memahami itu sesuatu yang sangat dibutuhkan oleh semua orang...sila angkat tangan jika anda tidak bersetuju bahawa dalam mana2 perhubungan sama ada melibatkan kekeluargaan..persahabatan atau sebagainya semua memerlukan elemen ini untuk menghidupkan setiap jalan cerita yang dicipta...dengan persefahaman apa pun akan dapat direalisasikan...dunia yang dibentuk akan tercipta begitu indah jika persafahaman itu hadir bersama...tapi...seringkali terdengar di cuping telinga mengenai kesalafahaman yang akhirnya memusnahkan semua kebahagian yang diharapkan..mengapa dan kenapa ia berlaku ?
harus diingat..setiap yang dinamakan manusia itu memerlukan orang lain untuk melengkapkan hidupnya..dalam konteks ini ia bukan hanya melibatkan pasangan yang bercinta tapi juga sebaliknya..hubungan kekeluargaan dan persahabatan sesama manusia juga saling memerlukan..tanpa manusia lain dunia ini akan sepi, tanpa suara dan tiada sapa yang memahami erti saling memerlukan...sebab itu apa pun alasan..apa pun sebab adalah satu penipuan andai seseorang itu berkata ia tidak memerlukan sesiapa untuk hidup...dusta semata-mata....
dalam kontest persafahaman seringkali terkeluar dari mulut.."ko tak faham aku mcm mana"..."ko tak faham apa yang aku lalui"..."ko tak faham siapa aku"...."ko tak faham kehidupanku" dan bermacam-macam lagi alasan yang terkeluar...tapi tahukah anda..semua itu sebenarnya adalah alasan untuk menutup kelemahan diri...namun kita kadang2 tidak sedar bahawa kita sangat lemah sampaikan kita ciptakan ayat2 tertentu untuk menutup setiap kelemahan itu...
pernah anda melihat filem kung fu panda 2??dalam cerita itu,,,master kepada panda ada berkata "kuasa dalaman adalah kunci kepada peyatuan sekeliling..apabila kita dapat mengawal kuasa dalaman maka apa pun kita dapat lakukan"...kalau anda lihat cerita itu banyak tersirat yang ingin disampaikan..ia berkenaan dengan hati..ia berkenaan dengan perasaan diri kita sendiri..ia berkenaan dengan pemikiran dan penafsiran diri....ia berkenaan dengan APA YANG KITA ANGGAP PADA DIRI KITA SENDIRI...semua berpunca dari dalam diri kita,,,
berbalik kepada proses untuk memahami..kenapa seringkali wujud persoalan "ko tidak tahu apa yg aku alami".ko tidak faham dan bermacam-macam lagi..seharusnya kita jangan bertanya kepada orang lain tentang apa yang dia faham..seharusnya kita yang melatih diri untuk faham apa yang berlaku....kita yang harus mengerti tentang apa yang berlaku kepada kita dan berlaku kepada orang lain..tak perlu untuk kita mengharapkan orang lain memahami kita kerana ia tidak akan berlaku sampai dunia ni kiamat..tidak akan berlaku..sebab itu dalam cerita kungfu Panda..apabila Panda telah memahami tentang keadaan dirinya sendiri barulah dia dapat mencari kuasa sebenar dan barulah dia dapat mengawal dirinya sendiri.itulah yang dimaksudkan kita kena cari dimana titik persafahaman dalam diri kita..jgn mengharapkan orang lain yang faham...kalau anda mengharapkan orang lain memahami anda maka konflik akan wujud..anda akan tertekan dan lama2 ia akan memakan diri anda sendiri....fahami apa yg berlaku dari kaca mata sendiri...
sekadar perkongsian hari ini..selamat menyambut bulan ramadhan...bersihkan diri dan juga hati....
aku menulis bukan kerna nama