SAHABAT BAIK.

Monday, February 28, 2011

keputusan RASMI contest tentang IBU..

salam semuanya..YA AMPUN..kenapalah man asik sibuk saja sejak akhir2 ni sampai badan susut 2 kilo...asik di hantar berkursus..kursus..kursus..lama2 jadi kurus...emm..tapi suka juga sebab makin dapat banyak ilmu...ok2..seperti dijanjikan 28hb dah tiba..setelah dekat 2 bulan barulah man dapat nak umumkan keputusan contest man hari tu..mengambil masa yang agak panjang untuk membaca dan mendalami setiap entri korang...banyak tu..kena lihat tatabahasa lagi...hahahahha..tak da lah..cuma tak adillah kalau Man tak baca betul2 kan...emm..betul2 feeling entri korang tu...sampaikan air mata ada juga menitis nie...

sebelum tu...sekali lagi diingatkan Man buat contest ni sebab man rindukan ibu man dan sebagai sumbangan sebab man dapat jadi pakcik dah..hehehehe

1. Tempat pertama RM200
2. 5 orang bertuah akan menerima top up RM30 seorang
3. Baju khas dari Sabah dan beberapa hadiah lain.

ok ini dia keputusan RASMI nya...kepada pemenang tahniah diucapkan..

5 orang bertuah yang mendapat RM30 top up adalah :

 BLOG CIK PUAN HARDY

 BLOG DANIEL ADIE


BLOG FIE OMAR

 BLOG SYAFIQ

BLOG SYAZWAN RAHMAN

Disebabkan man suka satu blog ni angkara gambar yang menarik man nak berikan satu anugerah khas untuk blog nie...hihihi..kira bonuslah ya...(hadiah misteri)
BLOG BUDAK COMOT


PEMENANG UTAMA (RM 200.00)
BLOG QARL

Tu lah senarai pemenang contest tu..wei..korang tau tak skrg ni jam 3.13am...semalam man ingat nak publish sebelum jam 12.00am sebab janji nak post 28hb..but..line broadband masalah n jam2 begini barulah ok..gigih tak man subuh2 nie..
kepada semua penerima anugerah (ala2 artis pula) sila mesej man di FB dan berikan alamat serta no hp anda ya...semua urusan hadiah hanya sah melalui POS MALAYSIA BERHAD...

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA BLOGGER YANG JOIN..semua anda adalah pemenang di hati Man.hah...hihayyyyyyyyyyyyy...tidorrrrrrrrrrrrrrrrr

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Tuesday, February 22, 2011

MAAF PENGUNJUNG SEMUA

Moga semuanya sihat2 belaka..

harap maaf sebab Man tiada masa untuk update blog sebab sekarang ni Man berada di Kota Kinabalu selama seminggu untuk karnival Anjuran MARA peringkat Negeri SABAH dan juga Karnival JOM Masuk U peringkat Negeri SABAH juga...ni pun Man update semasa ceramah sedang dijalankan...maaf juga kepada pengunjung yg rajin komen entri man di sini sebab man tak dapat lagi nak komen2 entri korang..nnt bila free man kunjungi anda semua ya..

Kepada blogger2 yang join CONTEST Man pasal IBU hari tu man akan umumkan pada 28 Februari (isnin ni) ini sebab masa itu Man berada di Sekolah dan bolehlah mengambil masa untuk membuat entri itu.Keputusan telah pun berada di leptop (bukan tangan ya)..

mutiara kata hari ini...kejayaan besar yang gemilang itu bermula dengan langkah pertama..sesiapa yang berani untuk melangkah dialah yang akan berjaya tetapi sekiranya anda takut untuk menanggung risiko andalah manusia yang paling CELAKA.. 

semoga anda semua sentiasa bahagian dan senyum2 selalu...
sayang kawan2 semua..anda sayang saya tak??hahahhahaha

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Friday, February 18, 2011

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
tentang jiwa yang meronta 
dan tentang hati yang menangis

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

* biarlah yang berlaku itu sebagai cerita..cerita indah yang mungkin akan menjadi kenangan terindah..diukir sedikit demi sedikit menjadi memori..bukan memberi alasan jauh sekali memberi halangan tetapi sekadar bercerita apa yang ada dihati..diluah dan dikongsikan dan seandainya ia tidak berkenaan abaikan dan tinggalkanya..

* andai satu jalan telah dipilih teruskanlah dengan jalan itu bukannya ingin berpatah balik dan mencipta jalan baru kerana ia akan menyebabkan hati terluka dan luka itu tiada sapa dapat sembuhkan melainkan ia kembali ke jalan asalnnya...biarkan daku sendiri menjalani sisa2 hidup bersama dengan semua kenanganmu bukan ingin meninggalkanmu namun jalan yang kau pilih tidak sama seperti dulu dan hati ini tidak punya kekuatan untuk menerimanya...ia sangat lemah untuk menerima semua perubahan ini..

* jangan bercerita tentang ketelanjuran dan kepercayaan kerana ketelanjuran itu datangnya dari hati..manusia berkata tentang ketelanjuran tanpa berfikir panjang tapi bagaiman dengan manusia yang telah terlanjur mengkhianati seseorang satu ketika dulu..menduakanmu dengan alasan ketelanjuran adakah dirimu dapat menerimanya semula?itu juga adalah ketelanjuran tanpa berfikir panjang..itu juga melibatkan kepercayaan tapi semua itu kenangan lama bukan untuk mengungkit jauh sekali ingin memandingkan tapi sekadar ingin meluah apa yang dikata tidak sama apa yang diterbitkan..

* ku luahkan di sini segala isi hati bukan untuk mempertahankan diri tapi sekadar untuk meringankan beban di hati..penderitaan di hati..kesengsaraan di hati bagi mencari SYURGA CINTA yang telah mula menjauhi..yang telah mula mengikis demi sedikit cinta itu..dimanakah syurga CINTA yang dicipta bersama ditepi pantai bersama dinginnya angin dan cahaya lilin ditengahnya??

kepada anda semua..bila telah memilih satu jalan teruskan berjalan dijalan itu walau apapun yang berlaku sama ada wujudnya onak duri yang bisa melukakan kaki ataupun 1001 halangan yang bisa menurunkan darah teruskan berjalan tanpa anda berpatah balik ke pangkal jalan dan membina jalan baru..kerana jika anda lakukan begitu seseorang yang berjalan seiring dan berpegang tangan dengan anda akan rasa ditinggalkan dan dia akan merasa sendiri melalui jalan yang telah dipilihnya dahulu..cinta dan sayang itu tidak ada yang berubah walau sedikit kerana ia tetap ada di hati..

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Wednesday, February 16, 2011

MAULIDUR RASUL sesuatu yang pelik.

Bismillahirohmanirahim...Assalamualaikum W.W.B..emm..kena jadi alim ulama hari ni ya sebab baru je kita menyambut ketibaan hari kekasih sedunia iaitu Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W..semoga kita semua akan mendapat keredhaan dari ALLAH SWT atas apa juga tauladan yang kita ikut dari Rasulullah..amin..

Hari ni Man nak kongsikan sesuatu..mesti ada yang menaikkan kening dan tidak kurang juga yang mengerutkan dahi bila melihat tajuk entri nie..hah..korang jangan cakap man buat ajaran sesat pula ya..ni betul2 berlaku ..apa yang pelik tu adalah berkenaan dengan amalan Rasulullah..maybe bagi kita pelik tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk semua umatnya seperti kita nie...semua itu ada kebaikannya kalau tidak percaya amalkanlah..ok2..ni dia..

1. Jangan makan SUSU + DAGING
2. Jangan makan DAGING + IKAN
3. Jangan makan IKAN + SUSU
4. Jangan makan AYAM + SUSU
5. Jangan makan IKAN + TELUR
6. Jangan makan IKAN + DAUD SALAD
7. Jangan makan SUSU + CUKA
8. Jangan makan BUAH + SUSU cth KOKTEL
9. Jangan Makan Buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru nasi
10. Tidur satu jam selepas makan tengah hari
11. Jangan sesekali tinggal makan malam..siapa2 tinggal dia akan cepat dimakan usia dan kolestrol akan bertambah

ni hanyalah dari sudut makanan sebab man percaya makanan adalah faktor utama kepada penyakit..setiap padanan makanan di atas tak ble dimakan pada satu masa yang sama..mesti ada sebabnya..so..hati2 ya...

dari senarai di atas Man pun kadang2 ada yang termakan dan maybe korang jg begitu ..dari senarai tu juga ada yang pelikkan..hah..itulah amalan Rasulululah..maybe ada yang tidak tahu jadi apa lagi copy n print cepat..semua amalan ni tidak akan nampak dalam masa terdekat tapi ia akan kelihatan hasilnya dalam jangka masa yang panjang...amalkanlah selalu ya...


pesanan lemah lembut ini dibawakan oleh

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Sunday, February 13, 2011

TSUNAMI melanda..

emm...tak ble nak karang panjang2 sebab penat giler...cuma nak kongsi dengan kawan2 pasal pasukan kawat yang Man latih..lihatlah gambar2 di bawah semoga ia dapat menceritakan segalanya...tsunami tu nama bagi rumah biru...

 berjalan dengan bangganya
 barisan pelajar tsunami ...
 yang ni buat man pecah perut nak ketawa..man rosakkan patung adik di rumah n ambil kepalanya..hahaha..kalau korang nak tahu sapa pelajar ni..dia adalah pelajar yang man angkat dalam entri sebelum ini..boleh tak korang bayangkan time orang kat belakang (sebab dia di depan) formasi dia jalan je..pastu man jerit kuat2 kat tepi padang suruh dia tgk belakang..hahahha..semua org ketawa masa nie...agak lawak di situ
ni bentuk apabila formasi di lakukan...smart tak...
 rumah kuning....abis muka kena warna..nak tau guna apa??guna pelaka je n warna air...hahahha..jahat guru2nya
 rumah hijau...
 rumah merah...

emmm...walaupun pasukan man tak johan but bagi man semua kami pemenang sebab dari sukan ni banyak yang man dapat...man rapat dengan pelajar2 yang selama ni ada yang man tak kenal n tak rapat..dari sukan ni man jadi rapat dan akrab dengan mereka..sama2 berpanas..sama2 menjerit dan sama2 ketawa..cikgu sayangkan korang semua...harap teruskan semangat sukan tu dalam akademik pula selepas ini...lagu HERO ni khas utk pelajar2 semua...kitalah hero andai kita belajar sesuatu dari apa yg berlaku...semoga kenangan ini kekal selamanya..amin

CONTEST MAN TENTANG IBU akan man umumkan 26hb nie..pemenang dah ada cuma agak bz mau buat entri..lagi pula seorang hakim si aizul marcello agak lambat memberi resultnya..hahahhaha...(abislah kalau dia baca nie)...

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Tuesday, February 8, 2011

JOM TGK GELAGAT PELAJAR MERENTAS DESA

hai..wah..gigih abang sudirman korang update blog kan..hahahha..abg???muntahhhhhhhhhhh..hehehhe..emm..sebelum nak bagitau skrg ni man sedang duduk di dalam opis memakai pakaian biru (emm..semangat rumah biru ada lagi ya) dan di hadapan pula ada beberapa pelajar sedang memakan keropok ikan..(sah2 lah kan man pun cuit2 sekali keropok mereka)..hehehe..

semalam telah berlangsung dengan jayanya sukan tara dan merentas desa yang mempertandingan rumah2 sukan..ada 4 semua ya..Man ketua rumah TSUNAMI (biru)..yang lain tu kuning(huricane), merah(twister) dan hijau(greg)...

ok2..mesti korang tertanya-tanya siapa yang menang kan??hehehehhe..semenstinya rumah man lah yang menang keseluruhan dalam merentas desa tapi untuk sukan tara hanya tempat kedua kalah 2 mata dengan twister...tapi tak pa sebab paling utama kami serumah dapat sama2 bergembira, ketawa, main lumpur n berpeluh beramai-ramai..hihayyyy...amin...
 kelihatan di situ wajah kesayangan hamba yang amat hodoh aksinya..hahaha..tinggi tak..tinggi tak...hahahaha
 ni lah saat2 mengembirakan apabila rumah Man (tsunami) menang keseluruhan...yeh...tak kira ramai orang ke tak kami tetap berdiri...semangat sukan lah katakan....siapa agaknya yg angkat pelajar tu??hahahhah..guru lagi eksited berbanding pelajar ok..
 meriah je muka2 pelajar nie...
 barisan putera yang juga penyumbang kepada kemenangan...mereka ni kalau depan kamera suka sangat...akrabnya mereka...
 antara guru-guru rumah sukan tsunami yang banyak membantu...yg baju putih tu pelajar ya tapi besar mengalahkan guru...
 puteri2 rumah tsunami...
sekarang mari kita lihat pencabar2 dari rumah lain..
  gelagat pelajar yang di paksa utk melompat jauh..ambik kau..masa burung patah sayap dah..masa ni man suka sangat sebab dapat ketawa kuat melihat aksi pelajar...bukan mengejek k but sekadar nak riuhkan suasana...
 hah..rumah greg..hijau tetap hijau..kaki ayam tetap kaki ayam..tetap semangat ya...
 1 ,2 , 3 lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
heh...tinggi tak lontaran ...harap2 tiada yang kena..hehehhe
 rumah twister

itulah gelagat2 pelajar masa aktiviti merentas desa dan sukan tara..meriah tetap meriah..emmm..korang tak rindukah suasana masa sekolah dulu...hihayyyyyyyyyyyyyyyyy

Friday, February 4, 2011

BILA HATI DILUKAI..perlukan utk berdiri di situ terus??

salam semua..hari ini tiba2 hati terpanggil untuk mengalunkan semula melodi2 indah bagi membentuk satu madah yang datangnya dari hati..berbekalkan lagu di blog dengan lirik yang bisa memberi kaca angkara air mata man mula mengerakkan jari jemari ini..bukan untuk diri man..tapi untuk anda diluar sana yang sedang berduka..yang sedang bersedih..yang sedang marah..yang sedang berdendam dan mungkin juga yang sedang menangis..menangisi kecurangan..menangisi pemergian, menangisi perpisahan, menangisi kehidupan dan mungkin juga menangisi kematian...semua itu masing2 yang punya rasa..masing2 punya pendapat dan masing2 mendefinisikannya mengikut HATI ...iya..masing2 ada erti..
 secara jujurnya..man punya hati yang kecil..yang tidak bisa dan tidak mampu menahan bila melihat pernderitaan orang lain...kesedihan itu akan menjadi beban kepadaku..man yakin anda juga begitu..anda membiarkan diri anda terbakar untuk orang lain..anda membiarkan diri anda menanggung semuanya untuk seseorang yang anda sayang..anda membiarkan hati anda menangis untuk orang lain...tanpa orang itu tahu bahawa anda juga sedang menderita..anda juga sedang menangis..anda juga sedang terbeban...emmm...adakah mereka, kau dan dia tahu?..tidak..tidak..hanya anda yang tahu...

bila cinta dan kasih sayang telah dilahirkan ia akan kekal begitu..kekal di dalam hati..benih itu akan tumbuh dan menjadi sepohon pokok yang rendang..yang berbuah dan yang mekar hanya untuk diri dan orang yang di sayang..tapi apa akan jadi andai pokok yang disemai bersama itu rupanya telah diberikan racun..dicantas..dirosakkan tanpa pengetahuan anda..bila tiba masa anda mengetahuinya sudah agak terlambat kerana pokok itu telah rosak sepenuhnya..pada masa itu, anda merasakan bahawa pintu telah tertutup..semua kebahagian telah tiada..musnah...rapuh dan mungkin juga ekoran daripada itu anda merasa dendam..anda mula tidak tidur malam..kesal dan menangis serata hati berbisik "kenapa kau lakukan begini kepadaku??..kenapa kau curang..kenapa kau tidak dapat melihat betapa aku mencintaimu"...semua itu berlegar-legar..emmm....

kawan2..man pernah melalui semua ini..dikecewakan..dikhianati..pada masa itu, man sendiri merasakan bahawa pintu telah tertutup..man berdiri lama di hadapan pintu itu..man menangis..man kecewa..dalam doa man akan menitiskan air mata...man rasa dunia ini telah gelap segelap malam tanpa bulan dan bintang..tapi..bila matahari telah terbit man kembali berfikir..kenapa man berdiri terlalu lama dihadapan pintu itu sedangkan ALLAH telah membukakan pintu lain kepada man??...kenapa man tidak sedar setelah satu pintu itu tertutup telah ada pintu lain yang dibukakan untuk man??kenapa..kenapa man tidak sedar semua itu...sebab itulah..bila anda merasakan bahawa pintu kebahagiaan anda telah tertutup..adalah lebih baik anda jangan berdiri lama di pintu itu...melangkah dan terus melangkah..berjalan ke hadapan kerana di sana man yakin ALLAH telah membukakan pintu yang lagi indah untuk anda...iya...pasti...

kadang-kadang juga..dari pagi matahari begitu indah memancarkan cahayanya..kita berharap agar keindahan itu kekal sampai ke petang rupanya ditengah hari mendung dan gerimis telah turun..kita marah..kita kesal dan kita salahkan ALLAH kerana menarik keindahan itu..tetapi setelah hujan berhenti kita melihat pelangi dengan 7 warnya2nya..rupanya setelah hujan dan mendung itu..ALLAH memberikan kita pelangi yang lagi indah dari sinaran mentari..ALLAH lebih tahu mana yang lebih baik untuk hambaNYA..fikirkan...

kuatkan semangat..teruskan berjalan dan jangan berputus asa..namun sekiranya telah sampai kemuncak anda tetap berputus asa..teruskanlah melangkah dalam keputus asaan itu..yang penting jangan berhenti melangkah untuk mencari pintu yang lain...teruskan tersenyum kerana dengan tersenyum mungkin akan mengubat kesakitan anda...INILAH WARNA WARNI KEHIDUPAN..be strongggggggggggggggggggggggggg

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"

Wednesday, February 2, 2011

KEMISKINAN VS KEKAYAAN siapa menang??

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (ihhh...skemanya)..
ok2..pagi tadi time memandu kereta hitam kesayangan Man tu tiba2 teringat mimpi semalam..Man tgk diri Man menarik satu beg besar dan didalamnya penuh dengan duit..emmm..adakah ini semua pengaruh dari alam sedar lalu terbawa ke alam tidak sedar sebab sejak beberapa bulan ni Man asik fikir je mcm mana cara nak tambahkan pendapatan sampingan...emm..bukan nak kata mata duitan ya tapi kadang2 Man fikir adalah elok kalau bergantung lebih dari satu pendapatan..barulah income tu dapat lebih sikit..betul tak??

hari ni Man nak kongsikan dekat korang semua pasal satu keluarga nie..mereka ni pada mulanya hanya penjaja kecilan..menjual barang2 runcit, pergi ke rumah2 menjual ikan...rumah mereka pada masa itu adalah ini..
kehidupan mereka pada masa itu sangat susah tapi satu yang membuatkan man bangga sebab ayah mereka langsung tidak mengenal erti putus asa..berusaha dan terus berusaha..walaupun hanya bersekolah rendah dia sentiasa berfikiran YAKIN BOLEH..bagi dia..diri sendirilah penentu kepada kejayaan diri..bukan sejauh mana anda belajar atau setinggi mana ijazah yang anda pegang...namun,hasil daripada usaha akhirnya kini..mereka telah menetap di rumah ini dan mereka telah mempunya banyak income darilah kelapa sawit, kedai runcit dan borong, kontraktor dan sebagainya..kini mereka bukan hanya ada satu kereta malah ada 6 kereta tidak termasuk lori ya..(moga ia menjadi suntikan motivasi kepada kita)


man ingin kongsikan di sini sebab ramai kawan2 atau murid2 yang hanya bersekolah sampai SPM selalu mengalah pada situasi..selalu berkata kepada diri "aku ni hanya bersekolah sampai SPM..aku tak ble jadi mcm korang semua yang dah masuk U...aku ni hanya orang kampung..aku tak tahu apa2"...tapi bagi Man..bukan darjat..bukan pangkat dan bukan sejauh mana kita melangkah untuk mengejar ijazah yang membolehkan kita berjaya tetapi disebabkan keyakinan dan kemahuan diri..jika kita mahu maka jalan akan terbuka di hadapan..harus berani mencuba dan jangan takut gagal..sekiranya kita telah melangkah masuk ke tempat yang kita ingin jadi walaupun tanpa apa2 kita akan diajar sedikit demi sedikit dari pengalaman itu..dari sedikit lama2 akan banyak yg kita ketahui...

sebagai contoh..adakah anda pada mula2nya tahu cara membuat blog??tidak bukan..mula2 buat blog hancur sana sini.design pun bertabur tapi disebabkan anda hari2 berdepan dengan blog buka sana sini akhirnya anda tahu sedikit sedikit cara untuk mencantikkan blog dan mcm2 lagi anda akan tahu..sebab itulah man katakan..mesti berani..masuk dulu lepas tu belajar di situ n insya ALLAH anda akan dapat banyak...

sekadar perkongsian semoga ia dapat memberi motivasi kepada kita..
jom kongsikan apa impian anda...
SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...