SAHABAT BAIK.

Sunday, November 28, 2010

KekalKan Cinta Berlandaskan Hati..

.hihi..ok2..skrg mood jiwang menjiwangi diri ini..pejam mata mendengar lagu dadali-disaat aku mencintaimu lepas tu terasa bagai duduk ditepi pantai bersama seseorang yg disayang sambil dia menjeling manja kepadaku..disebalik jelingannya itu ...PAK..aduii..kena pukul buku kepala ku "hey pren, ko kacau aku mengelamun lah..apalah"..hahahha...kacau daun saja...ok2..emm..aku tau mesti ramai di antara kita akan berasa suka, sedih atau diam sahaja bila bercerita tentang hati ...sbb hati adalah DAGING yg inginkan kasih sayang dari semua orang tp ada saja yg menemui konflik sesama pasangan dan biasanya ia berlaku kerana wujud perbezaan diantara kedua-duanya ...mcm mana nak samakan perbezaaan itu?bolehkah dilakukan???
kawan2..bila kita membuat penilaian kpd orang lain ia sebenarnya berkait rapat dengan personaliti diri kita sendiri tp angkara ego tinggi kita tidak akan mengakuinya dan menganggap org itu yang salah..sbb tu dalam mana2 hubungan jgn sesekali anda membincangkan apa yang anda dan pasangan anda tidak suka..anda menyuruh pasangan anda untuk bercerita ttg tingkah laku anda yang dia tak suka or tak puas hati..bila ia terjadi keegoaan itu akan timbul,,,anda or dia akan mempertahankan diri sendiri dan menceritakan bahawa bicara itu salah..,akhirnya yg berlaku konflik..ada bagusnya jika anda belajar memahami dan mengenal pasangan anda melalui pemerhatian dengannya sehari hari..dari situ anda akan tahu di mana baik dan buruknya dan selepas itu belajarlah untuk menerima dia seadanya...kena ingat, adik beradik yang keluar dari perut yang sama pun tidak ada yang sama perangainya apa lagi anda dan pasangan yang sah2 berlainan..belajarlah dari pengalaman dan sentiasalah bertolak ansur..perbezaan itu penting utk menjadi pelengkap dalam hidup berpasangan..namun, sejauh mana anda mengadaptasikannya itu pilihan anda sendiri...good luckk...


setakat tu je untuk kali ini....hihihi..slot jiwang skit yer..huhaaaaahhhhhh...jgn heran ye letak pic sendiri sbb skrg ni rasa macam musim nak kawin je sana sani..so da dapat kesempatan duduk atas pelamin tu so ambiklah gambar,..hihihihih...aku nak kawin..aku nak kwin...sapa nak aku cepat angkat jari...hahahhaha


SUDIRMAN
"Aku Menulis Bukan Kerna Nama"

Friday, November 26, 2010

photoshoot yang gila2..hihi


yehaaa...seronok sgt kerja GURU ni sbb pelajar cuti tukang ajarnya pun cuti..eh..bkn tukang kurang ajar ye..baca betul2.tukang ajarnya yg membawa maksud pak guru..hihi..skrg ni aku berabis berjalan ke sana ke sini ke tempat di mana aku rasa nak pegi..darilah negeri di bawah bayu terus ke atas bayu semua disapu rata.biasalah cuti dekat 2 bulan..kamu ada??hahaha.emm..ada satu part tu kena jadi klien kepada photographer hebat sedunia..siapa lagi kan kalau bukan mantan pelajar masa praktikum dulu (http://aizulmarcello.tk)..adoi..seorang jejaka yang tulang keras terpaksa mengikut kehendak menGAYAkan mcm2 skill..rasa nak terketawa pun ada but tahan je..hahaha..hah..ni pic2 yang dia ambik..pakar tak dia??...
saja nak tunjukkan tali pinggang yg dipakai..kunun untuk memulakan mantra agar pic2 nampak ok..hahaha..kepala hotak aku segala matra..dah muka tak hensem kan so kenalah guna semua jampi serapah agar kelihatan menarik nanti..menarik ke??hihi
malu aku tgk muka aku sendiri..haha..kenapa gitu yer?malu tgk muka sendiri..rasa nak termuntah pun ada..hey!!marah mak bapa aku nnt aku kata gini..susah2 mereka hasilkan aku..hihi..sory pak..
kayu tetap kayu ye..jgn nak terperasan nampak ala2 model dalam amerika next top model tu yer..ko tu hnya sesuai untuk amerika next top ...emm..ntah apa..kookokokokoko
seakan dunia..menjadi gelita..cahaya bersinar tiada ternilai..eh..betul ke lagu nie..main bantai je nie...
korang nilailah sendiri mcm mana yer..hihihihi
ni gaya spontan yer..gaya tersendiri..hahaha..aku suka tgk pic ni..tak tahu kenapa...
memikirkan sesuatu yg tak pasti..
YA Allah..lindungi aku dan keluarga serta rakan2 ku selalu..amin...
ok..selesai udah untuk kali ini..terima kasih kepada insan baik hati yang tolong photoshoot nie..biasalah orang biasa kena jemput untuk photografer orang2 kawin dan orang2 penting..dah lah blog dia selalu masuk majalah sebab keunikan dan kecantikkan pic yang dia ambik..tabek spring lah beb...nanti kalau ada sapa2 nak kawin jemputlah dia yer..sebut je nama sudirman ble dapat murah gitu..hahahaha...
klik je blog si tukang photographer

SUDIRMAN
-Aku Menulis Bukan Kerna Nama-

Thursday, November 25, 2010

CERITA HATI

mendengar lagu blog ni rasa bersemangat sambil goyang2 kaki yer dan
kdg2 tanpa disedari kepala pun bergoyang..skrg ni da berapa hari tak berada di Sabah..cuti sekolah lah katakan so kenalah bagi hadiah kepada diri sendiri utk rehatkan minda sambil mencari pengalaman di tempat orang lain..ok2..jom nyanyi ramai....

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta
untuk entri kali ni..tak banyak yang ingin dikongsi sbb nya aku rasa kosong sekarang..banyak perkara yang datang dan pergi tanpa diduga..kdg2 timbul rasa dihati kita apa dan siapa yang seharusnya kita persalahkan bila berlakunya perpisahan..ada yang kata salahkan pertemuan dan ada juga yang kata salahkan pada diri sendiri dan paling best "itu semua suratan takdir"..aku bercerita ni jgn pula korang mengada-ngada ingat aku ni putus cinta or berpisah sama sapa2..hey!!!tampar muka korang guna kasut aku yg busuk tu ye..hihi..cuma skadar sedih sebab seorang kawan tu terpaksa putuskan hubungan dengan aweknya angkara awek tu kena paksa kawin..emm...betul ke tu ye bila kita terpaksa mengikut kehendak orang tua untuk berkawin or menyukai seseorang yg pada awalnya sememangnya tiada dalam diri dan hati kita untuknya??kalau ia berlaku kepada anda dan ibu bapa akan mati andai anda tidak mengikut kata2nya..apa korang akan lakukan...untuk hari ini..ku sajikan 2 nasihat lokman kepada anda yang bersahabat...hayati dan fikirkan

Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.


da..da..da...aku sayang semua kawan2ku..aku mmg jiwang dan kdg2 sensetif tpi dalam jiwang dan sensetif itu dalam hati ku paling dalam..aku sayang persahabatan ini...

SUDIRMAN
:Aku Menulis Bukan Kerna Nama:

Wednesday, November 24, 2010

AKU TAK BODOH filem...

"setiap manusia itu ada baik dan buruknya"
"sejahat mana manusia pun pasti ada kasih sayang dihatinya"

AKU TAK BODOH
adaptasi dari filem di Singapore.barisan pelakon walaupun ada yang baru dilihat namun gandingan dari pelakon-pelakon hebat tanahair menjadikan olahan filem ini begitu cantik dan memberi 1001 pengajaran..setiap slot yg ditayangkan akan ada sesuatu yang akan anda dapat..ala2 melihat iklan di tv..setiap iklan yg pendek itu memberi sejuta maksud yang tersembunyi..jalan ceritanya tidak kering dengan idea yang kelakar namun memberi didikan yang mendalam khasnya kepada Guru macam saya dan Ibu Bapa serta masyarakat lain..betul2 diadun mengikut pandangan dunia dari seorang kanak2 dan remaja..inilah satu2nya cerita di Malaysia yang membantu jutaan kanak2 dan remaja khasnya pelajar sekolah untuk menampakkan apa sebenarnya yang terbuku dalam diri mereka..gejala melawan guru, melawan kata ibu bapa, samseng dan sebagainya ditersiratkan dalam filem ini..yang pasti setelah selesai melihat semua perjalanan filem ini terdetik di hatiku "aku harus menjadi guru yang dapat melihat dunia semua pelajarku seperti dunia 3 pelakon remaja dalam cerita ini"

ni watak adik beradik dalam citer tu..watak utama yer..lucu tgk gelagat mereka berdua ni..kalau nak tahu lebih lanjut silalah ke pawagam berhampiran yer..hehehe
WAJAH-WAJAH PELAKON AKU TAK BODOH 

korang kenal ni kan..pengacara TV3..fitri..dia bukan pelakon dalam filem tu yer..but penonton juga sekali dengan MC..hihi..kawan lama masa pesta pantun USM ..
 
ni watak adik beradik dalam citer tu..watak utama yer..lucu tgk gelagat mereka berdua ni..kalau nak tahu lebih lanjut silalah ke pawagam berhampiran yer..hehehe
ni ariel..pelakon utama juga dalam filem tu..best dia nie..tak sombong..maybe ada yang cakap mcm tak kenal je dia nie..dia ni dulu popular citer kat tv3 tu..2 tahun berehat untuk lakonan dan kemunculan semula dalam filem nie...

APA AKU DAPAT DARI FILEM NI
1. hidup ni kadang2 kita berjumpa dengan manusia yang perilakunya teruk tetapi seharusnya kita faham semua itu terbentuk hasil daripada komunikasi persekitarannya...
2. bukan semua yang kita fikir itu betul..betul juga kepada orang lain...sebab tu kena saling hormat menghormati pandangan masing2..
3. aku nangis tgk citer ni sbb ada kaitan dengan hidupku..hahahhahahah..kantoi....

SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerana nama"

Thursday, November 18, 2010

Kesedihan melanda..

hari ni hari last persekolahan..dari pagi aku rasa sedih semacam..tak tahu kenapa bila memikirkan hari isnin ini sudah tidak ada gelak tawa pelajar, usikan pelajar dan kesedihan yg mereka selalu kongsi bersamaku..emm..mengapa hati ini sebegini..aku rasa bagai jatuh di gaung yang dalam bila seorang demi seorang pelajar datang menyalamku dan mengucapkan selamat bercuti dan semoga berjumpa lagi..paling menyentuh hatiku bila pelajar tingkatan 5 yang tidak akan ada di sekolah ini tahun depan berjumpa, salam dan memberikan hadiah kepadaku..emmm..Ya ALLAH.kenapa perasaan ini bagai ingin menangis ya...jujurnya, aku sayangkan semua pelajar dan bagiku merekalah dunia ku..mereka lah yg banyak memberi senyum tawa dan memberi semangat kepadaku..mereka lah kawan, adik dan pelajar bagiku..aku sygkan mereka bagaikan adik2ku..wahh..wah...cikgu sedih nie...

 Ahmad Safuan..belajar baik2 ya..moga berjaya dapat yang terbaik dalam SPM nanti..
terima kasih atas segalanya...TQ hadiah ini..
semua pelajarku..ingatlah..bagi cikgu kamu semua adalah keutamaan cikgu..cikgu akan sanggup lakukan apa saja untuk memberikan kejayaan dan kegembiraan kepada kamu..kamulah dunia cikgu..kamulah penyeri kepada setiap kehidupan yg cikgu wujudkan dalam dunia itu..dunia cikgu akan gelap tanpa kamu..terima kasih atas segalanya...


SUDIRMAN
" aku menulis bukan kerana nama"

Saturday, November 13, 2010

KETIKA SAHABAT MENJADI PENGKHIANAT!!!

emm..smalam baru je chat dengan seseorang dari FB..dia meluah pasal kawan yg dia sanjung dulu n skrg berubah..berubah menjadi seseorang yg dia tak suka..dulu dia membenci seseorang kerana termakan hasutan orang itu dan skrg dia sedar bahawa orang yang dia anggap sahabat sebelum ini rupanya hanya bersandiwara...emmmm
       Kawan..kawan..kawan..bila aku buka facebook ramai status korang berkisar tentang perhubungan ini..pasal dikhianati, ditipu, disayangi or dicintai..rasa bahagia,rasa gembira,rasa duka or rasa sedih??..semua menyentuh ttg hati dan perasaan korang dan aku jg tidak terkeculi merasakannya..kenapa ya??
      Ketika sahabat menjadi pengkhinat..aku selalu berkata "sahabat adalah org yang duduk diberanda bersama-sama denganmu tanpa berbicara walau satu perkataan pun dan akhirnya apabila ia berlalu pergi kamu merasakan seolah-olah telah berbicara 1000 satu bahasa dengannya"..Bila kita bercerita tentang sahabat dan kawan..kawan hanya berbentuk perhubungan hati yang kadang2 ada perkara yang kita tidak mampu dan tidak mahu berkongsi dengannya tp sahabat?..segala2nya kita akan bercerita..dari hal baik atau buruk semuanya akan dikongsikan sebab dari dalam diri kita dia boleh dipercayai..dia boleh diharap untuk menyimpan semua cerita itu walaupun sekiranya pada suatu hari nanti anda ditakdirkan untuk berjauhan..dengannya anda rasa bahagia sekali tapi apa berlaku bila gelaran sahabat itu akhirnya bertukar menjadi pengkhianat??mengapa dan kenapa ia berlaku?
        kenapa ya..bila kita telah serahkan seluruh hati kita kepada seseorang dengan kita mempercayainya bukan setakat sebagai sahabat malah sebagai adik beradik dia tegah menyakitkan hati kita..melukakan hati kita dengan menukar persahabatan itu menjadi pengkhianatan..menukar semua kepercayaan itu menjadi khianat..Ya Allah..sakitkan..sesakit ujung pedang menusuk sedikit demi sedikit ke dada yg akhirnya bisa membunuh jiwa..
emm..aku secara jujurnya hanya mampu utk menulis perasaan ini di sini mewakili semua insan diluar sana yang merasakan apa yang aku rsa kerana apa yg aku coretkan di sini keluar dari dalam lubuk hatiku..kita tau akan ada insan2 yang tidak menyukainya dan menganggap semua perkataan dan ayat ini membela diri dengan kata-kata manis..inilah aku..inilah kita..semua kata2 itu bukan kata2 manis yang dikarang oleh bijaknya minda dan luhurnya hati tetapi setiap inci dan butiran itu keluar dari benarnya perasaan hati masing2...
pernahkah terjadi apabila anda telah mempercayai seseorang dan menganggapnya lebih daripada family anda akan menceritakan segalanya kepadanya..semuanya..tapi apa berlaku bila perkara itu disampaikan kepada orang lain..ingat ya, di dunia ini tidak ada manusia yang mampu untuk menanggung semua kesakitannya..kita memerlukan orang lain untuk meluahkannya..bukan niat kita untuk memburuk tapi kita percaya pada sahabat itu dan kita tahu dia tidak akan membenci insan yg dimaksudkan kerana sesungguhnya niat anda adalah untuk berkongsi duka dan meluahkan apa yang anda tanggung di hati..tapi..apa anda rasa sekiranya semua yg anda luahkan sampai kepada yang empunya badan??anda pernah laluinya???...
KINI..akhirnya aku sedar bahawa bukan semua orang yang kita kenal boleh menjadi sahabat..bukan semua hal yang pada mulanya manis akan kekal manis selamanya..ia pasti akan menemui jalan kepahitan dan tika saat itu muncul barulah kita akan terhantuk untuk mengetahui siapa kawan dan siapa lawan...untuk diriku sendiri juga...janganlah kerana satu kesalahan kita menghukum dan membiarkan semua kebaikan yang orang lain telah lakukan kepada kita...serahkan semuanya kepaeda ALLAH dan yang paling penting kita kena menjadi sahabat yg baik dahulu sebelum kita mengharapkan seseorang menjadi sahabat didalam hidup kita...sentiasalah bersabar dan ingat umur kita tidak tahu dimana kesudahannya..kita tidak tahu maybe akan hadir waktu dimana org yang kita benci skrg akan menjadi orang pertama yg akan menolong anda tika anda dalam kesusahan dan tidak mustahil sekiranya satu hari nanti anda akan menjadi insan yg paling akrab semula..oleh itu, sayang dan benci seseorang jangan 100% kerana tidak mustahil ia akan berlaku sebaliknya 5 or 10 tahun akan datang..hihihih..sekian..nak makan bubur dan kuih pisang dulu..wah....YANG PASTI..AKU SUDAH TIDAK ADA SAHABAT..hanya kawan semuanya kerana aku tidak mau sakit lagi..melainkan seorang iaitu si kamera canon..hihi..harap ko kekal begini selamanya dan sentiasa membahagiakan aku..ok..

SUDIRMAN
"sentiasa membuka hati untuk berkawan dengan sesiapa"

Thursday, November 4, 2010

impian yg ku galas di bahu..

impian..impian..cuba kalian pejam mata sekejap n fikirkan apa impian yg kamu mau capai..impian yang anda wujudkan mungkin dalam mimpi dan anda ingin merealisasikannya dalam kehidupan hakiki..huahuahua...ni mesti ada yg terfikir "kawin sm anak jutawan"..hahahha..kalau ada sah2 lah kamu tu mata duitannnnnn..kuang3x..jgn nak mengelak ketawa ye..dah kantoi n dah tercop kat dahi korang..kantoi..kantoi...emm..kalau bercerita bab impian ni..aku pun mau jg kawin sama anak jutawan nie..tu pun kalau ada yg nak sbb aku rasa kalau aku tanggalkan baju satu persatu pun  dgn skill ala2 slow motion belum tentu anak jutawan tu terpikat..lari ketakutan tgk badan kurus kering dengan menyangkanya sekujur mayat yg baru bgn dari kubur adalah kot..hahahahah...hey!!!..korang ingat aku ni tak laku kah..cuba korang jual aku kat jabatan buruh indonesia berebut orang nak ambik aku tau..bikin kerja tukang cuci kereta...hahahha..adakah patut..sudah2..jgn gurau2 lagi...lucu2...ok2..tahun 2011 dah nak dekat..tadi aku tgk rancangan OPRAH tu..nampak kat situ smua manusia yg catat n tulis impian dia akan tercapai dalam masa 5 tahun..so..aku nak catat kat sini impian aku untuk tahun 2011..harap2 tercapai..amin...
 ehem..ehem..ni dia aku minat nie..dlu tak minat lah kamera ni but setelah diperkenalkan oleh seseorang aku dah makin gila nie..kdg2 buat2 tak malu poss sendiri depan cermin..hahaha..tahulah aku ni hodoh so kalau nak ketawa duduk depan cermin n buat muka hodoh2..naikkan hidung,bulatkan mata dan sebagainya..ala..jgn tipulah..korang pun biasa buat kan..hahaha..kalau belum..buat skrg..ini jg salah satu teknik lepaskan tekanan..bt muka lucu n ketawa puas2..kakaka..lepas tu mak bapa korang masuk terus lempang sambil cakap "kau gila kah?"..hahahaha
ni dia impianku..skrg ni pakai vios je lah..but dari dulu nak pakai kereta nie..ntah kenapa..sasaran pakai vios tu 4 tahun je n nak tukar..hihihi..skrg dah dekat 4 tahun..korang doakanlah aku berjaya kumpul duit ye..amin...amin..amin...kalau dapat ni aku belanja korang..ble??hihihi..
ni impian terbesar dalam hidupku..aku mau buat rumah sendiri..bukan beli di bandar tu..but rumah yg aku bina atas tapak tanah aku sendiri..skrg ni dah ada tanah sawit n bila ada rezeki aku ingin sgt ada rumah mcm nie..semasa ibu masih hidup inilah selalu mak cakap..so..sbgai anak sulung aku simpan impian tu untuk buat rumah bukan sahaja utk diri sendiri but untuk ayah dan adik2ku..aku mau banggakan mereka...YA ALLAH..tolong tunaikan impianku nie..korang doakan aku ye..
kdg2 kita rasa kitalah org yang paling bahagia di dunia nie..kita ketawa dan terus ketawa..kita berbelanja duit sewenang-wenangnya tpi seharusnya anda ambilah masa sedikit untuk melihat anak2 yatim dan ibu bapa yg dibiarkan di rumah2 terasing..apa tanggungjawab kita semua??adakah disebalik kegembiraan kita dan disebalik semua kelebihan yg diberikan kepada kita oleh Yang Kuasa kita tidak ble memberikan nikmat senyuman itu kepada orang lain..kawan2...kongsilah semua kelebihan yg anda ada utk kebaikan orang lain.aku juga miskin tapi aku suka memberi pesanan ini utk saling ingat mengigati..aminnn..Pesanan ini untuk anda dan juga untuk diriku sendiri..semoga aku dan anda tidak leka dengan semua yang kita miliki..amin...

SUDIRMAN
"memandang dunia dari pandangan kasih sayang"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...