hye...ada sesuatu bermain di hati dan ia memanggil saya untuk mengarang di blog ini...mainan hati yang ku rasakan ramai orang pernah lalui atau mungkin anda sendiri sedang mengharunginya tanpa ada sesiapa yang mengetahuinya......
dahulu kehidupan begitu sukar...perjalanan hidupku dipenuhi pelbagai corak..ada corak yang terbentuk warna-warna pelangi dan ada juga corak yang terbentuk tanpa diilhamkan dan corak itu menjadi kegelapan dalam sejarah hidup saya..semua itu satu perjalanan yang membuatkan aku menjadi semakin kuat ...yang ada bersama hanyalah sabar.....
dahulu aku adalah orang kampung yang tidak dikenali..tidak dipedulikan oleh sesiapa..aku adalah seorang manusia yang hidup dalam duniaku sendiri..dunia yang aku cipta sendiri kerana aku selalu merasakan bahawa kehidupanku yang serba kekurangan ini tidak ada sesiapa ingin mendekatiku dan jauh sekali hadir seseorang yang boleh kuanggap sebagai sahabat utk menerima siapa aku dan diri aku yang sebenanrnya...dari desa perkampungan aku diterbangkan ke dunia lain di UNIVERSITI tapi di sana aku tetap lalui kehidupan ku yang lama..aku masi suka menyendiri dan tetap merasakan bahawa dengan semua kekurangan yang aku ada orang lain tidak boleh menerima aku..
KINI...apa yang berlaku kebelakangan ini sebenanrnya adalah sesuatu yang aku sendiri tidak dapat mengawalnya..ia datang secara tiba-tiba dan sangat laju menimpah lalu menghempas dan akhirnya menghimpit aku.....ya aku syukuri semua itu..rezeki datang tanpa diduga..tapi yang sebenarnya ada sesuatu yang aku rasakan ia LARI dari apa yang aku mahu...lari dan menyebabkan aku sendiri masih berasa sama seperti dulu...
ketahuilah..dengan semua perubahan mendadak ini apa yang ada dalam hati ku tetap sama seperti dulu...aku benci bila ada mata yang memandang aku dengan tanggapan yang berbeza..aku benci diriku sendiri bila orang mendekatiku hanya kerana apa yang aku ada sekarang..aku benci diriku bila mana ada manusia yang hanya memainkan watak untuk mendekatiku...bukan semua tp wujud orang2 itu...tahukah anda bahawa perasaan ku tersiksa dan kadang2 timbul dalam diri untuk kembali ke kehidupan lama ...aku rindu sudirman yang dulu....walaupun ia tidak ada apa2 tp pada hakikatnya orang memandang aku sebagai diri aku sendiri....aku mahu diterima seadanya dan terima kerana itulah diri...SAMA ADA AKU ADA APA2 OR TIDAK TERIMA DIRI KU YANG SEADANYA
saya percaya anda juga ada mengalaminya dan tatkala anda membaca semua apa yang hati saya berikan utk dikeluarkan ini hati anda akan ada merasanya...saya percaya itu dan ketahuilah bahawa saya dan anda mengiginkan benda yang sama...kita inginkan orang lain menerima sapa kita...sama ada kita berada di bawah atau berada di atas...kita dipandang orang atau tidak...TAPI mereka tetap menerima kita seadanya....menerima baik dan buruknya kita..menerima di mana kedudukan kita dan menerima kita kerana melihat pada HATI yang kita miliki bukan melihat pada situasi yang berlainan yang berlaku dalam diri kita
"saya percaya apa yang ada di hati dapat dilihat melalui tingkah laku"
SUDIRMAN
"aku menulis bukan kerna nama"