SAHABAT BAIK.

Sunday, October 31, 2010

rehatkan Minda di Kota Kinabalu..(PIC KURANG KUALITI SBB KAMERA HP)

PENJELAJAHAN BERMULA..HAHAHAHHAHA..

emm..seminggu 5 hari bekerja walaupun cuma setengah hari tp kepala rasa nak pecah mengurus sana sini..kdg2.."hey!!" sama pelajar lepas tu bila pelajar menoleh muka kesian ala2 duit 5sen tu cair balik aku..haha..ni yg payah klu jmpa cikgu mcm aku nie..(kunun perasaan baik mcm P Ramlee dalam Ahmad Albab)..ok2..baru2 ni klu korang follow blog sekolah yg aku uruskan tu korang tahulah ke mana aku menghilang dalam 4 hari dari daerah si Bung Moktar Radin laki pelakon tu..hihi..ke Kota Kinabalu..alang2 dah ada disana aku pn yg mmg suka shoping terus menerus memikirkan pakaian..wah..wah..time kat sna saat tak ble lpa tu bl murid2 angkat aku n lontar tinggi utk dapatkan gambar cantik..risau bangat..rasa mcm pelajar akan lontar tinggi2 lepas tu mereka biar je terhampas ..hahaha..syukurin nggak ada apa2 ugak yer..hihihi
kalau korang ada plan nak ke sabah or KK..pastikan anda ke sini..pengalaman begitu indah dan cantik sekali..perjalanan cuma mengambil masa selama 15 minit sahaja..
 ok2..kat tmpt ni korang ble naik atas mcm tu..lepas tu gerenti korang akan dapat mcm yg aku dapat.."encik..kanak2 je ble kat situ"..aku pun jawab "kanak2 lah ni kak"..hahaha
 penyu ni berenang betul2 depan mata..adoi..rasa nak sembelih saja
tak payah cakap..korang tahu apa ni kan...
 dapat pegang tapak sulaiman yang hidup..but..gamat geli nak pegang sebab mcm....hahahhaha

 kalau korang rasa nak ke sabah..pegi tmpt nie..nampak skema kan..but di dalam enjoy abis..banyak menarik di dalamnya

 ala2 pemain biola gitu..hahaha

tingginya..sapa tu???

time ni ada pelajar nak tolak saya ke dalam kolam..lepas tu..aku kejar dia n angkat..takut...takut..haha
 galeri ni mmg best..pasal perjuangan seorang kerani biasa yg dapat memerdekakan Sabah..dapat inspirasi di sini..
 kete ni tv kat cermin k..tgk betul2...
 mengada-ngada sekejap kat tanggal yayasan sabah..hahaha..
 haiya..sini ada baik punya oh...peaceee...
 aku termenung memikirkan dirinya..wah..aku merinduimu..hahahah
 pegi 1B..tgk wayang jap...
 ni kat pantai..hihihi
 jalan2 di pasar tamu area KK ternampak kucing ni..comelnyaaaaaa..
 ni makanan kerang bakar..ada tak tempat korang??tak de kan..bukan main sedapnyaaa.....
P/S kpd sesiapa yg suka membaca blog aku ni n memandai buat kesimpulan awal yg aku ni tgh berduka or bersedih or hidup tak aman or mcm2 lagi..baik stopkan lah sbb aku mmg sentiasa happy di sini...hidup kena diteruskan but ingat satu hal saja..ada baiknya jika siasat betul2 hal yg didengar itu betul or tidak atau hanya sekadar ciptaan di mulut org tu untuk memburukkan ..hihihi

SUDIRMAN
"aku akan sentiasa bangun bila jatuh"

Wednesday, October 27, 2010

MANN (suara hati or Perasaan mengenai PENGORBANAN)

 aku baru saja melihat cerita hindi MANN ..terharu dan sebak betul hati ini melihat jalan cerita tu..diolah dan diukir begitu indah untuk mengungkaikan erti pengorbanan..pengorbanan seseorang untuk orang yang disayangnya...emm..bercerita tentang pengorbanan aku yakin ramai yang akan setuju jika saya katakan bahawa anda juga pernah lakukan pengorbanan itu..mengorbankan diri untuk seseorang..mengorbankan kegembiraan dan senyuman diri untuk orang lain dan mengorbankan perjalanan hidup juga untuk seseorang..tanpa kita mempedulikan apa yang kita rasa dan tanpa kita mempedulikan adakah hati kita benar2 ingin lakukannya....semua itu adalah pengorbanan...
emm..kadang2 hati kita berbisik "Ya Allah..kenapa semua ini harus terjadi kepadaku..kenapa semua ini aku yang kena lalui...kenapa semua kasih sayang yang aku berikan dan semua pengorbananku dianggap satu penipuan dan diketawakan oleh semua orang..seadainya engkau mampu membuka hatiku dan kau melihat ada apa disebalik isi tersirat di hati itu kau akan mampu melihat betapa aku korbankan diriku atas tiket untuk kau bahagia"..aku yakin setiap dari kita ada melalui hal ini...aku yakin titisan air mata juga pernah mengalir di pipi anda bila mengenangkan semuanya cuma harapan aku..sentiasalah kita bersabar dan teruskanlah memberi kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain walaupun pada hakikatnya kita tidak diberikan kegembiraan sebagaimana yang telah kita hulurkan..saya percaya, jika anda terus berusaha utk membahagiakan orang lain suatu hati nnt Tuhan akan berikan anda berlipat kali ganda kerana DIA lebih tahu mana yang lebih terbaik untuk kita..maybe bukan sekarang tp akan tiba hari di mana anda akan mengecapi semuanya...teruskan melangkah dan jangan pernah stop utk melakukan kebaikan dan sentiasalah baiki diri dari setiap kesalahan yg telah kita lakukan..nasihat ini jg untuk diriku sendiri..
 ehem..ehem...cantik tak cincin nie..aduh..jgn salah fahamm..cincin ni tiada di tanganku lagi..tapi aku nak sangat cincin nie..sapa nak cari dan berikan aku??hahaha...

ikhlas dari SUdirman
"aku berbicara dan menterjemahkannya dari hati"

Saturday, October 23, 2010

kerja..HITACHi...apa itu HITANCHI..hehehe

huhu..nak update blog pula..ni kerja yang tiada kerja time sabtu semalam..emm..buring tahap gaban tp tak ble bertukar menjadi gaban so tiba2 dapat sms murid2 ajak jalan ke sedco (tmpt lepak kat kinabatangan nie)..apa lagi pegi je lah..aduh..sebelum gerak tu kena kemas bilik dlu kan..hah..ni dia bilik aku yang tak seberapa nie..serba hijau sebab aku minat hijau...bilik bujang k..so..sapa nak jadi bini aku angkat kaki cepat..hahahhaha
ni lah bilik aku yang serba kekurangan nie..hehehe..sinilah tempat aku suka mengelamun dan kurungkan diri..hihihihi...
 mesti ada TV dan Astro dalam bilik..so..lepaking dalam bilik je...

 sebelum gerak tu sempat lagi ambil gambar ala2 model ni tpi..hah..tak sesuai jadi model sebab tak de rupa dan pemalu bila depan kamera..,hahahhaha
 saja angkat berat..hahahha..lepas je ambik pic ni terus ketawa ramai2..hahahha
 yeh..minum petangku pastinya ali cafe...time ni kat restoran yer..sedapnya..korang nak ke??sini aku belanja...time ni aku hampir2 belasah seorang pekerja kat situ..dia tumpahkan milo atas meja lepas tu dia masuk dalam dia masukkan ais dan air yang dia dah minum separuh ke dalam cawan yang milo tertumpah tadi...ohh..ko fikir aku tak tgk lah yer...siap kau..saman ni..saman......
 ni dia orang2 yang paksa aku berjalan cari kerja yang tak pasti kerja apa..emm..atas bukit ni nampak semua bukit botak kat belakang tu..heheheh..tempat ; kinabatangan, sabah
 hahahahhaha..time ni kami main masuk je kat trik hill ni...kena marah but buat muka ala2 kena histeria..terus pakcik tu takut...hahahha..ko fikir kami apa pakcik...power ranjers pula nie..hahaha
 time ni aku tahan nak ketawa sebab tiba2 seorang murid aku cakap "cikgu tau kan apa kepanjangan bagi HITACHI...iaitu HITAM TAPI CHINA...adui..sakit perut aku ketawa nie..hahahha
ni dia ..sempat lagi backround kereta tu yer..,hehehhe..singgah perabot chan jap nak tgk almari untuk bilik kaunseling..ok...pesanan hari ni...kita adalah apa yang kita fikir..andai anda fikir anda ble..pasti ble..but..andai anda fikir anda tak ble..gerenti tak ble....tiba2 murid aku menyampuk kat belakang ni.. "cikgu, kalau kami fkir kami babi..babi lah tu kan"..hahahahha...terus tanganku di mukanya..hahahah....

                                                                              SUDIRMAN
"Segalanya berbicara dan mendengar dari HATI"


Thursday, October 21, 2010

BILA BERCERITA PASAL KEJUJURAN DAN KEPERCAYAAN


emm...kalau dulu aku tidak percaya pada kejujuran dan kepercayaan dari orang lain..aku tahu aku juga manusia yang sama2 punya hati dan aku tahu bagaimana rasanya bila orang yang kita sayang mendustai dan memusnahkan semua kepercayaan yang telah diberikan kepada kita..semua itu telah aku rasakan dan dari pengalaman hidup itu aku bangkit dari setiap langkah perjalanan dan coretan air mata untuk membentuk diriku sekarang..aku sedar aku tidak sempurna tapi yang aku tahu kerana kau aku telah buka lebaran baru dan aku buka hatiku untuk belajar tentang kepercayaan dan kejujuran depan dan belakangmu..namun apa yang aku dapat hari ini..??kesakitan...kekecewaan dan keperitan hati menahan sebak melihat segala-galanya..adakah semua kasih sayang sebelum ini akan bertukar menjadi KHIANAT..adakah semua kepercayaan yang telah aku berikan sebelum ini akan bertukar menjadi satu penipuan...ntahlah..maybe jalan terbaik harus dicari untuk segala kecelaruan yang berlaku..timbang tara untuk semuanya harus disusun untuk memikirkan adakah aku ni untukmu atau sebaliknya..disebalik segala kelemahanku..disebalik semua kekuranganku bagiku kau adalah pelengkapnya tapi hari ni ku rasa diriku telah kembali kurang..kurang langkah dan kurang segalanya...semoga aku kuat melalui semua ini..amin...
untuk anda pembaca blog ini..di atas adalah beberapa kes yang biasa berlaku kepada kita..aku yakin setiap manusia ada melaluinya dan harapan aku semoga kta sama2 bangkit dari jatuh untuk tunjukkan kepada dunia bahawa diri kita adalah sekuat permata dilautan..jadilah diri kita yang sentiasa mengukir senyuman walaupun di dalamnya jutaan kepedihan yang melanda kerana sesungguhnya dari setiap kepahitan itu akan muncul kemanisan dan dari setiap gerimis itu akan wujud pelangi..wallahualam..


                                                                           SUDIRMAN
"Segalanya berbicara dan mendengar dari HATI"

Tuesday, October 19, 2010

AKU dan Kerjayaku?

emm..adui..kaki mcm mau patah ni selepas senamrobik tadi..mmg best giler..sbb menari dan terus menari sampai tak ingat dunia..sekali skala kedengaran suara murid2 jerit.."pweittt"..hahaha..ada kawan guru tu lagi best..walaupun badan sekeras batu kelikir di sungai kinabatangan sana namun "confident" je menari k...sekali skala aku menjeling ke astaka terlihat guru2 lain sedang ketawa melihat aksinya..bila aku toleh "Ya Allah..mmg lucu lah..mengalahkan robot dalam filem the star war tu..huhuhu..ok2..ni nak citer pasal aku dan pelajarku...em....bila bercerita pasal PELAJARku ..em..aku mmg akan teruja sgt sbb aku betul2 suka dengan dunia kerjaku skrg sbagai guru..aku tahu ramai yg mengata sumbang dibelakang but..biarkan mereka terjun dengan labu2 mereka..apa pun yang kamu mau katakan sampai terkeluar panjang lidah2 korang dan akhirnya melilit di jambatan tamparuli tu sbb banyak sangat nak berkata pasal aku..biarlah yang penting aku tau apa aku buat dan aku tau apa sebab munasabah di atas semua perilaku aku..hehehehe..(nada ndak puas hati nie)..huhuhu..but..terima kasih lah di atas segala kritikan dan teguran tu semua aku terima..bagi aku senang saja..apa sahaja yang boleh membuat orang lain terutama pelajarku gembira dan disamping kegembiraan itu mereka tersuntik untuk berusaha dan berjaya ..aku akan lakukan..mereka juga umpama keluarga bagi aku..

 terima kasih kepada Iecul (Aeba Restoran) sebab belanja kami semua tadi..biasalah dia kan pemilik restoran tu..hehe..kalau cikgu tau cikgu ambik banyak2 makanan tadi..hahahah..kenangan 20102010..
aku dan pelajarku lagi..emm..sapa2 ikut aku ke mana2 program mmg untung sebab aku suka bawa pelajar "sambil menyelam minum air" selain ke tpt program aku akan bawa mereka melawat tempat lain..saja kan nak lepaskan tekanan mereka di sekolah..hehehe
ini bukan pelajarku yer..hehehhe..but aku suka dengan tupai nie..jinaknyaaaaa...rasa nak bawa pulang rumah saja buat jadi kawan..hehehe..sbb aku suka orang yang manja2 nie..hahahha
 apa pun..walau aku sesibuk macam mana pun..walaupun aku ni kdg2 suara tinggi, walaupun aku ni kadang2 suka menyuruh..but..dari dalam hatiku aku sayang semua murid2 ku dan paling penting adalah murid dalam KELUARGAku sendiri..merekalah segalanya bagi aku..semua suara,luahan dan segalanya yang aku lakukan semuanya untuk mereka...tiada Ibu dalam gambar ini kerana Ibuku Allah lebih menyanyanginya..amin..

  SUDIRMAN
"Segalanya berbicara dan mendengar dari HATI"

Friday, October 15, 2010

MOHON MAAF..

korang semua tolong aku..wah..tolong..tolong..melutut sambil meraung dan kadang2 berguling-guling ni sambil memukul kepala..hahahha..wei..tolong lah..ada orang merajuk sama Sudirman lah..nak nyanyi lagu korea sikit..eh..tiba2 iklan suara mawi di Era ni..:"hai..saya mawi..gosip ni ble porak porandakan keluarga..paling teruk bila ada kata saya da ada bini lain..kalau betul dah bertelur dahi saya ni dibuat oleh Ikin"..hihihih..ok2 balik kepada lagu ku nak nyanyikan nie ...lgu korea ye "sory..13x"..hahah..tu je aku tau..selalu dengar lagu tu kat radio but tak tau nak sebut mcm mana..takut teruskan nyanyi bapa aku masuk bilik n lempang kepala ku dan berkata "oii..buang tabiat kah pagi2 ni"?..sorry bapa ku yg hensem tapi pendek..hehehe..ok2..aku mau minta maaf ni pada seseorang sebab semalam aku buat dia gerenti menangis punya tu..aku faham sangat dia gerenti mengalirkan air mata bila sedih..(cegeng kan)..hehhehe..
maafkan saya tuan..saya tak sengaja..emm...
nak hukum aku ke?nak tutup mata aku mcm ni ker??aku tak kisah..jgn je sumpah aku jadi anjing..aku tak mau..hahhahaha..ko mau??hehehehhe
ku berikan anak patung dan bunga ni untukmu..bau taik pun biarlah..yg penting ada jg ku bagikan..hehehhe
aku memang bersalah jadi tembak lah aku..cepat tembak...huhuhuhu
 aku minta maaf kepada dia tu..sorry sgt2..begitu jg dengan semua pengunjung blog ni terutama kawan2 FB sbb kadang2 ada yg bawa chat but tak terbalas..bukan tidak mau balas but kdg2 leptop je ON tp orangnya tiada depan leptop..sana ruang tamu berteriak menyanyi..hehehe..apa pun..aku sayangkan korang semua..MAAFKAN AKU..mohon maaf juga kepada semua kawan2ku selama ini sebab banyak buat salah sama korang..aku akui aku banyak buat salah dan aku sedang baiki diri sekarang..muahhhhhh


                                                                                                     SUDIRMAN
"Segalanya berbicara dan mendengar dari HATI"

Wednesday, October 13, 2010

kenapa Sudirman Buat Blog??

fuh..time menaip ni tiba2 lagu Negaraku..tanah tumpahnya darahku..rakyat hidup bersatu dan maju..eh..berdiri luruskan badan ala2 patung kejap..hehe..biasalahkan..rutin harian kat sekolah tiap pagi akan ada perhimpunan pagi dan pelajar2 kesayngan ku akan menyanyi membuka mulut sekuat-kuatnya dan ada jg yang manja2 sembunyi bawah tangga sebab takut guru nampak datang lambat..hahahha..biasalah tu kan jiwa remaja but lain kali jgn ulangi yer..ok2...hari ni aku nak kongsi sesuatu pasal blog nie..
  
kenapa aku buat blog ni?/secara jujurnya.dulu aku langsung tak berminat dengan blog2 ni sbb rasa mcm buang masa saja..tapi sejak diperkenalkan oleh seorang mantan murid (aizul marcello) aku terus terbuka minda..murid itu berkata begini "cikgu, blog ni bukan utk menunjuk-nunjuk tpi akan ada sesuatu cerita di dalamnya yang dapat memberi ilham atau pengajaran atau kisah yang bisa menaikkan semangat seseorang tatkala dia jatuh or apa2 saja yang mampu memberi inspirasi" IYA..sejak tu aku mula buat blog..bila blog ni telah siap dan aku curahkan sedikit luahan mengenai kehidupan dan hatiku ramai pelajarku khasnya mendapat sesuatu dari situ sampaikan ada yang berjumpa dan berkata dari blog ku ni dia merasakan kehidupannya yang suram mendapat suntikan motivasi..dari setiap langkah cerita ada sesuatu yang ingin aku tunjukkan..seperti kata2 di atas..BUATLAH SATU KEBAIKAN YANG TERUS HIDUP WALAUPUN SETELAH KITA MATI"..aku mau menjadikan blog ini tempat untuk aku luahkan isi hatiku yang kadang2 aku tidak mampu untuk luahkan kepada sesiapa..aku mau setiap pembaca melihat dan menjadikan setiap inci hidupku sebagai ilham or motivasi kepada mereka..aku jg mau setiap benih kisah itu walaupun SEDIKIT mampu untuk memberi semangat kepada orang yang jatuh..dulu aku ni hidup susah..tapi dengan ilmu aku mampu di terbangkan ke Beijing, Brunei, Indonesia dan sebagainya..semua itu aku abadikan dalam blog ni agar insan2 diluar sana yang merasakan dirinya lemah, miskin dan tidak bermaya untuk bangkit bersama-sama dan yakinkan diri anda bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk kita melakukan sesuatu..kita mampu sebenarnya lakukan andai kita ada usaha dan tekad yang kuat..itulah yang aku mau tunjukkan kepada semua..biar setiap luahan rasa itu memberi walau sedikit ukiran di bibir anda tanda anda gembira...
aku akui dan aku tidak malu untuk mengaku dulu aku byk lakukan kesalahan dan kesilapan..kehidupan aku dulu banyak dipengaruhi oleh kepercayaan kepada orang lain sehinggakan ekoran daripada kepercayaan itu aku boleh menceritakan segala-galanya pada orang..biarlah itu menjadi cerita kepada aku..semua itu memberi aku pengajaran bahawa manusia itu punya hati dan pasti akan sentiasa berubah...so...teruskan kehidupan skrg dengan tenang dan baiki semua kesilapan itu dan mulakan kehidupan baru...yeh..aku mulakan kehidupan baru skrg..sudirman skrg tidak sama seperti sudirman yang dulu.sudirman yg semalam tidak sama sudah dengan yang sekarang.pengalaman mendewasakan...ehehhehe..wah..wah..wah...apa pun...harap coretan dalam blog ni mampu memberi kita semua inspirasi dan yang tidak berkenaan tu abaikan dan maafkan saja yer...yehaaaa...jom kita pegi sarapan udang pagi nie..


                                                                        SUDIRMAN
"Segalanya berbicara dan mendengar dari HATI"

BEIJING..pengalaman dgn air mata..

yeh..yeh...wah..mcm kumpulan amuk pula..hahah..pewitttt..hah..itu amy search k...uii..jgn ada yg terprasaan pula aku mengurat k??emm..tu napa tu tersipu-sipu malu mcm kucing tu..?hahahahha..ok lah..anggap lah Sudirman mengurat anda ye...hehehe..suka lah tu..huahuahua..hari ni aku nak kongsi kat korang pengalaman aku time ke beijing china tu..emm..Ya Allah..(duduk sambil menadah tangan ke langit)..bangun balik..bestnyeeeeee..best sgt ke beijing..6 jam perjalanan utk sampai ke sana..dalam kapal boring giler so aku suka usik kawan2..kacau2 hidung..ambik rambut n main2kan kat muka time kawan tido..lepas tu..dengan selamba dan tak tahu malunya kawan tu pukul muka dia ala2 ada lalat..hahahahha..giler apa ada lalat atas kapal terbang..hahahahha..but..lepas dia sedar..pang..tangannya di mukaku..wa..wa..wa..padan muka...sebenarnnya aku ke beijing ni daha agak lama skit..bukan tahun ni but time aku kurus sebarat 63 n skrg aku dah 78 kg ke dengan ketinggian 182cm ..hehe..aku nak abadikan jg dalam blog ku n..
 hah..korang jangan ketawa situ..kang aku sumbat mulut korang dengan kaki panjang ku nie...hahahha..kurus kan aku sini..adui...mmg kurus..beza 18 kg dengan aku yg skrg..ni kat atas tembok cina ni..adui..mcm mau patah kaki naik sini tau..beza tangga dengan satu tangga tu ble menkoyakkan jahitan di tgh2 seluar tu..bsar sgt kena langkah..huhuhu
 ni kat luar salah satu istana Diraja zaman dulu kala..kalau nak tau time ni musim sejuk..baju aku tu dah lah tebal dalam ada 5 helai baju lagi..but..masih jg rasa sejuknya..pecah bibir ku oh..oii..ala2 perompak kan aku sini..perompak yang hensem..hahahha.budak kecik tu adik angkat aku..skrg dan belajar kat kolej..tgk gaya dia tu ala2 model k..korang nak tau tak..air kolam tu dah keras tau..nampak lagi ikan da jadi keras kat dalam..ble campak batu lagi kat atas tu..time ni nk je aku campak adik aku tu but takut mama marah..hahaha.kalau korang selalu tgk citer cina..tempat ni selalu dibuat utk lakonan citer kung fu...
 ni kawan2 yang sama2 join ke sana..yg depan tu ala2 nak terkentut tu but aku rasa mmg terkentut pun adalah pemandu pelancong kami..hahahhaha..kelakar dia nie..semua bahasa dia tau..tp..sekali aku bg bahasa bugis..tertelan air liur dia n hampir2 tercekik....bangga aku..kakakakka
 ni lagi..heheheh..skema semuanya ye..hehehehe..tgh2 yang cantik tu mak angkat aku yer..Dia lah orang yang byk berjasa utk aku..
 hah..tgk kat belakang tu..luas kan..nak jg aku terbang2 mcm dalam citer kung fu tu kat sini but takut pula org tau aku ada kuasa..hahah..jadi aku bekangkang je bergambar ala2 tak de kuasa..hahahaha...skemanya aku time nie..ohh tidak..skrg aku dah lain..mana sudirman dulu nie.
 teng2..perhatian..mamat tepi baju kuning tu pinjam baju aku yer..oiii..ku seru kau pulangkan..pulangkan..hhuhuhu..bestnya kat sini...hiihihi
ok2..ni mamat2 skema..adui..pening aku ikut mereka nie..asik cakap yang skema2 saja..hahaahhaha.2 hari sebelum plg tu salji sempat turun tau..wah.aku jadi ala2 budak2 main salji k..hehehehhe...pegi lah kat beijing best sgt sbb kat sana ada ada kedai yang diberi nama "shop sex"..hah???/sekali kami masuk saja nak buang tabiat..astagafirullah sambil ketawa..semua alat2 berkaitan ada dijual..hahahaha..lucu..but..aku malu nak tunjuk kat sini pic nya..hahahha..lucu ohhh....aku nangis dengan pengalaman ni sbb barulah aku tahu kita beruntung tinggal di malaysia..i love 1 Malaysia..muahhhh..


                                                                           SUDIRMAN
"Segalanya berbicara dan mendengar dari HATI"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...