SAHABAT BAIK.

Monday, June 27, 2011

BILA DITIPU KENAPA TETAP MEMAAFKAN??

assalam..jutaan terima kasih kepada anda yang sudi singgah diblog ku ini.....aku yakin persinggahan anda disini mesti ingin melihat apa yang aku tinggalkan untuk anda..walaupun kadang2 aku merapuh tapi semua itu aku karang dari sudut hatiku...dengan blog inilah aku dapat tunjukkan diri sendiriku..dengan blog inilah aku mampu untuk merungkaikan semua persoalan yang bermain dihatiku dan dengan blog inilah aku mampu untuk berkata-kata sesuatu yang di dunia nyata aku tidak mampu untuk luahkan...aku harap dengan perkongsian tulus ini akan memberi anda semua walau sebutir pasir besarnya tentang erti kehidupan masing2...aminn...

tika aku duduk mengelamun diberanda sekolah tiba2 aku teringatkan seseorang..seseorang yang bagi aku terlalu banyak penipuan yang dia lakukan padaku...penipuan demi penipuan yang aku tahu tapi aku tidak mahu untuk ungkapkan semua kepadanya...mesti anda bertanya-tanya mengapa dan kenapa aku begitu???alasanku..kerana aku tidak mahu melukakan hatinya..kerana aku mahu dia sendiri sedar tentang kesilapannya dan terus berubah...namun....adakah aku berjaya???...jawapannya akan dapat dilihat bukan hari ini tetapi suatu ketika nanti..kalau bukan esok mungkin bulan depan, tahun depan ataupun ketika aku telah menutup mata...emmmm..namun disebalik semua harapan ini aku letakkan segunung impian agar aku dapat lihat semuanya dalam tahun ini...ya..tahun ini..

rakan2 semua..aku percaya anda juga ada mengalami apa yang aku coretkan disini.. anda tahu seseorang itu menipu anda..anda tahu seseorang itu slalu menyakitkan hati anda....anda tahu seseorang yang anda sayang itu seringkali memutarkan fakta demi untuk menyelamatkan dirinya...semua anda tahu..TAPI anda tetap rela..anda tetap membiarkan perasaan anda terguris..bagi anda...dialah segalanya..bagi anda biarlah anda yang terluka yg penting dia tetap bersama anda...kasih sayang apa itu???berikan aku definisi kasih sayang yang begitu???kasih sayang yang hanya dilakukan oleh satu belah tangan saja...yang satu lagi?????...ntah dimana disembunyikan...
aku akui mengetahui sesuatu kebenaran itu adalah sangat pahit apa lagi jika kebenaran itu melibatkan seseorang yang anda letak tinggi dalam diri anda..seseorang yang anda terlalu sayang...kedukaan itu tiada sapa dapat mengukurnya walaupun ia tampak diwajah kegelisaan dan kemurungan namun didalam hati..hanya ALLAH yang tahu betapa perit melaluinya...kesakitan dan mungkin juga membawa hadirnya titisan air mata ...kita harus pasrah dan merelakannya kerana itulah yang kita harapkan..kebahagiaan dalam kedukaan...

menyanyangi seseorang itu sangat sakit...dulu ada seseorang pernah berkata kepada ku "orang yang paling kita sayang adalah orang yang PALING banyak akan melukakan hati kita"..ya...aku akui semua itu dan aku yakin kalian semua juga begitu...renungkan sebentar siapa insan yang selalu menguris perasaan anda??siapa insan yang seringkali membuatkan anda menangis??siapa insan yang tika dia tidak menunjukkan kasih sayangnya kepada anda..anda akan rasa terabai???siapa orang itu dikotak fikiran anda...hah..itulah jawapan kepada persoalan ini..orang itulah yang paling banyak menyakitkan hati anda...dan adakah dia orang yang anda paling sayang??????.....tepuk dada tanya selera....


menyanyangi dan diselitkan dengan ketidakjujuran itu banyak dan sukar untuk diungkapkan semuanya...tapi kadang2 orang berkata "andai kita jujur orang lain juga akan jujur kepada kita"..emm..bagi aku itu tidak berapa betul...bukan semua orang boleh bersikap jujur dan mungkin alasan yang diberikan setelah penipuan itu terbongkar adalah semata-mata untuk menjaga hati KITA..dia risau andai kita mengetahui kebenaran maka kita akan terluka atau akan memarahinya...tapi tidak kah terlintas difikiranya bila semua itu terbongkar maka kepercayaan dan mungkin kasih sayang kita kepadanya akan berkurangan?????....emm..mcm2 bermain difikiranku...manusia..manusia..manusia....dimana harus aku cari jawapannya...situasi ini jg banyak aku perolehi hasil daripada pemerhatianku dengan sekeliling...

cuma satu saja harapan dihati..walau sebesar manapun kesilapan walau setinggi manapun anda ingin menjaga hatinya jangan sesekali menipu...aku dulu juga begitu tapi lama2 aku belajar daripada setiap coretan kehidupanku dan aku cuba untuk tidak mengulanginya lagi..jadi..anda semua mulakanlah langkah dari sekarang..jangan ditunggu sehingga saat orang itu berlalu  tanpa dia menoleh sedikitpun dari memerhatikan anda barulah anda rasa menyesal..hargai apa yang ada didepan mata dan tunjukkanlah kasih sayang kepadanya kerana banyak kajian telah membuktikan bila kita selalu mengungkapkan rasa rindu dan sayang kita kepada orang yang MENYAYANGI kita tidak kiralah dia lelaki atau wanita maka ikatan antara kalian akan semakin akrab..jangan malu untuk mengungkapnya dan buatlah dia rasa bahawa dalam diri anda ada ayat ini 'AKU BUTUH KAMU"...

ku berikan beberapa tips dalam perhubungan agar kita sama2 baiki diri
1. Jangan biarkan sidia merasakan bahawa dia tidak dipedulilkan.
2. walau sesibuk manapun anda ambillah masa untuk bersama dengannya kerana baginya saat berdua itu adalah saat2 yang dia harapkan dan pasti akan membuatnya bahagia.
3. Tunjukkan rasa ambil berat anda kepadanya. Selitkan nota2 kecil disetiap perjumpaan dengannya berupa ayat yang menunjukkan anda menghargai apa yg dia lakukan kepada anda.maybe nota itu anda boleh letakkan didompetnya, kereta ataupun dimana2 yang boleh dilihat olehnya selalu..aku percaya..dia akan selalu tersenyum dan mengigati anda ketika dia melihatnya.
4. jangan sesekali menduakan dirinya.
5. sekiranya dia timbulkan persoalan tentang cemburu atau curiganya kepada anda..cepat2 lah anda jelaskan kepadanya agar dia mengerti bahawa anda betul2 memBUTUHkannya..
maybe adalah lebih baik andai aku tinggalkan semua ini..lupakan dia dan mulakan hidup baru...terlalu sakit perasaan serta hati dan sudah tiba masanya untuk aku MENJAGA HATI ku sendiri sebelum ia semakin terluka... SELAMAT TINGGAL KENANGAN...

setakat ini sahaja untuk hari ini..semoga entri ini dapat memberi sedikit perkongsian kepada anda...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Sunday, June 26, 2011

TERIMA KASIH buat aku terharu..

assalam..wah...tajuk entri bukan main banyak persoalan..rasa terharu sebab ap???heheheh..
oh ya...nak kongsikan dengan korang semua..aku baru pulang dari bandar bercuti sakan untuk menenangkan fikiran bersama adik kesayangan ku...emmm...gila ko tak sawan bila aku stay hotel taraf2 4 Bintang yang ala2 stor tu..hahahaha...mahal giler last2 masuk bilik terus bermain-main dikepala hotak aku "bilik aku kat rumah lagi indah dari hotel ni...free lagi..tak payah bayar lagi..siap full siaran astro only dalam bilik aku"...wei hotel 2 inn 1 sandakan cuba baiki sikit bilik tu..huhuhuhu..tapi boleh lah..puas hati dengan layanan pekerja di sana semua baik2 belaka dan paling penting dapat tidur dalam keadaan yang sejuk...bila sejuk tu best lah berselimut macam tengiling kat atas katil sambil berebut2 selimut dengan adik aku..hahahha...rien...abg tetap menang ya..hehehhe

oh ya...hari ini entri yang serba ringkas ni sebelum aku masuk bilik mandi membuangkan semua bau2 hamster kat badan aku ni (baru je main2 dengan 6 ekor hamster comel2 kat bilik ni) aku nak kongsikan korang sesuatu yang mengembirakan..aku kan suka berkongsi so apa salahnya aku post kat sini kan...huhuhuhu..

begini..baru2 ni sambutan hari guru kat sekolah aku...mcm biasa...kalau kapal terbang ratu segala delay adalah AIRASIA but kalau kat sekolah..Ratunya disandang oleh sekolah aku..sebabnya selalu je buat sambutan hari guru sebulan selepas tamatnya sambutan hari guru di Malaysia..16 Jun..orang berarak sakan pada 16 mei kami kat sini 16 jun barulah diraihkan..huhuhuhuhu..

yang unik nya kat skolah ni time sambutan hari guru bukan pelajar yang buat persembahan tapi guru2...AJK Hadiah GURU...ajk pentas GURU semua diuruskan oleh Guru..pelajar???hanya menonton melihat guru2nya menyanyikan lagu sekolah..negaraku..warisan dan ada juga yang bersajak..hahahha...sempat aku dengar budak2 bercakap "ko tgk cikgu tu buat persembahan mcm budak2..."hahahhahhaha...no komen....

hah...yang aku nak kongsikan hari ini adalah hadiah2 yang aku dapat sempena sambutan hari guru..hehehehhe...tapi sebelum tu terima kasih kepada pelajar2 yang mengundi sdiri ini sehingga mendapat anugerah Khas daripada pelajar tentang kategori berikut

ANUGERAH GURU PALING SPORTING KATEGORI PILIHAN PELAJAR
ANUGERAH GURU PALING BERGAYA KETEGORI PILIHAN PELAJAR
ANUGERAH GURU PALING POPULAR KETEGORI PILIHAN PELAJAR

hah..yang sebenarnya mengikut undian aku dapat ketiga-tiga ni tapi tak baik balun semua so bagi2 kat kawan2.lagi pula markah sama kan so semua kami dikira pemenang..yeh..bagi aku semua guru2 adalah pemenang di hati pelajar..cuma anugerah ni dibuat  pengiktirafan sebagai KENANGAN guru itu sampai ke tua..terima kasih murid2 tersayang kerana mengundi cikgu kamu nie..haiya,.,bangga aku sekejap..senyum sampai air liur meleleh pun tak disedar..jijikkkk..insya ALLAH cikgu akan cuba buat yg terbaik utk kebaikan anda semua...biarlah kita saja tahu..heheheheh...

ni antara hadiah yang aku perolehi semasa hari guru tu..
 gambar aku mesti pelajar ambik di FB dan dijadikan mcm ni..wah..malunya..siap tampal di papan kenyataan lagi..tq icul...
 koleksi2 pelajar ..tq korang semua...
 ni paling cantik...kreatif pelajar tu buat..terima kasih sebab bagi cikgu kad ni...sampai mati cikgu simpan...
 kau hado dapat tali leher mcm nie..hehehehe..tq Hamid Chan
 tq lagi..tali leher lagiii
 patung..heheheheh....
lukisan...tq...wah..siap tulis cikgu ensem lagi yer..kakakkakaka
hadiah special dari adik....terima kasih adikku...
terima kasih kepada adik abg (nazreen) sebab bagi hadiah special ni....belajar baik2 ya...terima kasih juga sebab selalu buat abgmu ni gembira...heheheehehe...satu saja soalan "kenapakah anda kuat makan"??hahahhahaha....
 kau umpama waktu yang tidak akan lekang dari ingatanku..

aishiteru..lagu ni aku minat bila cinta melody main..hahahahha..yehhh

hah..tu saja perkongsian untuk hari ini...jom mandiiiiiiiiiiiiiiii

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Thursday, June 23, 2011

MENANG ATAU KALAH?

Assalam..agak lama baru dapat update blog..aku tak tahu kenapa??kdg2 masa itu ada utk aku update tapi keinginan untuk mengarang entri tidak wujud..adakah kerana aku sudah tidak berminat utk menulis lagi???hahahahha..kalau itu kejadiannya bermakna aku bukan sudirman yang korang kenal..itu klon tu sebab sudirman yang ada sekarang ni adalah manusia yang suka menulis..kalau tidak diblog..hah..diari lah menjadi mangsa..huhuhuh...but..mcm biasa..bila blog tidak diupdate ada beberapa kemungkinan sahaja

1. bz tahap power rangers nak selamatkan dunia dengan latihan kepada pelajar.
2. broadband kena potong angkara malas nak ke bandar bayar
3. tiada idea nak tulis apa
4. byk sgt masa dengan awek so leptop diabaikan...hehehehhe

tapi..now..aku nak kongsikan dengan korangpasal pertandingan yang unit aku join baru2 ni..mak dato..bukan main bz tahap power rangers sebab kena bekerja sampai ke subuh utk siapkan semuanya..but alhamdulillah..dari 7 pencalonan kami menang 5 kategori...yeh...2 je yg tak angkat..yg lain semua angkat..amin....jom saksikan gambar2 kami di sana...

 hah..ni dia tulang belakang utk pertandingan ni...bertungkus lumus menyiapkan kapal dan sebagainya....
 hahahahhaha..kepenatan agaknya sampai tertidur
 media maklumat yang mendapat tempat pertama
 folio kerjaya..juga menjadi johan begitu juga dengan EAK
 pihak lawan..segak bergaya mereka di atas pentas...
 kau mampu nak naikkan kapal TLDM atas pentas..hahahaha..JOHAN sketsa...juga dibawah bimbingan aku..hehehehe

wajah2 manis semua peserta khas dari SMKBG2..kemenangan besar dan akan beraksi diperingkat negeri nanti..doakan kami berjaya...OK..aku terselindung disebalik senapang tu..hahahahha

yeh..sambung kerja lagi...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Tuesday, June 7, 2011

APA ERTI MERINDUI BAGI INSAN YG MENYANYANGI??

As salam...moga kalian semua dalam keadaan yg baik2 sayang sahaja...emm..ni kali kedua aku cuba untuk bukak blog akhirnya berjaya..semalam buka tak dapat pula..gila ke apa blogspot ni...nasip bukan orang..kalau org siaplah aku bagi motivasi free...hahahahha...tau lah guru kaunseling..haiya....

korang tengok tajuk tu dan cuba fikirkan sejenak beberapa soalan yang aku utarakan ni??
1. pernah tak korang dalam 24 jam asik memikirkan seseorang..maybe dalam tidur je anda tidak memikirkan kelibat dirinya??
2. bila korang makan..selalu je terfikir dia da makan ke tu??dia sihat ke tu??
3. Bila dia minta tlg..anda tanpa memikirkan diri sendiri anda sanggup lakukan apa sahaja untuknya walaupun terpaksa mengorbankan tugas yang lebih penting?
4. anda selalu melihat HP dengan harapan dia sms anda??
5. Time bangun tidur anda rasa anda mahu jadi orang pertama yang ucapan "morning" kepadanya walaupun hanya dalam bentuk SMS
6. Anda tidak sabar2 untuk melihatnya
7. Bila anda didepannya..anda tidak dapat melihat matanya..anda pula yang malu..hehehe

kalau anda alami semua ni..bagi aku itulah definisi rindu namanya...rindu yang bisa membuatkan kita rasa terseksa..rindu yang bisa membuatkan kita rasa tertekan..rindu yang bisa membuatkan kita yang normal menjadi seperti tidak siuman..rindu yang membuatkan kita marah bila setiap sms yang kita berikan tidak dijawab sepatutnya...ahhh..mengapa kuasa rindu itu begitu kuat??masing2 ada jawapanya....

aku tahu..bagi anda rindu itu banyak..ada rindu untuk keluarga dan sebagainya tapi jika anda betul2 hayati maksud setiap persoalan di atas aku yakin anda akan tahu itu rindu yang ditujukan kepada seseorang yang kita cintai...betul atau tidak..anda sendiri tahu untuk menilainya kerana aku percaya..setiap dari kita pasti ada melaluinya...kan???

walau sebesar manapun rindu itu..walau kesemua persoalan itu anda alami satu perkara yang harus anda pastikan ialah DIRINYA JUGA MERASAI APA YANG ANDA LALUI..jika tidak...itulah dinamakan rindu yang hanya bertepuk sebelah tangan...bagaimana caranya untuk membuatkan dia mengalami hal yang sama??kuberikan kepada anda berdasarkan kepada pengalaman2 yang aku lalui...
1. jangan sesekali memberikan si dia tekanan ...biasanya dalam bercinta ni...ada sahaja persoalan yang boleh menyebabkan konflik...sms lambat di balas pun boleh menyebabkan pergaduhan....so..anda haruslah memahaminya...
2. cuba untuk meletakkan diri anda di tempatnya..jika si dia melakukan hal yang sama kepada anda...adakah anda akan berasa bahagia??jika tidak..begitu jugalah dengan dirinya...
3. jangan selalu bertanyakan kepadanya "adakah kau benar2 mencintaiku"???kalau anda selalu mengulanginya dalam sehari sampai 3-5 kali lama2 dia akan mula bosan dan merasa rimas..tapi tunjukkan kasih sayang anda melalui tindakan....

emmm...apa pun perasaan kita kepada seseorang bagi aku..itu adalah normal..tapi pastikan perasaan itu disalurkan kearah yang baik....jangan sesekali melukakannya dan sekiranya anda terlanjur melakukannya tebuslah ia melalui tindakan yang menunjukkan bahawa anda betul2 menyanyanginya....take care...

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Monday, June 6, 2011

CONTEST SAHABAT ???

Mak atok..baru dapat update blog..masalah blog sejak akhir2 ni di sabah..sukar bangat dong mau buka blog...kena tunggu sampai 20 minit pun masih jg loading2...aramai tieee..boleh gila aku dibuatnya..so..sejak beberapa hari ni maybe seminggu or sebulan aku tak buka blog n tiba2 hari ni aku buka bole pula..hihay...mcm pasukan sorak aku bertepuk dari dalam bilik k...
 ok2..aku baru teringat aku ada buat contest pasal sahabat bulan lalu...disebabkan terlalu bz aku tak sempat lagi nak baca blog korang..kalau aku dah komen bermakna aku dah baca lah tu..so..hadiah yang bakal anda terima bagi pemenangnya adalah

TIKET PERGI BALIK DARI KUALA LUMPUR KE SABAH untuk anda dan Seorang Sahabat anda..kalau anda orang Sabah..kita ke Pulau saja jalan2..hahahhaha

serta

LAWATAN KE TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI AREA SABAH NI
masa tu cuti sekolah so aku memang perlukan kawan untuk dibawa berjalan...yang menang tu kenalah mohon cuti awal2..

HADIAH HANYA UNTUK ITU SAHAJA..HAL MAKAN MINUM BELANJA DI SINI ITU TANGGUNG SENDIRI K..HUHUHUHU

tapi..semua ini akan saya berikan pada bulan november atau disember sebab masa tu cuti sekolah
dan tarikh kedatangan anda akan diserentakkan dengan masa catering blogger2 sabah..mereka ni rajin buat catering...

hah itu sahaja untuk hari ini...kepada pemenang saya akan update entri untuk anda bila semua blog telah selesai dibaca..bila tu??emm..tak kejutan lah kalau bagitau sekarang..so..sentiasalah jenguk2 blog ni ya

agak2nya kenapa ya bila aku buka blog susah sangat nak masuk..asik myaccount je keluar tak pun register u new email..apa kah jadah tu???tu pasal ssh nak update blog bila jadi mcm tu..aduhhh


P/S..Sekarang ni cuti sekolah...sapa nak ajak aku kawin lari??hahahha


SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...