impian warga emas itu tercapai kelak...aminnnn

apa yang mengharukan aku..ketika kami ingin pulang..atok itu ingin menunmpang ke pasar..agaknya untuk apa??,,rupanya sampai dipasar dia mengambil hasil jualan pisangnya yang tidak habis dijual dan memberikan kepada ku 5 ikat...YA ALLAH..betapa murninya hati orang tua ini...dengan tangan yang bergetar dan berjalan yang tidak terlalu lurus dia dan cucuknya mengankat pisang itu ke kenderaan ku...betul2 aku rasa sebak disitu..bagaimana orang tua begitu baik dan sangat2 baik....
 emm..kepada anda diluar sana..sibuk bagaimana pun kehidupan anda...sibuk bagaimanapun anda mengurus keluarga anda sendiri bagi yang sudah berkawin ingatlah dua orang tua di kg halaman..mereka tidak mengharapkan wang ringgit anda..mereka hanya mengharapkan anak2 atau cucuk2 mereka pulang walau seketika untuk mereka melapaskan rindu....jagalah hati mereka semasa mereka masih hidup lagi....

syukur sebab hari ini aku dipertemukan dengan dua orang tua itu..aku tekad selepas ini akan ada hari2 lain aku menjenguk ke rumah itu bersama cucuknya untuk memberikan mereka keceriaan walaupun tidak sama jika anak2 kandungnya yang datang...aku tidak dapat merasa kasih sayang dari seorang atok dan nenek dan dengan mereka aku dapat rasakan bahawa nenek dan atok ku begitu dekat denganku..terima Kasih ALLAH memberikan aku kurniaan ini...
selepas baca entri ini...cubalah untuk anda menelefon atau bersms dengan atok/ nenek / ibu / bapa anda di kampung.berikan mereka berita gembira tentang kepulangan di hari raya ini....

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Thursday, August 4, 2011

KENANGAN SEMASA PUASA...

Hah...bercerita pasal sejarah2 dalam bulan puasa ni teringat aku zaman kanak2 dulu..bila tiba saat berpuasa ni lah yang kanak2 paling suka sebab 

1. time berbuka banyak kuih di masjid.
2. boleh kumpul duit raya banyak2...
3. Tarawih tu ramai2 ke masjid bersama kawan2
4. boleh dapat baju baru..

tapi..saat aku kanak2 dulu banyak sangat sejarah nakal2 yang aku lakukan time puasa ni..jom selongkar satu persatu....

1. masa tu aku stay rumah makcik aku..bukan main beriya-iya makcik aku bangun subuh untuk buatkan juadah bersahur..rasanya time ni aku form 4 kot..hahaha..kira kanak2 ke tu??..time tu kan orang sibuk buat kuih raya ..mana2 pegi mesti terhidu bau kuih raya yang sedang dibakar..aduiii Tuhan saja tahu mcm mana perasaan saat itu...tiba2 seorang kawan bernama BOB datang ke rumah n dia pun mempelawa aku untuk merasa kuih raya tu time makcik aku tiada...emm...aku pun merasalah tanpa rasa bersalah pastu kami pun senyap2 memasak maggi untuk juadah tengahhari tu..takut terkantoi punya pasal time nak ambik pinggan tu bukan main cermat lagi...(risau bunyi bising jiran dengar)...lepas tu apalagi makan lah..time makan tu..tiba2 pintu terbuka dengan laju dan makcik serta pakcik aku ada kat depan pintu melihat kami sedang menyedut maggi tu ke dalam mulut...hah..korang rasa apa kami buat???kami buat2 lupa time tu puasa walaupun pada hakikatnya dah puasa ke 28...hahahhaha....lepas je keluar dari rumah kami terus berlari ke arah kebun kelapa sawit dan ketawa abis2san..kakakkakaka

2. time tarawih lagi syok..masjid kat kg biasanya yang membezakan lelaki dan wanita cuma cadar besar yang digantung kan..hah..mcm tu lah kat kg kami...pastu geng2 aku ni selalunya akan berlawan siapa yang jerit AMIN paling kuat time imam dan baca al-fatihah...aduh...mmg berabislah menjerit AMIN tapi malam tu ntah macam mana bloe terjadi seorang kawan yang tak pernah menang cuba mencabar dirinya untuk menang..start dari imam membaca alhadulillahirabbilalamin dia dah start bukak mulut untuk ready menjerit amin nanti..tapi...yang kelakarnya imam baru je sebut ihdinasiratalmustakin siratallazina...terus dia menjerit dengan kuatnya AMINNNNNNNNNNNN...hah...mmg sah2 lah dia seorang je time tu menjerit..imam dan mahmum lain apa lagi siap ketawalah..abis riuh masjid masa tu..hahahahhaha...lawak gler.....

lagi cerita time tarawih...kan aku ada cerita tadi yang membezakan lelaki dan wanita hanya kain besar yang digantung kat belakang...so kami ni kira budak2 nakal dah pakat kalau time sujud kami akan angkat kain tu n letak kat tengkuk wanita2 di belakang tu...emmm..korang dapat bayangkan tak apa berlaku...time mereka nak bangun dari sujud untuk berdiri kain2 yang diletakkan ditengkuk mereka akan berada dibelakang dan secara automatiknya barisan saf depan wanita akan berada betul2 di belakang barisan lelaki tanpa ada apa2 yang memisahkan...hahahahha..yang lawaknya bila dah berlaku mcm tu ada wanita2 tu sempat pusing ke belakang masuk dalam kain tu semula n lepas tu sambung solat mcm biasa..hahahhahaha..sakit perut ketawa time tu...

ni cerita kat semenanjung pula..ntah kat mana da abang azam tu..dia orang yang paling banyak bantu aku time kat UPSI..time tu kami cuti n stay umah dia kat wangsa maju..time solat tu lupa nak bagitau adik  perempuan dia ambik 8 rakaat je..so time 8 tu kami pun keluarlah n adik girl tu tak jg keluar2..so abang azam ajak pegi dekat tingkap wanita untuk cari adik dia..kebetulan adik dia betul2 kat tepi tingkap..aduh...adik dia dah berdiri dan dah takbir utk rakaan yang kesembilan..apa yg memenjatkan aku abang azam tetap pegi dan berbisik dengan adik dia yang dah takbir n tangan kat pusat..

"adik...jomlah pulang..ambik 8 rakaan je"...yang lawaknya adik tu sempat menoleh dengan tangan dipusat dan menjawab "ih..tak mau..nak ambik 23"....eh..jom lah pulang malas nak ambik 23 kata abang azam..."abang pulang lah dulu..nnt aku ikut kawan2 lain"..abis je ucapan tu terus adik tu sebut "allahuakbar untuk rukuk"..hahahhaha..aku yang nampak tergamam pastu gelak sampai keluar air mata...hahahahha

sekarang ni tiada sudahlah sejarah2 macam tu cuma ada juga remaja2 masi lagi mcm tu..aku nasihat je lah but time nasihat tu aku sempat teringat kenangan2 aku dulu..sama mcm mereka..heheheh..maybe itu proses dalam hidup untuk lebih mematangkan diri..yeh....
 time puasa ni..aku teringin nak makan nasi ayam kat KLCC nie hah..wahhhh

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

KENAPA PUASA SELALU MENJADI ALASAN??

assalam...tq sebab korang melawat blog aku...emm....tak kisahlah korang lawat untuk baca entri ataupun saja nak buka pastu pangkah..sbb aku pun kdg2 mcm tu..buka blog orang pastu tgk2  gambar je n tutup...melainkan entri tu ada kaitan dengan hati..hah..mesti aku baca...yeyyyyy...mat bunga lah katakan..hahahha

emm..maybe belum agak terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca..aduh...satu saja yg aku slalu risaukan time puasa ni...badan aku makin kurus..dah lah kurus...nanti tak hensem bila makin kurus..hahahahhha..hensem kah?????biasa2 saja kot

sekarang da masuk puasa yang ketiga but dari hari pertama sampai sekarang perkara yang selalu menganggu emosi aku bila mendengar orang berkata "oii...puasalah tak ble buat itu ini..."..bila puasa saja pasti ayat2 macam ni akan popular keluar dari mulut2 orang lain.."puasa..tak ble cakap yang tak berfaedah".."puasalah so tak ble tgk yang seksi2"..puasalah so tak bercakap bohong dan macam2 lagi....but satu persoalannya...time bukan puasa bolehlah tu kan buat semua tu??

hah..itulah silapnya manusia sekarang ni..mereka seringkali berubah hanya pada masa bulan ramadhan..mereka memberikan alasan semua itu tak ble dilakukan kerana menghormati bulan ramadhan sedangkan tahukah korang ramadhan itu adalah bulan untuk melatih diri agar bulan2 akan datang kita samakan seperti keadaan kita bertingkah laku time ramadhan...kalau setakat masa ramadhan saja tidak boleh melakukan dosa lepas habis saja ramadhan bermulalah buat benda2 tak senonoh..baik tak payah berpura-pura baik di bulan ramadhan...seharusnya kita seimbangkan kedua2nya....baik diramadhan baik juga dibulan bukan ramadhan...
ramai manusia sekarang yang semakin salah menafsir maksud sebenar puasa itu..bagi saya..memang bulan ramadhan itu bulan yang suci dan semua pahala akan dilipat gandakan tapi mengapa tidak kita lakukan hal yang sama dibulan-bulan lain???mengapa bulan2 lain kita selimuti diri kita dengan perkara2 yang tidak baik???mengapa tu ya...jawab sendiri lah...

semoga puasa tahun ini..kita sama2 baiki diri dan sentiasa memperolehi ketenangan jiwa....time bulan puasa ni tingkatkan kerja amal kepada orang lain...

 tiada kaitan dengan puasa kucing ni but seorang kawan aku minat sangat dengan kucing ni...aku pun minat...ihhh..geram tgk sebab comel sangat kucing ni ....aizul...sabar ya..teruskan berjuang ..aku yakin ko akan berjaya perolehi apa juga yang kau impikan..sabar lah masa itu akan tiba juga...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...