SAHABAT BAIK.

Tuesday, May 10, 2011

TQ ALLAH ATAS PENGAJARAN INI...

assalam...emm...tak perlu nak panjang2 intro..hehehehhe...skrg ni aku tak brapa sihat sgt...badan lemah..mental pun ikut serta lemah...untuk entri ini..dengarkan betul2 lagu n hayati setiap pembacaan...

tadi..aku ke hospital bersama 4 orang lagi pelajar (sama2 sakit)..time tunggu giliran tu adalah dua orang makcik kat depan aku ni...mata ku tertumpu pada seorang warga emas yang sedang dijaga oleh dua orang makcik yg aku maksudkan...semasa aku sedang kusyuk melihat warga emas itu tiba2 telefon berbunyi dan si makcik A terus cepat2 membuka beg nya dan mencari hp agaknya...aku sempat melihat keadaan beg makcik itu..sangat2 usang..sudah lama agaknya..zip telah rosak dan diletakkan hanya pin utk menghalang daripada barang2nya jatuh..selepas itu aku melihat selipar makcik itu hanya selipar JEPUN (bahasa sabah untuk selipar getah biasa tu)..tudung kedua-dua makcik ni nampak begitu usang...

aku alihkan mata untuk melihat warga emas yang sedang duduk dikerusi roda betul2 dihadapan 2 makcik tu...aku yakin itu ibu mereka..sedang warga emas itu terbatuk 2 makcik ini akan berebut mengambil kain untuk menLAP bibir warga emas itu..memberikannya air yang telah diletakkan penyedut minuman untuk diminum oleh warga emas tu..sesekali ibu nya memberi syarat dengan mengangkat tangannya dan menunjukkan ke siku nya..cepat2 dua makcik itu mengaru tangan ibu mereka..semua itu menyebabkan hati aku merundum...sangat2 tersentuh..lalu aku mengajak murid2ku melihat gelagat dua makcik dan ibunya itu..

AKU-cuba kamu tgk 2 makcik tu dan Ibunya...

Pelajar-kenapa cikgu?

AKU-betul kata orang..seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak..tapi adakah 10 anak itu mampu untuk menjaga seorang ibunya yang telah tua begitu..

Pelajar-buat muka binggung..

AKU-cuba kamu bayangkan kalau ibu kamu setua itu..masa itu kamu sibuk bekerja mencari duit dan tiba2 ibu kamu sakit..asik muntah mcm ibu makcik itu..adakah kamu akan membawanya ke hospital bersama adik beradik lain??adakah kamu tidak malu utk menLAP setiap air liur yg keluar menitis dari bibirnya..??

Pelajar-terus muka mereka berubah..

AKU-cikgu kagum dengan dua makcik tu..walaupun mereka tidak menceritakan tapi cikgu tahu kehidupan mereka susah..tapi susah mcm mna pun mereka tidak lupa tanggungjawab mereka kepada ibunya..tetap sabar menjaga ibunya berbanding ramai orang kaya yang bekerja dengan gaji beribu sebulan tapi mereka tidak ada sifat seperti makcik itu..andai cikgu dibagi peluang dan ibu juga hidup semula..biarlah cikgu hidup susah seperti mereka yang penting cikgu dapat berbakti kepada ibu cikgu..sebab cikgu yakin..kita akan kaya raya diakhirat nanti andai kita ada sifat begitu dengan ibu kita..percayalah..dua makcik ini akan menjadi jutawan ketika di syurga nanti.

Pelajar-pelajar wanita menitiskan air mata...emmmm
 maaf gambar kurang jelas sebab aku curi2 sahaja mengambilnya..inilah dua makcik yang aku maksudkan bersama ibu mereka.

terima kasih YA ALLAH atas pengajaran yang KAU berikan kepada kami dihospital tadi dengan mengirimkan dua makcik dan ibunya itu...kawan2 semua..bz mana pun kita..kerja apa pun kita pastikan ibu dan ayah adalah keutamaan kita..tanpa mereka duit sesen yang kita perolehi sekarang tidak akan dapat kita nikmati...fikirkan..

p/s - aku rindu ibuku setengah mati..

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Saturday, May 7, 2011

SIAL...BODOH...F**k dan dot-dot com...

assalam..harap korang semua sihat2 sahaja...utk pengetahuan semua now aku tak mandi lagi.hahahhahahahaha.

aku tidak suka entri panjang2 sebab aku tahu korang tidak suka baca lama2..heheheh..biar pendek yang penting berisi...ada jg pahala dapat kan...

korang semua tahukan...aku bekerja sebagai seorang pendidik (guru)..dan yang paling pentingnya aku adalah guru Bimbingan dan Kaunseling atau lebih dikenali sebagai Kaunselor..sbb tu aku suka berkongsi...kehidupan aku dalam pekerjaan ini memberikan 1001 mcm pahit dan manis , sejuta rasa mengenai proses mengenal erti diri dan 1 perjalanan mencari makna disetiap perilaku dan personaliti manusia...iya..itulah aku....aku suka belajar dari apa yang berlaku disekitarku sama ada ianya positif ataupun negatif lalu aku kongsikan dengan harapan anda dapat sesuatu..

Dalam kehidupan ni..banyak perkara yang kadang2 kita ingin luahkan ketidakpuasan tapi lidah keluh berbicara dan mata terpejam untuk menyatakan kesemuanya..pelbagai persoalan timbul..... sekiranya ku luahkan adakah masyarakat dapat menerimaku??adakah aku tidak akan dicaci??adakah aku akan disisihkan dan yang paling penting yang menjadi nadi bagi setiap persoalan ini adalah adakah aku akan di MARAH??ya..itu yang sering membelenggu insan ...ketakutan...ketakutan sehingga takut untuk meluahkan kebenaran sedangkan ALLAH itu suka kepada manusia yang berani menegakkan kebenaran kerana di sisiNYA tinggi darjat hambaNya itu...

melalui pemerhaitan aku dapati ramai orang diluar sana yang suka sangat menggunakan perkataan yang tidak baik...f**k...sial...bodoh dan sebagainya..aku paling tidak suka mendengar perkataan ini dan disebabkan itulah aku langsung tidak pernah menggunakannya untuk sesiapa tapi mengapa ramai juga yang tanpa segan silu mengerakkan bibir2 mereka melafazkan kata2 ini....???kenapa tu???adakah kerana ia telah menjadi kebiasaan??atau pun ia telah menjadi bahasa wajib untuk diguna bila emosi tidak stabil...emmmm....anda tahu jawapannya...

cuma satu yang ingin ku kongsikan kepada korang semua..apa yang kita keluarkan dan tunjukkan kepada orang lain itulah yang mengambarkan dalaman kita..iaitu HATI...jika hati kotor dan jika hati hitam ia pasti akan didorong untuk melafazkan apa sahaja tanpa memikirkan dosa dan pahalanya...aku akui..maybe korang marah dan yang keluar itu adalah ucapan kerana korang marah..tapi tahukah korang...ketika marahlah kita dapat lihat sejauh mana keimanan dan sejauh mana sabarnya seseorang itu...jika ia mampu mengatasi rasa marahnya dialah manusia mulia di sisi ALLAH....

dan satu yang aku tahu..sekiranya kita melafazkan kata itu kepada orang lain melebihi 40 kali (maksudnya kita telah ucapkannya sebanyak 40kali) apa yang kita kata itu akan kembali kepada diri kita sendiri..contohnya bodoh,,maka bodoh itu akan kembali kepada diri sendiri begitu juga dengan SIAL...kan kata2 itu merupakan satu doa so..hati2 jangan sampai apa yang kita lontarkan kepada orang lain berbalik kepada diri kita sendiri..ada faham kan;???

lagi satu aku mau korang semua fikirkan...kalau korang buat satu benda..hasilkan sendiri dan orang lain mengatakan ciptaan anda itu bodoh..sengal..bengong dan sebagainya adakah anda akan marah????pasti terasa kan...so bagaimana dengan Tuhan yang mencipta manusia dan selepas itu ada yg mengatakan ciptaNya bodoh dan seumpamanya?????fikirkan...

jadi...sama2 lah kita baiki diri..baiki bahasa dan sentiasa sabar ....kalau anda pernah menggunakan perkataan ini...belajar untuk membuangnya...yehhhh...mandi dulu...oh ya..selamat hari ibu untuk anda yg bergelar ibu...
 p/s : aku merindui keluarga angkatku di Batu Gajah, Perak ...hhuhuhuhuhu..tq menjaga aku sepanjang aku praktikum di sana dulu...selamat hari ibu kepada ibu di sana...

 khairol azwan (pelajar)..tq atas segalanya dan utk hadiah hari ibu..kek yg comel ...hahahah..wei..stop2 gna bahasa yg tidak berguna tu ya..ada rupa randy pangagila tak?huhu..dah ada awek ni...good luck SPM..

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Friday, May 6, 2011

AKU PEMBUNUH!!!!!

as salam...
apa kabar semuanya??harap korang semua sihat2 belaka sesehat senyuman yang korang lontarkan kepada jirang tertangga..huhuhuu..wah..penat giler baru pulang dari gotong royong perdana di sekolah...

hey!!nak tanya ni??Pernah tak korang disabitkan kesalahan membunuh???or langgar lari setelah melanggar satu nyawa??emmm...aku amat tertekan sekarang...biarlah ia ku luahkan di blog ini...aku telah menjadi pembunuh pagi ini..aku telah meragut nyawa pagi ini...sedih dan takut...kenapa dan mengapa ini semua terjadi padaku???tidakkkk...

cerita bermula seawal jam 10 pagi tadi apabila aku memecut kereta vios ss5882k kesayanganku menuju ke rumah..selekoh tajam ke apa ke semua aku samakan je..pecut dan terus pecut ..tibalah disatu selekoh tanpa aku sedari dengan kelajuan 120KM sejam aku telah melanggar sesuatu..agak terperanjat sebab hentakkannya di kereta jelas kedengaran lalu tercampak ke tingkap hadapan..aku sempat menekan brek kecemasan dan apabila aku turun dia telah tercungah-cunggah ...aku cuba untuk selamatkan dan akhirnya dia mati dalam tanganku...teramat sedih ku rasa...semoga Roh mu dirahmati...amin...ku abadikan dirimu dalam blog ku....
 aku sebenarnya pencinta burung..pelbagai jenis burung aku ternak dan apabila situasi ini berlaku ia telah memberi tamparan hebat buatku..aku sedih

P/S : hati2 ketika memandu...jangan sampai ada nyawa lagi terkorban....


SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Thursday, May 5, 2011

ANDA TELAH TUA JIKA YANG TUTTTTT TAK DIJAGA????.....

as salam..hey..agak lama juga ya baru aku rasa happy begini mau update2 blog...biasalah kan..siapa tidak kenal dengan Sudirman..penyanyi hebat yang sentiasa BZ...kalau setakat masuk AF tu..emmm..bukan cakap temberang bin bongkak lah tapi gerenti aku dapat undian banyak....undian banyak untuk mengeluarkan aku cepat2...hahahahhahaha..mampu??mestilah mampu kalau setakat mau heret beg tarik yang ada tayar kat bawah tu..lain lah kalau disuruh tarik keretapi guna rambut kah...tarik kereta rosak ke...hah..kalau itu gerenti aku tidak mampu..hihayyyyyy

oh ya..sawadikap...kabare....waras...mestilah waras kan...(sihat le tu maksudnya dalam bahasa hendon)...bagi patik di sini eh..tiba2 guna bahasa si fauzi aryan dalam blog..hahahahhahah..sory pak sesat jalan..siut je ko kan fauzi..ko bawak aku round2 shah alam pastu ko pun sesat jalan n tiba2 tanya aku di mana jalan....nak je aku menjerit depan muka ko mcm ni "oiiiiii...aku orang sabah lah wei...aku mana tahu jalan2 sini nie..."hahahhahaha..tapi...sebab aku ni malu2 kucing jantan persian sikit aku diam2 je lah..hahahahaha..sory pak...jgn marah dong....

sejak beberapa hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua tentang apa yang berlaku kepada diriku...bila aku mandi je ada rambut..ada rambut je aku mandi..haiyaaa...aku binggung...kepala rasa gatal yang amat sangat...aku tahulah aku nie mmg sah2 gatal tapi janganlah naik ke kepala pula...ihhhh...gatal ntah kenapa ni..shampoo segala shampooo aku pakai...ko mau shampoo apa???shampoo iklan kareena kappor??aaron Aziz..semua aku sapu but gatal tetap ada..n yang tidak suka ni rambut mula gugur...risau2...dan secara tiba2nya aku berfikir..adakah aku telah tua???adakah aku akan botak???adakah aku....wah..tidak.!!!!!.apa lagi cepat2 aku call kawan bucuk aku si aizul marcello pembekal minyak kelapa dara..alhamdulillah lepas sapu dikepala minyak tu..gatal dah kurang...amin....mujarab minyak ko aizul..bukan minyak nasi kangkang ke ni??hahahhaha...siapa suruh selalu je ko kena kan aku kan..apa pun..bulan 5 ni selamat bertunang ya..moga bahagia....

berbalik kepada cerita tua2 ni..siapa yg tidak takut untuk tua??kulit berlipat sana sini..botak...dada yg dlu bidang menjadi seperti lipatan kain buruk..hahahah..mesti tiada kan..jom kita selongkar beberapa perkara yang seharusnya kita jaga semasa muda2 ni agar nanti tua semuanya baik2 sayang sahaja...

MATA
hah...ni yang ramai insan2 lupa untuk jaga..dijaga dibahagian dalam je...tapi mereka lupa untuk menjaga kulit dibawah mata tu,,disinillah bermulanya muka korang nampak tua bila lingkaran hitam tu menyerang ditepi2 mata korang..ramai yang tidak menjaga kurnian Tuhan ni...mereka asik sibuk menguruskan retina mata..beli ini..titik itu..air segala air disimpah dalam mata untuk memberi kilauan mata katanya...yeh..jangan silap ya...anda kenalah sentiasa menjaga kulit bawah mata tu dengan memberikan lembapan yang secukupnya..kalau lelaki boleh guna loreal for men khas untuk kulit bawah mata tu..mmg berkesan sebab sejak aku pakai 5 bulan yang lalu aku tgk mata aku sentiasa segar..kalau ada masa pula..letak timun je sambil baring2 dengar lagu kat bilik..kan berbaloi tu..
KULIT BAWAH LEHER
emm..perasaan tak..ramai diantara kita sibuk2 menguruskan kulit muka..pakai krim bermacam krim melainkan krim planta...tapi tahukah anda..kulit leher juga sangat sensetif apa lagi jika anda mempunyai kulit leher yang banyak..hah..jaga2..tiada guna muka halus kalau kulit leher anda tergantung mcm kantung kangaroo di australia sana..cuba perhatikan leher anda..ada banyak garisan kan???kalau itu anda tidak jaga..lama2 ia akan menampakkan anda semakin tua..so..jagalah baik2..caranya...senang je..beli losyen yang ada SPF...sapulah..selalu sapu n paling mujarap adalah meletakkan tomato yang telah dilumatkan..terserah koranglah nak hancurkan guna mesin or gigit hancur kat mulut lepas tu keluarkan semula n sapu kat leher..aku peduli apa??hahahhahahah...tapi kalau girl...untunglah..dapat korang sembunyikan di tudungkan...muka je halus rupanya..kat bawah tudung tersembunyi syaitan segala syaitan..hhuhuhuhuhu..lelaki??jangan sesekali ingin menutupnya dengan memakai tudung....mak nyah ke apa??tampor kanggggggg

PERUT
hah..masa umur belasan tahun dahulu..bangga je tunjuk perut kat kawan2..tapi bila umur dah mencecah 25 tahun ke atas..emmm..ambik kau...tiba2 teringat iklan racun perosak kat TV tu..nak sembunyi kat belakang langir pun perut tetap dilihat..hihayyy....nasip perut aku ok je..men10...tapi hairan juga sebab kawan2 dlu yang perut ok je sekarang dah teruk giler..emm..korang mcm mana??check cepat oiii....aku adalah belajar satu teknik nak kempiskan perut ni...caranya..dalam sehari lakukan aktiviti selama 10 minit dengan cara berdiri pastu melompat ke atas sambil tangan dinaikkan ke atas..pastikan masa anda lompat tu tangan betul2 dilontar ke atas agar tarikan otot tu dirasa..cubalah...

RAMBUT
ni lagi penting..muda2 pun korang kalau abaikan perkara nie..rambut...bagi wanita itu adalah mahkota mereka..tanpa rambut sapa2 pun tidak akan nampak kiut or cantik or hensem melainkan maher zain yg sah2 botak tu tetap juga korang suka..ihhh..jeles aku..hihihiihi...rambut adalah bahagian dalam tubuh yg paling sensetif sebenarnnya..bila anda merasa gatal jangan sesekali mengaru kepala kuat2 mengunakan kuku yg panjang kerana ia akan menyebabkan lapisan kulit kepala makin tipis dan akar2 rambut akan terganggu yang membawa kepada keguguran rambut...selalunya cuci rambut menggunakan bahan yang sepatutnya..paling penting bagi lelaki yang agak pemalas tu pastikan sebelum tidur rambut telah dibersihkan dari sebarang bahan kimia...takut nnt time tidur abis semuanya mati...........

tapikan..muda or tua pun kita bukannlah perkara yang penting..yang paling utama yang harus kita sentiasa jaga ialah HATI..kalau itupun ikut tua dan akhirnya mati maka rosaklah seluruh anggota badan kita..sentiasalah menjaga yang itu dengan basuhan wudhuk dan limpahan zikir kepada Pencipta...tanpa hati..rambut, perut, mata or apa sahaja anggota badan tidak akan dapat berfungsi dengan baik...


cukup setakat tu ..hihihihi..love u all....muahhhh


SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama

Sunday, May 1, 2011

IBUKU

as salam....
TQ kepada anda yg singgah membaca diblog yg tidak seberapa ini..sesungguhnya inilah dunia kedua ku.dunia maya yang dapat menceritakan semua yang aku alami dan semua yang aku rasakan...yg aku pendam dan yang aku tersiratkan dalam sanubariku kerana disinilah aku menjadi diri sendiri tanpa aku mengenal erti malu dan erti cacian insan lain...Aku menulis bukan kerna nama..bukan jga kerana populariti tapi sekadar ingin berkongsi sesuatu yg jauh dari sudut hatiku ada insan lain yg mendapat iktibar setelah membacanya, mendapat semangat dan suntikan motivasi utknya meneruskan hidup...aminnn

suatu ketika dahulu aku ada membuat contest pasal IBU..itu percubaan pertamaku untuk aku berikan sumbangan sempena kemenangan adik perempuanku melahirkan seorang baby lelaki..ramai yang menyuruhku untuk membuat entri pasal IBU ku..kini..ku sajikan kepada ANDA...

ramai dari korang semua meletakkan entri dan gambar2 menarik pasal IBU .aku gembira membacanya dan tidak kurang juga yang menyebabkan mata berkaca dan rasa sedikit tangisan ingin merundum dijiwa..cemburu pun kadang2 wujud bila melihatnya kerana apa???kerana....aku hanya ada gambar IBUku seperti ini.....
secara jujurnya kadang2 aku cuba untuk memejamkan mata mengigati bagaimana rupa ibuku namun aku selalu tidak berjaya untuk mengigatinya...aku gagal..aku tiada apa2 simpanan gambar utk aku merenung mata dan tubuhnya bagi aku merasakan kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu...yang aku mampu lakukan hanya mengeluarkan kata dan mengucapkan "mak..aku sayang mak..mak..aku rindu mak..mak...mak dan mak" tapi..untuk aku merasa pelukannya aku sudah tidak mampu...semuanya bermula pada tahun 1995..

18 september 1995 tarikh lahirku yang ke 12 yang dicadangkan untuk disambut setelah aku berkeras ingin diraihkan memandangkan dari kecil sampailah saat ini aku langsung tidak pernah diraihkan.Mak dan ayahku adalah dua insan yang dibesarkan dengan fikiran orang dulu2..di Kg terpencil nun jauh di Indonesia..Sumatera...perkahwinan hasil persetujuan dan perbincangan IBU BAPA sahaja tanpa bersua muka namun ia tetap bahagia..tarikh 18 ini benar2 memberi tamparan hebat buatku..tidak disangka dengan semua bahan2 untuk dijadikan juadah menyambut hari jadi bertukar kepada juadah KEMATIAN untuk tetamu yang datang...apa yang memilukan hatiku apabila hasrat Ibu untuk bertemu dengan kedua-dua ibu dan bapanya di indonesia tidak kesampaian...bermula awal 1980 ibu berjanji kepada Ibunya di kg akan kembali untuk berjumpanya dalam tempoh 3 tahun diterima dengan khabar pemerigiannya kepangkuan Illahi..janji yang diberikan selama 3 tahun di Malaysia berlarutan ke 15 tahun dan akhirnya semua hasrat tidak kesampaian..Ibuku menhembuskan nafas terakhirnya di Malaysia dan disaat ibu telah merancang untuk membuatkan diriku kek coklat...ibu ku pergi setelah lama menanggung sakit..ketumbuhan di lututnya telah meragut nyawa ibu..ibu yang selama ini sentiasa senyum apabila ditimpa masalah..sentiasa menangis bersama jiran-jiran tika sahabat2nya ditampah masalah...Ibu yang aku tidak pernah melihatnya meninggikan suara kepada suaminy..ibu yang setiap hari jumaat selepas ayah pulang dari solat jumaat dia akan mendapat lelaki tua itu sambil mencium pipinya dan memohon ampun atas segala salah silapnya dalam minggu itu..itulah ibu ku ...air mataku menitis membuat entri ini...semasa ibu pergi aku dalam beberapa hari lagi akan mengambil UPSR..atas semangat dari IBU aku berjay memperolehi 3A , 1B dalam UPSR...aku bersykurrr

Ibuku adalah seorang Ibu, isteri dan kawan yang soleh..sejak dari kecil kami sentiasa dididik untuk menghormati orang lain..hasil dari didiknya percaya atau tidak aku dan 3 orang adik beradikku tidak pernah bergaduh..tidak pernah bertumbuk..tidak pernah melontarkan kata2 kesat sesama sendiri..kami harmoni sebagai 4 orang adik beradik..tiada yang dilebihkan dan tiada yang dikurangkan..semuanya di sama ratakan dengan nilai kasih sayang yang sama..disebabkan itulah mungkin tika ini dalam diriku jauh atau dekat pun adik beradikku aku tetap menyanyangi mereka sepenuh hatiku...aku tetap sentiasa mencintai mereka sebagaimana ibuku mencintai anak2nya...

satu perkara yang aku selalu buat ketika ibu masih hidup adalah berpura-pura tidur di ruang tamu ketika sedang asik menonton television...apa tujuan aku buat begitu??sebab..aku suka bila mak mengangkat aku ke katil dengan tangannya yang halus sambil dia mengangkat ku..mak akan berkata "besar sudah anak lelaki ku nie nanti besar jadi orang berguna ya".....apabila sampai dikatil aku akan berpusing dan terus tersenyum tanpa disedari oleh ibuku...saat ini..tika melihat sesiapa sahaja yang mengangkat anaknya ke katil aku akan teringat peristiwa ini...

tika ini..apa yang aku akan lakukan apabila aku merindui ibu...aku akan melihat baju2 lamanya yang masih indah dijaga di almari..kadang2 adik perempuanku akan memakai baju itu tika raya utk solat di masjid..ketika semua orang memakai baju seragam melambangkan tema masing2 adik2 perempuanku pula akan memakai baju kurung itu...hanya aku yang tahu bahawa itu adalah baju ibuku...sayu rasanya melihat baju itu yang satu ketika dlu di kenakan di badan ibu kini ia ditubuh anak2nya...
 kepada anda di luar sana..sekiranya anda ada ibu..layan dan jagalah dia dengan baik..jangan sesekali meninggikan suara dan jangan sesekali meninggalkan rumah membiarkan ibu2 bersedih..sebab tika dia tiada nanti..anda pasti akan menyesal dan anda pasti akan merindui semua kasih dan sayangnya....

setelah 17 tahun pemergianmu..kini anak2 mu telah dewasa..aku telah berjaya mendidik kesemua anak2mu untuk menjadi insan berguna..aku telah berjaya untuk memegang amanahmu IBU agar aku mendidik adik2 ku menjadi manusia yang mempunyai tempat di mana2..aku berjaya mak...aku telah tunaikan semua janjiku utk memberikan apa sahaja yang adik2 ku minta..aku telah tunaikan segalanya mak..cuma satu sahaja yang aku tidak dapat tunaikan..janjiku kepada mak suatu ketika dulu untuk membelikan tudung hijau kepada mu...maafkan aku...khas untukmu ibu..aku sayang ibu selamanya...moga ROh Ibu dirahmati ALLAH SWT..aminnn

SUDIRMAN
aku menulis bukan kerna nama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...